Anda di halaman 1dari 10

Jun

12

Pemerhatian dan Penialain dalam


Pendidikan Awal Kanak-kanak
Berikut saya kongsikan tugasan berkaitan dengan pemerhatian dan penilaian dalm
pendidikan awal kanak-kanak. Semoga ianya bermanfaat. 

Auni MJ

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Maksud Pemerhatian:

Selain melakukan ujian pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menjalankan
penilaian.

Pemerhatian merupakan satu cara paling lama dan biasa digunakan serta paling
berkesan digunakan untuk menilai pertumbuhan, perkembangan, dan juga
pembelajaran kanak-kanak (Carolyn Seefeldt, 1990).

Pemerhatian yang sistematik menggunakan sistem particular untuk melihat dan


merekod tingkah laku kanak-kanak yang menjadi aspek yang paling penting dalam bilik
darjah.
Observation is used to chart children;s development, to gain insight into children’s
behavior, and to guide curricular decision making. Observation also plays an important
role in assessment, either by replacing or by supplementing standardized evaluation
instrument.
                                                                                                         
       (Benjamin,1994).

Melalui pemerhatian kita dapat menjalankan penilaian yang tidak bersifat bias terhadap
kanak-kanak. Guru yang menjalankan pemerhatian mestilah bebas dari sebarang
masalah dan tekanan supaya hasil pemerhatian yang diperolehi adalah mantap tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana sekiranya pemerhati (guru)
tersebut berada di luar kawalan kewarasan akal maka hasil pemerhatian yang
dilakukan akan menjadi tidak tepat.

Pemerhatian ini boleh dilakukan sepanjang proses pembelajaran kanak-kanak di


sekolah. Guru boleh memerhatikan kanak-kanak dari awal tahun sehinggalah akhir
tahun. Hasil yang akan diperolehi amatlah memberansangkan. Kita akan dapat melihat
perubahan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Setiap hasil pemerhatian perlu
direkodkan supaya tiada sebarang maklumat yang berkenaan tercicir.

Maksud Penilaian:

Penilaian selalu dilakukan dalam kehidupan seharian. Kebanyakkannya adalah secara


formal dan tidak terkawal. Tetapi dalam pendidikan, penilaian adalah dibuat secara
formal, terkawal dan sistematik. Penilaian adalah proses mendapat, menentukan dan
member maklumat yang berguna atau menganalisi hasil pengukuran bagi tindakan
selanjutnya.
Dalam kehidupan kita seharian kita tidak lari dari membuat keputusan. Oleh sebab kita
telah membuat keputusan maka kita telah mengalami satu proses dan konsep yang
disebut penilaian.

Penilaian bermaksud perbuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud


penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya (Bloom, 1956).

Menurut Mehrens dan Lehmann, 1978, penilaian bermaksud satu proses yang
menggambar, mendapa dan menyediakan ‘panorama’ yang berfaedah untuk
menghakimi keputusan.

Penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat


yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya (Phi Delta
Kappan, 1971).

Oleh itu, satu takrifan yang mengaitkan konsep-konsep yang ditegaskan bahawa
penilaian merupakan proses sistematik mendapat maklumat untuk membuat keputusan
bagi tindakan selanjutnya.   

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh


itu, dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak penilaian perlu dilakukan secara
berterusan mengenai kemajuan murid dalam domain kognitif, psikomotor dan juga
afektif.

Cara mengesan perkembangan dan kemajuan murid adalah melalui permerhatian:

1)    Tingkah laku kanak-kanak tersebut sama ada pasif atau aktif
2)    Perlakuan kanak-kanak tersebut
3)    Interaksi murid yang ingin dinilai sama ada dengan guru atau dengan rakan sebayanya
4)    Hasil kerja murid tersebut di dalam kelas

Penilaian dibuat terhadap kanak-kanak prasekolah adalah kerana mereka datang dari
pelbagai latar belakang yang berbeza. Oleh itu penailaian harus dibuat untuk
mengetahui tahap perkembangan mereka. Dengan kata lain penilaian merupakan
proses yang melibatkan beberapa tahap yang berterusan tetapi dengan satu tujuan,
iaitu mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan
itu dibuat.

