Anda di halaman 1dari 1

Kumpulan 6:

● Anis Amira
● Fatin Najwa

Pelaporan PBD
Pelaporan PBD merupakan proses penyampaian maklumat pentaksiran tentang
perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Jadi antara sebab mengapa PBD
ini dilaksanakan ialah untuk mengesan potensi perkembangan murid secara menyeluruh iaitu
dari segi emosi, rohani dan jasmani. Murid perlulah seimbang dari setiap segi bidang tanpa
mengetepikan mana-mana aspek. Selain itu, PBD ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan murid dalam pembelajaran.

Cara PBD dilaporkan adalah dengan melaporkan dalam bentuk tahap penguasaan
murid dalam PBD merujuk kepada standard prestasi iaitu DSKP serta merujuk juga kepada
hasil kerja dan pengusaha murid dalam PBD dengan menggunakan templat pelaporan dalam
fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah,
serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa dan ianya adalah menggunakan pertimbangan
profesional guru. Pertimbangan profesional ini memerlukan guru membuat keputusan
berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran murid yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai secara beretika dan bertanggungjawab serta ianya
merupakan satu proses berterusan sepanjang PDP.

Guru membuat pertimbangan profesional berdasarkan pengetahuan yang luas yang


dimiliki oleh seseorang guru dalam mata pelajaran yang diajar, bidang pedagogi dan
pentaksiran. Selain itu, tanggungjawab profesional. Guru bertanggungjawab melaksanakan
pentaksiran dengan cekap, adil, telu, sistematik dan holistik tanpa melibatkan emosi.
Seterusnya, input murid. Guru menggunakan dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid
untuk merekod setiap hasil kerja, keupayaan, tingkah laku murid, kelebihan dan kekurangan
pada murid dan prestasi mereka dalam ujian atau aktiviti pdp. Akhir sekali pengalaman. Guru
menggunakan input professional dan pengalaman mengajar dalam interaksi dengan murid.

Pelaporan PBD ini dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan murid dinilai serta
ditetapkan tahap kedudukan dalam pembelajaran berlandaskan enam tahap penguasaan yang
ditetapkan dalam PBD.

Anda mungkin juga menyukai