Anda di halaman 1dari 20

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

SEPTEMBER / 2020
SEPTEMBER / 2020

HDPS 2203

PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN KANAK-KANAK


CHILDREN EVALUATION AND OBSERVATION

NO. MATRIKULASI : 921221025970002


NO. KAD PENGENALAN : 921221025970
NO. TELEFON : 019-5094085
E-MEL : aisyahalwani@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Pulau Pinang


SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGENALAN 2-3

REKOD ANEKDOT 4-5

REKOD BERTERUSAN 6-7

SENARAI SEMAK 8-9

SKALA PENGUKURAN 10

KESIMPULAN 11

TUGASAN 2 12-17

RUJUKAN 18

1
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyatakan didalam Akta Pendidikan


1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah) 1997,
yang ditulis didalam perenggan ;
5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Pentaksiran bermaksud satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian Ianya menggunakan
pelbagai kaedah dan mestilah secara berterusan manakala konsep pentaksiran pula
merupakan satu siri dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul,
merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran
seseorang bagi sesuatu tujuan.
Tujuan pentaksiran dilaksanakan adalah bagi mengesan keberkesanan pengajaran,
mengambil tindakan susulan yang bersesuaian dengan segera, merancang serta mengesan
keperluan perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh. Pentaksiran juga dibuat
bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pelajar dari masa ke semasa serta
mengetahui potensi murid secara menyeluruh.
Proses pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui
pemerhatian, lisan dan penulisan.
Pemerhatian bermaksud satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau
maklumat dan merekodnya dengan tepat. Ianya dilakukan secara berkala dan tidak
berkala. Pemerhatian juga boleh melibatkan rakan sebaya, pembantu pengurusan murid,
ahli keluarga dan komuniti.
Tujuan pemerhatian dilaksanakan adalah untuk mengikuti perkembangan
individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran yang dibuat oleh pelajar
(individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam
sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan
atau projek yang diberikan oleh guru.

2
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

Selain itu, guru dapat merancang tindakan susulan yang sesuai dengan proses
pembelajaran seterusnya seperti menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan untuk
meningkatkan motivasi pelajar atau mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri
yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti
rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, skala pengukuran dan lain-lain. Dapatan
dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi
masing-masing
Objektif tugasan saya adalah untuk menjelaskan instrumen pemerhatian yang
digunakan untuk menaksir domain kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

3
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

REKOD ANEKDOT

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Tingkah laku unik
atau luar biasa itu mestilah tidak dirancang tetapi secara kebetulan ianya berlaku. Rekod
yang dibuat mestilah dilakukan secara individu walaupun peristiwa atau tingkah laku
unik itu terjadi didalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah
laku namun rekod haruslah ditulis secara objektif tentang apa yang berlaku selepas
pemerhatian dilaksanakan.
Rekod Anekdot digunakan untuk guru mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat
saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan. Guru boleh
mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana
pemerhati hanya perlu mencatatkanya kemudian. Guru hanya perlu mencatat tingkah laku
yang perlukan sahaja dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.
Kebaikan rekod anekdot ialah rekod ini dapat untuk membantu guru untuk
mengesan keberkesanan pengajaran serta dapat memberi maklum balas yang sesuai dan
tepat kepada murid. Selain itu, guru dapat mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur dan kemudianya merancang tindakan susulan untuk tujuan
pemulihan dan penggayaan.
Rekod anekdot juga membantu guru mengenal pasti tahap pengetahuan serta
kemahiran dan nilai yang dikuasai murid. Selepas itu, guru boleh merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
dalam masa yang sama mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa serta mengenalpasti pelbagai kecerdasan,
kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan
Kekurangan rekod anekdot ialah rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap
kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh guru sahaja. Ketetapan rekod

4
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu
berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam. Kejadian mungkin
berlaku di luar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan
secara berat sebelah. Peristiwa yang berlaku juga sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak
sesuai digunakan dalam kajian saintifik.

