Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA (a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan.

Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan. (b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. (c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. (d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri. (e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahanbahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan. (f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Anda mungkin juga menyukai