Anda di halaman 1dari 38

UNIT 7

Pentaksiran dan Penilaian


Bermain
HASIL PEMBELAJARAN

 Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian


 Mengenalpasti tujuan pentaksiran dan
penilaian
 Mengenalpasti intrumen untuk pentaksiran
bermain
 Menghurai kepentingan pentaksiran dan
penilaian
PENDAPAT TOKOH

• Dodge et. Al (1994), PENTAKSIRAN merupakan satu proses


pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai
melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan.

• Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), PENILAIAN adalah suatu


proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang
berterusan untuk mencapai satu tujuan.

• Menurut Katz (1997) PENAKSIRAN DAN PENILAIAN betujuan untuk


menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang
utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis
masalah pengajaran dan pembelajaran.
KONSEP PENTAKSIRAN

• Pentaksiran merupakan satu episod dalam


proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai, maklumat
tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu
tujuan.
Definisi Pentaksiran

• Satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman tentang
sesuatu proses pendidikan
• MAKLUMAT meliputi hal berkaitan topik, bukti dan
prestasi.

• PENGHAKIMAN melibatkan hal-hal seperti


pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan.

• PROSES PENDIDIKAN pula melibatkan operasi,


dapatan dan hasil.
DEFINISI PENILAIAN
• Proses untuk Menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan
dalam pembelajaran. 

• Penilaian melibatkan pengumpulan maklumat,


merekodkan, menganalisis dan melaporkan
berdasarkan data yang diperoleh . 

• Penilaian merangkumi aspek pengujian dan


pengukuran.
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

• Pentaksiran dan penilaian adalah proses membuat


keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian.

• Penaksiran dan penilaian adalah proses


pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai
kaedah.
• Pentaksiran dan penilaian merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan dan bukan hanya pada
akhir pNp sahaja.

• Bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi


murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan mereka.

• Dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan


Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Tujuan Pentaksiran

• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi


seseorang dalam pembelajaran.

• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran


dan pembelajaran.

• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang


pengajaran dan pembelajaran .
• Memperbaiki pengajaran pembelajaran

• Pentaksiran dan penilaian membolehkan guru


mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
membantu guru mengembangkan potensi murid ke
tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
Matlamat Pentaksiran dan Penilaian

• Untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

• Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah


supaya guru dapat:

1. Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

2.  Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak.

3. Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran


untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
4. Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak.

5. Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang


digunakan.

6. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam


pembelajaran dari semasa ke semasa.

7. Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar


kesihatan, guru besar dan pegawai-pegawai yang memantau.

8. Menghargai hasil kerja kanak-kanak

9.  Membuat tindakan susulan serta-merta


Instrumen Pentaksiran

• Pemerhatian
• Senarai semak
• Anekdot
• Rekod Berterusan
• Portfolio
Pemerhatian
• Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan
maklumat penting yang perlu direkodkan secara
sistematik, tepat, jelas.

• Aktiviti mencatat maklumat secara sistematik


daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan
perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan,
dan pencapaian murid yang ingin dinilai.
• Guru hendaklah sentiasa memerhatikan
sesuatu perubahan tabiat atau perlakuan
kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah
direkodkan secepat mungkin.

• Maklumat tersebut dapat membantu guru


menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak
pada bila-bila masa diperlukan.
• Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek
perkembangan dikenal pasti semasa
memerhati.
• Namun begitu hanya beberapa aspek yang
diberi perhatian iaitu:

• Aspek Perkembangan Kognitif


• Aspek Perkembangan Bahasa
• Aspek Perkembangan Sosial
• Aspek Perkembangan Emosi
• Aspek Perkembangan Fizikal
• Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
• Aspek Perkembangan Motor Halus
• Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk
menilai kanak-kanak semasa bermain.

• Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan


1) Rekod senarai semak
2) Rekod anekdot
3) Rekod berterusan
4) Portfolio
Rekod Senarai Semak

• Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti


perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran,
sikap dan kebolehan.

• Senarai item yang disediakan adalah untuk


menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku,
tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan
tingkah laku itu berlaku

• Senarai semak boleh ditanda dengan ( Ö ) atau cara


lain mengikut arahan dalam senarai semak.
• Senarai item yang disediakan hendaklah mengambil
kira domain kognitif, afektif dan psikomotor.

