Anda di halaman 1dari 16

HBEC 3803

PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN PROGRAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK
SEPTEMBER 2022

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
HBEC3803

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN 2

KELAYAKAN KAKITANGAN 3

PROSES PEMILIHAN KAKITANGAN 4

POLISI PEKERJAAN 5

DESKRIPSI TUGAS 8

PENILAIAN PRESTASI 10

KESIMPULAN 12

BIBLIOGRAFI 14

1
HBEC3803

SOALAN 1

PENDAHULUAN

Program pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam usaha pembinaan


modal insan negara. Tentang ini, menurut Mok Soon Sang (1991), pendidikan ialah
suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek,
sosial, dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara
yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negara. Proses
ini sangat kritikal dalam menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan
untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan
membina daya keintelektualan. Ini kerana peringkat kanak-kanak merupakan
peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan
peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.

Justeru, penubuhan Prasekolah Cahayaku di kawasan kejiranan Taman Hill


View, Labuan ini adalah salah satu usaha dalam menyahut saranan kerajaan dalam
memberi sokongan padu dan komitmen terhadap masyarakat yang berkeluarga.
Penubuhan prasekolah ini dapat memastikan para ibu bapa yang berkerjaya berfikiran
tenang, sekali gus meningkatkan produktiviti tanpa menjejasan keutuhan institusi
kekeluargaan. Tentang ini, hasil kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) misalnya mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah
punca utama wanita di negara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Hal ini
berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu
sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat umur tersebut merupakan kemuncak
kerjaya bagi wanita dan pada masa yang sama anak-anak memerlukan perhatian dan
kasih sayang daripada ibu.

Pembukaan kelas Prasekolah Cahayaku ini telah berjaya menarik ramai murid
di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan prasekolah yang lebih sempurna
sebelum melangkah ke pendidikan sebenar  di sekolah  rendah kebangsaan di kawasan

2
HBEC3803

yang sama.   Oleh yang demikian, perbincangan seterusnya selepas ini akan
memberikan perbincangan tentang rancangan untuk merekrut dan menggaji
kakitangan yang berkaitan untuk prasekolah ini. Perbincangan akan menjurus kepada
butiran yang perlu disediakan dan strategi dalam pengambilan kakitangan yang betul.

KELAYAKAN KAKITANGAN

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan


fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia.
Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami
beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000)
menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan
ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum
pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi
sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di
samping itu, pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber
manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi
organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan kakitangan untuk Prasekolah
Cahayaku dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Dari segi kelayakan untuk pengambilan kakitangan yang akan bekerja di


Prasekolah Cahayaku (guru prasekolah), berikut adalah kelayakan yang diperlukan :

 Terbuka kepada lelaki dan perempuan dan berstatus warganegara Malaysia


sahaja

 Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada
tarikh permohonan dibuat

 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti yang tertera di


bawah:

3
HBEC3803

a) Memiliki sijil diploma daripada institusi awam atau swasta yang diiktiraf
oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pemohon yang memiliki sijil
diploma berkaitan pendidikan awal kanak-kanak akan diberi keutamaan.

Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak,(PAKK), kelayakan ikhtisas sangat


penting sebagai persediaan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut standard kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
Menurut Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) (2012),
kelayakan ikhtisas PAKK ialah pengiktirafan tahap dan jenis pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi yang diperoleh kakitangan seperti profesional, pengamal, guru dan
pengasuh mengenai asuhan dan didikan awal. Copple dan Bredekamp (2009)
memperakui bahawa guru-guru yang telah mempelajari bagaimana kanak-kanak
belajar dan berkembang serta kaedah berkesan untuk mengajar kanak-kanak adalah
lebih cenderung mempunyai pengetahuan Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP).
Prinsip ABP yang telah digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) merupakan matlamat utama persediaan kanak-kanak ke
peringkat sekolah rendah (Jain et al., 2017). Kesan kelayakan ikhtisas dapat dilihat
dengan jelas dalam kajian Abdul Halim dan Aznanche (2015), iaitu guru-guru
prasekolah novis berkelayakan ikhtisas Ijazah Sarjana Muda Perguruan daripada
Institut Pendidikan Guru menunjukkan kemahiran pengajaran yang berkesan dari segi
pengurusan masa, pemilihan aktiviti dan perancangan mengikut standard KSPK
meskipun pengalaman mereka kurang dari 2 tahun.

