Anda di halaman 1dari 4

Tutorial 3

Bincangkan lima strategi yang boleh dijadikan panduan untuk guru-guru membina
hubungan yang baik dengan murid-murid.

Ingat nama
murid

Tunjukkan
keprihatinan

Strategi
Membina
Hubungan
Baik GuruMurid

Tetapkan
jangkaan
yang realistik

Menanamkan
semangat
cintakan
kelas

Agihkan
tanggungjaw
ab bersama

Ingat nama murid

Kebanyakan murid berasa bangga apabila guru-guru mengingati nama mereka.


Guru-guru yang mengingati nama murid-muridnya dan menyebut nama mereka
dengan betul akan lebih cepat membina hubungan dengan murid.

Menanamkan semangat cintakan kelas

Menanamkan semangat cintakan kelas boleh membangkitkan motivasi intrinsik


kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang
harmonis dan membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara
murid-murid dan guru-murid.

Agihkan tanggungjawab bersama

Beri peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga


kesejahteraan kelas dan menggalakkan murid untuk bekerjasama memenuhi
peraturan yang ditetapkan.
Agihan tanggungjawab dan membuat keputusan bersama mewujudkan satu
bentuk hubungan dan komunikasi dua hala yang berkesan antara guru dengan
murid.

Tetapkan jangkaan yang realistik

Kenal pasti kebolehan murid-murid sebelum menetapkan jangkaan. Hal ini boleh
dilakukan dengan mengadakan ujian diagnostik atau ujian pra untuk mengesan
kemahiran yang belum dikuasai.
Guru yang membuat jangkaan yang realistik terhadap murid-muridnya akan
menunjukkan mereka peka terhadap keperluan murid dan berusaha untuk
membantu.
Sokongan dan keperihatinan guru akan membentuk satu hubungan yang baik
antara guru dengan murid.

Tunjukkan keprihatinan

Elakkan daripada bersikap berat sebelah. Beri perhatian yang sama rata kepada
semua murid. Ketahui personaliti dan latar belakang murid untuk membantu
memahami murid.
Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid
membantu membina hubungan yang baik antara guru dengan murid.

Huraikan cara seorang guru boleh menerapkan Amalan Budaya Penyayang di


dalam bilik darjahnya.

menyerapkan
sifat
mengambil
berat

komited
dengan
usaha yang
berterusan

strategi
mengamalk
an budaya
penyayang

guru
mengamalka
n ciri-ciri
penyayang
dan menjadi
model
kepada murid

membina
semangat
kekitaan dan
kepunyaan

Menyerapkan sifat mengambil berat


Guru perlu menerapkan elemen mengambil berat dan menjadikan bilik darjah
sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah. Hal ini
dapat dilakukan dengan memberikan maklum balas dan menerima daripada
menolak, menilai dan menghukum murid. Selain itu, guru perlu sentiasa mengadaka
perbincangan dengan murid tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Guru
perlu mengetahui latar belakang murid dan mengambil berat tentang peribadi
murid.
Membina semangat kekitaan dan keupayaan
Hubungan erat antara guru dengan murid dapat dihasilkan melalui cara
mengadakan dialog dengan murid. Guru berbual dan berbincang dengan murid
tentang apa sahaja masalah atau perasaan. Selain itu, guru boleh membuat
perjumpaan secara perseorangan dengan murid yang memerlukan perhatian
peribadi. Di samping itu, guru boleh mengadakan peraturan dan rutin seperti
sambutan hari lahir untuk semua ahli kelas, jamuan selepas peperiksaan dan
sebagainya. Tambahan pula, guru boleh menerangkan dan berkongsi perasaan dan
perkara penting kepada murid.
Guru mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid.
Guru perlu menanam dan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara guru
dengan murid, menyedari emosi kendiri dan persekitaran, menjadi diri sendiri,
bertimbang rasa dan jujur dalam tingkah laku dan emosi.
Komited dengan usaha yang berterusan
Guru perlu sentiasa jujur dalam tindakan dan perkataan serta sentiasa mengambil
berat dan prihatin. Guru perlu memberikan perhatian yang sama ke atas semua
murid tanpa ada rasa prejudis, diskriminasi atau pilih kasih. Guru harus melakukan
usaha yang berterusan dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Terangkan dua sebab hubungan yang positif penting untuk sesebuah bilik darjah.
Hubungan yang positif penting kerana dapat membawa banyak kebaikan
kepada guru. Contohnya, hubungan guru-murid yang baik dapat menaikkan
motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Selain itu, hubungan yang
baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Hasilnya, guru dapat
mengurus dan mengawal murid-muridnya dengan lebih efektif. Tambahan pula,
penglibatan murid yang aktif dalam p&p mendorong guru menyediakan aktivitiaktiviti yang lebih praktik dan berkesan. Keberkesanan ini akan menaikkan imej
guru. Guru akan lebih dihormati dan dipandang mulia.

Hubungan yang positif penting kerana dapat membawa banyak kebaikan


kepada murid. Contohnya, murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guruguru dapat meluahkan masalah serta dapat menberikan pandangan mereka. Guru
juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh
pelajar. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang
minat murid untuk belajar. Apabila berminat untuk belajar, mereka lebih
memberikan kerjasama kepada guru. Dengan itu, pencapaian akademik murid akan
meningkat. Apabila hubungan antara guru-murid sangat rapat, murid akan lebih
bermotivasi untuk belajar.

Huraikan tiga cara bagaimana seseorang guru dapat mewujudkan amalan budaya
penyayang di dalam sesebuah bilik darjah.
Menyerapkan sifat mengambil berat
Guru perlu menerapkan elemen mengambil berat dan menjadikan bilik darjah
sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah. Hal ini
dapat dilakukan dengan memberikan maklum balas dan menerima daripada
menolak, menilai dan menghukum murid. Selain itu, guru perlu sentiasa mengadaka
perbincangan dengan murid tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Guru
perlu mengetahui latar belakang murid dan mengambil berat tentang peribadi
murid.
Membina semangat kekitaan dan keupayaan
Hubungan erat antara guru dengan murid dapat dihasilkan melalui cara
mengadakan dialog dengan murid. Guru berbual dan berbincang dengan murid
tentang apa sahaja masalah atau perasaan. Selain itu, guru boleh membuat
perjumpaan secara perseorangan dengan murid yang memerlukan perhatian
peribadi. Di samping itu, guru boleh mengadakan peraturan dan rutin seperti
sambutan hari lahir untuk semua ahli kelas, jamuan selepas peperiksaan dan
sebagainya. Tambahan pula, guru boleh menerangkan dan berkongsi perasaan dan
perkara penting kepada murid.
Komited dengan usaha yang berterusan
Guru perlu sentiasa jujur dalam tindakan dan perkataan serta sentiasa mengambil
berat dan prihatin. Guru perlu memberikan perhatian yang sama ke atas semua
murid tanpa ada rasa prejudis, diskriminasi atau pilih kasih. Guru harus melakukan
usaha yang berterusan dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam.

Anda mungkin juga menyukai