Anda di halaman 1dari 16

1.

Perbezaan antara Pendidikan Khas dan Pemulihan

Pendidikan Khas Pemulihan

Definisi Pendidikan yang disediakan Satu program pendidikan


untuk murid-murid yang disediakan untuk murid yang
menghadapi masalah mengalami masalah dalam
pembelajaran kerana penguasaan kemahiran 3M
masalah penglihatan, yang kompleks disebabkan oleh
pertuturan dan pendengaran faktor persekitaran. Program ini
serta masalah dalam dijalankan oleh guru yang
pembelajaran, atau pun khusus, di ruang yang khusus.
murid-murid yang pintar-
cerdas yang memerlukan
pendidikan yang lebih
mencabar.

Matlamat Menyediakan pendidikan Memastikan semua murid


khas dan kemudahan untuk Tahap 1 menguasai kemahiran
murid bermasalah asas 3M.
penglihatan dan
pendengaran, manakala
pendidikan khas integrasi
pula adalah untuk yang
bermasalah pembelajaran,
penglihatan, dan
pendengaran.

Objektif 1. Membantu 1. menguasai kemahiran


mengembangkan asas 3M
kebolehan 2. meneruskan
penyesuaian sosial pembelajaran di kelas
dan persekitaran. biasa
3. membina keyakinan diri
2. Meransang perasaan dan positif terhadap
kejayaan dan pembelajaran.
pemenuhan kendiri.

3. Membentuk
perkembangn mental
yang sihat

4. Membentuk sikap
positif pada kanak-
kanak cacat akal, ibu

1
bapa atau penjaga
mereka dan
masyarakat

5. Menilai kesedian
motivasi dan
pembelajaran yang
sesuai dengan tahap
perkembangan kanak-
kanak
Kategori 1. Murid yang cacat 1. Murid yang menghadapi
Pelajar anggota tetapi kesukaran dalam
mempunyai kebolehan penguasaan kemahiran
mental untuk belajar asas 3M disebabkan
seperti murid biasa oleh faktor persekitaran
dan bukan kognitif
2. Murid yang
mempunyai pelbagai 2. Murid kelas biasa di
kecacatan atau yang sekolah rendah yang
sangat cacat telah disaring dan
anggotanya atau yang diagnosis sebagai
terencat akal yang mengalami masalah
berat. penguasaan Kemahiran
Asas membaca, menulis
3. Murid yang dan mengira (3M).
bermasalah
penglihatan,
pendengaran dan
pembelajaran
(termasuk "mild",
down's syndrome &
austistik dan mobiliti
tidak terhad), (iii)
Program Pendidikan
Inklusif - bermasalah
penglihatan,
pendengaran dan
pembelajaran
(termasuk down's
syndrome, austistik
dan mobiliti tidak
terhad); kesemuanya
dalam kategori
"ringan" (mild)

2
Kategori Disahkan oleh suatu panel Pencalonan Murid
pemilihan yang terdiri daripada a) Pencalonan murid boleh
murid pengamal perubatan, dibuat oleh:
pegawai dari Kementerian guru mata pelajaran / guru
Pendidikan dan pegawai dari kelas
Jabatan Kebajikan guru besar
Masyarakat, sebagai ibu bapa/ penjaga
berupaya mengikuti program b) Pencalonan adalah
pendidikan kebangsaan. berdasarkan kepada
pencapaian
mereka dalam pelajaran
Bahasa Malaysia atau
Matematik.
c) Murid-murid boleh dicalonkan
:

Untuk Tahun 1 : setelah tidak


melepasi Ujian Pelepasan
KIA 2M 3

Untuk Tahun 2dan 3 : selepas


meninjau prestasi murid dalam
mata pelajaran asas pada
tahunsebelumnya. Masa yang
paling baik sekali ialah di awal
tahun persekolahan

Konsep Menekankan kebolehan Penekanan kepada Kia 2M dan


Pengajaran kognitif, perkembangan kemahiran asas 3M
dan tingkahlaku sosial /
Pembelajaran perkembangan kemahiran
sosial, penguasaan bahasa
lisan / pertuturan,
penguasaan membaca,
kemahiran matematik,
kemahiran pertumbuhan asas
manusia, kemahiran
berdikari, kemahiran
keusahawanan, kebolehan
penglihatan dan yang terakhir
kebolehan pendengaran.

3
Kemahiran Menekan kemahiran yang Kemahiran berbahasa dan
pelbagai yang penting untuk matematik
membentuk murid

Kurikulum Sukatan pelajaran pendidikan Sukatan pelajaran pemulihan


khas masalah pelajaran

2. Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan pendidikan khas dan


pemulihan di Malaysia?