PROSES PEMILIHAN KAKITANGAN

Prosedur pemilihan merujuk kepada mana-mana prosedur yang digunakan


secara tunggal atau dalam gabungan untuk membuat keputusan kakitangan. Namun,
tidak terhad kepada ujian kertas dan pensil, ujian yang dikendalikan termasuklah ujian
komputer, ujian prestasi, sampel kerja, inventori sebagai contoh, ujian personaliti.
Berikut merupakan proses pemilihan kakitangan yang djalankan :

a. Ujian Prestasi/ Performance Test

4
HBEC3803

Tujuan prestasi atau ujian pencapaian adalah untuk memastikan bahawa


pemohon atau calon mempunyai kebolehan khusus seperti yang dinyatakan, walaupun
tidak dapat menunjukkan beberapa pencapaian kecekapan. Oleh itu, ujian prestasi
dapat mensimulasikan keadaan dan tugas yang akan dilakukan dalam pekerjaan nanti.
Sebagai contoh, ujian memandu, ujian papan kekunci, ujian Bahasa, ujian penggunaan
komputer dan ujian penggunaan mesin. Jelaslah, bahawa ujian prestasi sangat
membantu pekerja terlatih atau mereka yang berpengalaman.

b. Ujian Kebolehan/ Aptitude Test

Ujian percubaan bakat bertujuan untuk menemui potensi dan bakat seseorang
calon. Sekiranya seseorang calon mempunyai kebolehan semula jadi, maka ia dapat
diasumsikan bahawa dengan latihan yang tepat akan dapat mengembangkan
kemahiran tertentu. Pekerjaan yang berbeza memerlukan keberanian yang berbeza.

c. Ujian Keperibadian/ Personality Test

Umum mengetahui bahawa terdapat banyak organisasi memanggil seseorang


calon dengan banyak spesifikasi pekerjaan yang mempunyai ciri-ciri keperibadian
tertentu. Misalnya, ‘mesra/ ramah’, ‘kerjasama/mampu bekerja dalam pasukan’,
‘tegas’ dan sebagainya. Sehubungan itu, hasil ujian keperibadian akan mempunyai
sistem yang dibina untuk mengelakkan penipuan walaupun, beberapa calon dapat
meneka jenis jawapan yang menunjukkan kepada sifat keperibadian mereka yang
diterima oleh organisasi untuk merekrut calon tersebut bagi mengisi kekosongan
pekerjaan.

d. Ujian Kesihatan/ Medical Tests

Selain dari ujian prestasi, ujian kebolehan, ujian keperibadian, majikan juga
menegaskan bahawa pemohon atau calon kerja perlu menjalani ujian kesihatan untuk
menentukan sama ada mereka mempunyai sebarang penyakit yang boleh menjadi
masalah apabila mereka bekerja. Keadaan ini menjelaskan bahawa banyak syarikat
menawarkan pekerjaan kepada calon yang berjaya dengan syarat laporan kesihatan
calon adalah positif.

5
HBEC3803

POLISI PEKERJAAN

Kawalan adalah fungsi pengurusan dan merupakan bahagian yang penting


dalam proses keseluruhan menguruskan operasi. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab pengurus di Prasekolah Cahayaku untuk mengenal pasti dan menilai
pendedahan kepada kerugian yang berkaitan dengan bidang tertentu operasi mereka.
Menyatakan dan mewujudkan polisi, perancangan, dan standard operasi, prosedur,
sistem, dan disiplin lain yang akan digunakan untuk mengurangkan, mengurangkan,
dan / atau menghadkan risiko yang berkaitan dengan pendedahan dikenal pasti.
Justeru, polisi pekerjaan ini dicipta untuk memudah kan semua pihak. Polisi ini juga
merupakan syarat atau kehendak pihak prasekolah.

Kemasukan

- Kanak-kanak 5 sehingga 6 tahun sahaja.

- Kanak-kanak yang normal

- Hanya ibu bapa/ahli keluarga yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa
dibenarkan menjemput kanak-kanak pulang.

Yuran

- Yuran pendaftaran.
- Yuran bulanan.
- Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya ibu bapa ingin mengeluarkan kanak-
kanak.
- Yuran bulanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya 4 hari bulan setiap bulan.

