Anda di halaman 1dari 3

NUR SAFIAH AFRINA BINTI ABD SAMAD

3 PISMP PJ 2

HUBUNGAN GURU-MURID YANG BAIK DAPAT MEWUJUDKAN


PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF DAN BERKESAN

1. Terangkan kepentingan hubungan guru-murid di dalam bilik darjah (5 markah)

Hubungan yang baik antara guru dengan murid amatlah dituntut dalam
melaksanakan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, apakah kepentingan
hubungan guru-murid ini di dalam kelas?
Kepentingan yang dapat diperolehi daripada hubungan baik yang
terjalin antara guru dengan murid ialah dapat meningkatkan motivasi dan
semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang
baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, murid juga lebih senang untuk dikawal. Hubungan guru-
murid yang baik akan menghasilkan satu kerjasama yang mantap antara guru
dengan murid.
Seterusnya, hubungan guru murid yang positif juga membawa
kebaikan kepada murid. Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang
berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah
serta dapat memberikan pandangan mereka.
Hubungan guru dan murid turut berfungsi dalam meningkatkan
pencapaian akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan
murid-muridnya akan dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya.
Akhirnya, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hali ini dikatakan
demikian kerana hubungan yang baik antara guru dengan murid
membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid-murid.
2. Bincangkan bagaimana guru dapat melaksanakan strategi yang berkesan
untuk mewujudkan hubungan positif guru-murid di dalam bilik darjah secara
pdpr (10 markah)

PDPR ataupun pembelajaran atas talian merupakan satu iniasatif yang


dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menangani
masalah wabak Covid-19. Seperti yang kita ketahui jumlah kes Covid-19
melonjak tinggi yang menyebabkan pelaksanaan penutupan sekolah
dilaksanakan bagi membendung masalah ini. Namun demikian, terdapat
banyak halangan yang dilalui oleh guru mahupun murid dalam melaksanakan
kaedah PDPR ini. Oleh itu, guru sewajarnya bijak dalam mengatur stratergi
untuk mewujudkan hubungan yang positif di antara guru dengan murid
semasa pembelajaran atas talian ini.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh seorang guru ialah mengajar
dengan bersemangat dan berhasrat tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan
perkara ini adalah dengan guru menetapkan nada awal ketika mengajar.
Nada awal ataupun intonasi guru perlulah ceria dan jelas ketika
berkomunikasi dengan murid-murid. Bukan itu sahaja, malah dengan
penetapan nada awal ini juga membolehkan guru untuk menyatakan hasrat
yang jelas dan prosedur semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Hal ini akan mempengaruhi cara menjawab murid-murid di mana, mereka
akan bertindak balas secara positif apabila seseorang guru itu ceria dan
bersemangat tentang kandungan matapelajaran yang akan mereka
sampaikan.
Selain itu, pembelajaran atas talian ini memerlukan guru untuk
sentiasa bersifat positif. Seperti yang dinyatakan di awal perbincangan,
pembelajaran atas talian ini mempunyai beberapa halangan sama ada dari
aspek peribadi mahupun profesion. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
seharusnya bijak dalam mengawal perasaan dan juga bersikap professional
ketika mengajar. Hal ini dikatakan demikian kerana guru dikehendaki
mendekati kelas mereka setiap hari dengan sikap positif. Positiviti melampaui
batas sedikit sebanyak akan mempengaruhi para murid dan juga meransang
mereka untuk mewujudkan aura positif ketika belajar. Rentetan daripada itu,
murid-murid akan senang untuk memperolehi ilmu yang disampaikan oleh
para guru.
Seterusnya, menggabungkan hiburan ataupun jenaka dalam
pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak boleh
membosankan kerana murid-murid akan berasa ngantuk dan juga kurang
fokus. Oleh itu, jenaka ataupun hiburan perlu diselitkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, memaparkan video upin ipin
ataupun boboiboy yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran pada hari
tersebut. Hal ini sedikit sebanyak akan menarik minat murid untuk pelajari
pelajaran tersebut kerana sesuai dengan pemahaman mereka. Disebabkan
pembelajaran adalah di atas talian, tiada alasan yang boleh dikemukakan
oleh guru untuk tidak memasukkan sedikit elemen hiburan dalam
pembelajaran kerana semua kini berada di hujung jari. Terdapat pelbagai
platform yang boleh digunakan oleh guru untuk memaparkan hiburan kepada
murid-murid. Jadi, jelas menunjukkan bahawa dengan memasukkan elemen
jenaka dan hiburan ke dalam pengajaran, murid-murid akan dapat menguasai
tajuk tersebut kerana hiburan yang ditontonkan kepada mereka adalah
bersesuaian dengan kefahaman mereka.
Sebagai seorang guru dan juga orang yang lebih dewasa, kita
hendaklah menghormati murid-murid juga. Hal ini dikatakan demikan kerana
murid-murid juga merupakan manusia yang mempunyai perasaan. Tidak
wajar untuk seorang guru menghina, memperli dan membandingkan diantara
seorang murid dengan murid yang lain. Sekiranya seorang pendidik itu
hendak dihormati oleh murid-muridnya, guru tersebut juga seharusnya
menghormati anak muridnya terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, seorang guru
juga sewajarnya bersikap professional dengan tidak memilih kasih dan
mengenakan hukuman yang sama kepada semua murid-murid sekiranya
mereka melakukan kesilapan. Seorang guru merupakan contoh teladan
kepada murid-murid, oleh itu, guru perlulah mendekati murid-murid dengan
menghormati mereka tidak kira dari segi latar belakang, budaya dan juga
agama.

Anda mungkin juga menyukai