Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar yang
memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi. Acara lari berpagar
ini melibatkan semua komponen kecergsan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan
otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa, imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan
dan ketangkasan.
Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen
kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan. Program latihan yang
dirancang dibahagikan kepada beberapa fasa yang berunsurkan aspek-aspek dalam usaha
membina kecergasan fizikal atlet. Dengan itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya
dengan pelbagai pengetahuan tentang perancangan dan perlaksanaan satu program latihan
jangka panjang supaya program itu boleh mendatangkan kesan yang positif di samping
memastikan kejayaan yang cemerlang pada musim pertandingan.
Seseorang jurulatih juga harus menitikberatkan aspek keselamatan dalam perancangan
dan perlaksanaan satu program latihan agar atlet sentiasa berada dalam keadaan selamat dan
boleh meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah atau kecederaan yang boleh mengganggu
prestasi atlet.
SEJARAH
Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di Great
Britain pada abad ke-19. walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak menyebut dengan
tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, bagaimanapun ramai pula mendakwa
bahawa permulaan terawal yang menggunakan pagar bermula pada pertengahan abad ke-19,
di sebuah sekolah di Bandar Eton, berhampiran kota London.
Pada peringkat awal permulaan cara, lari berpagar diadakan untuk jarak 120 ela, 200
ela, dan 440 ela, dengan memasukkan 10 pagar pada setiap acara itu. Undang-undang dan
peraturan ini diikuti dan kekal hingga kini. Dengan pertukaran daripada sistem Inggeris kepada
sistem metrik kepada semua acara, maka lari berpagar juga turut terlibat. Dengan demikian, kini
terdapat acara 100 meter, 110 meter dan 400 meter.
Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak melahirkan
jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlit Don Finlay telah memenangi pingat gangsa semasa sukan
Olimpik 1932 dan pingat perak dalam sukan Olimpik 1936 dalam acara 110 meter berpagar
manakala pada tahun 1968 di Mexico City, David Hemery telah merangkul pingat emas dengan
mencipta rekod dunia. Pada tahun 1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di

Moscow. Bagi atlet wanita, pada tahun 1984, Shirley Strong telah memenangi pingat perak
dalam acara 100 meter berpagar di Los Angeles.
UKURAN
Bagaimanapun ketinggian pagar untuk keempat-empat acara ini adalah berbeza-beza. Begitu
juga dengan jarak kedudukan pagar antara satu dengan lain juga berbeza-beza. Rajah berikut
menunjukkan kedudukan serta ukuran pagar dalam kemepat-empat acara dalam kumpulan
acara lari berpagar.
Jarak
Acara

Antara

Jarak

Antara
Akhir

Tinggi

Garisan

Jarak

Pagar

Pagar

Permulaan

Antara

Dengan Garisan

Dengan

Pagar Pagar

Penamat

Pertama
100 M Wanita

84 Meter

13 Meter

8.5 Meter

10.5 Meter

110 M Lelaki

1.076 Meter

13.72 Meter

9.14 Meter

14.02 Meter

400 M Wanita

76 Meter

45 Meter

36 Meter

40 Meter

400 M Lelaki

91.4 Meter

45 Meter

35 Meter

40 Meter

PERALATAN
Seperti yang dapat dilihat pada namanya, acara ini adalah berlari sambil melompat
pagar. Jadi peralatan utama untuk acara ini ialah pagar atau hurdles. Semuanya terdapat
sepuluh pagar yang digunakan untuk setiap acara ini. Hanya kedudukan atau jarak antara satu
pagar dengan pagar yang lain sahaja berbeza-beza, yakni mengikut jarak acara.

Ketinggian pagar bergantung kepada jenis acara. Ini bermakna pagar yang digunakan
untuk acara wanita adalah lebih rendah daripada pagar yang digunakan untuk acara lelaki.