Kurikulum

- Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


(KSPK).
- Idea daripada ibu bapa akan diambil kira dalam melaksanakan kurikulum.
- Penilaian ke atas kanak-kanak akan diadakan pada setiap bulan.

6
HBEC3803

- Prasekolah akan mengikut perkembangan Kurikulum KSPK. Jika terdapat


perubahan pada kurikulum ini, pihak prasekolah akan mengikut perubahan
tersebut.

Keselamatan

- Pemberian ubat-ubatan adalah atas kebenaran daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu
menandatangani surat kebenaran pemberian ubat-ubatan.
- Jika terdapat sebarang masalah kesihatan kepada kanak-kanak, ibu bapa akan
dimaklumkan oleh guru.
- Alat pemadam kebakaran perlulah diperiksa tarikh luput dan diisi semula mengikut
tarikh yang dinyatakan.
- Bangunan taska dilengkapi dengan alat penggera kebakaran.
- Pastikan tidak terdapat objek-objek yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-
kanak berada di tempat tidak sepatutnya dan mudah dicapai kanak-kanak

Guru/Staf

- Kelayakkan untuk menjadi guru adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah


ditetapkan.
- Guru perlu menghadiri kursus-kursus yang telah diaturkan oleh pihak prasekolah.
- Sekiranya guru tidak dapat menghadiri kursus, perlulah disediakan surat tunjuk
sebab. Hanya alasan yang munasabah sahaja akan dipertimbangkan.
- Guru tidak dibenarkan membuat kerja sampingan semasa bekerja di sini.
- Guru tidak dibenarkan bergaduh sesama rakan sekerja. Sebarang ketidakpuashatian
perlulah dilaporkan kepada penyelia prasekolah.
- Guru tidak dibenarkan menghukum kanak-kanak
- Sekiranya guru tidak dapat datang ke taska, perlulah memaklumkan kepada
penyelia prasekolah selewat-lewatnya sejam sebelum waktu kelas bermula. Surat
cuti perlulah diserahkan pada hari seterusnya

Masa dan Jadual Waktu

- Waktu operasi taska adalah daripada 7.30 sehingga 1.30 petang

7
HBEC3803

- Pihak prasekolah tidak menyediakan pengangkutan untuk menjemput atau


menghantar kanak-kanak ke rumah masing-masing.
- Jadual waktu guru-guru disediakan oleh pengurus prasekolah.
- Jika terdapat sebarang bantahan berkenaan dengan jadual waktu, guru perlu
memberitahu kapada pengurus prasekolah - guru-guru dibenarkan untuk mengubah
waktu sesama sendiri dengan kebenaran guru besar.

Terdapat beberapa situasi di mana polisi ini diperlukan dalam pentadbiran di


prasekolah. Sebagai contoh, terdapat ibu bapa yang menyalahkan pihak
prasekolah/tadika apabila anak-anak mereka malas belajar dan sering tertekan untuk
ke sekolah kerana tidak dapat menguasai sesuatu mata pelajaran. Ibu bapa
mengumumkan perkara tersebut di dalam laman media sosial agar ibu bapa lain tidak
tersalah langkah menghantar anak ke situ. Sedangkan di dalam polisi tadika telah
terpapar kurikulum yang diguna adalah berdasarkan pendekatan peperiksaan dan
pembelajran yang serius. Selain itu, turut dinyatakan ibu bapa atau mana-mana pihak
tidak boleh meletakkan nama tadika di mana-mana sumber sehigga menjatuhkan
organisasi dan perjalanan tadika tersebut. Jika perkara itu berlaku maka ibu bapa
boleh disaman. Maka, ringkasnya tanpa polisi atau syarat-syarat begini, tadika
tersebut tidak mungkin mempunyai paksi apabila mengalami masalah dengan ibu
bapa. Oleh itu, pihak pengusaha prasekolah/tadika harus bijak mewujudkan polisi
yang boleh menguntungkan pihak prasekolah/tadika dan juga pihak ibu bapa.