CONTOH

Nama Murid : Muhammad Ziyad Dhamien Rayqal Bin Azlan


Umur : 5 Tahun
Tarikh : 28 September 2020
Masa : 10.50 pagi hingga 11.00 pagi
Nama Guru : Siti Aisyah Alwani Binti Roslan
Item : Belum menguasai kemahiran menulis abjad “S”

Catatan Ulasan

Selepas mengikuti sesi bercerita di sudut Ziyad ada keberanian untuk memberi
bacaan, Ziyad, Thaqif, Livya, Syimir dan pendapat.
Nur Azila membuat buku cerita besar
dalam kumpulan kecil. Ziyad memberitahu Ziyad mudah berputus asa sebelum
rakan-rakannya untuk menulis cerita mencuba.
mengenai haiwan. Thaqif menulis nama
haiwan bermula dari huruf “A” dan Ziyad Cadangan
menulis nama haiwan dari huruf “S”. Bila Ziyad perlu diberi galakkan, dorongan dan
hendak menulis nama haiwan bermula dari pujian untuk membolehkannya mencuba
huruf “S” Ziyad tidak mahu menulis dan menulis huruf “S” walaupun tak betul.
berputus asa kerana tak tahu tulis huruf
“S”.

5
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

Cikgu Alwani memberi galakan supaya


Ziyad mencuba terlebih dahulu sebelum
putus asa.

REKOD BERTERUSAN

Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita yang dibuat keatas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan
pertuturan murid dicatat oleh guru. Masa, tempat, situasi dan tingkalaku pemerhatian
boleh ditentukan oleh guru dan pemerhatian boleh dijalankan selama 5 hingga 10 minit.
Rekod berterusan digunakan sebagai satu cara untuk membantu guru mencatat
tingkahlaku yang diperhatikan pada kanak-kanak semasa peristiwa berlaku. Guru juga
dapat menilai keberkesanan tempat, sudut atau stesen pembelajaran.
Rekod berterusan membantu guru merekodkan pemerhatian perlakuan kanak-
kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana yang sebenar. Ianya juga
membantu memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak dalam satu-satu
masa. Rekod berterusan juga dapat memberikan maklumat berguna dalam
mempertingkatkan lagi potensi kanak-kanak.
Kelebihan menggunakan rekod berterusan ialah rekod ini dapat memberi
gambaran yang sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang
ditetapkan.
Rekod berterusan juga boleh memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan
dalam satu rekod. Contohnya, dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai
aspek perkembangan seperti perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Selain itu, rekod berterusan juga tidak memerlukan guru itu mahir dalam
kembahiran pemerhatian yang kursus sekaligus memudahkan guru merekod kandungan
hanya menggunakan pensil dan kertas.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan jika menggunakan rekod berterusan
kerana guru perlu memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini

6
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

mengambil masa yang lama bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
tersebut dengan lebih terperinci.
Penggunaan rekod berterusan juga memenatkan guru kerana memberi tumpuan
yang lebih kepada proses perekodan dan guru perlu sentiasa memerhati kanak-kanak
yang direkod.
Rekod berterusan lebih sesuai digunakan bagi guru yang ingin melakukan
pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika
secara berkumpulan.
CONTOH REKOD BERTERUSAN

Nama Murid : Muhammad Ziyad Dhamien Rayqal Bin Azlan


Umur : 5 Tahun
Tarikh : 1 Oktober 2020
Masa : 10.50 pagi hingga 11.0. pagi
Nama Guru : Siti Aisyah Alwani Binti Roslan
Item : Belum menguasai kemahiran menulis abjad “S”

Pemerhatian Ulasan

Ziyad sedang menghasilkan buku cerita besar Ada keberanian untuk memberi
bersama beberapa orang rakannya di sudut pendapat.
pembelajaran. Dia mencadangkan rakannya untuk
membuat cerita mengenai haiwan.

Ziyad :Thaqif kamu tulis lah nama-nama haiwan Mengenal nama –nama haiwan
mula dari huruf “A”. seperti ayam, arnab dan bermula huruf “A”.
anjing.

Thaqif : Baiklah, saya akan tulis…. hmm


Livya : Ziyad kamu pula tulis nama haiwan

7
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

mula dari huruf “S” macam siput ok.


