Anda di halaman 1dari 20

Program pendidikan awal kanak-kanak

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak


pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.
Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah
dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di
pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.
Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-
kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan
Seorang Anak Sebesar Harapan.
Pelancaran program disempurnkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan
pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk
mereka yang kurang bernasib baik. Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi
tanggungjawab sosial korporat dengan adanya program tersebut setiap sekolah akan
diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Peruntukan
tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.
Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini dilancarkan untuk kanak-
kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan
empat tahun.
Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan
kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal
berkualiti seperti kanak-kanak lain.
Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan
dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar
belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada
semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana
pembelajaran berkualiti.

sumber maklumat :portal pendidikan Utusan Malaysia



Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam
dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal
kanak-kanak .
1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas

Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik
Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk
memenuhi keperluan murid murid yang berbeza.
Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik
darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh
akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik darjah.
Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak
keperluan khas.


1.1 Keperluan Khas

Limitation on a persons functioning restricts the individual activities.
Sensory and physical disabilities
- visual ( vision problem )
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral membaca bibir) atau
pendekatan manual isyarat tangan )
Physical disorders
- cerebral palsy ( spastic)
- epilepsy
Mental retardation
- masalah mental ( intelektual) / IQ rendah
Speech and language disorders
- masalah menyebut perkataan
- masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)
- masalah memahami arahan secara oral
- masalah memberi respon dalam komunikasi
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi
Emotional and behavioral disorders
- masalah pergaulan
- autisme
- agresif
- kemurungan ( mood disorder)
- ketakutan ( fear)
- cemas ( anxiety)
Kanak-kanak pintar cerdas
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain
( 120 > lebih )
- menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain
- lebih berdikari dalam aktiviti p & p
- mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p
- mempunyai kepimpinan
- dll

1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh
Faktor genetic
Persekitaran
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya:
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain
b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau lebih mata pelajaran akademik
c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya

1.3 Pengesanan (Screening)

Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan
semasa sesi p & p di bilik darjah .

1.4 Proses Pengesanan

Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
Mengumpul maklumat
- kesihatan kanak-kanak
- kesihatan ibu bapa
- penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll
Memproses maklumat / data
Menganalisis maklumat / data
Mengambil tindakan susulan
Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

1.5 Alat Pengesanan

Ujian khas menggunakan instrument
- Debver Developmental Screening Test (DDST) lahir-6 tahun
- Batelle Developmental Inventory (BDI) lahir 8 tahun
- Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)
- DIAl-R
- BRIGANCE K and 1 prasekolah tahun 1
Pemerhatian
- senarai semak
- rekod anekdot
- rekod berterusan
- time sampling
- soal selidik ibu bapa / penjaga
Portfolio murid-
- Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,
sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk
melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,
motor halus, sosial dan kognitif)
- hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.
Kesihatan ibubapa murid



Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan
deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan
selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran,
penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil
pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang
dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam
konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan
berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang
mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran
yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada
dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk
kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak
dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata
bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik
dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini,
kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah
Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya
kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan
penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras
pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka sudah
pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah
dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan
mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi pencapaian tinggi
yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada
ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan
tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada
hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap
individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif
sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya
Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai
akhlaq murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk
diaplikasikan dalam kehidupan
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari
ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi
ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat
tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan
selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-
kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah
agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak
masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi
pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia ,
dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas
kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan
halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan
bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti
tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan
ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom
atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi
tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat
mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh
laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga
tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi
ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu
terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi
mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental,
dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya
keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak
dari peringkat awal perkembangan.

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan
dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling
utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat
atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari
perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun
manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak
berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa
8085% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama
usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah
diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh
dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang
kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan
datang.

Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan
hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya dan ulama?
Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para
penyelidik yang membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada
perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan,
kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak 'advance'? Kenapa
ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu dikatakan
agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di negara-negara
barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai dengan benih-benih
keimanan masih terjebak dengan gejala social yang memalukan di kala besarnya?
Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau mungkin
kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini yang kita katakan kita
memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah pendidikan kanak-kanak di
peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif boleh menjadi salah satu cara
penyelesaiannya?Justru itu suatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali
kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita
lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan, berwawasan , tinggi daya
keintelektualan dan utuh imannya.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-
peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program
pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah
sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti,
peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga
proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di
peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang
dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala
pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar
rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children
Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum untuk kanak-kanak di
peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi
perkara-perkara berikut:
Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-
kanak
Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak ,
samada digalakkan atau ditegah
Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun
dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu
sendiri
Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah,
mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh
kanak-kanak
Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan
(NCB, 1989, p.11)

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang
dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu
tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang
dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada
seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan
kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education and Science,
1990).

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di
peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang
dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara
langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang
proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari
sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan
masyarakat sekitar

Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah
merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang
dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri,
termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa
dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah segala
apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka. Terkadang-kadang
kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi
tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian
yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti
mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah
dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah
membasuhkan tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar,
maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih penting
dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari peristiwa itu tidak
membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca buku, mungkin
kerana ia merasakan yang membaca buku lebih penting dari membasuh tangan
berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun pada hakikatnya bukanlah si
ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan kurikulum yang tersembunyi.
Inilah konsep utama yang perlu difahami

Binaan Kurikulum Integratif

Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi
maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan
serta kepatuhan kepada Tuhan. Kurikulum integratif juga boleh memberi maksud
kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga
kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek yang di ajar.

Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum
yang integratif kepada tiga aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan maklumat
yang disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam ertikata lain ilmu pengetahuan dan
pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak di peringkat
awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu bukannya terpecah-
pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak menjadi keliru dan
seolah-olah ada batasan dalam mendalami sesuatu ilmu atau pengetahuan yang
didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman pembelajaran yang didedahkan
kepada kanak-kanak adalah berasaskan subjek maka sudah pastinya perasaan dan
naluri ingin tahu mereka terbatas dengan pemfokusan kapada subjek dan mereka akan
menjadi rigid sebaliknya jika pendedahan pengalaman pembelajaran adalah
berasaskan kepada penggarapan aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap
dan kebolehan kanak-kanak, nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya
kemahiran berfikir yang tinggi serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah
yang dapat membentuk semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-
kanak sepatutnya menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu
kerana ini menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara.
Berbicaralah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya Begitulah
pesanan rasul s.a.w. kepada umatnya.

Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya tadika
aliran agama adalah diajar berasaskan subjek dan bukannya berasaskan penggarapan
aspek perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid atau pembaharuan yang perlu
dilakukan.

Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi yang
digarap di peringkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seseorang kanak-
kanak di peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang positif atau negatif
kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi kognitif, emosi, sosial
dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada cara bagaimana kanak-
kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal perkembangan kerohanian dan sosio-
emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa,
cekal hati, tinggi nilai harga diri, berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa
hadapan. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu
kepada perkembangan akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka
akan pincanglah aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif
pula kepada perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Setiap aspek
perkembangan kanak-kanak perlu digarap dengan sempurna tanpa melebihkan satu
dari yang lain kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron dalam otak yang tidak
dirangsang dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang menjurus
kepada sesuatu aspek, ia akan mati begitu sahaja. Andai ia digarap dari segi intelek
tetapi emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan
sudah pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang
akan datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah
begitu saja sedangkan neuron itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi
pemangkin kepada sesuatu perubahan kepada umat manusia. Setiap kanak-kanak
adalah individu yang unik yang perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar dengan
itu potensi mereka dapat digarap sebaik mungkin kerana mereka adalah aset utama
sesebuah negara.

Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan Islam
dalam mendidik anak-anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh dilihat
dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan mereka
mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang kaya
dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan awal
kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan
bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .

Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan pelbagai
bentuk kurikulum seperti Montessori, Reggio Emilio, Early Learning Goals, High
Scope dan sebagainya. Manakala di Timur di Jepun misalnya, penekanan kurikulum
kepada aspek hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New Zealand
sebagai contoh, Te Wariki menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan
kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.

Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi sumbangan
kepada ilmu pengasuhan perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak. Ibnu Miskawaih
misalnya begitu menekankan pentingnya pendidikan akhlaq dan pembentukan sahsiah
yang mulis manakala Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbang kepada
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, begitu menekankan aspek belajar melalui
bermain sebagai asas pengasuhan.

Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau
membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini
adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak
mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain
telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun. Manakala
Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami tingkahlaku
kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.

Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan integratif
tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-konsep berikut
yang disepadukan antara dua pandangan:



1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah,

2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak,

3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.

5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa yang
mereka mahu dan mampu lakukan.

6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran
fizikal kanak-kanak.

7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat

8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan
bersih.

9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata


Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka
kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam
menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu bapa pastinya ingin
melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif dalam setiap aspek
kehidupan.

Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap fakta
dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-teori dan
ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan
pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori oleh barat
dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau subjek
perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian tinggi dirujuk
kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya pendekatan-pendekatan
moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori oleh para ilmuan Islam di
zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering menyebut tentang Jean
Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria
= 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang sama berkurun-kurun lamanya sebelum
Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan tentang Emotional Intelligent yang
dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-
1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas isu tersebut di dalam kitabnya
almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang kepentingan memahami perbezaan
perkembangan individu di kalangan kanak-kanak tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali
dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam membicarakan isu-isu perkembangan
sosio-emosi kanak-kanak.

Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai kepentingan
bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling bersesuaian
dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi kanak-kanak yang
sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc Millan dan pelbagai lagi
teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut dan dijulang. Kiranya ia
sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu
Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak hadis-hadis yang menyebut
mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-kanak yang menunjukkan
kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan perhatian dan jarang dikupas. Lalu
apabila umat Islam berbicara mengenai perkembangan kanak-kanak sudah pastinya
penulisan sarjana barat menjadi rujukan tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada
usaha sebegini dibukukan dan dihurai oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn
Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya tuhfatul maudud fi ahkam almaulud

Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya
arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory dan
sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-kanak
relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk mengekalkan
tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka perlulah mereka
selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang
terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya
Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak
khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role model), Mulahazah wa
mutabaah (Observation and imitation), itiyad (kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa
al iqab (Reward and punishment) dan nasihat (advice) sebagai penyelesaian

Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu
menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang
ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang
kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru
perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh
Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan
menjadi kebiasaan atau Itiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah
ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik
atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang
pendekatannya adalah mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal. Seperti yang
tertera dalam kitab karangannya ayyuha al-walad.

Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal
umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan
sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah
menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak.
Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan praktik,
pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara amanah yang
dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.

Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi
aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya melalui
kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu setelah yakin
dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan inilah teori baru
dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya, inilah punca
kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang dan tidak ada
cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah. Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri
mengubahnya... Sungguh benarlah firman Allah!

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin
budiman. Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl
( ) yang berasal dari perkataan tafula ( ) yang membawa maksud sesuatu
yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi
pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan
rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah
kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa
fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan
perhatian.

Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering
melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan pendektan
berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia seperti sudah
menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-anak. Walhal begitu
banyak hadis dan saranan ulama yang menyebut tentang peri pentingnya mendidik
anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang berlaku dalam
masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan kesalahan selalunya
dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.

I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, sesungguhnya anak-anak kita
adalah permata. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara
yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari
jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir
dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan
dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah
elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari
cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan
penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang
dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja
yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang
ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.

Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-
anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendidkiawan
Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat
awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu
dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para
pendidik melalui seruannya: Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan
kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-
kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan
sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas,
terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat



Wallahualam



Rujukan



Abdul Jabbar, M. M. and Al- Naabaabtah, M.S. (1988)(2nd ed.) Saykuwloujiyah Al-
Laab Wa al- tarwih, Al-Riyadh, Maktabah Al-safahaat Al-Al-dhahabiyyah.

Abu Hilal, A et al (1993) Al-Marji fi Mabadi At- Tarbiyyah, Amman, Dar As-Syuruq.

Ali, S. I. and An- Naqib, A (1984) Falsafah At-Tarbiyyah Inda Ibnu Sina, Cairo, Dar-
Aththaqafah.

Abul Quasem, M (1975) The Ethics of Al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam,
Selangor, Malaysia, Central Printing Sdn. Bhd.





Al-Audat, M. A. (1992) Child Rights in the Islamic Law, At- Tarbiyyah (Journal), No.
102, pp.183-193.



Al-Barjis, A. M. (1980) al-tawjih al-islami li- nash fil-falsafah al-Ghazali, Cairo, Dar-al-
andalus.



Al-Khatib, R (1985) Tarbiyathu al-iflu al-rawdah, Cairo, Maba Al- Hayah Al-Misriyyah.



Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the Challenge of Parenting in the
West: An Islamic Perspective, Maryland, Amana Publications



Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder & Stoughton.

Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality, London,
HMSO.



Drummond, M. J., Lally, M and Pugh, G (1989) Working with Children: Developing A
Curriculum for the Early Years. National Children Bureau . Leics: NES Arnold.



Gammage, P (1999) Early Childhood Education in the Postmodern World, in Abbott, L
and Moylett, J (Eds). Early Education Transformed,London, Routledge Falmer, pp.153-
163



Katz, L (1999) Another Look at What Young Children Should be Learning, Archive of
ERIC/EECE Digest, Early Childhood and Parenting Colloboration, University of Illionis.



Katz, L. G. (2003) The Right of the Child to Develop and Learn in Quality Environments,
International Journal of Early Years Education, Vol.35, Iss.1/2, pp.13.



Mastura Badzis (2002) Planning an Affective Education for Pre-school Children: within
Islamic and Western Perspective, Jurnal Pendidikan Islam, Vol. 10, No. 2, pp.65-78.



Mastura Badzis (2002) Child Educatiojn: What Should be Optimal, Jurnal Pendidikan
Islam, Vol. 12, No. 1, pp.77-90.



Mursi, M. S. (1998) Fann Tarbiyatu Al-Aulad fi al-Islam, Cairo, Dar At-Tauzig wa- an-
nasyr al-Islamiyah.



Quraishi, M. A. (1983) Some Aspects of Muslim Education, Lahore, Universal Books.



Sylva, K and Ingrid, L (1982) Child Development: A First Course, Oxford, Blackwell.



Mengapa pendidikan awal penting?
April 25, 20111 Komen
Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah
jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar
pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang
perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-
kanak berkata:
Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than
Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic
knowledge than it is to give it to a six-year-old.
Maksudnya :
Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari
Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan
ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun.
Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-
tahun EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna.
Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama
kehidupannya.
Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula
menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika
anak dewasa mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam
mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!
Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu ukiran jenis apakah
yang akan kita tinggalkan?
http://anakkusoleh.wordpress.com/2011/04/25/mengapa-pendidikan-awal-penting/





Konsep pendidikan awal kanak-kanak di dalam dan di luar Negara.
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak.
Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan
hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya.
Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses
pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah
dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka
dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka.
Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan
kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.
Kostelnik dan rakan-rakan 1993:
<!--[if !supportLists]--> Early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir
hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan
sekolah rendah.<!--[endif]-->
<!--[if !supportLists]--> Program tersebut dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat
berbeza<!--[endif]-->
<!--[if !supportLists]--> Kini kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan PAKK kerana
kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu
bekerja.<!--[endif]-->
Istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk
PAKK

Anda mungkin juga menyukai