Anda di halaman 1dari 12

instrumen pentaksiran tidak

formal

REKOD
ANEKDOT
NAMA : TEO SHIN NING

Menurut Pusat Pembangunan


Kurikulum (2008)

rekod anekdot ialah satu catatan ringkas


mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan untuk direkod.
satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam
sesuatu tempoh tertentu.

Tujuan
I. Mengesan keberkesanan pengajaran.
II. Memberi maklum balas yang sesuai dan
tepat kepada murid.
III. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur.
IV. Merancang tindakan susulan untuk tujuan
pemulihan dan pengayaan.
V. Mengenal
pasti
tahap
pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dikuasai murid.

VI. Merancang aktiviti pengajaran dan


pembelajaran mengikut keperluan perkembangan
dan pertumbuhan murid.
VII. Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
VIII. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran
dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan

Panduan Menulis Rekod Anekdot


- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang
berlaku.
- Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja
selepas peristiwa berlaku bagi memastikan
peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.

Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan


dengan jelas, ringkas dan objektif.

Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh


murid.
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan
dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.

Kemudian guru harus membuat pentafsiran


atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.

maklum balas hendaklah diberikan kepada murid


secara individu setiap kali selepas murid diperhatikan
atau ditaksir.
Maklum balas adalah tentang kerja dan kemajuan murid.
Fokus maklum balas ialah kepada apa yang murid boleh
kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan
apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan.
Melalui maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang
perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan
lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.

Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :REKOD ANEKDOT


Nama Pelajar :_____________
Tahun : ___________
Tarikh
9.7.04
17.8.04
23.8.04
2.9.04
3.9.04

Jenis Perlakuan

Komen

Bergaduh di dalam kelas


Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru semasa ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

REKOD ANEKDOT
Nama Murid : Zarina
Umur
: 6 Tahun
Tarikh
:18 Julai 2010
Masa
: 8.30 pagi
Nama Guru : Puan Hon

Item

: Kemahiran Sosial

CATATAN

ULASAN

Zarina bermain pasir bersama


kawan-kawan lain di tempat main
pasir.
Aiman
merampas
penyedok pasir yang sedang
digunakan oleh Zarina. Zarina
berkata dengan suara kuat: Ini
saya punya! Zarina terus ambil
balik penyodok pasir daripada
Aiman. Aiman nampak terkejut
tetapi biar sahaja.

Zarina pendiam, kebiasaannya


dia tidak melawan walaupun
diganggu oleh rakannya. Zarina
cuma akan menanggis bersendiri
jika barangnya diambil oleh
kawannya. Ini merupakan kali
pertama dia memperjuangkan
hak
dirinya.
Peristiwa
ini
merupakan satu permulaan yang
baik, dia telah mula bertindak
untuk melindungi hak dirinya.

Kebaikan
Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan
bagi membuat rekod anekdot ini.
Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau
dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis
tingkah laku ataupun catatan.
Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian
yang tidak diduga.

Keburukan

Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia


hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh
pemerhati sahaja.

Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan


pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian berlaku.
Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.

Kejadian mungkin berlaku di luar konteks dan ini


menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan
secara berat sebelah.

Sukar dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan


dalam kajian saintifik.

Anda mungkin juga menyukai