Anda di halaman 1dari 39

Penilaian Kendalian Sekolah

(Tutorial 6)
Aliaa Amin Michelle Ning

PKS ialah satu proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh dan berterusan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS.

K O N S E P

Dalam PKS guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, membina instrumen, melaksanakan penilaian, merekod, menganalisis, melapor dan menjalankan tindakan susulan. PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Melalui PKS hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan supaya kelemaham murid tidak terhimpun dan kelemahan dapat dikenalpasti serta memperkembang lagi potensi murid.

Penilaian Formatif
Dijalankan secara berterusan dalam proses P&P.

Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum


balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran

yang dikuasai. Maka, guru dapat mengetahui


kelemahan dan kekuatan serta potensi murid dan

mengambil tindakan susulan sewajarnya.

Penilaian Sumatif Dijalankan pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dan digunakan untuk membuat pemilihan.

TUJUAN PKS
Mengesan secara berterusan berkaitan maklumat perkembangan murid dari semasa ke semasa.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam proses P&P dan menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Membolehkan guru mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid

Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.

Ciri Utama PKS


Dikendalikan oleh Guru menilai pelajarnya sendiri Formatif dijalankan berterusan mengesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh intelek rohani emosi jasmani Bersistem merancang menentukan instrumen melaksana menganalisis Merekod melapor & tindakan susulan Berasaskan Kriteria menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan

Pelbagai Kaedah pemerhatian lisan penulisan Menekankan Perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu Menggalakkan Penilaian Kendiri melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan guru mendapat maklumat tambahan
Membolehkan Tindakan Susulan mengatasi kelemahan pembelajaran

Aspek
pengetahuan

Contoh
memberi definisi menghuraikan fakta menerangkan konsep dan prinsip

kemahiran berfikir

berfikir secara logik memberi rasional dan alasan menghuraikan pendapat petah bertutur, memberi pendapat membaca dan menulis
mencongak, menyelesaikan masalah kira cepat mencari maklumat dari pelbagai sumber, mengklasifikasikan maklumat, membuat laporan mengambil wuduk solat mengguna radas sains mengguna alatan tangan menyenggara alatan

ASPEK YANG DINILAI

kemahiran berbahasa
kemahiran mengira kemahiran belajar

kemahiran amali kemahiran manipulatif

kemahiran bersosial daya kreatif

kemahiran proses sains


perlakuan dan amalan nilai murni sikap kesihatan dan kecergasan kemahiran kinestatik

bakat dan minat

berkomunikasi bersopan santun bekerjasama mereka cipta melukis bermain alat muzik memerhati membuat inferen menganalisis maklumat bantu membantu berdikari bertanggungjawab bersemangat untuk belajar gigih bekerja ingin tahu sihat, cergas dan aktif menjaga kebersihan diri dan keselamatan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti aktiviti bersukan bergerak secara kreatif bergerak mengikut rangsangan kesungguhan membuat sesuatu kelebihan dalam sesuatu bidang kecenderungan kepada sesuatu

menentukan hasil P&P

MERANCANG

MEMBINA INSTRUMEN
Menyediakan JPU & instrumen penilaian

MELAKSANAKAN PENILAIAN Pemerhatian/lisan/penulisa n

MEREKOD

MENGANALISIS MELAPOR
(JIKA PERLU)

Tindakan Susulan Pengukuhan pengayaan

YA

PENGUASAAN PERKARA DIAJAR

TIDAK

Tindakan Susulan pemulihan

YA
TERUSKAN PELAJARAN BARU

PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Mata Pelajaran: Geografi Tajuk: Kajian Peta Topografi
Aras kemahiran

CONTOH JPU

Kandungan

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Jumlah %

Lambangan dan istilah

Konsep kedudukan kordinat

Faktor Cuaca dan pengaruhnya


Kegiatan ekonomi

Jumlah %

- Pemerhatian - Lisan - Penulisan

KAEDAH PENILAIAN DALAM PKS

Mengesan serta merta - dalam pengajaran harian tidak perlu instrumen khusus
Mengesan kemajuan - selepas beberapa pembelajaran - secara individu atau kumpulan mengguna instrumen seperti senarai semak, lembaran kerja dan ujian bertulis Mengesan pencapaian - selepas beberapa topik atau di akhir program secara individu - guna skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan.