Begitu juga dengan pagar yang digunakan untuk acara 110 meter lelaki adalah lebih tinggi
daripada pagar yang digunakan untuk bahagian yang sama tetapi untuk acara 400 meter lari
berpagar, perbezaan pada ketinggian ini adalah bagi menyesuaikan larian dan jarak serta jenis
jantina.
Selain pagar, tiada peralatan lain yang digunakan kecuali balapan atau lorong mengikut
jenis acara. Pagar hendaklah dipasang sebelum bermula sesuatu acara larian berpagar.
Pegawai pertandingan hendaklah memastikan supaya setiap pagar diletakkan pada kedudukan
dan tempat yang betul. Semua lorong larian hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.
ACARA-ACARA LARI BERPAGAR
Sebagai salah satu acara larian yang menarik, lari berpagar disertai oleh lelaki dan juga
wanita. Terdapat beberapa acara dalam acara lari berpagar ini. Disebabkan jarak yang
ditetapkan untuk semua acara ini tergolong sebagai jarak untuk lari pecut, bermakna acara lari
berpagar adalah juga acara lari pecut yang sudah tentu memerlukan latihan yang laju dan
pantas daripada pelarinya.
Sebagai acara lari pecut, sudah tentu lari berpagar merupakan acara yang menarik dan
diminati ramai. Terdapat dua acara lari berpagar untuk lelaki dan dua acara lari berpagar untuk
wanita, seperti yang disenaraikan dalam kebayakan perjumpaan olahraga antarabangsa dan
diluluskan oleh IAAf. Acara-acara itu adalah seperti berikut :
LELAKI
WANITA

110 METER

400 METER

100 METER

400 METER

CARA DAN TEKNIK LARIAN


Pelari bebas menggunakan sebarang teknik yang mereka fikirkan sesuai dan dapat
meningkatkan kepantasan lariannya. Oleh sebab acara ini tergolong sebagai acara pecut,
maka terdapat beberapa persamaannya dengan lari pecut.

PERMULAAN
Bagi mengambil bahagian dalam acara ini, seseorang itu perlu mengenakan peralatan
dan pakaian yang sesuai, termasuk spikes. Permulaannya adalah seperti acara 100 meter
biasa. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan dipanggil ke garisan permulaan oleh
pegawai perlumbaan. Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas dan pelari akan berlari
mengikut lorong masing-masing. Penggunaan blok permulaan adalah digalakkan bagi memberi
lonjakan yang kuat bagi permulaan larian. Selepas meninggalkan blok permulaan, dan dalam
antara 8 hingga 10 langkah awal, pelari hendaklah melakukan pecutan sehingga mencapai
pagar pertama 4.5m kemudian. Jumlah langkah pada peringkat awal, larian akan
mempengaruhi larian keseluruhan peserta dalam acara ini.
SEMASA BERLARI
Setiap pelari hendaklah mempunyai tolakan kaki yang baik dan betul serta mampu
melepasi setiap pagar yang dilalui. Mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini
hendaklah mempelajari teknik yang betul membuat lompatan untuk digabungkan dengan larian
mereka. Walaupun seseorang itu mungkin merupakan pelari 400 meter yang baik, tetapi tanpa
teknik lompatan yang baik mungkin sukar baginya untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam
acara 400 meter lari berpagar.
Pelari harus ingat bahawa lompatan dalam acara 400 meter berpagar sebenarnya
bukanlah membuat lompatan, sebaliknya adalah larian dengan menggunakan langkah yang
panjang dan tinggi. Dengan demikian pelari akan dapat membuat larian tanpa sebarang
kelainan. Semakin jauh larian dibuat, semakin hampir pula pelari dengan sesuatu pagar, dan
cara tidak lansung memberi kesan psikologi kepadanya untuk menamatkan larian dengan
segera.
MENAMATKAN LARIAN
Oleh sebab acara 400 meter dikategorikan sebagai acara lari pecut, maka 400 meter lari
berpagar ini juga turut tergolong dalam kategori yang sama. Selepas melepasi pagar terakhir,
apa yang harus dilakukan pelari ialah berlari dengan lebih pantas ke garisan penamat.
Walaupun kebanyakan sudah keletihan dan kurang terdaya untuk meningkatkan kepantasan,
tetapi dengan perancangan larian yang betul, dia masih bertenaga dan mempunyai kekuatan
untuk melakukan pecutan.

UNDANG-UNDANG LARIAN
Walaupun pada dasarnya lari berpagar 100m wanita, 110m lelaki dan 400m lelaki dan
wanita ini adalah hampir sama, tetapi dari segi peralatan, jarak, kedudukan pagar dan teknik
berlari adalah berbeza-beza. Berikut adalah di antara peraturan larian untuk acara ini.
1.

Pelari dikehendaki berlari dan melompat melepasi semua pagar yang disediakan megikut
lorong masing-masing.