• Senarai item perlu menyatakan sama ada murid itu


boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak
mencapai hasil pembelajaran yang diingini.
Contoh senarai semak
CATATAN
Tarikh Tarikh Tarikh
Kemahiran menepuk kedua-dua belah tangan X / /

Kemahiran melompat dengan satu kaki /


Kemahiran melompat dengan kedua-dua belah kaki X

Kemahiran melompat dengan menggunakan /


hujung kaki
Kebolehan berpusing mengikut arah lawan jam /
sebanyak 360 ◦
Kebolehan menggerakkan siku ke atas dan ke /
bawah
Kebolehan membuka dan menutup kesemua jari /
tangan
Kebolehan berpusing dengan mengangkat kedua- /
dua tangan
Kebolehan berpusing dengan mengangkat kedua- /
dua tangan sambil melompat

Kebolehan membengkokkan kedua-dua lutut /


semasa menari
Kebolehan menggerakkan anggota badan mengikut
irama
Rekod Anekdot

• Satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai


sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang
penting, unik untuk direkodkan.
• Maklumat yang perlu ada:
1) Nama kanak-kanak
2) Tarikh
3) Masa
4) Tempat
5) Peristiwa yang berlaku
6) Ulasan guru
7) Cadangan atau tindakan guru.
Contoh Rekod Anekdot
• Catatan ringkas ini bantu guru memahami
kanak-kanak berkenaan.

• Ditulis secara objektif untuk menerangkan apa


yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
Panduan menulis rekod anekdot
• Buat catatan dalam buku nota supaya insiden yang
direkodkan tidak tercicir
• Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai
pemerhatian dibuat
• Menulis apa yang dilihat secara objektif
• Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
• Maklumat direkod berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan murid
Rekod Berterusan
3) Rekod Berterusan
• Merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative)
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu
peristiwa.

• Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh


murid akan dicatat sepanjang tempoh
pemerhatian.

• Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh 3 hingga 8 minit.
Panduan menulis rekod berterusan

• Rekod perkara yang benar-benar berlaku


• Guna bahasa yang mudah difahami
• Guna singkatan semasa mencatat
• Tulis secara terperinci tingkahlaku yang
diperhatikan
• Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan
“judgemental”
• Pastikan buku nota / kertas catatan/ pensel
diletak di tempat yang strategik dan sulit
Pemerhatian Ulasan

Adam Darwisy bermain lego dengan kawannya.


Dia membina dan mencantumkan lego. Dia guna
dua lego warna ungu cantum atas lego biru lalu
letak lego oren atas lego ungu.

Adam : Gabung, gabung. Woi, kau cepatlah! Ha! Fizikal


Ada macam Ultraman. Adam dapat mencantumkan lego
Kawan : Tambah bangunan satu. mengikut bentuk dengan tepat yang
Adam : Takde, bangunan ini tiada bumbung. mempamerkan koordinasi mata dengan
Kawan : Bangunan ini dah rosak. tangan.
Adam : Ini pedang ini, yeah!

Adam mencantum lego bersama rakannya.

Adam: Ini pisau engkau.


Kawan: Macam .. macam.. Sosial
Adam: Macam ini dulu. Pastu ini , Ha! Baru lah Tolong- menolong.
betul! Membuat sesuatu kepada kawan,
perkembangan sosial bermula dengan
Adam memberi lego berbentuk pisau kepada
rakanya. berkongsi barang mainan dengan kawan

Adam: Aku naga, cuba pisau lawan naga. Bahasa


Kawan: Dush..dush Dapat mengenali erti kata dan fungsi.
Adam: Ha! Baru mati!
Portfolio
• Portfolio adalah untuk merekod pengalaman,
usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi
murid secara sendirian serta yang diperolehi
bersama rakan-rakan lain.

• Portfolio hendaklah dikongsi bersama ibu bapa


murid untuk memaklumkan tentang
perkembangan dan kemajuan anak mereka.
Bahan yang perlu ada dalam portfolio

i. Pelaporan Perkembangan Murid


ii. Rekod Peribadi
iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan
Murid
iv. Hasil Kerja terpilih
v. Perlu dinilai dan diberi ulasan
vi. Pemilihan menunjukkan peningkatan
dalam pencapaian
vii. Pemilihan hasil kerja dipilih dan dinilai
sekurang-kurangnya 2 bulan sekali
Contoh Portfolio
Kepentingan penaksiran dan penilaian

• Bantu mengesan perkembangan murid dan


mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh.

• Alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan


murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.
• Membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan
seseuatu pengajaran.

• Medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan


dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan
murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
(GURU)

• Menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya


yang sesuai diberikan kepada murid.
• Aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti
pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti
pengayaan bagi mereka yang sudah mahir.

• Menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa.

• Murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini


mereka akan berusaha memajukan diri melalui
aktiviti yang disediakan.
KESIMPULAN

• Pentaksiran dan penilaian perlu dilakukan bagi


membantu guru memahami perkembangan kanak-
kanak dengan lebih baik dan menyeluruh.
• Pentaksiran dalam bermain boleh membantu
mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
• Guru perlu jujur dan telus apabila melakukan
sebarang pentaksiran dan penilaian terhadap kanak-
kanak khususnya ketika bermain.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai