Anda di halaman 1dari 4

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

1.0 KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu
perkhemahan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti
jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan
peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan
perkhemahan anda selamat dan selesa

Contoh Kemudahan Asas:


 Khemah yang sesuai.
 Bag galas
 Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
 Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
 Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
 Botol air, kole dan bekas minuman
 Pisau dan pembuka tin
 Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
 Mancis dan lilin atau bahan penyala api
 Kotak pertolongan cemas
 Kotak ikhtiar hidup
 Tali
 Ponco atau baju hujan
 Parang/kapak kecil
 Bekas air tambahan
 Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain
perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi
seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang
disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan
perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3
daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika
anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.
2.0 Pemeriksaan Pagi

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan perkhemahan
perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk di kalangan Pengakap
Kanak-kanak. Oleh yang demikian adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan
Pagi ini dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Pengakap yang mengadakan lawatan ke
setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi.

Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:

• Kebersihan dalam dan persekitaran khemah

• Susun atur barang dan peralatan kumpulan

• Pakaian yang dibawa

• Gajet yang dibawa

Cara Pemeriksaan Pagi dijalankan

Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan


peralata perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum
pemeriksaan pagi.

Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang


bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.

Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli Pengakap berdiri


sebaris mengikut system patrol iaitu ketua patrol berada di kanan
sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua
patrol.

Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol


berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.

2
Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya.
Seperti “Patrol Mawar Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu
gerbang patrol itu.

Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak


ke hadapan lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin
bertugas. Contoh ayat laporan: “ Kami Patrol Mawar seramai 20 orang, siap
sedia menerima arahan tuan.”

Manakala penolong ketua patrol dan kuater master akan keluar baris
sejurus selepas menerima arahan daripada salah seorang pemimpin.
Kemudian kembali ke dalam barisan setelah selesai pemeriksaan.

Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Mawar seramai 20
orang mengucapkan ribuan terima kasih dan meminta kebenaran
menjalankan tugas lain, tuan.”

Maka selesailah Pemeriksaan pagi, selepas pemimpin keluar daripada


pintu gerbang. Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.

3
Gambar rajah di atas menunjukkan pemimpin membuat pemeriksaan barisan.

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan anggota perkhemahan


semasa pemeriksaan pagi.

Anda mungkin juga menyukai