Anda di halaman 1dari 11

Lompat Kijang Pengenalan Lompat kijang adalah satu acara yang ada persamaan dengan lakuan lompat jauh.

Terdapat fasa tambahan iaitu langkahan dan lonjakan kaki bebas yang perlu dikuasai kerana ia lebih mencabar. Para jurulatih dan atlet berpendapat, acara ini memerlukan lebih kuasa eksplosif, kekuatan dan ketangkasan. Selain itu komponen koordinasi yang baik juga memainkan peranan penting untuk mencapai jarak yang maksimum. Sebenarnya, acara ini merangkumi aspek-aspek kemahiran yang tinggi dalam mengkoordinasikan lari landas, lonjakan, langkahan serta lonjakan kaki bebas, layangan dan mendarat.

Gaya Lompat Kijang Pelbagai gaya lompat digunakan oleh atlet dalam acara lompat kijang di peringkat antarabangsa. Terdapat dua gaya lompatan yang popular dan masih digunakan oleh atlet dalam lakuan lompat kijang hingga ke hari ini iaitu gaya Polish dan gaya Russian. Gaya Polish atau Gaya Lompatan Mendatar (Flat Style of Jumping) Gaya Polish telah diperkenalkan oleh seorang peserta dari Poland yang bernama Josef Schmidt. Josef Schmidt telah menggunakan gaya ini untuk menjuarai acara lompat kijang di Sukan Olimpik tahun 1960 dan 1964. Jarak lompatan terbaiknya ialah 16.85 meter. Beberapa ciri khusus yang terdapat dalam gaya ini menekankan kepada kelajuan lari landas dan membuat lonjakan yang rendah sahaja. Jarak lompatan pertama tidak mencapai jarak yang maksimum dan hanya seakan-akan seperti jarak lonjakan yang terakhir. Fasa yang paling kecil jarak lonjakannya ialah fasa lonjakan yang kedua. Kadar peratusan lonjakan adalah dengan nisbah 35: 30: 35.

Gaya Russian atau Gaya Dwi Lengan (Double Arm Style) Gaya ini diperkenalkan oleh peserta lompat kijang dari Rusia, Viktor Saneyev. Beliau telah mengatasi rekod Josef Schmidt pada Sukan Olimpik 1968. Beliau memperbaiki rekodnya sendiri pada tahun 1972 dan 1976. Pencapaian terbaiknya adalah sejauh 17.39 meter. Dalam gaya ini, diperkenalkan peratusan lonjakan dengan nisbah 37: 30: 33. Gaya ini menekankan jarak paling maksimum pada lonjakan pertama atau hop. Ia sesuai dipraktikkan oleh peserta yang mempunyai kaki yang kuat kerana ia perlu membuat lonjakan yang tinggi dan panjang pada lonjakan pertama.

FASA-FASA LOMPAT KIJANG FASA LOMPAT KIJANG Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:1) fasa penujuan 2) fasa meloncat ( hop) 3) fasa melangkah ( step) 4) fasa melompat (jump) 5) fasa pendaratan

1). Fasa Penujuan Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop) Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step) Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke

belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.

4). Fasa melompat (jump) Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan semasa berada di udara.

5). Fasa pendaratan. Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan. Sistem Latihan dan Keselamatan Lakukan akitiviti memanaskan badan dan regangan sebelum memulakan latihan atau pertandingan. Bagi mengelakkan daripada risiko kecederaan, lakukan aktiviti regangan secukupnya yang melibatkan julat pergerakan yang maksimum. Otot-otot utama yang terlibat ialah gastrocnemius, quadriceps, hamstring, deltoid, trapezius dan sternocleidomastoid.

Beberapa Contoh Latihan Pelaziman Dan Penyesuaian Dalam Acara Lompat Kijang Aktiviti Tujuan

Melakukan aktiviti heel raise dengan Meningkatkan kekuatan otot pergelangan mengangkat bar bell. Lakuan lompat selang-seli kaki. dengan Meningkatkan kekuatan kumpulan otot kaki dan kuasa eksplosif.

mengangkat bar bell.

Latihan plyometric. Melakukan aktiviti Meningkatkan kekuatan otot dan kuasa lantunan melepasi pagar rendah dan eksplosif. tinggi dengan dua kaki. Pagar diletakkan dengan jarak yang sesuai. Bounding (lari langkau lompat). Menguatkan dan meningkatkan kuasa eksplosif. Bergayut pada palang, ayunkan kedua- Meningkatkan kekuatan dan kelembutan dua kaki ke sisi dan ke hadapan. badan.

Latihan plyometric. Pegang bola segar Menguatkan otot-otot belakang badan dengan kedua-dua tangan dalam dan kuasa eksplosif.

kedudukan dekam. Lompat dengan bola segar di atas dengan badan dilentikkan.

