Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI UJIAN SEGAK

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)


adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal
murid berdasarkan kesihatan. Kecergasan fizikal merupakan aset yang paling penting untuk
sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan dan kemakmuran. Kecergasan fizikal juga
dapat menjadikan badan sihat dan bertenaga untuk melakukan kerja serta aktiviti harian.
Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan
keadaan badan dan lain-lain. Oleh yang demikian, ujian kecergasan SEGAK telah
dilaksanakan bagi menguji tahap kecergasan dari aspek kesihatan diri pelajar-pelajar
sekolah di Malaysia. Dengan senaman atau latihan fizikal yang sistematik lagi teratur,
kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan dipertingkatkan,seterusnya dapat membantu
individu untuk mengurangkan tekanan hidup dalam pengurusan kehidupan seharian (Adnan
& Rahman, 2010).Pelaksanaan penilaian standard yang berkesan dan komprehensif dapat
melahirkan insan yang sihat,cergas dan produktif.

Aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut


prosedur yang telah ditetapkan bagi setiap item ujian. Hal ini akan dinilai mengikut panduan
yang telah ditetapkan. Setelah tamat melakukan ujan SEGAK ini,pelbagai elemen kebaikan
yang dapat saya perolehi melalui aktiviti tersebut.Antara kebaikannya ialah dapat
meningkatkan keupayaan kelenturan dan fleksibiliti otot dan sendi apabila saya melakukan
ujian jangkauan melunjur. Selain itu, apabila melakukan ujian naik turun bangku selama 3
minit, ia akan meningkatkan daya tahan otot, mengurangkan kadar deyutan nadi serta
meningkatkan daya tahan kardiovaskular saya.Meningkatkan kekuatan otot juga merupakan
salah satu kesan yang baik apabila melakukan ujian tekan tubi dan ringkuk tubi separa.
Tambahan lagi,melakukan ujian kecergasan ini juga mampu menjadikan tubuh badan saya
kekal aktif dan cergas lantas dapat mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, hypokinetic (kekurangan pergerakan dan yang
paling utama ialah obesiti.Dengan ini terbuktilah bahawa melakukan ujian kecergasan fizikal
memberi implikasi yang positif kepada seseorang individu sekali gus mengurangkan indeks
bagi individu yang berpenyakit di negara Malaysia kita.
Seterusnya,semasa pelaksanaan ujian pra SEGAK ini , terdapat beberapa kekuatan
dan kelemahan semasa pelaksanaan ujian kecergasan ini. Antara kekuatan termasuklah
ketepatan masa yang ditetapkan, komitmen dari semua individu dan kelancaran pengurusan
peserta.Walaubagaimanapun,terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diatasi di mana
ia sedikit sebanyak mengganggu kelancaran ujian kecergasan pada hari tersebut. Masalah
mula timbul apabila prosedur perlaksanaannya dikatakan tidak begitu teratur(Skudai ,
2009).Pada pemerhatian saya, isu perlaksanaan merupakan isu utama dalam
melaksanakan Ujian SEGAK berbanding dengan isu kefahaman tentang
prosedur.Antaranya masalah yang timbul ialah dari segi pengelolaan kelengkapan kit
peralatan yang kurang kerana peralatan terhad, kemudian kegunaan metronom pada ujian
ringkuk tubi separa hanya menggunakan telefon pintar dan bukannya metronom sebenar,
kemudian penggunaan jam tangan biasa sebagai pengganti kepada jam randik untuk
mencatat masa bagi ujian tekan tubi.Selain itu,saya juga mendapati bahawa berlaku juga
kecuaian dari segi pemarkahan disebabkan oleh jumlah peserta lebih ramai berbanding
pengelola yang menyebabkan berlaku kekalutan di sesetengah lokasi ujian yang tidak
kondusif. .Namun begitu, keseluruhannya perlaksanaan ujian ini amatlah memuaskan dan
boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.

Di samping itu,pada pendapat saya dari segi penambahbaikan bagi pelaksanaan


ujian SEGAK ini pula ialah peralatan dan kemudahan bagi ujian ini perlu di tingkatkan
kuantitinya dan diperbaharui.Seterusnya ialah,menyediakan lokasi yang sesuai bertepatan
dengan syarat kriteria yang ditetapkan seperti kawasan yang luas dan lapang.Hal ini secara
tidak langsung akan menjamin keselamatan dan memberi keselesaan kepada peserta
semasa menjalankan ujian. Dengan adanya elemen-elemen tersebut,maka satu penilaian
yang standard dapat diukur.

Kesimpulannya,ujian SEGAK merupakan satu ujian standard kecergasan fizikal yang


penting bagi mengukur tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan seseorang pelajar.
Oleh itu,ujian ini perlu diambil cakna oleh setiap pelajar kerana mampu mengetahui tahap
kecergasan dan kemampuan diri berada pada tahap yang tinggi ataupun rendah.Harapan
saya adalah kita mestilah sentiasa berusaha untuk mengubah diri supaya lebih rajin
melakukan aktiviti-aktiviti sihat supaya tahap kecergasan yang optimum dapat dicapai.
RUJUKAN

Adnan, H., & Rahman, R. R. R. A. (2010). KEBERKESANAN PELAKSANAAN AKTIVITI

FIZIKAL TERHADAP PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR: SATU TINJAUAN (THE


EFFECTIVENESS OF PHYSICAL ACTIVITIES IMPLEMENTATION TO STUDENT'S
PERSONAL DEVELOPMENT: A REVIEW). Journal of Human Capital Development
(JHCD), 3(2), 119-132.

Skudai, B. J. B. D. B. (2009). Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap

Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah

Malaysia (SEGAK) Di Sekitar.

Anda mungkin juga menyukai