Ziyad : Tak mahu saya tak suka tulis huruf “S”. Mudah berputus asa tanpa berusaha
saya tak pandai lagi , tak mahu…
lalu berlari masuk kebawah meja guru sambil
menangis.

SENARAI SEMAK

Kaedah pemerhatian ini merujuk kepada senarai tingkah laku atau perkembangan
kanak-kanak. Ini kaedah yang paling mudah untuk merekodkan perkembangan kanak-
kanak. Senarai semak atau inventori mesti berdasarkan matlamat dan perkembangan yang
boleh dihubung kait dengan kemahiran yang diperhatikan.
Senarai semak biasanya disusun secara berjujukan. Pemerhati mesti memastikan
tingkah laku yang diperhatikan sebenarnya berlaku. Senarai semak tidak menunjukkan
takat kemajuan dalam hasil pembelajaran atau tingkah laku kanak-kanak. Pemerhatian
mesti dilakukan beberapa kali untukmendapatkan keputusan atau maklumat yang boleh
dipercayai.
Senarai semak boleh digunakan dalam banyak cara bergantung pada matlamat
dan objektif proses pemerhatian. Untuk pentaksiran individu, adalah mungkin untuk
menggunakan senarai semak yang berbeza tetapi jika semua kanak-kanak dalam suatu
kumpulan atau kelas akan diperhatikan, satu senarai semak akan digunakan. Ia adalah
penting untuk mencatatkan tarikh dan waktu tingkah laku diperhatikan.
Kelebihan senarai semak adalah ianya rekod yang mudah dan berkesan dalam
memaparkan kelebihan dan kelemahan kanak-kanak yang direkod. Semasa proses
prekodan berlaku, guru boleh memerhatian beberapa kanak-kanak untuk direkod dalam
satu-satu masa. Selain itu, senarai semak juga dapat memberi gambaran yang jelas
tentang perkembangan kanak-kanak serta boleh direkodkan oleh guru ataupun pembantu
guru.
Namun begitu rekod senarai semak juga mempunyai kekurangan seperti
maklumat yang diperolehi tidak terperinci kerana kurang maklumat tentang kekerapan,

8
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

jangka masa dan keterangan tentang tingkah laku. Rekod ini juga tidak memberikan
tahap pelaksanaan yang dilaksanakan oleh guru. Ianya juga tidak menerangkan bagaiman
perkembangan kanak-kanak itu berlaku dan hanya bergantung kepada senarai semak
yang disediakan.

CONTOH SENARAI SEMAK

Nama Murid : Muhammad Ziyad Dhamien Rayqal Bin Azlan


Nama Guru : Siti Aisyah Alwani Binti Roslan

Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia

Kandungan Pemerhatian Ulasan


I II III
1.Kemahiran Menulis
Menguasai kemahiran pratulis. X / Murid ini pada
3 Feb 2 April awalnya tidak dapat
Memegang alat tulis dengan cara menguasai kemahiran
yang betul untuk menulis. X / menulis kerana suka
bermain dan leka
Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan suasana
tangan mengikut arah yang betul. X / tempat baru.

2.Menguasai kemahiran menulis.

Menulis semula huruf mengikut cara X / Murid ini pada


yang betul. 1 Mac 4 Mei awalnya tidak dapat
menguasai kemahiran

9
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

Menulis huruf kecil dengan cara menulis kerana tidak


yang betul dengan bimbingan. X / tahu cara menulis
huruf dengan betul.
Menulis huruf besar dengan cara
yang betul dengan bimbingan X /

Tandakan ( -/ ) jika murid telah menguasai


Tanakan ( x )dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai
SKALA PENGUKURAN

