Anda di halaman 1dari 5

TUTORIAL 1

KURSUS : PDPP- EDUP 2082– PDRTSM1

NAMA AHLI : NURMIMILIA FAZIRA BINTI MUHAMAD PARIZA


: DAYANG NOR FATIMAH BINTI ABANG HADEE
: NORPATIMAH BINTI MATDEN

TAJUK : Kepentingan Guru Mempelajari Psikologi

Soalan:
Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan kepentingan guru
mempelajari psikologi.
Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Berikan contoh-contoh
yang sesuai untuk menyokong jawapan anda

Jawapan:

Psikologi adalah antara perkara penting yang perlu diberi penekanan oleh para guru.
Melalui psikologi, tingkah laku, kebolehan, minat, kecenderungan dan sebagainya dalam
proses pendidikan boleh diketahui dan difahami corak umum atau prinsip yang menekankan
perbezaan antara setiap individu. Memndangkan tugas seorang guru atau pendidik tidak
terhad hanya kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkandung di
dalam silibus pengajaran, sebaliknya meluas hingga bertujuan melahirkan individu yang
seimbang dari segi JERI, berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kepentingan yang pertama ialah dapat mengenal pasti gaya pembelajaran murid. Cara
pembelajaran setiap murid adalah berbeza. Ada murid yang suka menerima arahan darippada
guru, ada pula yang dapat belajar dengan baik apabila diberi kebebasan melakukan aktiviti
pembelajaran. Begitu jug ada murid yang memerlukan bimbingan dan sokongan yang jitu
daripada guru dan ada juga yang lebih berdikari dan mempunyai konsep kendiri yang mantap.
Masalah yang sering dihadapi ialah kebanyakan pelajar tidak sedar dengan corak
pembelaajaran mereka sendiri dan sering tercari-cari cara belajar yang sesuai.
Sternberg(2003) ada menyatakan bahawa sebab utama pelajar tidak belajar sepenuhnya di
dalam bilik darjah kerana mereka tidak diberi peluang mengplikasikan gaya belajar mereka
sendiri. Guru juga sering bersikap sambal lewa dalam mengesan gaya belajar kerana tidak
berminat untuk mengetahui atau tidak bijak menganganinya. Sesuatu yang sangat merugikan
sekiranya pelajar yang boleh dan sepatutnya berjaya dalam sesuatu mata pelajaran ini gagal
mencapai kecemerlangan disebabkan gaya belajar mereka tdak dapat dikenalpasti oleh guru
dan tidak menerima persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran
mereka.

Kepentingan guru mempelajari psikologi yang kedua ialah guru dapat


mempelbagaikan kaedah pengajaran. Terdapat pelbagai jenis kaedah pengajaran telah dicipta.
Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan oeh guru adalah seperti kaedah berumpulan,
kooperatif, inkuri, perbincangan, sosiodrama, kuliah, perbincangan dan sebagainya. Kaedah-
kaedah pengajaran yang disukai oleh murid adalah berbeza. Sebagai contoh, ada murid yang
tidak suka aktiviti pembelajaran bersama rakan, manakala ada pula murid yang suka kepada
bentuk pengajaran di luar bilik darjah. Walau bagaimanapun, guru pastinya tidak dapat
memenuhi permintaan dan kehendak semua murid, tetapi dengan mempelbagaikan kaedah
mengajar, guru akan dapat mengurangkan kebosanan muridnya.

Kepentingan yang seterusnya ialah dapat menghapuskan rasa rendah diri dalam diri
murid. Faktor sosioekonomi merupakan faktor besar yang mempengaruhi perkembangan
seseorang. Setiap remaja yang berhadapan dengan guru mempunyai jurang perbezaan
kehidupan yang besar. Jurang perbezaan mereka sukar dikenalpasti sekiranya pemerhatian
tidak dilakukan secara mendalam. Remaja akan terbawa-bawa tabiat tingkah laku yang
dipengaruhi oleh latar belakang mereka ke sekolah. Remaja yang berada akan mempamerkan
tingkah laku yang superior dan berkeyakinan. Superior membawa maksud lebih tinggi
letaknya atau kedudukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat,2017). Remaja yang dating
dari keluarga miskin akan mempamerkan tingkah laku yang suka merendah diri. Oleh itu,
tahap rasa rendah diri yang berlainan memerlukan penelitian seorang guru. Sekiranya guru
terlepas pandang, hal ini boleh mengakibatkan tindakan guru dalam sesuatu perkara akan
menyinggung hati pelajar.