DISKRIPSI KERJA

Deskripsi kerja juga dikenali sebagai deskripsi tugas (Job Description – JD)
merupakan dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan
mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan
bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan
yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the
job). Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan
tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred jawatan yang diperuntukkan. JD dapat

8
HBEC3803

membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas
bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah agensi. Berikut merupakan deskripsi
tugas seorang guru pendidik prasekolah.

Pengurusan Mata Pelajaran

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan
kepada Pengurus Prasekolah pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan
pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan dan mmeulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan kepada Pengurus Prasekolah pada masa yang
dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran /Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
8. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.

Pengurusan dan Organisasi Kelas

1. Membentuk organisasi kelas.


2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas
3. Jadual waktu
4. Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan.
5. Motto kelas.

9
HBEC3803

6. Alatan pembersihan.
7. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
8. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.
9. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid

1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua


berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara
seperti yang diarahkan.
5. Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
6. Menjamin keselamatan buku tersebut.

Pendaftaran Murid Baru

1. Menerima kemasukan murid baru.


2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan
nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid.
3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.

PENILAIAN PRESTASI

Prestasi kerja adalah suatu hasil kerja yang dicapai seseorang dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dibebankan kepadanya yang didasarkan atas
kecakapan, pengalaman dan kesungguhan serta waktu. Prestasi kerja secara asasnya

10
HBEC3803

adalah tahap di mana seseorang individu dapat membantu organisasinya bagi


mencapai objektif organisasinya. Dalam model prestasi, Campbell dan rakan-rakan
(1993), Borman dan Motowildo (1993), mendefinisikan prestasi pekerja dalam bentuk
perilaku yang dapat diperhatikan di bawah kawalan individu itu sendiri. Pengertian ini
mengandaikan bahawa perilaku berkaitan dengan objektif organisasi boleh dinilai
dalam bentuk sejaumana tingkahlaku itu menyumbang kepada objektif organisasi.
Penilaian prestasi oleh rakan sejawat dan majikan selalu digunakan untuk mengukur
prestasi pekerja. Berikut merupakan kaedah penilaian prestasi yang dijalanakn di
Prasekolah Cahayaku.

a. Penilaian Yang Tepat Pada Masanya : Pengurus Prasekolah harus


memainkan peranan penting dalam penilaian yang tepat kepada pekerja untuk
kebaikan pekerja dan organisasi. Hal ini kerana, merupakan titik permulaan dalam
mana-mana peningkatan prestasi adalah mengetahui asas atau titik permulaan. Proses
penilaian prestasi yang dijalankan tepat pada masa dapat mengelakkan pekerja
daripada menghadapi situasi yang tertekan kerana mereka dapat menyiapkan diri dan
bersedia untuk dinilai. Penilaian yang tidak tepat pada masa hanya akan
mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua pihak.

b. Spesifik : Dalam hal ini Pengurus Prasekolah perlu memainkan untuk


memberikan komen atau maklum balas yang spesifik kepada pekerja mereka tentang
tugas yang dilakukan. Respon atau maklum balas yang tidak spesifik hanya
membazirkan masa dan memenatkan kedua-dua pihak. Komen yang khusus boleh
menjelaskan kepada penilai, pekerja dan juga majikan dengan tepat bagaimana
pekerja tersebut melaksanakan tugasnya. Dengan cara ini pekerja akan mudah
meningkatkan prestasi di tempat kerja dengan adanya penilaian spesifik yang
dilaksanakan

c. Objektif Yang Diukur : Proses ini memerlukan penilaian prestasi yang


seharusnya boleh diukur dan objektif. Hal ini tidak seharusnya bersifat subjektif
seperti penilaian melalui pendapat peribadi seorang penilai. Penilaian prestasi yang
objektif dan boleh diukur akan membantu pekerja mengetahui dan melihat dengan
tepat mengapa penilai melakukan jaringan kepada mereka berdasarkan penilaian yang

11
HBEC3803

telah dilakukan serta cara ini boleh membantu penilai untuk mengesan pekerja itu
mempunyai prestasi baik atau tidak.

d. Memberi Ganjaran : Elemen ini adalah paling penting dalam proses


meningkatkan prestasi seseorang pekerja dengan memberi ganjaran. Hal ini akan
membantu pekerja dalam membuat tugas kerana ganjaran yang diberikan akan
memotivasikan mereka dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, pihak prasekolah
perlu memberikan ganjaran seperti bonus gaji, cuti dan sebagainya. Pada masa yang
sama pekerja juga akan merasakan dihargai oleh majikan impak daripada ganjaran
yang diberikan kepada mereka.