PEMERHATIAN
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta

Penilaian lisan membolehkan guru : mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. mendapat maklumat serta-merta pengetahuan dan kefahaman murid. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafal. mengesan kelancaran dalam sebutan. mengesan amalan dan sikap murid secara serta- merta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

KAEDAH LISAN
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

- murid dengan guru - murid dengan murid - murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

kefahaman konsep pengetahuan fakta kecekapan mendengar penggunaan bahasa yang tepat kefasihan menghafal sebutan dalam berbahasa kecekapan mencongak gaya persembahan dan pertuturan serta sikap

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: - bacaan kuat - syarahan - perbahasan - bercerita - perbincangan - hafazan - temu bual - soal jawab - nyanyian - deklamasi sajak - mendengar dan memberi respon secara lisan

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu pastikan :
soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan mencapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

KAEDAH PENULISAN
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: karangan laporan projek/kerja kursus/folio latihan dan ujian bertulis huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: kemahiran menulis menyusun idea penggunaan tanda baca perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai

Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: kemahiran menulis menyusun idea penggunaan tanda baca perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
soalan menepati kemahiran yang akan diuji bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan aras kesukaran soalan dipelbagaikan skema pemarkahan disediakan

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

- soalan subjektif
- soalan objektif

MEREKOD
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

Maklumat dalam rekod perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan. Merekod boleh dibuat dalam bentuk yang berikut: - membuat pernyataan - menanda dengan menggunakan simbol - memberi markah - memberi gred

Rekod boleh dibuat dalam dokumen seperti yang berikut: - buku rekod mengajar - buku latihan mengajar - laporan kemajuan murid - buku catatan guru - senarai semak - rekod prestasi - rekod profil Aktiviti merekod dilakukan dari semasa ke semasa supaya maklumat menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah dirujuk apabila diperlukan.

MELAPOR
Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada rekod penilaian. Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Guru melapor kepada: - murid sendiri - ibu bapa - pihak tertentu

Guru melaporkan perkara-perkara yang relevan berkaitan murid merangkumi kekuatan dan kelemahan pembelajaran. Antaranya ialah: - prestasi akademik - pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan - cadangan memperkembang potensi murid

Pelaporan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dalam bentuk: - markah - pernyataan - gred - pernyataan dan gred

Laporan bertulis boleh dibuat dalam: - buku laporan kemajuan murid - rekod profil - laporan ringkas oleh guru mata pelajaran atau guru kelas

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan meliputi aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dan memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.

Berbentuk formatif dan berasaskan penilaian rujukan kriteria. Penilaian rujukan kriteria mengukur pencapaian berasaskan hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Dalam mengendalikan tindakan susulan


guru boleh

mengubah objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid. menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuaian dengan murid, keperluan dan kebolehan murid. menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan murid. memberi perhatian dan bimbingan yang rapi secara individu atau kumpulan. memberi peluang yang cukup kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran yang diperolehi.

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN PENTAKSIRAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat murid. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Murid akan lebih terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika tahu ingin dinilai.

PERANAN GURU DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH


Menjadi pemudahcara dalam proses pembelajaran Membuat pemerhatian langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid Memberi maklum balas tentang pembelajaran murid Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh

Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran:


Mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran. Menyediakan maklumbalas dan arahan segera.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah:


Memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri . Membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka .

Menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum.
Bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas.

Membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru.

Menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten.

Memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci .
Menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran

Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :


Kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu.
Kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan.

Proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi.

Kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama. Penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan.
Kaedah yang telus bagi pentaksiran.

Deskripsi mengenai proses pentaksiran. Strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai