Anda di halaman 1dari 19

Dibentangkan oleh :

HO WAN XIN
TIONG SIEW LING
VIVIEN TING PANG WEI
REBECCA WONG CHING SHIN
Kepentingan membina hubungan guru - murid
a)
Kepada
guru
Menaikkan
motivasi
dan
semangat
guru
Murid
lebih
senang
dikawal
Memberi
kesan yang
baik kepada
pengajaran
guru
Menaikkan
imej guru
b)
Kepada
murid
Murid
lebih
minat
belajar
Murid lebih
memberikan
kerjasama
kepada guru
Meningkatkan
pencapaian
akademik
murid
Murid lebih
bermotivasi
untuk
belajar
a) Kepada guru
i) Menaikkan motivasi dan semangat guru.
Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, guru akan manjadi
semakin bermotivasi untuk mengajar.

ii) Murid lebih senang dikawal
Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara
guru-murid.
Sebagai contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang
bekerjasama dengan guru dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah
ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan
lebih efektif.



iii) Memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru.
Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat kerjasama
yang padu daripada murid-murid.
Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendorong guru
menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan.

iv) Menaikkan imej guru
Hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan guru-guru mengawal murid
untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan.
Keberkesanan ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan dipandang
mulia. Imej ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan kendiri guru.
b) Kepada murid
i) Murid lebih berminat untuk belajar
Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan
masalah serta dapat memberikan pandangan mereka.
Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh
murid.
Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii) Murid lebih memberikan kerjasama kepada guru.
Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan
kerjasama yang erat dengan guru.
Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta memberikan
peneguhan yang sesuai.

iii) Meningkatkan pencapaian akademik murid.
Guru yang dapat berhubungan baik dengan murid-muridnya akan dapat mengenal pasti
kebolehan murid-muridnya.
Hubungan yang mesra dan kondusif membolehkan guru membantu murid memperbaiki
prestasi akademik mereka.

iv) Murid lebih bermotivasi untuk belajar.
Hubungan yang baik antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan
motivasi intrinsik murid.
Murid-murid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan
lebih tekun.

Setiap guru mungkin mempunyai cara yang tersendiri untuk
membina hubungan dengan murid-muridnya.

Untuk membina hubungan yang rapat dengan murid, guru
mesti meluangkan masa untuk mengenali murid-muridnya.

Contohnya, guru meluangkan masa untuk berbincang dan
berbual dengan murid tentang perkara-perkara yang bukan
akademik- latar belakang murid, hobi mereka dan pada masa
yang sama guru juga boleh berkongsi serba sedikit tentang
dirinya.
Faktor-faktor
yang
Mempengaruhi
Hubungan Guru
dan Murid
Penampilan
dan Bahasa
Badan
Tingkah Laku
Guru
Menunjukkan
Contoh
Teladan yang
Baik
Persekitaran
Pembelajaran
Di Dalam
Bilik Darjah
PENAMPILAN DAN BAHASA BADAN GURU
Murid-murid menilai guru melalui penampilan yang ditonjolkan.

Penampilan guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme
guru dan mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.6/1985 dan Surat Pekeliling Iktisas bil 7/2001:
Garis Panduan Pakaian Guru ketika bertugas di sekolah).

Penampilan guru yang profesional, berimej guru dan
berwibawa akan memberikan persepsi yang baik kepada
murid-murid.

Melalui penampilan guru yang beretika, murid akan
menghormati guru dan menjadi rol model untuk dituruti oleh
murid-murid.

Selain penampilan, bahasa badan seseorang guru juga
menyampaikan mesej kepada murid.

Sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas dengan
berpakaian selekeh, tangan mendakap diri dan tiada
kontak mata dengan murid-muridnya, murid-murid akan
mendapat mesej yang guru tidak berminat untuk
mengajar atau tidak mempunyai keyakinan diri.

Tetapi sekiranya seorang guru masuk ke dalam kelas
dengan senyuman dan menunjukkan kewibawaanya
sebagai seorang guru, murid-murid pasti akan berasa
ceria dan bersedia untuk belajar dengan tenang.
Guru perlu mempunyai kontak mata dengan murid-murid
supaya mereka berasa dihargai.

Gerak geri guru perlu bertenaga dan bersemangat untuk
mengajar.

Hal ini akan menunjukkan kesungguhan guru dan
semangat ini akan mengalir kepada murid-murid untuk
menghayati pelajaran.

Segala tingkah laku guru akan diperhatikan oleh murid.
Penampilan pertama guru membawa erti kepada murid-
murid dan boleh mempengaruhi proses p & p seterusnya.
TINGKAH LAKU GURU
Tingkah laku guru mencerminkan perwatakan guru. Tingkah laku yang positif
dengan penggunaan bahasa yang baik boleh membuatkan murid-murid
menghormati guru.

Tingkah laku guru melambangkan keperibadian sendiri. Bersopan,
berhemah tetapi tegas, berempati dan menggunakan bahasa yang sesuai
akan menghubungkan murid dengan gurunya.

Berilah peneguhan yang sesuai dengan tingkah laku yang diterima di dalam
kelas.

Segala masalah yang dihadapi harus ditangani dengan adil.

Berilah peluang kepada murid untuk membincangkan masalah.

Elakkan daripada menuduh tanpa bukti. Siasat dan selidik dahulu sebelum
bertindak. Tindakan yang melulu akan mengundang hilang kepercayaan
murid terhadap guru.
Perkataan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan
murid, perlu diberikan perhatian.

Gunalah perkataan yang sesuai dan elakkan daripada
menggunakan bahasa-bahasa kasar.

Kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata.

Kata-kata yang positif dan bermakna akan meningkatkan
motivasi murid.

Gunakan perkataan atau frasa positif dengan murid.
Sekiranya ingin menegur, cuba mulakan dengan sesuatu
yang positif tentang diri murid tersebut. Kemudian
tegurlah dengan berhemah.
MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK
Guru umpama cermin kepada murid-muridnya. Murid , tanpa disedari
selalu meniru perlakuan guru.

Guru seharusnya:
1. Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar supaya murid
juga turut berminat dengan apa-apa yang diajar.
2. Sentiasa kelihatan ceria dan tenang.
3. Mengamalkan komunikasi yang berkesan.
4. Iklas dalam mengajar. Tidak pilih kasih dan adil dengan semua
murid.
5. Menimbulkan semangat kekitaan dan mengambil berat tentang diri
setiap murid di dalam kelasnya.
6. Berempati dengan masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya.
Belajar melihat dan memerhatikan gerak emosi murid dan cuba
faham masalah murid.

Elakkan daripada hanya memberikan nasihat tentang nilai-
nilai dan tingkah laku yang perlu diikuti oleh murid tetapi guru
melakukan sebaliknya.

Nilai hormat-menghormati bermula daripada guru. Guru boleh
menunjukkan contoh dengan memberi salam/ucap selamat
kepada murid.

Bercakap dengan berhemah tetapi tegas.

Tetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan peraturan
semasa aktiviti p&p dijalankan.

Kepimpinan adalah melalui teladan. Tingkah laku guru
mencerminkan watak orang yang mengajar mereka. Dengan
menunjukkan teladan yang baik, boleh membantu murid
mengubah tingkah laku kepada yang diingini.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI DALAM
BILIK DARJAH
Suasana bilik darjah yang bersih, teratur dan nyaman dapat
menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

Hubungan guru dan murid yang bersifat demokratik dan
mesra menjadikan murid tenang dan berasa selamat berada
di dalam bilik darjah.

Guru boleh menanamkan sifat dan semangat kekitaan di
dalam bilik darjah dengan sentiasa berbincang dengan murid
tentang kebajikan mereka.

Libatkan murid dalam perancangan dan membuat keputusan
berkaitan dengan peraturan dan hiasan bilik darjah.

Apabila rasa kekitaan dan sayang murid telah diterapkan
terhadap bilik darjah mereka, hal ini akan membuatkan
mereka sentiasa berusaha untuk mengekalkan
keharmoniaan di dalam bilik darjah seterusnya akan
menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang
kondusif untuk belajar.

Antara ciri bilik darjah yang kondusif adalah:
1. Bilik darjah kelihatan ceria, bersih dan teratur.
2. Menarik perhatian murid untuk belajar.
3. Bilik darjah yang dapat memotivasikan atau
memberikanm semangat kepada murid.
4. Bilik darjah dilengkapi dengan alat bantu mengajar.
5. Memberikan ruang untuk mengembangkan potensi
murid.

Anda mungkin juga menyukai