Undang-Undang Dan Peraturan Lompat Kijang Kawasan Lari Landas Peraturan dan undang-undangnya sama dengan acara lompat jauh. (Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurangkurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.) Papan Lonjakan Ukurannya sama dengan acara lompat jauh. (Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter). Jarak di antara papan lonjakan ke kawasan permulaan mendarat bagi pertandingan peringkat antarabangsa tidak kurang 13 meter bagi lelaki dan 11 meter bagi wanita. Jarak antara papan lonjak dengan hujung kawasan mendarat adalah 21 meter. Jarak tersebut mungkin berlainan bagi sesetengah pertandingan. Papan Penanda Plastesin Peraturan dan undang-undangnya sama dengan acara lompat jauh. (Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet apabila melakukan lompatan batal).

Kawasan Mendarat Peraturan dan undang-undangnya sama dengan acara lompat jauh. (Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar. Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat). Peraturan Umum 1. Pada lompatan pertama (hop) peserta mesti membuat lonjakan dan mendarat dengan kaki yang sama. 2. Pada lonjakan kedua (step) peserta mesti mendarat dengan kaki bebas dan fasa ketiga adalah lakuan lompat jauh biasa.

3. Masa yang dibenarkan untuk menamatkan lompatan adalah seminit. 4. Percubaan yang dibenarkan sama seperti acara lompat jauh.

Latihan Kekuatan Kaki Bagi Lompat Kijang Oleh sebab acara lompat kijang mempunyai pergerakan yang agak sukar dan kompleks untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat, maka dicadangkan latih tubi yang terancang perlu dilakukan bagi mendapatkan penyesuaian dan kebiasaan lakuan. Tujuan Memperbaiki dan meningkatkan Cara julat Larian jarak pendek, melonjak dengan lonjakan melepasi halangan,

pergerakan ketika lonjakan dan member kaki keyakinan melonjak dan layangan.

layangan dan mendarat dengan kaki bebas. Lakukan halangan jarak dekat dan tingkatkan jarak.

Membiasakan lakuan yang betul ketika Lonjak melepasi halangan pagar dengan lonjakan Hop bagi membetulkan lakuan kaki lonjakan. (Fokus kepada fleksi lutut lonjakan ke hadapan. Memperbaiki julat pergerakan bagi kaki bebas) untuk Larian 5 hingga 9 langkah, lonjak

mendapatkan persepsi teknik pergerakan melepasi halangan rendah, ke tanah dan yang betul dan licin. ke atas kotak. Lakukan lonjakan ketiga melepasi halangan tinggi dan lakuan mendarat di atas tilam tangkas. Untuk memperoleh nisbah jarak yang Larian dua pertiga dari lari landas, baik dan rentak bagi ketiga-tiga lonjakan. lakukan lonjakan pertama, kedua dan ketiga. Letakkan penanda pada landasan larian.

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Acara Lompat Kijang KESALAHAN Badan terlalu condong ke hadapan. PEMBETULAN Badan sentiasa berada dalam keadaan tegak. Langkah yang pendek, tersekat-sekat Berlari dengan langkah yang sesuai dan dan kurang koordinasi. Fasa lonjakan yang lemah. koordinasi pergerakan tangan yang baik. Pastikan kaki lonjakan lurus ketika

melakukan lonjakan yang bertenaga ke atas dan ke hadapan. Kaki lonjakan berada dalam keadaan Lakukan ayunan kaki bebas ke atas dan tegang lonjakan. Kehilangan terlalu banyak kelajuan ketika Guna tenaga yang seimbang semasa fasa melangkah dan melompat kaki melonjak, melangkah dan melompat. bebas. dan kaku ketika membuat ke hadapan ketika melonjak.

LAMPIRAN

REFLEKSI Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah menerima pelbagai jenis pengalaman serta feadah yang berguna. Setelah membuat pelbagai rujukan serta kajian

terhadap tajuk tugasan yang diberi saya telah mulai memahami dengan lebih baik tentang lompat jauh dan lari berpagar sama ada sejarah, peraturan, teknik serta ilmuilmu berkaitan. Kajian yang dilakukan terhadap sukan olahraga lompat kijang adalah amat bersesuaian dengan keperluan kami sebagai seorang guru pelatih yang bakal mengajar sukan atau pendidikan jasmani (minor PJ). Saya mulai merasai kepentingan tugasan ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugasan harian sebagai seorang guru yang berilmu tinggi. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah akan memerlukan saya mempunyai penguasaan ilmu sukan yang banyak dan mampu memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang. Dengan ini pelajar akan mendapat ilmu sukan berkenaan lompat kijang dengan lebih mendalam dan dapat mengetahui teknik yang betul. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dari segi mengetahui lebih terperinci berkenaan lompat kijang serta mengetahui peraturan dan teknik sukan yang betul. Hasil kajian yang saya peroleh ini diharapkan akan dapat saya aplikasikan dan gunakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai