Anda di halaman 1dari 11

APA ITU KAWAD KAKI?

Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bombadan polis yang
melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
OBJEKTIF KAWAD KAKI
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dantaat setia.2.
Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikanhal-hal berkaitan kawad kaki
dan pengurusan perbarisan.3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam
JabatanBomba dan Penyelamat Malaysia.4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai
diri danbertatatertib pada setiap masa.5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu
kumpulan.6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jatidiri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasabekerjasama dalam pasukan.7. Melahirkan anggota
pertahanan awam yang berkeyakinan dansentiasa mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.8.
Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegassentiasa bekerjasama dan kekuatan diri
dari segi fizikal dan mental.
TUJUAN
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepadapegawai/jurulatih bagi
menambah kemahiran kawad serta dapatmengendalikan apa-apa jua perbarisan

KAWAD KAKI
MAKSUD KAWAD KAKI:
Kawad kaki adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa. Aktiviti
ini memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukannya. Kawad kakiini harus dilakukan
dengan jumlah yang ramai, setiap tahun setiap kadet akan diuji untukmelihat kerjasama antara ahli
kumpulan untuk melakukan pergerakan yang seragam.
SEJARAH KAWAD KAKI:
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu padaawal kurun ke 14.
Kehadiran tentera portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka padatahun 1511 dilihat sebagai
satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua,sistematik mengatur strategi dan
seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang padatahun 1700an dan di Singapura pada tahun
1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepadaperkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera
Inggeris pada masa itu sebahagian besarnyaadalah tentera-tentera upahan di India, namun corak dan
cara disiplin yang ditunjukkanmenunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada
tuannya.Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, PasukanSimpanan
(Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukanuniform bukan tentera
seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red Cross), St
John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di Negara ini. Pertandingankawad
kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkankehebatan,
kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagai identity pasukan.Pada masa kini terdapat
tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungioleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukankerajaan (NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti
kawad khususnya yang berkaitan denganpertandingan kawad telah dilakukan. Walaupun terdapat
kelainan dari aspek gerakan kawadnamun usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau
format pertandingan yangselaras telah dilakukan

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI:


Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kawad kaki static, kawadkaki dinamik dan
kawad kaki formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu(dalam tentera). Untuk tujuan
mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kakistatik, iaitu kawad yang belum melibatkan
pergerakan berjalan.
Tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1) Sedia, senang diri dan rehatkan diri
2) Berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3) Hentak kaki
4) Buka dan tutup barisan
5) Luruskan barisan

Bahasa hukuman kawad:


1) Sedia
BarisBarisss Sedia!
2) Senang diri
Senaaaaaang Diri!
3) Rehatkan diri
Rehatkaaaaaaan Diri!
4) Berpusing ke kanan
Bergerak ke kanaaaaan, ke kanaaaanpusing!
5) Berpusing ke kiri
Bergerak ke kiriiii, ke kiriiiipusing!
6) Hentak kaki
Hentak kakiiii.cepat!
Untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya: BariiiisHenti!
7) Buka / Tutup barisan
Buka / Tutup barisaaaaan..gerak!
8) Luruskan barisan
Ke kanaaaanlurus! apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan
meluruskan barisan, berikan pula bahasan hukuman kawad Pandaaaaaangdepan!

Pengenalan Kawad Operasi (Fire Drill)Definisi


o

Satu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setiakepada
arahan yang diberi dan juga menitiberatkan kepada kerjasama diantarakumpulan tersebut

Tujuan
o

Menjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaanketika
melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi.

Pengenalan
o

Kawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih jelas
dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mepunyai beberapalangkah yang
harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelumtugasan dilakukan serta
untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan jugamenamatkan tugasan.

Langkah-langkah yang diambil sebelum menjalankan tugas


a) Seorang jurulatih atau pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, denganmembariskan
anggota kepada satu barisan lurus.

Contohnya:- Jadikan 1 barisan di hadapan saya Gerak!

b) Seterusnya memberikan arahan kawad ke kanan lurus.


(anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalamkeadaan tapak
tangan digenggam).
c) Pandang depan!
d) Nombor..
e) Jurulatih akan meminta anggota mengira nombor bergantung kepada kehendak operasi(latihan) yang
akan dilakukan, mengikut keperluan anggota diperlukan.

Contohnya:- Berempat-empat nombor!.

f) Nyatakan kumpulan!.
Setiap anggota yang bernombor 1 akan menjadi ketua dan memberitahu jurulatih berkaitannombor
kumpulannya seterusnya diikuti oleh kumpulan seterusnya (bermula dengan nyatakankumpulan dan
seterusnya kumpulan lain menyatakan nombor dan kumpulan akhir akanmenyatakan kumpulan
semula).

Contohnya: Kumpulan 1, 2, 3, 4, kumpulan 5.

g) Jurulatih akan memilih kumpulan mana yang melakukan tugasan dahulu serta arahannya sekali.

Contohnya:- Kumpulan 3, tiga langkah dibelakang peralatan. gerak!

(Kumpulan tersebut setelah mendapat arahan, hendaklah 1 langkah kehadapan orang no 4


atau kiri sekali akan menyatakan up untuk pusing ke kanan, up kedua hentak kaki, up
ketiga angkat tangan paras dada, up ke empat berlari bersama-sama sehingga sampai ketempat tiga
langkah dari peralatan, seterusnya berhenti berserta turun tangan keadaan sediabersama-samah)
Tunggu hukuman seterusnya dari pegawai atau jurulatih.

Tatacara melapor selepas tugasan dilakukan

Semua anggota yang melakukan tugasan hendaklah mengumpul semulaperalatanyang telah


digunakan dan seterusnya berdiri dalam kedudukan sedia tigalangkah dibelakang peralatan,
sebaris mengikut nombor masing-masing. Seterusnyaketua akan melapor di tempat asalnya.

Contohnya:- Kumpulan 3 selesai menjalankan operasi / latihan kawad pili bomba 1,


peralatancukup, anggota selamat, Tuan!.

Seterusnya tunggu arahan lanjut dari jurulatih atau pegawai.

Jurulatih akan memberikan taklimat kepada kumpulan tersebut seperti berikut: Apabila dapat
hukuman masuk baris, tempatkan diri anda dihujung kumpulanterakhir, Masuk Baris!.

KAWAD OPERASI H1
PENGENALAN
Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukanpada
permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti , senangdiri , sedia ,kekanan lurus , pandang hadapan , berpusing , berjalan dan berlari adalah sama seperti kawadkaki.
Panduan ini tertakluk kepada panduan : KAWAD HOSE PERMULAAN yang dilampirkan.
HUKUMAN : KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN GERAK.!
PERGERAKAN
Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak.
Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dansambung coupling
no. 3 , bentangkan hos , sambung nozzle , standby dibahagian hadapan bersama no. 3 & 4.
Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan sambutcoupling no.
4 , sambung ke stand pipe.
Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan bentanghose
kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah selesaihendaklah lari kehadapan Bantu
orang no. 1 memegang nozzle.
Orang No 4 : Ambil satu gulung hos , sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hostersebut. Setelah
coupling no. 3 , cantumkan dan terus lari kehadapanmembantu no. 3 & 1 memegang nozzle.
APABILA PERGERAKAN SIAP

No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR


No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada jarak 100 kaki BUKA AIR
No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan Hydrant Key.
No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3memegang nozzle.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :


Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no.4 TUTUP AIR DAN KEMAS
No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada jarak 100 kaki dan arahkan
TUTUP AIR DAN KEMAS
No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pilibomba.

Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemasperalatan
masingmasing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.
Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan SEDIA dihadapan peralatan
/seterusnya no. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih bahawa pasukantelah
siap menjalankan kawad.

KAWAD OPERASI H2PENGENALAN KAWAD H2


Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang orang anggota. Semua permulaan kawad ini mestidilakukan
pada permulaan semua kawad kebombaan. Semua perbuatan seperti senang diri,sedia, ke kanan lurus,
pandang hadapan, berpusing, berjalan dan berlari dan ia sama sepertikawad kaki.
KAWAD H2 BERPASUKAN
Kawad H2 - Satu aliran / saliran 3001 nozel ( basah )

PERALATAN
1. 4 gulung hos panjang tidak kurang 100 kaki setiap 1 gulung
2. 1 unit plain nozzle
3. 1 unit pili bomba
4. 1 utas tali pinggang kulit (dipakai oleh branch man)
5. 1 unit target plate (di tempatkan pada jarak 7 meter daripada hujung nozzle)
6. Stand Pipe
7. Hydrant Key and Bar
8. Adaptor

TUGAS-TUGAS ANGGOTA
ANGGOTA NO1

Membawa branch
Merentang hos yang ke3
Sebagai ketua kumpulan
Menggulung hos yang pertama

ANGGOTA NO 2

Membawa & memasang dan mengemas peralatan pili bomba


Mengemas hos tambahan

Operator ANGGOTA NO 3

Merentang hos yang ke-2


Membantu No.1 di branch
Menggulung hos yang ke-2

ANGGOTA NO 4

Merentang hos ke-3 dan hos tambahan


Bertindak sebagai pembawa mesej
Menggulung hos yang ke-3

HUKUMAN KAWAD H2
HUKUMAN : KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN......GERAK: KAWAD H2! Satu Aliran

300 kaki, 1 NOZEL, Pasukan.....GERAKSemua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus
membuat kerja masing-masingdengan serentak.

No.4 ambil standpipe dan hydrant key, dan hydrant adaptor dan lari menuju pada pilibomba bawah
tanah dan terus pasang standpipe pada pili bawah tanah sambilmenunggu arahan buka dan tutup air.

No.3 ambil segulung hos dan bawa ke Pili Bomba bawah tanah. berikan kapling kepadaorang No.4, terus
bentang hos pada jarak 100 kaki, ambil hos yang ditinggalkan olehorang No.2 baawa ke jarak 300 kaki
sebgai hos pengganti kemudian lari ke hadapanuntuk bantu pegang nozel.

Orang No.2 ambil 2 gulung hos, bawa ke jarak 100 kaki, satu hos letak & 1 hosdibentang pada jarak 200
kaki kemudian lari ke hadapan bantu No.1 pegang nozel.

Orang No.1 ambil 1 gulung hos & 1 nozel bawa ke jarak 200 kaki sambung pada orangNo.2 bentang ke
jarak 300 kaki dan terus pasang nozel

Anda mungkin juga menyukai