Skala pengukuran ialah lagi satu alat untuk merekodkan tingkah laku kanak-
kanak. Ia menilai kemahiran atau amalan berdasarkan satu skala yang menunjukkan tahap
kemajuan dan prestasi daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Skala
itu menentukan kedudukan tingkah laku yang diperhatikan.
Setiap tingkah laku dinilai daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi
ataupun sebaliknya. Pemerhati mesti cermat dalam memberikan skor untuk setiap perkara
yang diperhatikan.
Pemerhatian mesti dilakukan beberapa kali untuk memperoleh keputusan yang
lebih tepat. Guru boleh menggunakan skala untuk kanak-kanak sebagai individu,
kumpulan atau kelas.
Kelebihan rekod skala pengukuran ialah guru dapat melakukan pemerhatian
keatas beberapa kanak-kanak pada masa yang sama. Rekod ini juga mudah dan cepat
untuk diisi. Selain itu, guru boleh melaksanakan pemerhatian bagi pelbagi aktiviti /
tingkah laku yang ingin direkod.
Namun begitu, kelemahan rekod ini ialah guru sukar membezakan kategori
kemahiran yang ingin direkodkan. Selain itu, sukar untuk guru melakukan perbezaan
secara nyata antara kelas dalam sekali. Contohnya, perbezaan antara A dan B tidak
ditentukan secara jelas.

CONTOH SKALA PENGUKURAN

10
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

Nama : Muhammad Ziyad Dhamien Rayqal Bin Penyataan


Azlan
Membaca abjad B Bawa kad imbas balik ke
rumah
Membaca frasa B
Membaca ayat pendek C

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya saya dapati bahawa pentaksiran yang di jalankan terhadap


murid adalah amat berguna dan amat penting bagi mengetahui keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang di laksanakan di sekolah.
Guru perlu membuat perancangan apa, siapa dan bila hendak dinilai. Seterusnya
membina instrumen yang bersesuaian mengikut perkembangan kemahiran dan kemudian
melaksanakan penilaian terhadap pemerhatian tingkah laku, interaksi/lisan dan juga hasil
kerja murid. Setelah itu guru boleh merekod , menganalisis dan membuat pelaporan.
Perkara yang paling penting bagi seorang guru untuk meningkatkan perkembangan
kemahiran kanak-kanak adalah mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Jika terdapat murid yang belum menguasai, guru membuat aktiviti bimbingan dan
bagi murid yang telah menguasai guru boleh membuat pengukuhan dan pengayaan.
Proses ini adalah amat penting kerana ia menentukan persediaan murid ke tahun satu.
Diharap tindakan dan teknik yang diusahakan oleh guru dapat bersama-sama
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

11
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

(1996 patah perkataan)


TUGASAN 2

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID

Terdapat 10 orang kanak-kanak yang berumur lima tahun yang belajar di tabika
saya. Setiap seorang mempunyai pelbagai karenah dan watak yang berbeza namun saya
sebagai guru tetap berasa seronok melihat gelagat mereka. Ini kerana ianya memberikan
saya pengalaman yang berharga dalam menghadapi karenah murid-murid serta
memberikan ilmu yang berguna kepada pelajar saya.
Saya telah membahagikan anak murid saya kepada 2 kumpulan yang terdiri
seramai 5 orang dalam satu-satu kumpulan. Tugasan mereka kali ini adalah untuk
mewarna dan menggunting lembaran kerja topeng haiwan jinak.
Dalam kalangan kumpulan pertama, saya melihat pelajar saya yang bernama Nur
Atiqah Husna menghadapi masalah untuk melaksanakan tugasan menggunting mengikut
bentuk topeng muka kucing.
Atiqah menghadapi masalah untuk memegang gunting serta mengunting bahagian
topeng muka yang berlekuk dengan baik. Selain itu, Atiqah juga kurang mahir dalam
menguruskan gunting sehingga hampir membahayakan dirinya sendiri. Hal ini
membuatkan Atiqah menjadi sedih kerana Atiqah melihat rakanya yang lain tidak

12
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

mempunyai masalah untuk melaksanakan tugasan yang diberi sedangkan dirinya


menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang sama.
Kesukaran Atiqah untuk memegang gunting dan menggunting mengikut bentuk
menunjukkan bahawa dia menghadapi masalah dalam perkembangan fizikal yang berkait
rapat dengan motor halus. Ini sememangnya memberi tekanan kepada Atiqah yang
merupakan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah didalam pembelajaran. Emosi
Atiqah yang terganggu menjejaskan pembelajaranya bersama rakan-rakan yang lain
semasa sesi membuat aktiviti bersama kumpulan.
Sepertimana ada kanak-kanak 4 tahun yang tidak mahir memegang pensel dengan
baik, begitu juga dengan Atiqah yang tidak mahir memegang gunting dan
menggunakanya dengan cara yang betul.

