Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK LARI PECUT

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaannya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a.

Gaya berdiri

i.

Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

ii.

Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. condongkan badan ke hadapan. kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

Rajah 1.3: Gerakan ke garisan

iii.

Sedia condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah. badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

Rajah 1.4: Gerakan sedia

iv.

Mula pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Rajah 1.5: Gerakan mula

KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu: i) ii) iii) iv) Fasa permulaan Fasa berlepas Fasa pecutan Fasa penamat

Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.

i)

FASA PERMULAAN - Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. - Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan larian.

Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu: a. Cara peluru/pendek- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk

b. Cara sederhana - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. - Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

c. Cara panjang - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk. Bagi memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahirankemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut. Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan pecutan. Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan memecut. - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan memecut.kemudian secara

berpasangan, murid dikehendaki berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.

Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:

Peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. Kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. Jari pula diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan. Kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. Manakala bahu ke hadapan sedikit. Seterusnya tangan diluruskan tetapi dalam keadaan selesa. Kepala dan leher pula dalam satu garisan dengan tulang belakang. Akhir sekali fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan) dan mengawal pernafasan.

Peringkat sedia - kawal pernafasan. Selepas itu punggung diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi aras bahu. Kepala dan leher pula dalam satu garisan dengan tulang belakang. Kemudian mata difokuskan ke hadapan, manakala bahu ke hadapan sedikit daripada tangan dengan keadaan lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah dan lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. Akhir sekali kaki ditolak kuat pada blok permulaan

ii) FASA BERLEPAS - Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif yang mana sebaik sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol. Seperti fasa

permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut yang baik. - Teknik fasa berlepas ialah:

kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan.

tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki. badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang pertama.

elakkan daripada melompat ke hadapan untuk langkah pertama.

. ii) FASA PECUTAN - Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat.

Teknik bagi fasa pecutan ialah:


o o o

langkahan semakin panjang dan lutut tinggi. berlari di atas bebola kaki. bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

iii)

FASA PENAMAT - Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan penamat.

Teknik fasa penamat ialah:

terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat.

bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan. badan dicondongkan sedikit.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut: 1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini , dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan, walaupun pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah sama. 2. Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika

melakukan pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh. 3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya

lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat diperolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh

digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya. 4. Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.

Anda mungkin juga menyukai