e. Berasaskan Cadangan : Setiap penilaian prestasi yang baik tidak seharusnya


memberi laporan sahaja. Sebaliknya, ia harus memberikan cadangan mengenai
kaedah atau inisiatif kepada pekerja agar dapat meningkatkan kelemahan mereka dan
memperbaiki diri semasa bekerja. Hal ini akan membantu pekerja untuk mengetahui
segala kekurangan yang mereka lakukan secara tidak langsung mereka akan
memperbaiki sehingga wujudnya produktiviti dalam pengeluaran produk.

f. Berorientasikan Matlamat : Penilai bukan sahaja perlu membuat,


mencadangkan atau membawanya ke peringkat seterusnya, penilai juga perlu mula
memberi matlamat khusus untuk membantu pekerja mencapai KPI serta mampu
mencapai matlamat sesebuah organisasi. Melalui perkara ini, penilai dapat membantu
pekerja untuk mencapat matlamat yang sukar dengan peningkatan output sedikit demi
sedikit dan memberi manfaat kepada pekerja untuk meningkatkan kebolehan mereka
dalam menjalankan tugas.

g. Penglibatan : Proses penilaian prestasi memerlukan komunikasi dan interaksi


dua hala antara pekerja dengan pengurus. Hal ini amat penting kerana komunikasi dua
hala dapat mencapai kata sepakat antara kedua-dua pihak melalui pertukaran
pendapat. Interaksi dua hala juga merupakan salah satu cara dapat melihat penglibatan
pekerja. Pekerja turut memerlukan maklum balas daripada penilai untuk mereka
mengetahui reaksi penilai agar dapat melakukan penambahbaikan daripada maklum
balas tersebut.

12
HBEC3803

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan, kita dapati aspek perancangan sumber manusia


yang baik dapat memastikan amalan pengambilan dan pemilihan pekerja yang
berkesan. Perancangan sistematik ini juga dapat mengurangkan masalah yang
berkaitan dengan sumber manusia. Perkara ini perlu difikirkan, memandangkan era
industri masa hadapan akan bertukar kepada industri pengeluaran berteknologi tinggi.
Ini bermakna perubahan terhadap keperluan tenaga buruh akan berlaku. Proses
pengambilan dan pemilihan pekerja pastinya akan turut berubah terutamanya dari segi
kriteria pemilihan, sumber pengambilan dan kemahiran pekerja. Institusi pendidikan
awal kanak-kanak perlulah lebih peka terhadap perubahan yang berlaku dan
seterusnya membentuk program pengambilan dan pemilihan pekerja yang lebih cekap
dan berkesan.

(2893 patah perkataan)

13
HBEC3803

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Masnan dan Nordin Mamat. (2014). Panduan Kesihatan, Keselamatan


dan Pemakanan Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Perak: Tg Dot Net.

Ahmad, S., & Schroeder, R. G., (2002). The Importance Of Recruitment And
Selection Process For Sustainability Of Total Quality Management.
International Journal of Total Quality Management, 19(5), 540-550.

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship Between Workplace Incivility,


Job Attitudes And Muslim Religiosity Personality Among Trade Union
Members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Beaty, J. (2018). Preschool Appropriate Practices: Environment, Curriculum And


Development. (5t Ed). USA : Cengale Learning.

Lokman Mohd Tahir & Harnidon Abdul Rahman. (2002). Peranan Etika Dalam
Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 8
(10), 93-103.

Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala


Lumpur : Utusan Publications.

14
HBEC3803

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamiza. (2006). Tadika Berkualiti. PTS
Pubications & Distributors Sdn. Bhd. Pahang.

Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Pengetahuan Guru Pendidikan
Islam Prasekolah Dalam Rangka Pembangunan Tamadun Ummah. Sains
Humanika, 8(3-2): 21-28 .

Subadrah Madhawa Nair & Sopia Md Yassin. (2017). Do Preschool Teachers’


Professional Qualifications Play A Role In Enhancing Their Understanding Of
ECCE Training?. International Journal of Asian Social Science, 7(9), 754-763.

15

Anda mungkin juga menyukai