HURAIAN MASALAH YANG DIHADAPI MURID

Masalah yang dihadapi oleh Atiqah adalah dia tidak tahu bagaimana untuk
menggunting mengikut bentuk. Apa yang saya dapat tafsirkan mengenai permasalahan
Atiqah yang tidak tahu menggunting adalah dia mempunyai pegangan tangan yang lemah
serta tidak tahu untuk bahawa dirinya pula memusingkan kertas dan bukanya gunting.
Atiqah berasa kekok untuk memegang gunting memandangkan dirinya yang merupakan
lebih selesa menggunakan tangan kiri dan perkara itu membuatkan Atiqah menjadi keliru
dan akhirnya tidak mahu mencuba lagi untuk melakukan aktiviti menggunting.
Seterusnya apa yang dapat saya huraikan mengenai permasalahan yang dihadapi
oleh Atiqah adalah kerana dia menggunakan tangan kiri untuk menggunting jadi
tanganya itu menjadi penghalang diantara kertas dan gunting kerana tangan mempunyai
masalah untuk memusingkan gunting mengikut bentuk yang diingini.
Atiqah merasa seperti satu tekanan kepada dirinya apabila dia tidak tahu
bagaimana cara untuk menggunting. Apabila diberikan latihan untuk Atiqah
menggunting, dia akan mengatakan yang dirinya tidak tahu menggunting dan
adalakalanya Atiqah tidak mahu mencuba langsung untuk menggunting. Namun, ada juga

13
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

hari yang Atiqah ingin mencuba namun tidak berjaya. Ini membuatkan Atiqah merasa
kecwa, berputus asa dan juga tidak mahu mencuba lagi.
Akibat daripada itu, Atiqah berharap kepada kawanya untuk membantu
menggunting. Ada waktunya, Atiqah akan meminta bantuan pembantu guru untuk
menggunting bentuk yang diberikan oleh guru kerana Atiqah mahu menyelesaikan
tugasan yang diberi sebelum selesai sesi pembelajaran.
Perkara ini boleh menyebabkan Atiqah sentiasa berharap kepada rakan-rakannya
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya. Sifat ini boleh
menyebabkan Atiqah menjadi seorang yang tidak mahu mencuba, tidak mahu berusaha
serta menyusahkan rakan atau orang lain yang sedang menyiapkan tugasan mereka. Ini
juga boleh mengganggu emosi Atiqah serta rakan-rakannya di dalam kelas.

REKOD SENARAI SEMAK (Individu)

Nama : Nur Atiqah Husna Binti Azman Ya / Tidak


Mengunting garisan lurus /
Mengunting bentuk empat segi x
Mengunting bentuk bulat x

14
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

MASALAH YANG DIHADAPI

Persekitaran di tabika dengan kehadiran anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun


dapat menonjolkan banyak tingkah laku kanak-kanak. Tingkah laku sosial dapat dilihat
dengan jelas apabila anak-anak bersama dalam ruang kelas sewaktu sesi pembelajaran
dijalankan Naufal seorang murid berumur 5 tahun. Naufal merupakan seorang pelajar
yang penuh bertenaga dan bersemangat untuk kesekolah. Apa yang dapat diperhatikan
disini ialah tindakan Naufal untuk bersosial bersama rakan-rakan dalam kelas sewaktu
kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kumpulan.
Naufal mempunyai masalah apabila diusia lima tahun ketika rakan seusia sudah
mahir mengenal abc serta membaca sukukata, beliau masih tidak dapat bertutur seperti
rakan sebaya yang lain.
Naufal tidak mampu menyebut apa-apa perkataan dan hanya menggunakan
bahasa tubuh sahaja jika ingin menyampaikan apa yang mulutnya tidak mampu
menyebut. Naufal boleh mengikut kembali perkataan yang saya sebut namun jika

