Anda di halaman 1dari 9

Aplikasi Sains Dalam Sukan

Sains sukan merupakan aspek penting dalam membangunkan prestasi sukan


negara. Hal ini terbukti kerana tanpa penggunaan prinsip-prinsip sains dalam
sukan dan pengetahuan yang diperoleh dari penyelidikan sains sukan, prestasi
atlit tidak mungkin mencapai tahap yang mengagumkan. Dengan kemajuan
sains sukan, manusia kini boleh berlari dan berenang dengan pantas, melontar
lebih jauh, mengangkat beban yang lebih berat serta melompat lebih tinggi
kerana aplikasi sains sukan.

Sains memainkan peranan yang penting dalam membangunkan atlit dari


pelbagai jenis sukan. Seterusnya kita akan membincangkan peranan aplikasi
sains terhadap sukan yang kami pilih iaitu renang. Dalam bidang sukan, renang
merupakan acara yang amat bergantung kepada sifat-sifat fizikal manusia serta
aplikasi sains. Ini adalah disebabkan oleh rintangan besar yang dihadapi dalam
sukan renang berbanding sukan-sukan lain. Air yang mempunyai ketumpatan
sebanyak 820 kali ganda berbanding udara merupakan salah satu rintangan
yang dihadapi dalam sukan renang. Disebabkan oleh kesukaran ini, bagi
membolehkan seseorang atlit itu berenang dengan pantas mereka perlu
mempunyai kurniaan semula jadi yang sempurna serta perlu menyesuaikan sifat
fizikal

mereka

dengan

acara-acara

yang

lebih

sesuai

selain

daripada

menggunakan teknik kuak yang lebih berkesan.

Aplikasi kajian pergerakan air dan kesannya ke atas pergerakan objek atau
lebih

dikenali

sebagai

hukum

hidrodinamik

menunjukkan

bahawa

ikan

mempunyai bentuk yagn paling berkesan untuk bergerak di dalam air. Menurut
hasil kajian ini, tahap kecekapan pergerakan ikan dalam air adalah 90%
manakala bagi manusia adalah cuma 10% hingga 15% sahaja. Namun begitu
manusia juga mampu berenang dengan baik sekiranya mereka mempunyai sifat
dan bentuk tubuh yang sesuai. Kekurangan aspek tertentu dalam diri seseorang

perenang akan menjejaskan prestasi perenang tersebut.

Bagi membantu kita memahami betapa pentingnya rupa bentuk tubuh ke


atas prestasi renang, kita akan meneliti prinsip-prinsip yang mempengaruhi reka
bentuk kereta moden. Cabaran dalam kejuruteraan kereta ialah mencipta bentuk
yang boleh mengurangkan rintangan udara. Bentuk yang paling baik ialah
bentuk setitik air. Namun bentuk ini tidak sesuai untuk kereta yang perlu
menampung enjin, dan empat buah roda yang menambah kestabilannya serta
membawa penumpang. Mengikut teori, jumlah kuasa yang diserap oleh
rintangan udara berkadar dengan jumlah permukaan depan kereta, ketumpatan
udara, bentuk rangka kereta dan halaju kereta. Untuk bergerak selaju 120 km/j,
kereta yang mempunyai bentuk koefisien cx = 0.35 akan memerlukan kuasa
sebanyak 31 watt sementara kereta yang mempunyai cx = 0.70 akan
memerlukan 75 watt untuk mencapai dan mengekalkan kelajuan yang sama. Ini
adalah kerana bentuk kereta kedua memberi rintangan udara yang lebih besar.
Untuk maksud perbandingan, kereta lumba lazimnya mempunyai cx=0.34 dan
manusia mempunyai cx=0.58 hingga 1.04.

Bandingkan bentuk kereta lumba dengan bentuk ikan dan juga bentuk
manusia. Apakah komen yang anda boleh buat tentang sifat hidrodinamik dan
aerodinamik tubuh manusia? Aplikasi prinsip hidrodinamik dan aerodinamik
menunjukkan bahawa bentuk tubuh yang bergaris aras (streamline) serta
panjang adalah amat penting dalam acara renang. Selain daripada itu
kebanyakan perenang sekarang mencukur tubuh mereka sebelum bertanding.
Kajian mendapati bahawa teknik ini mampu meningkatkan prestasi renang
sebanyak 3 % hingga 4 %. Ini disebabkan oleh pengurangan seretan air pada
permukaan kulit yang licin. Perenang lelaki pada masa kini lebih suka mencukur
rambut mereka bagi mencapai masa yang lebih baik.

Pada amnya para perenang mempunyai tubuh badan yang tinggi dan besar.

Suatu analisis ketinggian atlit renang Sukan Olimpik sejak 1968 mendapati
bahawa ketinggian peserta-peserta renang telah banyak meningkat. Mereka
yang berjaya ke peringkat akhir adalah jauh lebih tinggi dan berat berbanding
peserta lain yang tidak berjaya masuk ke peringkat akhir dan para pemenang
juga adalah lebih tinggi dan berat berbanding dengan peserta-peserta lain di
peringkat akhir.

Saiz dan ketinggian berbeza di antara perenang yang menyertai acara-acara


yang berlainan. Inilah sebabnya mengapa jarang sekali seorang atlit renang
menang dalam acara-acara yang berlainan. Mereka yang menyertai acara-acara
yang mementingkan kuasa dan kepantasan seperti acara pecut, kuak kupu-kupu
dan kuak dada pada amnya adalah lebih berat dan mempunyai jisim otot yang
lebih tinggi serta kawasan keratan lintang tubuh yang lebih besar berbanding
dengan mereka yang menyertai acara daya tahan dan gaya kuak belakang.
Perenang-perenang elit lelaki dan wanita dalam acara 100 meter dan 200 meter
gaya bebas dan 100 meter dan 200 meter gaya kuak belakang adalah di antara
perenang yang paling tinggi. Perenang kuak dada dan kuak kupu-kupu pula
mempunyai bentuk tubuh yang istimewa. Mereka yang berjaya dalam acara
daya tahan adalah lebih kecil dari segi saiz, mempunyai torso yang lebih pendek
dan kaki yang lebih panjang, jumlah jisim otot yang lebih rendah serta bentuk
hidrodinamik yang mengurangkan rintangan air (ini merupakan kelebihan yang
penting semasa berenang untuk tempoh yang lama serta jarak yang jauh).

Perenang tinggi mempunyai kelebihan kerana rintangan air adalah kurang


bagi mereka. Oleh itu, dengan kuasa yang sama mereka boleh berenang dengan
lebih pantas berbanding dengan mereka yang lebih pendek. Tangan dan kaki
mereka yang berfungsi sebagai pengayuh akan lebih berkesan. Oleh kerana
dalam acara renang, kecuali kuak belakang permulaan adalah dibuat dengan
gaya junam, perlumbaan ditamatkan dengan sentuhan jari dan penukaran arah

dilakukan dengan gaya menterbalikkan pada setiap 50 meter, maka seorang


perenang yang tinggi serta bertangan dan berkaki panjang hanya perlu
berenang satu jarak yang lebih pendek berbanding dengan rakan-rakannya yang
kurang bernasib baik dari segi kurniaan semula jadi.

Menurut seorang jurulatih negeri China, sebab mengapa perenang lelaki


China tidak begitu berjaya di peringkat antarabangsa ialah kerana suatu
kesilapan ke atas perhitungan kadar pertumbuhan kanak-kanak berumur lebih
kurang lapan tahun untuk dipilih dan dilatih menjadi ahli renang elit. Ketinggian,
saiz serta panjang anggota dan struktur tulang bagi setiap calon dan
keluarganya diambil kira dalam proses perhitungan tersebut. Akibat kesilapan
dalam proses pengenalpastian bakat itu, kini ahli renang lelaki China adalah
pada purata 15 sentimeter hingga 20 sentimeter lebih pendek berbanding ahliahli renang lain yang terbaik di dunia. Perbezaan 20 sentimeter tinggi
bermaksud kolam 50 meter adalah 40 sentimeter lebih pendek dalam acara 100
meter dan 80 sentimeter lebih pendek dalam acara 200 meter. Sekiranya tangan
juga digunakan, perbezaan ini akan menjadi lebih nyata lagi.

Apabila berbincang tentang kepanjangan anggota, suatu hakikat yang perlu


kita

perhatikan

adalah

nisbah

jarak

kedua-dua

tangan

terhulur

dengan

ketinggian. Bagi orang biasa, nisbah ini ialah 1.0, tetapi bagi perenang lelaki ia
adalah 1.05 sementara bagi perenang wanita pula, nisbahnya ialah 1.03.
Ketinggian dan berat tubuh bagi perenang yang berumur 11 tahun hingga 18
tahun pada puratanya adalah lebih tinggi berbanding dengan remaja bukan atlit
yang sebaya. Tetapi purata nisbah ketinggian dengan berat tubuh perenang
adalah kurang daripada mereka yang sebaya. Ini bermaksud bahawa perenang
adalah tinggi dan berat (tetapi tanpa lemak yang banyak).

Tubuh yang tinggi dan berotot serta rendah dari segi kandungan lemak
adalah ciri-ciri yang ada pada kebanyakan atlit yang elit, bukan sahaja dalam

sukan renang , sama ada lelaki ataupun wanita. Terdapat tiga sebab utama
mengapa peratusan lemak dalam tubuh merupakan suatu sifat penting dalam
profil perenang, sebab tersebut adalah seperti berikut:
a) Menurut Hukum Newton ( pecutan = daya/jisim ), penambahan bahan
berat tubuh (umpamanya dengan lemak) tanpa penambahan kemampuan
pengecutan otot akan mengurangkan halaju pecutan dari blok mulaan
yang merupakan faktor yang amat penting dalam acara-acara jarak dekat
(50 meter hingga 100 meter).
b) Beban tambahan dari segi lemak akan menambahkan beban yang perlu
dibawa dan akibatnya halaju renang akan terganggu.
c) Peratusan lemak tambahan akan menambahkan seretan yang seterusnya
memerlukan lebih banyak penggunaan tenaga serta mengganggu halaju
renang.

Komposisi tubuh-tubuh ahli renang kini ditentukan dengan dua cara iaitu
dengan kaliper lipatan kulit dan teknik timbang dalam air. Sejak sepuluh tahun
kebelakangan ini terdapat suatu kecenderungan kepada tubuh yang kurang
berlemak terutamanya di kalangan wanita. Pada amnya perenang elit lelaki
mempunyai 5.0 % hingga 10.0 % lemak tubuh dan perenang elit wanita
sebanyak 14.0 % hingga 19.0 %. Ukuran lipatan kulit adalah teknik yang paling
popular dan berguna dalam menguji keberkesanan sesuatu program latihan.
Setiap jurulatih renang inginkan atlit-atlitnya mencapai penambahan berat tubuh
dari segi tambahan otot tanpa lemak dan mengawal ataupun mengurangkan
peratusan lemak. Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri fizikal perenang-perenang yang
berjaya.

Jadual 1 : Ciri fizikal perenang remaja dari Amerika Syarikat. Disesuaikan daripada Montpetit
(1988)
L = lelaki ; P = Perempuan

Umur

Jantin

Tinggi

Berat

Subskapu

Trisep

Brisep

Suprailiak

(tahun

(sentimete

(kilogram)

la

(milimet

(millimete

(millimete

(millimete

er

r)

r)

r)

r)

11.5

148.8

38.8

5.9

10.7

6.6

7.5

12.5
15.5

W
L
L

152.9
159.0
173.2

42.7
47.6
63.7

8.2
6.6
7.3

11.6
9.2
7.5

7.8
7.5
7.0

8.5
8.2
7.3

16.5

W
L

163.2
176.3

56.1
67.7

8.8
7.5

10.8
6.4

7.2
6.7

8.6
6.5

17.5

W
L

165.5
179.9

58.9
74.7

8.7
7.4

11.9
6.7

8.5
7.2

10.5
8.0

18.0

W
L

167.7
182.3

63.7
75.3

9.7
7.9

13.2
6.3

8.5
8.0

10.5
7.9

170.1

60.1

9.9

12.8

8.5

10.4

Sesungguhnya kita tidak dapat memilih calon-calon untuk bertanding seperti


yang dilakukan dalam sistem politik komunis umpamanya negeri China, Jerman
serta Rusia sebelum perubahan politik kebelakangan ini berlaku. Namun kita
masih boleh menggunakan maklumat ini untuk membantu kita mengenal pasti
perenang-perenang yang berpotensi iaitu mempunyai ciri-ciri tertentu yang
merupakan kelebihan untuk mencapai kejayaan dalam sukan ini. Ini juga boleh
membantu seorang jurulatih menasihati perenang-perenang menyertai acaraacara yang lebih sesuai untuk diri mereka. Maklumat ini juga boleh membantu
anda memilih acara yang lebih sesuai untuk diri anda. Ia juga sesuai digunakan
pada atlit Malaysia kerana kadar pertumbuhan remaja kita adalah sama dengan
kadar pertumbuhan remaja di Amerika Syarikat (Chiam dan Ng, 1978).

Seterusnya kita akan melihat bagaimana China mengasuh atlit-atlit mereka.


Dalam sistem politik komunis, pihak pemerintah boleh mengambil kanak-kanak
yang mempunyai ukuran sesuai serta mempunyai sifat-sifat lain yang dirasakan
sempurna dari pangkuan ibubapa mereka dan menghantar mereka ke sekolah-

sekolah sukan khas ketika mereka berumur lima tahun sahaja. Perbelanjaan
makanan, pakaian dan yuran sekolah adalah ditanggung oleh pihak pemerintah.
Kanak-kanak ini hanya perlu menjalankan latihan dengan tekun dan gigih setiap
hari. Saingan di kalangan kanak-kanak kecil ini adalah tinggi kerana sekiranya
prestasi mereka merosot mereka akan diganti oleh kanak-kanak lain yang lebih
berpotensi.

