Anda di halaman 1dari 3

4.

0 ) Fasa-Fasa Lakuan Lempar Cakera

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa- fasa lakuan yang berikut:

(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

(b) Fasa hayunan awalan

(c) Fasa lemparan

(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

4.1 ) Teknik Pemegangan

Atlet hendaklah tekapkan tapak tangan kanan ke atas muka cakera dimana ruas yang dibengkok
melekap di bahagian singkap logam bagi pemain tangan kanan. Bagi atlet yang kidal, atlet
hendaklah menggunakan tangan kiri dengan cara pemegangan yang telah diterangkan sebelum
ini. Ibu jari tangan rehat di atas muka cakera. Yang terakhir, jari-jari tangan mestilah
direngangkan dengan jarak yang sama.

4.2) Teknik Melempar Cakera

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu gaya berdiri dan gaya
berpusing.

Fasa 1: Persediaan
• Atlet berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera.
Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

• Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

• Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang
diterangkan dalam gaya berdiri. Atlet perlu beri perhatian kepada kilasan badan yang luas
julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3: Pelemparan

• Selepas dua atau tiga hayunan,atlet perlu mengilaskan badan ke hadapan,didahului dengan siku
kiri dan kepala mendongak.

• Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tanganyang lurus. Cakera dilempar ke
hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan.

FASA 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

• Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki atlet perlu menolak tanah dan diluruskan
sehingga badan terangkat.

• Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan atlet terangkat ke belakang
untuk mengimbangi badan yang condong kedepan. Mata masih memerhatikan pergerakan
cakera.

Peraturan-Peraturan Acara
1) Atlet harus melempar cakera dari dalam bulatan di mana atlet harus berada dalam keadaan
statik sebelum memulakan lemparan.

2) Cakera harus mendarat atau jatuh pada kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis
sektor bagi menampakkan kesan atau bekas untuk mendapatkan lemparan yang sah.

3) Bagi lemparan yang dikira batal, apabila atlet memasuki bulatan dan memulakan pergerakan
untuk melempar, namun sebahagian tubuh badannya menyentuh bahagian atas hujung bulatan
atau terkeluar dari bulatan. Selain itu, cakera yang terlepas dari pegangan atlet ketika membuat
percubaan turut akan dikira batal.

4) Atlet tidak boleh meninggalkan kawasan lemparan atau bulatan sebelum cakera yang
dilempar menyentuh tanah. Sekiranya atlet ingin meninggalkan bulatan, atlet mestilah keluar dari
bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.

5) Bahan pelekat seperti resin atau bahan-bahan yang sejenis dengannya boleh digunakan oleh
atlet untuk mendapatkan pegangan (grip) yang lebih baik sebelum memulakan lemparan.
Penggunaan bahan pelekat hanya boleh digunakan pada bahagian tangan, manakala penggunaan
sarung tangan adalah tidak dibenarkan.

6) Dalam sukan lempar cakera, atlet dibenarkan untuk melakukan tiga percubaan sekiranya
terdapat lebih daripada lapan peserta atau atlet yang mengambil bahagian. Daripada tiga
percubaan tersebut, lapan peserta yang terbaik akan sekali lagi melakukan tiga kali percubaan
untuk menentukan pemenangnya.

7) Apabila berlaku seri di tempat kelapan, keputusan akan dibiarkan dan peserta-peserta yang
berada dalam kedudukan seri tersebut akan melakukan tiga percubaan bersama peserta yang lain.

8) Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai lapan orang atau kurang,
jumlah percubaan dalam melempar bagi setiap peserta adalah sebanyak enam kali percubaan.

Anda mungkin juga menyukai