Keberkesanan Pendidikan Khas di Malayisa

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di


kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia,
pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak
buta. Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan
di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar
lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk
kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah
Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan
pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,
pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Keberkesanan pihak berkuasa dalam pelaksanaan pendidikan khas boleh


diperlihat dari empat aspek, iaitu pendidikan, pekerjaan, aksesibiliti dan
keselamatan sosial.

4
A. PENDIDIKAN

1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan akan
menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan
belas tahun.

2. Pendidikan bagi orang kurang upaya telah termasuk ke dalam perancangan pendidikan
kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.

3. Pihak berkenaan telah berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya


ke dalam sekolah biasa. Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang
upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan pun :

(a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah
dan masyarakat umum;

(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;

(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati,


latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.

4. Pendidikan khas telah dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai


kemudahan yang diperlukan. Ia bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik sekolah
biasa. Kualiti pendidikan juga menggambarkan piawaian serta aspirasi sama seperti
pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar kurang upaya
diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi kepada mereka yang
bukan cacat.

5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas telah
diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan
perkhidmatan sokongan:

5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah rendah,

5
kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, latihan
sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel, orientasi
dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang mempunyai
perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.

Persediaan untuk 'mainstreaming' telah diuruskan pada tahap awal persekolahan di


peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan seperti
kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang terencat akal,
diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap yang setinggi-
tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, mereka telah
diintegrasikan bersama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang sama. Pelajar
yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan sokongan seperti
bahan bacaan dalam bentuk brel atau audio, kelengkapan brel, alat pembaca,
komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat kelengkapan bagi
mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan, kaunseling, dan guru
sumber (di sekolah menengah)

5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang diubahsuai akan
menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan
keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk mengajar
pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak menggunakan
komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang lain. Mereka akan
diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat, otologist, audiologist,
pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti diperlukan.

Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta,


pendidikan bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau
unit khas di sekolah biasa.

5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan berkualiti akan


diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan

6
menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh. Penjadualan
kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan keperluan
pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak
mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.

5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai telah
menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang
berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang
terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran
penjagaan diri.

5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti autisma, mereka
yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai kecacatan pelbagai,
kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi
menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran berdasarkan fungsi serta
akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.

5.6 Pihak berkuasa berkenaan juga telah memulakan atau menyebabkan


bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat
bantuan, alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja
peralatan yang diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata
kepada kanak-kanak kurang upaya.

5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan perguruan yang
secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan untuk
mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan dalam bidang
mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat disalurkan ke
sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.

5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa berkenaan juga
telah menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi pelaksanaan

7
rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di sekolah;

-kemudahan pengangkutan bagi kanak-kanak kurang upaya atau bantuan


kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya
mereka menghadiri sekolah;

-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan
bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;

-biasiswa bagi pelajar kurang upaya;

-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa
dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.
B. PEKERJAAN

1. Pihak berkuasa berkenaan juga mengendalikan projek untuk menggalakkan penggajian


orang kurang upaya, dengan:

-mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk


orang kurang upaya

-langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi
kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.

-menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan


peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang
kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja

-menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta


sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;

- kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta kecurigaan


terhadap orang kurang upaya

8
2. Pihak berkuasa berkenaan telah menggubal dasar-dasar berikut untuk
memastikan peluang pekjaan bagi orang kurang upaya:

-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang
upaya

-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang
upaya

- insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5
peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12
bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus
pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;

- Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang
upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi
mereka.

3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan


keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya:

bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang
kurang upaya;

pinjaman bagi modal;

tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya;

kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya;

agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya.

C. AKSESIBILITI

9
1. Pihak berkuasa berkenaan juga menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan
akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang
kurang upaya.

2. Kerajaan tempatan juga memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa halangan,


melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan yang akan memberi orang kurang
upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak swasta.

3. Pihak berkuasa berkenaan menyediakan peruntukan kewangan untuk menyediakan


kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta tempat lain yang
berkaitan.

4. Pihak berkuasa mengadakan program komprehensif untuk membantu orang kurang


upaya menggunakan kemudahan pengangkutan.

5. Pihak berkuasa mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta


dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel,
perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus
digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat pertuturan bagi mereka yang
cacat pendengaran.

