Anda di halaman 1dari 2

Jenis-Jenis Peraturan Bahasa

Santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu.


(Asmah Haji Omar, 2002). Ia dibahagikan kepada 2 jenis:

         i.            Peraturan linguistik

 Berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan


bentuk dan binaan bahasa.
 Sebutan, intonasi dan tatabahasa
 Penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi
dalm komunikasi bertulis.
 Penggunaan kata ganti diri yang tepat dalam komunkasi lisan.
 Intonasi percakapan haruslah sesuai dengan keadaan.
 Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus untuk menjelaskan mesej.

       ii.            Peraturan sosiolinguisik

 Terbahagi kepada 2 bentuk iaitu hubungan sosial pembicara dan pendengar(konteks


lisan) serta hubungan antara penulis dengan pembaca(konteks tulisan).
 Merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan
orang lain.
 Pengunaan kata sapaan yang betul.
 Pengunaan gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato’ dan lain-lain serta pengunaan panggilan
hormat seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan lain-lain
diberikan perhatian sebagai unsur kesantunan bahasa.
 Kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan digunakan dengan betul sebagai tanda
hormat.

      iii.            Peraturan pragmatik

 Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.


 Penggunaan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap yang baik; penggunaan
bahasa yang kasar menunjukkan perasaan marah dan tidak puas hati seseorang.
 Aspek yang perlu dipatuhi termasuk pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai
dengan tujuan bicara

Anda mungkin juga menyukai