Antara tahap-tahap yang perlu dilakukan ketika melakukan penilaian adalah


1.    Tujuan penilaian itu dijalankan
2.    Jenis maklumat yang diperlukan
3.    Kaedah mendapatkan maklumat
4.    Alat-alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
5.    Kaedah maklumat yang diperoleh itu dianalisis dan dirumuskan
6.    Kaedah merekod maklumat supaya dapat digunakan sebaik mungkin.

Kesemua tahap ini perlu diambil kira kerana  menilai kanak-kanak di peringkat
prasekolah adalah lebih rumit daripada menilai para pelajar di peringkat sekolah rendah
dan menengah. Kesukaran ini timbul akibat kurikulum yang tidak mantap,
perkembangan kanak-kanak yang kurang difahami dan kemampuan guru memahami 
bidang tugas yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Menurut McAfee, Leong, & Bodrova, 2004, Penilaian adalah proses pengumpulan
maklumat mengenai kanak-kanak dari beberapa aspek seterusnya menyusun dan
menngunakan maklumat tersebut dengan sebaik mungkin.

Kaedah penilaian harus disesuaikan mengikut tahap perkembangan mental,  sosial dan
juga perkembangan fizikal kanak-kanak bagi setiap peringkat. Perubahan
perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara pantas , oleh itu penilaian dibuat
untuk mengenal pasti sama ada perkembangan mereka adalah berlaku secara normal
atau sebaliknya. Sekiranya perkembangan kanak-kanak adalah tidak normal maka
tindakan akan di ambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Penilaian melalui cara Pemerhatian boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu senarai
semak, rekod anekdot, rekod berterusan, time sampling, soal selidik ibu bapa / penjaga,
Portfolio murid Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid, sama ada tulisan,
lipatan, bahan projek dan lain-lain untuk  melihat perkembangan tertentu murid ( cth.
emosi, motor halus, sosial dan kognitif) dan sebagainya.
1.    Rekod anekdot
Rekod anekdot merupakan catatan satu peristiwa atau satu perubahan tingkah laku
unik. bermakna atau signifikan kepada guru (pemerhati) yang ditunjukkan oleh murid-
murid. Catatan dibuat secara ringkas dan tepat untuk mengkaji sesuatu perubahan
tingkah laku.

Panduan menyediakan Rekod Anekdot

1. Membuat pemerhatian pada peristiwa yang signofikan walaupun tidak dirancang


2. Kanak-kanak yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan
3. Mengenalpasti sama ada peristiwa itu penting kepad aperkembangan kanak-
kanak atau tidak
4. menulis apa yang dilihat secara objektif
5. Menulis tentang perkara-perkara menggambarkan perkembangan kanak-kanak,

Contoh format rekod anekdot

TADIKA ABC
Rekod Anekdot

Nama kanak-kanak :
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :

Rekod permerhatian dilakukan

Ulasan :

2) Senarai semak
Rekod ini dapat mengaitkan mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak denan
hasil pembelajaran. Biasanya senarai semak dibuat berdasarkan Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah.

Panduan menyediakan Senarai Semak

1. Disediakan lebih awa sebeum pemerhaian dibuat


2. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan jelas dan ringkas
3. Digunakan bagi menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semulajadi
4. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
5. Item dalam senarai semak disusn mengikut pemeringkatan
6. Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada
melakukan satu atau dua pemerhatian
7. Dapat ditandakan semasa atau selepas pemerhatian dijalankan
8. Dilakukan sekura-kurangnya tiga kali

Item Ya Tidak Catatan


Tetapi senarai semak dibina bergantung kepada jenis emerhatian dan perkembangan
yang hendak diperhatikan.

Rekod Berterusan

Rekod ini menggunakan kaedah yang sama dengan penilisan rekod anekdot tetapi
ditulis berdasarkan fakta yang tepat dan dalam jangka masa yang telah ditentukan.
Rekod ini dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya
sesuatu peristiwa. Pemerhatian yang terperinci biasanya dijalankan dalam tempoh 10
minit.

Perbezaan antara rekod anekdot dan rekod berterusan

Rekod Anekdot Rekod Berterusan


Dirancang atau tidak dirancang Dirancang
Cerita semula Setiap perlakuan dan pertuturan yang
diperhatikan dicatat
Apabila berlaku peristiwa yang signifikan Lebih mudah dengan rakaman
Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

1. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian dilakukan sam ada
tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut embelajaran yang diperhatikan
sesuai.
2. Rekodkan semua perlakuan murid satu persatu
3. Rekod dengan tepat dan padat serta jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku
4. Rekod hanya perkara sebenar berlaku dan gunakan satu aat bagi menerangkan
satu aksi.
5. Gunakan bahasa yang mudah difahami
6. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa
7. Tentukan masa

Contoh format rekod berterusan

Nama Murid:                                             Lokasi :


Umur:                                                        Item :
Tarikh :                                                     Masa :
Nama Guru :
Catatan Ulasan

Portfolio

Portfolio merupakan kaedah penilaian autentik kerana portfolio merupakan bukti


pencapaian sebenar murid. Antara kandungan portfolio adalah seperti berikut:

1. Rekod peribadi
2. Rekod-rekod perkembangan
3. Hasil kraf
4. Lukisan
5. Binaan
6. Tulisan
7. Kolaj
8. Gambar
9. Audio-video

Buku Log Harian Atau Buku Log Kelas

Panduan menulis Log Harian

1. Ditulis setiap hari


2. Ditulis untuk setiap orang murid
3. Tarikh pemeratian dicatatkan
4. Sistematik dan terancang

Contoh Format Log Harian

Bi Nama Kanak-kanak Pemerhatian  Catatan


l
Aspek pemerhatian adalah dilihat daripada

1. waktu berpisah dengan ibu bapa


2. Semasa memerhatikan motor kasar dan motor halus kanak-kanak
3. Semasa aktiviti bahasa

Rekod Pensampelan Masa

Rekod ini digunakan bagi satu jangka masa yang ditentukan. Ia merupakan rekod
tertutup kerana ia hanya direkdkan aktiviti kanak-kanak bagaimana mereka melakukan
tetapi hanya rekod aktiviti kanak-kanak ada masa itu sahaja.

Contoh Format Rekod Pensampelan Masa

TADIKA ABC
Rekod Pensampelan Masa
Nama Pemerhati :

Nama Kanak-kanak
Masa Aktiviti Kanak-kanak

Rekod Pensampelan Peristiwa

Rekod ini meninjau peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Panduan menulis Rekod Pensampelan Peristiwa

1. Hanya fokus pada satu tingkah laku sahaja


2. Diperjhatikan bebrapa kali sehingga maklumat mencukupi
3. Jalaskan kejadia yang berlaku secara ringkas
4. Tulis tarikh dan masa kejadian berlaku

Contoh Format Rekod Pensampelan Peristiwa

Tarikh / Hari Masa Sebelum Tingkah Laku Selepas


(Akibat) (Kesan)

RUJUKAN

1. AbdGhafar. (2003).Prinsip dan amalan pengajaran.Selangor:Utusan

Publication&Distrubutors SDN BHD

2. Mariani Md. Nor. Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah, PHD,

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

3. Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamiza. 2006. Tadika Berkualiti. PTS

Pubications & Distributors Sdn. Bhd. Pahang.


4. Rashidah Rafie Abdul Rashid. 2010. Buat Duit dengan Tadika. PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd. Selangor.

5. http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/topik-9-pendekatan-

bertema.html( Pendekatan Bertema) 25 March 2010

6. Diperolehi (27 April 2010) dari http://www.cikgublog.com/kepentingan-

persediaan-mengajar

Anda mungkin juga menyukai