15
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

menyoal seperti ’Naufal sudah makan?’, beliau hanya menggeleng, mengangguk atau
tersenyum sahaja tanpa jawapan ’Ya’ mahupun ’Tidak’ kepada saya. Hal ini bertentangan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak 5 tahun yang seusia dengan Naufal.
Keadaan ini sememangnya menyukarkan Naufal dari segi perkembangan
pembelajaran di tabika. Naufal berkomunikasi menggunakan bahasa tubuh. Beliau akan
menarik tangan saya jika mahu menunjukkan sesuatu atau mencuit bahu saya untuk
menunjukkan sesuatu yang berjaya dibuat. Apabila disoal mengenai tugasan yang dibuat,
Naufal hanya tersenyum tanpa mampu menjawab soalan saya.

HURAIAN MASALAH YANG DIHADAPI


Mengikut pemerhatian saya, Naufal juga mempunyai masalah untuk memahami
arahan yang diberikan. Arahan mudah seperti ’Sila duduk’ juga tidak mampu Naufal
fahami kecuali jika dia melihat rakanya melakukan arahan yang saya berikan. Saya
mencuba memberikan arahan didalam Bahasa Inggeris dan Naufal turut tidak mampu
memahaminya.
Sewaktu pembelajaran, Naufal hanya memahami satu-satu arahan selepas saya
menunjukkan cara melakukanya seperti ’Sila tulis huruf A, Naufal’. Beliau tidak mampu
memahaminya kecuali saya menulis huruf A dan menyuruhnya menulis semula huruf
tersebut. Begitu juga dengan nombor.
Selain itu, Naufal tidak mampu mengekpresi kehendaknya. Sebagai contoh, beliau
tidak mampu menyatakan bahawa dirinya ingin menambah makanan yang sudah habis
kecuali disoal oleh saya. Jawapan yang saya terima hanyalah anggukan sambil menghulur
bekas makananya ataupun menggeleng dan menutup bekas makan.

16
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

Naufal juga tidak mampu untuk memberitahu saya jika beliau ingin ke tandas
sehingga ada satu ketika, saya melihatnya memegang seluar sambil kaki menghentak
lantai membuatkan saya menyoalnya samada beliau ingin ke tandas ataupun tidak. Naufal
tidak mampu menjawab soalan saya sehingga saya terpaksa membawa beliau ke tandas
dan ketika itu barulah Naufal tergesa-gesa menanggalkan seluar dan masuk ke dalam
tandas.
Setiap Isnin ketika sesi bebas, saya akan menyoal anak murid saya mengenai apa
yang mereka lakukan sepanjang 2 hari bercuti dirumah. Setiap seorang mampu
menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka termasuklah murid 4 tahun. Apabila tiba
giliran Naufal, beliau tidak mampu bercerita dan hanya berdiri tidak bergerak bersama
senyuman. Apabila saya menyoal tentang aktiviti yang dilakukan dirumah, Naufal hanya
tersenyum dan tidak memberi sebarang reaksi dalam bentuk perkataan kepada saya.
Naufal tidak mampu bercerita kepada saya mengenai aktiviti yang beliau lakukan
dirumah seperti rakanya yang lain.
.

REKOD SENARAI SEMAK (Individu)

Nama : Wan Muhammad Izz Naufal Bin Ya / Tidak


Wan Aiman
Memahami arahan mudah x
Menutur ayat mudah x

17
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

RUJUKAN

1) https://www.slideshare.net/shanshanhon/pentaksiran-dan-penilaian

2) http://majorpra.blogspot.com/2011/09/tugasan-assigment-pra-3111-penilaian.html

3) http://kidzfunsumber.blogspot.com/2014/10/modul-pentaksiran-perkembangan-murid-
di.html

4) http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/penilaian-pemerhatian.html

5) http://duniakupakk.blogspot.com/2014/06/berikut-saya-kongsikan-tugasan.html

6) http://aaaereadingroup1115.blogspot.com/2013/05/tugasan-1-teknik-menilai-strategi.html

18
SITI AISYAH ALWANI BINTI ROSLAN HDPS 2203

921221025970002 SEPTEMBER 2020

19

Anda mungkin juga menyukai