Anda di halaman 1dari 1

Apa itu taska

Taska adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan
sebagai"mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang
berumur 4 tahun kebawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah." Taska adalah
berbeza daripada Tadika dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Antara tujuan Taska diadakan adalah untuk
membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan
Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pengasuh mahupun


pendidik Taska perlulah yang terlatih dan telah mendapat latihan yang sepatutnya. Perlu
diingat, Taska bukan tempat untuk kanak-kanak menjadi pandai,  tetapi selain memberi
jagaan terbaik Taska berperanan melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia dan kanak-
kanak yang dapat digilap potensinya dalam pelbagai aspek perkembangan awal kanak-kanak.
Secara umumnya Taska adalah tempat kanak-kanak mendapat keseronokkan untuk
bermain dan mencari kawan sepanjang ibu bapanya bekerja. Elakkan Taska yang sekadar
memberi jagaan tetapi tiada sebarang aktiviti perkembangan dijalankan untuk kanak-kanak.
Pastikan pengasuh atau pendidik Taska adalah terdiri daripada mereka yang telah mendapat
latihan melalui latihan yang diiktiraf.

Anda mungkin juga menyukai