Kepentingan yang terakhir ialah guru dapat merancang variasi penyampaian. Variasi
penyampaian bermaksud guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa
berhadapan dengan remaja melalui komunikasi. Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh
berlaku secara lisan dan bukan lisan di mana pengetahuan, sikap dan kemahiran yang
disampaikan bertujuan untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki (M. K Abdullah
et.al, 2014). Guru perlu menggunakan semua pancainderanya seperti tepuk tangan, focus
pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan
mempelbagaikan variasi, rangsangan mampu menarik perhatian remaja. Misalnya, remaja
yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru.
Remaja yang suka mengganggu rakan akan berhenti mengganggu rakan apabila guru
bergerak menghampiriya. Guru juga dikehendaki selalu menukarkan-nukarkan intonasi suara
supaya murid benar-benar terhibur.

Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan startegi pengajaran yang digunakan. Guru dapat mewujudkan
persekitara yang kondusif serta pengurusan kelas untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam bilik darjah, sebagai guru saya akan menekankan penglibatan
bersama pelajar dalam setiap aktiviti bilik darjah melalui gaya kepimpinan demokratik. Ini
melibatkan perkongsian tanggungjawap antara guru dan pelajar. Sebagai contoh, guru akan
menggalakkan pembabitan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajar tanpa
memerlukan desakan. Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti
penyayang, bertimbang rasa, dan peramah. Pelajar akan lebih menghormati guru dan
hubungan mesra antara pelajar dan guru dapat dipupuk. Pelajar akan berasa seronok dan tidak
tertekan dengan guru. Guru juga boleh memberikan motivasi melalui peneguhan positif,
memberi galakan, melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P serta mewujudkan komunikasi
dua hala. Oleh itu, pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.

Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik
antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah
yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim
bilik darjah yang ideal. Pembinaan peraturan amat penting dalam memberikan gambaran
jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang
berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati orang lain” dan sebagainya dapat
memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial pelajar. Jika pelajar mengikuti
peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah akan menjadi kondusif untuk proses
P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat
membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk belajar
(Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh
peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar boleh dipupuk melalui
pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut Jones & Jones (1995), langkah pertama dalam
merangka peraturan bilik darjah ialah untuk mengalakkan para pelajar berbincang untuk
merangka peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar.

Selain itu, sebagai guru ia adalah penting untuk mengambil berat tentang pengajaran
dan pelajar. Prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang interaksi
sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan projek amali
dan kerja berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas.
Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara
yang boleh dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan,
guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan memberikan
kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara untuk
mendapatkan bahan pembelajaran. Menjadi seorang guru yang berkesan melalui cara
berkomunikasi dengan penuh kasih sayang untuk menerapkan motivasi dan menanamkan niat
yang baik dalam pengajaran.

Sebagai seorang guru yang baharu saja mempunyai pengalaman sekitar dua tahun,
saya dapati ilmu psikologi amat penting untuk kita mendekati pelajar sekaligus mengesan dan
mengenalpasti masalah yang wujud sekiranya pelajar kurang atau tidak berminat dengan
proses pembelajaran. Oleh yang demikian, saya kerap bertanya mengenai latar belakang
pelajar kerana mengenali pelajar akan memudahkan proses penyampaian ilmu. Guru kini
perlu lebih bersikap terbuka dan moden bersesuaian dengan keadaan remaja masa kini yang
dikatakan ‘generasi strawberi’. Rata-rata pelajar sudah mula mempunyai pasangan untuk
bercinta, justeru selaku guru saya tidak menghalang perbuatan bercinta, sebaliknya
menjadikan isu tersebut satu cabaran agar pelajar lebih bersemangat untuk pelajar lebih-lebih
lagi untuk menarik perhatian seseorang yang disukai. Namun nilai moral dan salah laku
semasa bercinta selalu saya tekankan agar pelajar tidak hanyut dan leka dengan dunia
percintaan semata-mata sebaliknya menjadikannya sebagai satu dorongan untuk berjaya.
Oleh yang demikian, pelajar mudah rapat dengan saya kerana merasa selesa dan menjadikan
proses pembelajaran jauh lebih berkesan.

Kesimpulan, sangat untuk seseirang guru mempelajari bidang psikologi. Remaja


merupakan asset negara pada masa akan datang, maka semua pihak perlu mengambil berat
dan cakna tentang tingkah laku remaja. Oleh itu, guru perlulah mengambil tindakan untuk
menambahkan kefahaman mereka tentang tingkah laku pelajar serta berusaha untuk
membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi mengekalkan emosi yang seimbang
dalam kalangan pelajar sekolah.

SUMBER RUJUKAN:

Gleitman H. (1986). Psychology. W.W.Norton.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Superior. Diakses Daripada Laman Web :
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=superior Pada 6 September 2020.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jabatan Pendidikan Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Mok Soon Sang (2011). Psikologi Pendidikan. Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Sandra Goss Lucas, Douglas A. Bernstein (2005). Teaching Psychology A Step By Step
GuideLondon:Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Sternberg J. Robert. (2003). Cognitive Psychology. Wadsworth: Thomson Learning.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah


Jantan,Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran Dan
Perkembangan Pelajar.Malaysia: Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai