Anda di halaman 1dari 9

UNDANG-UNDANG ACARA

LONTAR PELURU

KUMPULAN 4:
KHARRSYEENNIE A/P MANOGARAN
KINEESHAA A/P PANNIR SELVAM
BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT
Bagi acara lontar peluru,
Kesatuan Olahraga
Malaysia (KOM) telah
menggariskan beberapa
undang-undang yang
digunakan dalam
pertandingan.
(a) Giliran peserta membuat percubaan akan dijalankan secara undian.

(b) Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta
dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik antara
kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika
berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan tetapi peserta-peserta yang
seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan
peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta atau kurang
daripada lapan peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan enam percubaan
sahaja. [Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama.
Oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan].
(c) Di tempat pertandingan, setiap peserta jika boleh diberi dua percubaan
sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan secara undian dan
peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.

(d) Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar menggunakan


alatan untuk tujuan latihan atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk
Iatihan.

(e) Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah
memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang
peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
(f) Peserta mestilah memulakan lontarannya dan dirian yang tetap (keadaan tidak bergerak)
di dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Semasa peserta membuat permulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh
atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah dari tempat
lontaran. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang dan paras garisan bahu.

g) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau lebih jari yang boleh membantu
peserta bila membuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita pada tangan tidak
dibenarkan kecuali untuk membalut luka. Sarung tangan tidak boleh digunakan. Untuk
mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang
sesuai di bahagian tangan sahaja. Untuk menyelamatkan tulang belakang daripada
kecederaan, peserta-peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan
sejenis itu. Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di
dalam bulatan atau kasutnya.
(h) Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki
bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian
sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung
bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat
percubaan.

(i) Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-
peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya,
meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan
(semasa meninggalkan bulatan, dia mestilah keluardengan mengikut peraturan yang
diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.
[Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perenggan ini adalah termasuk
dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para
4].
(j) Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam
kawasan di antara dua sisi sebelah dalam garisan 50mm lebar.

(k) Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus dari


tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam
relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru
kepada pusat bulatan.

(l) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru menyentuh


tanah. Ia mestilah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang
akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui
bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya.
m) Setelah selesai sesuatu lontaran, peluru itu mestilah dibawa balik ke tempat permulaan
atau bulatan dan tidak dibaling.

(n) Lontaran yang terbaik dari semua lontaran bagi tiap-tiap peserta, termasuk
lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

(o) Dalam pertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang
disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarang perubahan kepada
alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa
pun antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang.
Dalam pertandingan antara dua atau lebih, peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri,
dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak
Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat
itu boleh digunakan oleh semua yang mengambil bahagian.
(p) Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira di bahagian
dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

(q) Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan
iaitu setiap atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah
berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga
dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula
mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Anda mungkin juga menyukai