Anda di halaman 1dari 6

BINCANGKAN KEPENTINGAN TEORI PEMBELAJARAN MATEMATIK TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK 1.

0 PENGENALAN Secara umumnya, bayi yang baru lahir ke dunia ini telah mewarisi pelbagai gerak pamtulan. Misalnya, apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi akan terus menghisap objek tersebut tanpa perlu di ajar kepadanya. Hal ini membawa maksud wujud atur cara genetis semulajadi dalam diri bayi bagi menyerapkan kewujudan sesuatu objek di persekitarannya. Semakin hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selari dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak- kanak sehinggalah seterusnya menjadi dewasa. Seterusnya, maklumat- maklumat yang diterima oleh seseorang bayi itu akan dipecah- pecahkan menjadi pengetahuan dan sekaligus berlakunya pengembangan keupayaan kognitifnya. Umumnya pada hari ini sebilangan besar kanak- kanak yang datang ke sekolah sudah mempunyai serba sedikit pengetahuan asas mengenai sesuatu perkara terutamanya di dalam bidang matematik dan hal ini bukanlah perkara yang mustahil bahkan ia sangat bagus. Kanak- kanak ini mampu mengira dengan kiraan yang betul, mengenali nilai sebenar sesuatu nombor dan perkara yang berkaitan dengan matematik apabila ditanya oleh guru di sekolah. Menurut Baroody, 1989; Clements, Sarama & Diblase, 2000; Gelman, 1994, satu kajian telah dijalankan untuk meneliti hal berkaitan kefahaman konsep matematik kanakkanak dan mengkaji bagaimana tahap kefahaman konsep nombor ini berkembang dari masa ke masa. Penyelidik mengakui tahap kefahaman setiap kanak- kanak dan melihat bahawa setiap diri kanak- kanak itu adalah seorang ahli matematik. Mereka mendapati bahawa kanak- kanak mempunyai peluang yang untuk mengaitkan segala aktiviti harian mereka dengan pembelajaran matematik di sekolah secara tidak langsung. Guru memainkan peranan yang mendalam dan teliti di dalam hal ini. Selain itu, guru- guru boleh

merujuk semula kepada teori- teori tertentu yang dianggap dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. 2.0 PENDAHULUAN

Konsep matematik boleh dikatakan berkait rapat dengan perkembangan kognitif kanakkanak. Bahkan matematik itu sendiri juga dikatakan sebagai sesuatu yang abstrak dan sukar untuk ditakrifkan. Bagi seseorang guru, mengajar matematik yang abstrak adalah lebih merumitkan sekiranya tidak dikaitkan dengan aktiviti harian kanak- kanak itu sendiri. Secara sedar mahupun tidak, sebenarnya kanak- kanak telah mempelajari kedua- dua konsep ini dalam kehidupan seharian mereka lagi. Seperti yang kita tahu, kanak- kanak ini dilahirkan dengan satu perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri mereka. Mereka akan cuba sedayanya untuk mengetahui setiap persoalan yang timbul dalam diri mereka. Penguasaan kemahiran matematik awal oleh murid prasekolah sangat penting kerana ia merupakan satu bentuk asas utama untuk membantu murid memahami sesuatu konsep matematik yang lebih tinggi tahapnya. Tambahan pula, aktiviti pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman secara langsung dan bermakna di dalam suasana yang

menggembirakan serta menarik dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Sebagai seorang guru matematik, maka seharusnya bagi kita mengetahui perkembangan kognitif anak murid dan cara bagaimana mereka memahami sesuatu konsep matematik supaya pengajaran yang dilaksanakan adalah berkesan. Majoriti guru yang mengetahui perkembangan kognitif anak murid mereka dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan cara memasukkan topik- topik tertentu bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan psikologi anak murid mereka. Ramai pengkaji psikologi yang telah menjalankan kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya telah mengemukakan pelbagai teori pembelajaran yang sememangnya memberikan kesan yang positif di dalam pengembangan kurikulum matematik. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak dapat mempelajari matematik melalui kegiatan seharian mereka. Antara beberapa aktiviti yang dikatakan dapat membantu

kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik ialah aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan merupakan kegiatan memilih ciri atau sifat tertentu dalam membuat perbandingan dan pilihan. Manakala penjenisan pula merujuk kepada kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk- bentuk tertentu. Reguan pula membawa maksud kepada kegiatan untuk menyatakan kesamaan objek- objek secara satu lawan satu dan akhir sekali ialah susunan aturan di mana ia melibatkan satu aktiviti meletakkan sesuatu perkara itu di sepanjang satu barisan. Namun begitu terdapat beberapa teori yang dikeluarkan oleh pakar- pakar pembelajaran dimana mereka mengatakan bahawa jenis matematik dan bagaimana kanak- kanak mempelajari matematik adalah berbeza dari aspek perkembangan kognitif antara satu sama lain. Tokoh- tokoh yang dinyatakan ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne, Vygotsky dan Dienes. Dalam penulisan kali ini lebih ditumpukan kepada kepentingan teori pembelajaran matematik terhadap pendidikan awal kanak- kanak di mana jika dilihat, semakin hari perkembangan kanak- kanak dalam ruang lingkup akademik sangat dititik beratkan oleh ibu bapa. 3.0 TEORI PEMBELAJARAN 3.1 JEAN PIAGET Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget yang berasal dari Switzerland. Beliau merupakan seorang psikolgi yang banyak menyumbang terhadap kefahaman bagaimana kanak- kanak belajar. Melalui kajian Jean Piaget, beliau telah mengenalpasti bahawa perkembangan kognitif kanak- kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan tahap umur mereka. Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif ini adalah dipengaruhi dengan perkembangan potensi dari aspek lain seperti fizikal, intelek, dan sosio- emosi. Piaget telah membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor ( 0- 2 tahun ), Peringkat Pra Operasi,( 2- 7 tahun ), Peringakat Operasi Konkrit (7- 12 tahun ) , dan Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun ). Namun begitu tahap

umur ini tidak tetap kerana ia mengikut kepada tahap kemampuan seseorang kanak- kanak sendiri. Secara umumnya, perkembangan intelek murid adalah bergantung kepada faktor semulajadi dan persekitaran yang merangsangnya. Pada ketika ini, tugas guru adalah menyediakan alam persekitaran yang menarik , sesuai dan membina kepada murid supaya aktiviti pemindahan pengetahuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, Jean Piaget juga telah banyak menjalankan kajian dan eksperimen di dalam bidang psikologi pembelajaran kanak- kanak dan mendapati bahawa pemikiran kanak- kanak adalah berbeza dari satu tahap peringkat ke satu tahap peringkat yang lain dan sekaligus tokoh ini membahagikan perkembangan kognitif kanak- kanak kepada empat tahap iaitu : 3.1.1 Peringkat deria motor

Peringkat ini bermula dari masa lahir sehingga ke umur dua tahun. Kanak- kanak pada tahap ini mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya. Kanakkanak mengetahui benda- benda maujud di dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, namun begitu mereka tidak tentang mengapa sesuatu benda itu wujud. Kanak- kanak juga tahu ibu akan menghampiri sekiranya dia menangis. Tambahan pula, mereka juga mengetahui wujudnya perhubungan di antara sesuatu benda itu. Sebagai contoh, jika berasa lapar, dia akan menangis. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan perkaitan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan ini akan berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut akan mempelajari tentang sifat dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya seterusnya meniru semula apa yang terakam di dalam mindanya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku ini dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (Musen dan Kagan, 1974.) Pada peringkat ini ia turut dikenali sebagai refleksi di mana bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan yang wujud melalui tingkah laku tertentu seperti tingkahlaku pendengaran, penyusuan, gerakan tangan seperti genggaman dan sebagainya.

3.1.2

Peringkat Pra- Operasi

Peringkat ini bermula dari dua tahun hingga keenam tahun. Pada peringkat ini, kanak- kanak akan lebih terdedah kepada kemahiran sosial dan menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kanak- kanak masih tidak dapat membuat perbandingan antara objek dengan sesuatu yang lain. hal ini demikian kerana pemikiran kanak- kanak masih di bawah pengaruh pemerhatian iaitu tingkahlaku yang dilihat. Piaget turut menjalankan beberapa jenis aktivit eksperimen bersama kanak- kanak yang berumur di antara empat tahun dan lima tahun. Kanak- kanak ini telah diberikan tujuh cawab berbaris dengan beberapa butir telur. Piaget telah menjalankan aktiviti berdasarkan tiga situasi bagi membuktikan beberapa fakta tertentu iaitu kanakkanak tidak berupaya untuk

menggambarkan proses transformasi, kanak- kanak tidak berupaya untuk mengamati proses songsang dan kanak- kanak masih belum menguasai konsep pengabadian. (a) ketidakupayaan untuk menggambarkan proses transformasi Kanak- kanak sememangnya tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi keranan mereka hanya boleh memerhati sesuatu keadaan sahaja pada satu- satu masa. Sebagai contoh, apabila batang kayu jatuh dari keadaan tegak, kanakkanak hanya dapat menumpukan perhatiannya kepada kedudukan tegak kayu (AC) atau kedudukan baringnya (AB) RAJAH : proses transformasi C

Hal ini telah membuktikan bahawa kanak- kanak hanya dapat menumpukan perhatiannya kepada satu situasi sahaja dalam masa tertentu sahaja.

(b) ketiadaan keupayaan mengamati operasi songsang Dalam peringkat ini kanak- kanka

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

Anda mungkin juga menyukai