Anda di halaman 1dari 3

Murid dan Alam Belajar

2014

Soalan 1- Jelaskan bagaimana amalan guru di bilik darjah yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap konsep alam belajar kanak kanak 2- Berdasarkan teori ekologi Bronfenbrenner, huraikan implikasi teori berkenaan kepada guru dan murid. Jawapan 1 Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembentukan dan pembinaan jati diri kanak-kanak di sekolah. Pemahaman guru terhadap konsep alam belajar kanak-kanak dapat memberikan impak yang besar kepada murid murid di sekolah ini kerana konsep alam belajar merupakan persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Guru yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam konsep Murid dan Alam Belajar dapat memupuk keperibadian dan perwatakan yang baik. Perwatakan dan keperibadian ini dapat membantu mereka membentuk pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian. Muridmurid digalakkan bergaul, menghargai hak, dan kebolehan orang lain serta menunjukkan semangat kesefahaman, hormat menghormati, kerjasama dan toleransi antara guru dan sesama murid selain dapat membentuk keyakinan diri bekenaan keupayaan fizikal dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif. Selain itu, guru juga mestilah mengekalkan bilik darjah yang kondusif yang menggalakkan murid-murid untuk belajar dan sentiasa bersemangat di dalam proses PdP. Susunan kerusi dan meja yang tersusun rapi di samping bilik darjah yang sentiasa mengekalkan konsep kebersihan akan menyemarakkan minat belajar murid. Begitu juga dengan persediaan guru untuk masuk ke bilik darjah dengan bahan bantu belajar (BBB) yang menarik perhatian murid-murid. Penyediaan BBB yang kreatif dan bersifat interaktif memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar .Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Dalam masa yang sama juga guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah. Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pencahayaan yang baik juga turut mempengaruhi mood belajar.

Murid dan Alam Belajar

2014

Tidak dinafikan guru merupakan agen penting dalam mengubah masyarakat melalui pendidikan. Justeru sangat penting bagi setiap guru yang bersifat pendidik untuk memahami dan menguasai Murid dan Alam Belajar sebelum melakukan proses PdP. Ini kerana corak atau bentuk kefahaman murid di dalam bilik darjah bergantung pada kesediaan guru dan kreativiti beliau dalam melaksanakan proses PdP. Jawapan 2 Teori Ekologi Bronfenbrenner ini adalah teori yang dikaji oleh seorang ahli pengkaji psikologi yang bernama Urie Bronfenbrenner (1917). Dalam teori ini, beliau menekankan fokus terhadap hasil interaksi kanak-kanak dengan alam sekelilingnya yang akan mempengaruhi kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa lapisan sistem yang membentuk atau mempengaruhi kanak-kanak iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Lima lapisan sistem persekitaran ini memberikan impak atau implikasi kepada kedua-dua belah pihak sama ada guru mahupun murid. Dalam hal ini guru seharusnya lebih cakna dalam dalam perkembangan murid di kelas agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. Namun begitu, peranan seseorang guru tidak terbatas hanya sebagai pengajar yang mengajarkan subjek di bilik darjah semata-mata, malah turut berperanan dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi suasana kehidupan realiti yang sebenar di samping menyediakan produk bermutu buat negara dan sebagai pembentuk modal insan pada masa akan datang. Bersesuaian dengan guru yang berperanan dengan pembangunan aspek JERI murid-murid ditambah pula guru banyak meluangkan masa bersama murid-murid. Ini sedikit sebanyak memudahkan guru mengetahui tahap pencapaian dan pengetahuan murid-murid dalam sesuatu perkara. Penguasaan guru dalam memahami teori ekologi Bronfenbrenner memudahkan guruguru mengaplikasi teori ini untuk memahami psikososial murid di dalam bilik darjah. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PDP) lebih menarik perhatian murid-murid, guru mestilah bijak dalam membuat pemilihan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan jiwa murid-murid baik dari segi pengetahuan, pengalaman dan minat murid-murid dalam pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, sekiranya dalam pengajaran subjek bahasa Melayu tahun 2 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, guru mengajarkan tentang peribahasa bagai mencurah di daun keladi tanpa membawa bahan maujud atau bahan bantu mengajar (BBM) yang lain, adakah penyampaian maklumat yang disampaikan oleh guru berkesan terhadap penerimaan murid-murid? Jawapannya tentulah tidak. Ini disebabkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada murid tidak ada. Selain itu, guru yang baik semestinya adalah guru yang peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. Guru merupakan antara kelompok dalam persekitaran mesosistem murid-murid yang membawa pengaruh yang lebih besar berbanding dengan individu-individu lain yang berada

Murid dan Alam Belajar

2014

dalam persekitaran kanak-kanak. Kebiasaannya, murid-murid lebih mudah menerima rangsangan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung daripada guru berbanding ibu bapa di rumah. Cara pemakaian, tingkah laku, bentuk pergaulan dan percakapan guru dapat dilihat oleh murid-murid. Murid-murid tidak mudah mendengar nasihat yang disampaikan oleh guru mereka. Tetapi lebih banyak memerhati tindak-tanduk guru mereka seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan. Justeru bentuk sikap yang positif, cara pergaulan yang berhemah mestilah ditonjolkan oleh guru. Dalam bentuk persekitaran eksosistem pula, organisasi yang tidak melibatkan muridmurid tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas murid-murid tersebut. Sebagai contoh cara bagaimana penyusunan kerusi dan meja murid-murid di dalam bilik darjah memberikan impak kepada penerimaan mereka semasa PDP berlangsung, dan boleh mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Untuk muridmurid Tahun 2, mereka lebih sukakan penyusunan kerusi dan meja dalam beberapa kumpulan kecil berbanding secara penyusunan secara berdua. Dengan menggunakan cara ini, penyertaan murid dalam aktiviti berkumpulan lebih mudah dilakukan. Dalam persekitaran makrosistem pula perkembangan individu dipengaruhi oleh normanorma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh pantang larang, adat istiadat dan tabu di dalam masyarakat banyak mewarnai kehidupan sesebuah bangsa. Guru berperanan dalam memperbetulkan perkara ini agar tidak menjadi satu trend atau ikutan pada masa akan datang. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal dan menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

Dengan arus perubahan perdana kini, ledakan media massa banyak mempengaruhi masyarakat khususnya kanak-kanak. Pengawasan mereka yang lebih dewasa diperlukan dalam memilih saluran media yang bersesuaian tanpa meminggirkan aspek-aspek ketimuran. Paparan adegan yang bersifat ganas, lucah dan bersifat perkauman perlu dikawal oleh semua pihak bagi memastikan pemimpin negara kita pada masa akan datang bersih dari unsur-unsur yang negatif. Guru-guru boleh memainkan peranan dengan menanamkan sifat terpuji di dalam diri murid-murid di samping menyampaikan impak buruk sekiranya terdedah dengan budaya yang tidak sihat.

Anda mungkin juga menyukai