2.

Pelari boleh membuat lompatan menggunakan cara atau teknik yang sesuai dan selesa
baginya asalkan lompatan itu tidak melanggar aturan dan undang-undang perlumbaan.

3.

Pelari hendaklah menamatkan larian bermula daripada garisan permulaan yang


ditetapkan.

4.

Pelari hanya dibenarkan memulakan perlumbaan selepas isyarat berlepas diberikan oleh
pegawai pelepas.

5.

Pelari dibolehkan menjatuhkan tidak lebih dari dua pagar. Jika lebih daripada itu, larian
pelari itu dibatalkan.

6.

Penggunaan blok permulaan digalakkan bagi mendapatkan lonjakan yang baik bagi
memulakan perlumbaan ini.

7.

Pelari hendaklah mengenakan pakaian yang dan peralatan yang sesuai untuk acara ini.

8.

Pelari dilarang sama sekali cuba melakukan sesuatu terhadap pelari lain sehingga boleh
menjejaskan larian mereka.
KESALAHAN-KESALAHAN DALAM LARI BERPAGAR
Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari lari berpagar adalah seperti berikut.
Kesalahan ini kadang-kadang bukan sahaja boleh menjejaskan kepantasan larian tetapi
mungkin menyebabkan larian batal.
1. Pelari membuat lompatan menggunakan gaya seperti gunting yang sememangnya tidak
2.

sesuai dalam acara ini.


Pelari tidak dapat mengekalkan jumlah atau bilangan langkah di antara dua pagar,

seharusnya pelari berlari dengan bilangan langkah yang sama.


3. Pelari berada terlalu dekat dengan pagar ketika hendak melepasi pagar.
4. Pelari tidak membongkokkan badannya ketika melepasi pagar, dan pelari melakukannya
dalam keadaan badan yang menegak.
5. Pelari cuba menyentuh pagar dengan kaki bagi tujuan mendapatkan tolakan.
6. Pelari tidak menarik kaki belakangnya dengan pantas ke hadapan ketika hendak membuat
lompatan.

7. Pelari berlari dan melakukan lompatan dengan teragak-agak atau tidak mempunyai
keyakinan diri.
8. Perlari memperlahankan larian ketika hendak membuat lompatan.
9. Pelari membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar.
10. Pelari cuba menghalang pelari lain ketika berlangsungnya perlawanan.

REKOD-REKOD ACARA LARI BERPAGAR


SUKMA 2008
Dalam acara 110m lari berpagar, satu rekod baru telah dibuat oleh pelari Sabah, Rayzamsyah
Wan Sofian apabila beliau berjaya mencatat 14.10s untuk mengekalkan pingat emas yang
dimenanginya 2 tahun lalu di Kedah.Larian bertenaga pelari berusia 20 tahun ini meletakkan
beliau dihadapan meninggalkan pelari dari Terengganu, Mohd Muslim Sidek dengan catatan
14.79s dan pelari dari Johor, Mohd Rohaizad Jamil dengan catatan 14.90s.
SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)
Atlet lari berpagar terkemuka negara Mohd Robani Hassan memperbaharui rekod Sukan
Universiti Asean 2008 (SUA 2008) dalam acara 110m lari berpagar untuk memenangi pingat
emas dalam edisi ke-14 temasya itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil .
Robani, 25, mencatatkan 14.07s bagi memadamkan catatan 14.08s yang dilakukan di Hanoi
dua tahun lepas.Pingat perak menjadi milik Abdul Hakeem Abdul Halim dari Indonesia (14.45s)
manakala gangsa pula dimenangi Suriya Judsri dari Thailand (14.55s).
"Sebenarnya, saya mampu untuk berlari di bawah 14s. Bagaimanapun, saya tidak cukup
cergas untuk melakukannya," kata Robani, sambil menambah masa terbaiknya ialah 13.85s
yang dilakukannya pada Terbuka Malaysia Julai lepas sebelum Olimpik Beijing.
SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008
Olahraga terus menjadi antara penyumbang utama pingat pada Sukan SEA ke-24 di sini
apabila meraih dua lagi emas di samping satu rekod baru dalam acara 110 meter lari berpagar
pada hari keempat saingan di Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 semalam.
Emas terbaru itu diraih Rayzamshah Wan Sofian dalam acara 110 meter lari berpagar
lelaki.Kejayaan Rayzamshah, 19, paling bergaya semalam kerana selain berjaya meraih emas