6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain,
perkhidmatan alih bahasa isyarat juga disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi
pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti
kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus
diadakan.

7. Pihak berkuasa berkenaan menggubal garis panduan bagi media terutamanya


televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus
memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.

10
8. Persatuan orang kurang upaya telah dihubungi apabila,

(a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam
persekitaran;

(b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah


diakses;

D. KESELAMATAN SOSIAL
1. Pihak berkuasa berkenaan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan
kepada orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan yang serius atau faktor yang
berkaitan dengan kecacatannya menyebabkannya kehilangan pendapatan untuk
sementara waktu atau menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang
pekerjaan.
2. Rancangan keselamatan sosial yang dijalankan oleh pihak berkuasa juga memberi
insentif kepada orang kurang upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh
memperolehi pendapatan.

Keberkesanan Program Pemulihan di Malaysia


Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
semenjak tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang
menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M).

Perkembangan Program Pemulihan di Malaysia adalah seperti yang berikut:


1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan
menggunakan strategi Withdrawal System.

1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan Pendidikan


Imbuhan bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana

11
pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran.

1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan
pemulihan dalam kelas KBSR.

1998 - Program Intervensi 3M.

2000 - Multiple Intelligence

Untuk meningkatkan keberkesanan Program Pemulihan di Malaysia, pelbagai jenis


program-program pemulihan telah dilaksanakan berdasarkan dasar-dasar yang tertakluk
dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Selain itu, pihak kerajaan juga telah mengadakan
kursus-kursus untuk membekalkan latihan kepada guru-guru pemulihan supaya semua
murid dapat mengikuti pelajaran yang diajari.

A. PEMULIHAN DALAM KBSR


1. Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab
guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran akan menilai pencapaian murid pada
setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan
adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat
murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran
tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar
murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul
kemahiran-kemahiran yang gagal dkuasainya.
2. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih
berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut.
Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR.
Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR
ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu
dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas.

12
3. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983.
Kurikulum ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan
dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan
dibantu melalui Program Pemulihan. Menurut Buku Panduan Am KBSR yang dikeluarkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa
pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk
murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat
beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas
khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M dan
PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan
Khas pula dijalankan di kelas khas menggunakan withdrawal system.

I. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)


1. Membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu.
2. Bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri
daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.
3. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa
Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu
tahun satu. Oleh itu, konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum telah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabung jalinan. Contohnya,
subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
4. Dijalankan selama 3 atau 6 bulan.
5. Semua murid tahun satu perlu mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian

13
yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan
meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam
program ini.

II. PROTIM
1. Perkataan singkat bagi Program Pemulihan Tiga M (membaca, menulis, mengira) .
2. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid tahun 4- 6.
3. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan
oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan
selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Murid yang terlibat adalah
mereka yang gagal praujian UPSR. Sekiranya murid gagal dalam ujian bahasa melayu,
maka murid ini akan mengikuti PROTIM Bahasa Melayu yang dikhususkan kepada murid
yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
4. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya
mengajar murid yang bermasalah 3M. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun
dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang
mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian
Pelajaran kepada setiap sekolah.
5. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.
Soalan disediakan bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan
PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti
PROTIM.

III. Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)


Melalui sistem ini murid yang dikenal pasti akan ke kelas pemulihan pada waktu tertentu
untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali. Selepas belajar di
kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas masing-masing untuk
mengikuti pengajaran di kelas biasa.

14
Sebagai contoh, Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar
seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk
mengikuti pembelajaran pada waktu itu. Setelah tamat waktu berkenaan, murid
A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain.

B. PEMULIHAN DALAM KSSR.


Untuk Pemulihan dalam KSSR, antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah
Program LINUS.

I. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)


1. Bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran
asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu
berada di Tahun 4.
2. Semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan
mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus
tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di
seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.
3. LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi
sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.

C. KURSUS DALAM CUTI(KDC)


Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-
peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah.
Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :
i.2 minggu dalam cuti penggal pertama
ii.2 minggu dalam cuti penggal kedua
iii.4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan


Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih.

15
Ekoran dari itu, beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus
tersebut.
Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur. Pada tahun 1981, Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti
penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan
untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yangmempunyai latihan khas jangka
pendek.

D. Latihan guru
Selama ini, kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam
perkhidmatan, iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus yang
ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua hari
hinggalah satu tahun. Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra
perkhidmatan bagikursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh
masa dan juga dalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) melalui kursus
dalamcuti.

16

Anda mungkin juga menyukai