Kegigihan mereka sememangnya tidak sia-sia memandangkan China telah


berjaya melahirkan ramai atlit yang berjaya dalam pelbagai bidang sukan. Salah
satu atlit yang dilahirkan adalah Chen Yueling, johan acara jalan kaki 10 000
meter wanita peringkat Olimpik/Dunia pada tahun 1993. Beliau dikatakan telah
berjalan lebih daripada 80 000 kilometer iaitu lebih kurang dua kali ganda lilitan
bumi sehingga tahun 1993. Latihan yang dijalankan oleh beliau sememangnya
mencabar. Beliau akan bangun pada 5.30 pagi setiap hari dan berjalan sejauh 10
kilometer. Pada pukul 2.00 petang beliau berjalan sebanyak lebih kurang 20
kilometer hingga 40 kilometer di samping 1 kilometer untuk memanaskan badan
dan 2 kilometer untuk gerak kendur (menyejukkan tubuh). Latihan tambahan
beliau ialah berenang 20 minit dalam laut di musim salji dan untuk seberapa
lama yang difikirkan sesuai di musim panas bagi menambahkan kelenturan dan
memulihkan tubuh selepas latihan. Ini dilakukan oleh beliau setiap hari. Biasanya
setengah bulan sebelum bertanding, beliau akan pergi ke daerah Liaoning iaitu
kampung halaman beliau untuk berlatih pada paras tinggi di Qinghai (2360
meter dari paras laut). Atlit-atlit elit yang lain seperti Wang Junxia, Qu Yunxia dan
ahli-ahli lain keluarga Ma yang terkenal itu turut berlatih di sana. Selain itu beliau
juga memberi perhatian kepada amalan pemakanannya iaitu dengan memakan
banyak makanan berkabohidrat dan mengurangkan pengambilan lemak dan
daging.

Persediaan atlit elit adalah sangat rapi. Contohnya atlit junam air juga

berlatih di darat dengan melakukan senaman gimnastik. China memulakan


latihan darat 20 tahun lebih awal dari negara-negara lain dan ini dikatakan
punca kejayaan mereka pada masa kini. Dengan menggunakan trampolin
mereka menyempurnakan komponen-komponen junam sebelum ke kolam
junam. China dikatakan mempunyai alatan yang termaju dalam latihan junam air
tetapi menurut jurulatih-jurulatihnya, latihan mental adalah lebih penting.

Dari aspek latihan mental, atlit mereka dilatih supaya bertenang walau
dalam apa jua keadaan. Mereka mencuba pelbagai jenis papan junam untuk
membiasakan diri kepada perubahan yang tidak dijangka. Selain daripada itu,
kemudahan junam air di Pulau Hainan telah dibina di mana iklimnya adalah lebih
kurang sama dengan iklim di Barcelona, Sepanyol (Olimpik 1992) semasa musim
panas. Perkara ini dilakukan untuk membiasakan atlit kepada suasana sebenar
pertandingan serta memupuk keyakinan dan kepercayaan diri mereka. Di
samping itu, bentuk, warna dan struktur kolam yang dibina adalah sama seperti
yang terdapat di Barcelona supaya atlit-atlit mereka boleh menjangka dan
mengagak bering dan kedudukan tubuh mereka semasa melakukan gulingan dan
pusingan badan.

Selain itu ,Ma Junren jurulatih kepada Wang Junxia dan Qu Yunxia
menganggap bahawa makanan adalah amat penting bagi membekalkan tenaga
berlatih serta membantu pemulihan atlit dari beban senaman yang amat tinggi.

Wang Junxia dan rakan-rakannya yang cemerlang dalam bidang sukan sering
dituduh menggunakan steroid pertumbuhan tetapi penyiasatan yang rapi telah
membuktikan bahawa mereka tidak berbuat demikian. Rahsia kejayaan para atlit
China ini adalah mereka mempunyai disiplin yang tinggi, latihan keras,
kesanggupan berkorban untuk olahraga, latihan pada paras tinggi, herba
tradisional, keyakinan terhadap jurulatih dan kemampuan semulajadi. Disiplin
merupakan aspek terpenting yang perlu dipatuhi oleh para atlit. Jika mereka

tidak berdisiplin maka tindakan keras akan dikenakan kepada mereka. Seperti
contoh Liu Dong juara dunia bagi acara 1500 meter telah digugurkan dari
pasukan Ma Junren kerana dia tidak mahu mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.

Secara

kesimpulannya

kita

telah

melihat

bagaimana

aspek

sains

diaplikasikan dalam acara renang. Kenyataan yang telah dikemukakan di awal


perbincangan

jelas

membuktikan

kepentingan

memartabatkan potensi sukan di sesebuah negara.

sains

sukan

dalam

Anda mungkin juga menyukai