pada penyertaan pertamanya, anak kelahiran Keningau, Sabah ini turut mencipta rekod baru
Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat.
Di samping itu, catatan masanya semalam adalah kali pertama berjaya dilakukannya di bawah
14 saat. Rekod lama acara ini iaitu 13.92s dipegang atlet Thailand, Suplan Wongshriphuck yang
turut beraksi semalam tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala seorang lagi atlet
negara, Muhd. Faiz Muhammad ketiga.Dengan kejayaan Rayzamshah itu, Malaysia turut
berjaya mengekalkan mahkota acara itu yang dimenangi Mohd. Robani Hassan di Filipina, dua
tahun lalu.Namun hasrat sama yang mahu dilakukan atlet 100 meter lari berpagar wanita, Moh
Siew Wei, 29, tidak kesampaian apabila sekadar meraih perak sekali gus gagal
mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu.
SUKAN ASIA DOHA
Ini merupakan pingat kedua olahraga di Doha selepas Noraseela Khalid menghadiahkan pingat
gangsa dalam 400m lari berpagar wanita.
Namun begitu, hasrat Robani Hassan untuk memberi cabaran terbaik kepada juara Olimpik dan
pemegang rekod dunia, Liu Xiang dari China berakhir dengan dia menduduki tempat terakhir di
final 110m lari berpagar selepas mencatat 14.04s. Liu seperti dijangka meraih emas dengan
13.15s.
OLIMPIK BEIJING 2008
Atlet wanita AS, Dawn Harper menjuarai acara 100 meter lari berpagar ketika kategori lelaki
begitu merasai kehilangan Lui Xiang yang menarik diri akibat cedera. Acara separuh akhir 110
meter lari berpagar lelaki muda dikuasai atlet Cuba yang juga pemegang rekod dunia, Dayron
Robles.

ATLET MALAYSIA
MOHD ROBANI HASANUDDIN

Pemuda ini terkejut ketika diberitahu tercalon untuk Anugerah Belia Remaja i-Kon 2006 ini.
Katanya, dia tidak `popular dan tidak banyak pencapaian berbanding atlit lain.
Berterima kasih dan berbesar hati dengan pencalonan ini, sifat rendah diri Mohd Robani
memang tulus, jelas kejujurannya ketika dihubungi i-Kon baru-baru ini.
Tidak mustahil sifat inilah yang membawa Mohd Robani `tinggi di bidangnya - acara 110 meter
lari berpagar.
Hakikatnya, Mohd Robani bukan tidak popular, jauh sekali daripada tidak hebat berbanding atlit
lain. Dalam usia 23 tahun, (dilahirkan pada 18 Januari 1983), pencapaian penuntut tahun tiga
jurusan Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini bukan calang-calang.
Beliau banyak memenangi kejohanan di luar negara, termasuk memenangi pingat emas dalam
acara berkenaan pada Sukan Sea Manila 2005 dan Terbuka Taiwan 2005 selain menduduki
tempat ketujuh Kejohanan Olahraga Asia tahun lalu.
Hadiah paling manis buat negara juga Mohd Robani sendiri ialah apabila beliau melayakkan diri
ke Sukan Asia Doha, hujung tahun ini.
Sekalipun gagal mengatasi rekod kebangsaan 110 meter berpagar, 13.73 saat (s) milik Nur
Herman Majid, catatan masa 13.88 s yang dibuatnya memberi `lesen untuk beliau bertarung di
kejohanan berkenaan.
Sebelum membabitkan diri dalam acara 110 meter lari berpagar, Mohd Robani lebih cenderung
dalam acara pecut. Terima kasih kepada jurulatih olahraga Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah,
Kajang (Saas) yang berjaya menyedarkan Mohd Robani akan potensinya dalam acara 110
meter lari berpagar.
Pencapaian:
Melayakkan diri ke Sukan Asia 2006. Ketika ini pelari ketujuh terbaik Asia
2005: Pemenang pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Sea Manila dan Terbuka
Taiwan
Anugerah:
Olahragawan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2005
Olahragawan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2005
Penerima Anugerah Bintang Harapan Lelaki Masum 2001

Anda mungkin juga menyukai