Anda di halaman 1dari 6

JURNAL MINGGU 6

Tarikh: 19 - 23 September 2022

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


ISU: MURID PASIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu Yang Difokuskan:

Minggu ini merupakan minggu keenam saya di Sekolah Kebangsaan Selupoh


Tuaran. Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas Tahun 2 Cerdas dan Sejarah
Tahun 5 Cendekiawan serta 6 Cemerlang, saya dapati kebanyakan murid kurang
memberi perhatian. Ada di kalangan murid yang tidak memberi perhatian terhadap
pengajaran guru dan mereka lebih senang membuat hal sendiri serta tidak fokus.
Malah, saya dapati murid agak pasif ketika sesi PdP sedang dijalankan iaitu murid
tidak responsif ketika guru mengajukan soalan.

Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam


mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru,
saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang
bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi
berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid
terhadap pelajaran.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke
hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri
dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang
dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka
mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Tambahan lagi, komunikasi berkesan sering kali terjejas ekoran dari
gangguan-gangguan yang berlaku seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid,
keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan
sebagainya. Kebisingan sewaktu PdP misalnya menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-
muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap
murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar.

3. Kajian lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas):

Mok Soon Sang menyatakan: “Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan
komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup
tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”. Corak kepimpinan guru
dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid.
Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya
mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak
digalakkan dan bersifat pasif.

Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran


setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah
satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan
kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak
kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak
kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi
keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak
berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan
kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak
balas terhadap aktiviti pengajaran guru.
2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid
melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan
dalam bilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.


Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga,
tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak
yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi.” Mok Soon Sang (2003), untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan
melaksanakan aktiviti PdP yang bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal
untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Di
samping itu, guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar
mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri
mereka. Guru juga harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.

5. Tempoh Penyelesaian

Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera.
Jika perkara ini dibiarkan berterusan, murid-murid yang lemah akan terus
ketinggalan dan tidak merasai keseronokan untuk belajar. Tempoh penyelesaian isu
ini ialah selama seminggu.
6. Tindakan Susulan

Bagi memastikan pelaksanaan ini dijalankan dengan baik,maka saya akan sedaya
upaya melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan sentiasa memikirkan teknik
dan perancangan yang lebih bekesan lagi berdasarkan pengalaman-pengalaman
lepas bagi membantu murid-murid saya menjadi murid yang cemerlang dengan cara
aktif dalam PdP. Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam
menyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh
Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: “Seorang guru perlu
mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk
belajar”.

Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan
peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti PdP
berlangsung. Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai
teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana PdP yang bakal berlaku di dalam
kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah
dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses PdP berkesan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:

26 September 2022.

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif namun bukanlah
secara drastik, ini dapat dilihat apabila murid Tahun 2 Cerdas dan 5 Cendekiawan
serta 6 Cemerlang yang pasif serta kerap hilang fokus serta tidak mengendahkan
arahan guru semakin meningkatkan tahap fokus mereka ketika saya sedang
mengajar di dalam kelas.
Oleh itu, diharapkan ada pihak sekolah, guru dan murid sentiasa mengambil
insiatif bagi menjadikan kelas itu kondusif dan murid-murid bersedia dalam PdP.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Dalam hal seperti ini, guru sepatutnya memenuhi ilmu di dada dengan pelbagai ilmu
perguruan dan pendidikan supaya dapat diaplikasikan secara berkesan di dalam
kelas demi melahirkan output yang positif.

Rujukan

Mook Soon Sang (2003). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran,
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Reed dan Kirkpatrick (1998). Another look at evaluating training programs.
Alexandria,
VA: American Society for Training & Development.
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:

Pandangan / Komen Guru Pembimbing


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________________
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:

Anda mungkin juga menyukai