Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN (20%)

Bincangkan salah satu daripada isu – isu kontemporari tamadun yang


mempengaruhi sosiobudaya, masyarakat dan negara dalam bentuk forum.

TAJUK FORUM: KRISIS ALAM SEKITAR (KESAN PENCEMARAN ALAM


SEKITAR)

FORUM REMAJA JENDELA KEMENJADIAN MURID, FORUM MEMBENTUK


INSAN TERBILAG, FORUM REMAJA PEMANGIN INSAN HEBAT, FORUM
REMAJA PEMANGKIN GENERASI BERAKHLAK TERPUJI

MODERATOR AMALINA: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam ukhuwah,


salam kasih sayang dan salam satu Malaysia. Warga dewan sekalian, bersyukur kita
ke hadrat ilahi dengan lempah dan kurnianya dapat kita bertemu lagi kita dalam
gelanggang forum kita. Bersama saya Nur Ain Amalina bt Josdi selaku pengerusi
forum anda pada hari yang berbahagia ini. Hadirin dan hadirat sekalian, sebelum
saya memperkenalkan barisan panel kita pada hari ini, kita sedia maklum masalah
pencemaran alam sekitar pada masa kini merupakan isu yang paling hangat
dibicarakan oleh penduduk setempat dan agak membimbangkan. Oleh itu masalah
ini perlu kita lihat dalam skop yang lebih luas lagi jika tak ingin masalah ini
diselesaikan. Sesuai dengan topik kita pada hari ini iaitu “KESAN PENCEMARAN
ALAM SEKITAR”. Sidang hadirin yang dihormati, Sebelum saya menelusuri lebih
mendalam topik perbincangan kita pada hari ini, molek kiranya jika kita berkenalan
dengan barisan panel kita. Bersama saya pada pagi ini adalah 2 orang ahli panel
yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan bimbang kerana nampaknya warga
dewan kita kelihatan begitu teruja dengan ketampanan kedua – dua ahli panel kita
pada hari ini. Baiklah, disebelah kanan saya, ahli panel pertama, Nampak pemalu
tapi begitu petah dalam berkata – kata, saudara Shanjyviy A/L Shanmugan. Selamat
datang saudara Shanjyviy. Seterusnya ahli panel kedua kita, begitu segak berbaju
kemeja saudara Mohd Badrul Amin Bin Mat Hussain. Selamat datang juga buat
saudara Badrul. Baiklah, sebelum saya menjelajah dengan lebih jauh, soalan saya
pada panel pertama kita, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan krisis
alam sekitar?

PANEL 1 SHANJYVIY: Terima kasih kepada saudari moderator. Terlebih dahulu


kombinasi intelektual, rakan- rakan panel yang lain seterusnya hadirin yang
dihormati sekalian. Menurut, Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, krisis
dimaksudkan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ianya boleh
menyebabkan kehidupan menjadi sukar. Manakala alam sekitar pula ditarifkan
sebagai lingkungan yang melingkungi golongan atau kumpulan orang atau hidupan
lain yang tertentu. Secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena
fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Apa yang
boleh kita lihat krisis alam sekitar ini membawa maksud perubahan negatif keadaan
alam sekitar yang drastik dan tidak stabil serta boleh menjejaskan keseimbangan
serta kesinambungan suatu ekologi. Kebanyakan krisis alam sekitar ini berlaku
disebabkan oleh sifat rakus manusia yang mencerobohi alam sekitar dan
mencemarkannya. Namun ada juga krisis alam sekitar berlaku akibat daripada
proses bencana alam seperti letusan gunung berapi. Sekiranya krisis alam sekitar ini
berlaku secara berlarutan dan tidak dibendung dengan lebih awal, maka ia boleh
memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia yang berada di atas muka
bumi ini.

MODERATOR AMALINA: Terima kasih kepada ahli panel pertama kita atas
penerangan konsep yang begitu utuh lagi berisi. Sebentar tadi, Saudara Shanjyviy
ada mengatakan krisis alam sekitar yang berlaku secara berlarutan berpotensi
memberi impak yang besar terhadap manusia di muka bumi ini. Baiklah, kita
teruskan dengan persoalan kedua yang akan diajukan kepada panel kedua kita,
Saudara Mohd Badrul Amin bin Mat Hussain. Saudara Badrul, bagaimanakah
proses bencana alam mampu mendatangkan impak yang besar terhadap
sosiobudaya terutama sekali di negara Malaysia?

PANEL 2 BADRUL: Terima kasih kepada saudari moderator yang tidak kurang
petaha bicaranya. Bismillahrrahmanirrahim. Dewasa kini, masalah krisis alam sekitar
menjadi semakin serius “bak cendawan tumbuh selepas hujan”. Seperti yang
diterangkan oleh saudara Shanjyviy sebentar tadi mengenai alam sekitar, alam
sekitar merupakan anugerah besar Tuhan yang tidak ternilai dikurniakan kepada kita
sebagai manusia yang berpijak di muka bumi ini. Kita sebagai manusia amat
bergantung terhadap sumber – sumber semula jadi yang berada di sekeliling kita.
Sosiobuadaya pula diinteprestasikan sebagai amalan gaya hidup sesuatu bangsa,
lahir dari pedoman dan keinginan diri masyarakat berkaitan dengan pelbagai bidang
kehidupan manusia serta bertujuan, untuk merangsangkan pembangunan sesuatu
masyarakat. Kita dapat lihat Malaysia mempunyai tiga kaum yang berbeza iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Ketiga – tiga kaum ini lahir hasil daripada
pertembungan tamadun yang berpijak di Tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun
lamanya. Kejadian bencana alam yang berlaku di negara Malaysia telah
menjejaskan sosiobudaya sekaligus memusnahkan alam sekitar.

Di Malaysia, bencana alam yang sering berlaku adalah tanah runtuh yang
boleh mempengaruhi perkembangan sosiobudaya di Malaysia. Tanah runtuh
merupakan suatu peristiwa yang berkiatan dengan kegelongsoran tanah dan mampu
menyebabkan kematian. Apabila berlakunya tanah runtuh, sudah tentu sosiobudaya
akan terjejas. Sebagai contoh, sosiobudaya seperti sambutan perayaan yang
disambut oleh kaum Melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri tidak dapat disambut seperti
biasa sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Akibatnya, sambutan hari perayaan
tersebut tidak dapat disambut dengan sempurna demi menjamin keselamatan diri
sendiri. Bukan itu sahaja, kejadian tanah runtuh ini akan merenggangkan lagi
hubungan silaturahim antara individu. Apabila sesuatu perayaan tidak dapat
disambut dengan beramai – ramai, hubungan silaturahim antara sahabat – sahabat
dan saudara – mara tidak dapat terjalin dengan sempurna. Bukan sahaja perayaan
kaum Melayu, malah perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina dan perayaan
kaum India iaitu Hari Deepavali juga turut akan menyambut hari perayaan mereka
dengan berkumpul beramai – ramai sekaligus fenomena ini mampu mengeratkan
lagi ukhuwah antara ahli keluarga dan saudara – mara. Bukan itu sahaja, anak –
anak juga tidak dapat mengenali budaya dan adat resam yang diamalkan oleh kaum
mereka kerana kejadian tanah runtuh ini mengehadkan kebebasan mereka untuk
berkunjung ke rumah – rumah rakan dan saudara – mara yang berlainan kaum. Ini
kerana apabila berlakunya tanah runtuh, sudah semestinya jalan – jalan akan
mengalami kerosakan dan mengambil masa yang lama untuk memperbaikinya.
Dari aspek lain pula, anak – anak juga tidak dapat mengenali dengan lebih
mendalam mengenai pemakanan yang menjadi tradisi oleh pelbagai kaum sekiranya
tiba musim perayaan. Sebagai contoh, kaum Melayu menghidangkan juadah seperti
rendang, lemang dan ketupat. Manakala kaum Cina pula merangkumi makanan
seperti kuih bakul, limau Mandarin dan kaum India pula merangkumi tosai, capati
dan sebagainya.

Baru – baru ini berlaku peristiwa hitam yang melanda negeri Kedah iaitu di
Gunung Jerai berlakunya banjir besar yang menyebabkan berlaku kemusnahan
terhadap alam sekitar dan kawasan tempat tinggal tersebut. Peristiwa telah
mendatangkan kesan trauma kepada penduduk yang tinggal di kawasan ini kerana
kejadian ini telah meragut beberapa nyawa manusia. Kejadian berlaku akibat
penerokaan manusia di kawasan hutan di sekitar Gunung Jerai. Kesannya, tempat
tinggal penduduk di kawasan ini musnah dan menjadikan hubungan keluarga
dengan jiran tetangga menjadi renggang. Jadi jelaslah bahawa kejadian bencana
alam seperti tanah runtuh dan banjir boleh mencetuskan impak yang buruk terhadap
perkembangan sosiobudaya dan kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bijak dalam
memastikan keselamatan diri sentiasa terjaga dengan berada di rumah dan
mengambil tahu isu – isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Baiklah itu sahaja
daripada saya, terima kasih. Saya kembalikan semula kepada saudari pengerusi
forum, saudari Nur Ain Amalina.

MODERATOR AMALINA: Terima kasih atas penerangan yang amat terperinci


sebentar tadi saudara Badrul. Seperti yang diterangkan oleh panel kedua tadi,
kejadian tanah runtuh dan banjir merupakan salah satu jenis bencana alam yang
memberi kesan buruk kepada sosiobudaya di Malaysia terutama sekali apabila tiba
musim perayaan antara kaum. Baiklah, kita teruskan perbincangan kita dengan
soalan yang ketiga yang akan diajukan kepada panel pertama, saudara Shanjyviy.
Seperti yang kita ketahui, krisis alam sekitar ini sudah tentu melibatkan kemusnahan
alam sekitar di sekeliling kita. Pada pandangan saudara Shanjyviy, adakah
kemusnahan alam sekitar seperti kemusnahan flora dan fauna di Malaysia kini
mampu menjejaskan kehidupan masyarakat kita?
PANEL 1 SHANJYVIY: Terima kasih kepada saudari pengerusi forum, Saudari Nur
Ain Amalina. Bagi menjawab persoalan saudari mengenai perkaitan antara
kemusnahan flora dan fauna dengan kehidupan masyarakat, jawapan saya adalah
sudah pasti kehidupan masyarakat akan terjejas apabila kehidupan flora dan fauna
musnah. Menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat, flora merujuk kepada
kepelbagaian spesies tumbuh – tumbuhan dalam ekosistem pada tempat dan
tempoh tertentu manakala fauna pula merujuk kepada semua jenis binatang yang
hidup di kawasan tertentu. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak bidang
pekerjaan yang bergantung kepada pertumbuhan flora dan fauna dalam menjana
sumber pendapatan dan kos sara hidup sebagai contoh individu yang bekerja dalam
sektor pelancongan.

Di Malaysia, kegiatan penternakan dan perikanan merupakan sektor yang


paling banyak diceburi oleh manusia dan menjadi penternak dan nelayan demi
mencari sumber pendapatan. Sebagai contoh, pekerjaan sebagai nelayan di pinggir
pantai amat bergantung kepada kehidupan akuatik untuk ditangkap dan dijual di
pasar – pasar. Walaupun negara kita sudah berkembang dengan pesat dari aspek
teknologi, nelayan masih lagi menggunakan teknologi tradisional dalam menangkap
hidupan akuatik seperti tangkul, jala, pukat, pancing dan sebagainya. Lazimnya,
nelayan akan turun ke laut pada waktu dini dan balik pada waktu senja dengn hasil
penangkapan mereka. Terdapat pelbagai jenis hidupan akuatik yang sering
ditangkap oleh para nelayan seperti ikan tenggiri, ikan bawal, sotong, udang, ketam
dan banyak lagi. Bagi individu yang aktif bekerja dalam bidang flora pula amat
bergantung kepada kesuburan tumbuhan – tumbuhan dan hasil jualannya. Cuba
bayangkan, sekiranya kemusnahan flora dan fauna berlaku, sudah tentu sumber
rezeki mereka akan turut terjejas. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan
kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat dan mencetuskan jurang
kemiskinan yang tinggi di negara ini. Bagi hidupan akuatik, kepupusan sumber
akuatik ini berpunca daripada sifat rakus manusia yang sengaja sampah – sarap ke
dalam laut. Longgokan sampah yang banyak di dalam laut akan mempengaruhi
kualiti air laut tersebut seterusnya menyebabkan hidupan akuatik mati dan
mengalami kepupusan. Bagi kesuburan flora pula, kepupusan sumber flora ini juga
disebabkan oleh sifat manusia yang mementingkan projek pembangunan. Apabila
sesebuah syarikat ini menubuhkan bangunan baharu, sudah semestinya aktiviti
pembalakan akan berlaku dimana pokok – pokok akan ditebang demi meluaskan
tapak pembangunan tersebut. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran
udara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia akibat menghirup udara yang
tercemar.

Bukan itu sahaja, berlakunya hakisan tanih kerana struktur tanih sudah tidak
kuat akibat daripada penebangan pokok sekali gus menyebabkan tanah runtuh di
cerun. Situasi akan mendatangkan risiko yang bahaya terhadap keselamatan nyawa
masyarakat terutama yang tinggal di kawasan cerun atau berbukit. Jelaslah disini
menunjukkan bahawa flora dan fauna merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan masyarakat dan alam sekitar kerana memainkan peranan penting dalam
memberi keseimbangan terhadap ekosistem semula jadi di negara kita. Jadi,
masyarakat Malaysia perlu bekerjasama dalam memelihara flora dan fauna yang
masih lagi wujud di sekeliling kita supaya negara kita akan menjadi lebih harmoni
dan kita berpeluang menikmati alam semula jadi yang nyaman setiap hari. Sekian
sahaja daripada saya mengenai impak negatif kepupusan flora dan fauna terhadap
masyarakat Malaysia. Saya kembalikan semula kepada pengerusi forum.

MODERATOR AMALINA: Terima kasih saudara Shanjyviy diatas pandangan serta


hujah yang sangat kritis. Kesimpulan kecil yang dapat saya rumuskan adalah
terdapat beberapa impak ke atas masyarakat kesan daripada kepupusan flora dan
fauna. Antaranya ialah sumber pendapat terjejas, kadar pengangguran akan
meningkat dan akan menyebabkan kos sara hidup mereka juga meningkat. Baiklah,
kesan terhadap masyarakat sudah kita dengari oleh Panel 1 kita. Kita teruskan lagi
forum kita dengan persoalan ketiga yang akan diajukan kepada panel kedua iaitu
saudara Badrul. Pencemaran air merupakan pencemaran yang sering berlaku di
negara Malaysia kini. Pada pendapat saudara Bardul, adakah ekonomi negara
juga akan turut terjejas akibat krisis alam sekitar seperti ini?

PANEL 2 BADRUL: Baiklah, terima kasih saudari moderator, saudari Nur Ain
Amalina. Pada pendapat saya, krisis alam sekitar seperti pencemaran air sudah
tentu akan menjejaskan ekonomi negara kerana hampir seratus peratus kehidupan
manusia bergantung kepada air untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Di
sini saya ingin jelaskan bahawa air merupakan sumber penting dalam pelbagai
bidang ekonomi seperti pertanian, perikanan, penjanaan sumber tenaga elektrik dan
pelancongan. Dalam konteks ini, sektor pekerjaan ini amat bergantung kepada
sumber air dan merupakan sektor terbesar yang memerlukan penggunaan air yang
berkualiti dan kuantiti yang banyak. Sebagai contoh, Malaysia memiliki banyak
negeri yang mempunyai sungai dan laut yang menjadi tumpuan para pelancong di
samping telah menjadi salah satu faktor dalam peningkatan kegiatan ekonomi dalam
sektor pelancongan. Sebagai contoh, antara negeri yang enjadi tumpuan para
pelancong adalah Pulau Perhentian, Terengganu dan River Cruise di Sungai
Melaka. Dapat kita lihat kebanyakan negeri yang menjadi tumpuan destinasi
pelancongan mempunyai tempat yang menarik serta memiliki pemandangan yang
indah.

Salah satu negeri yang mementingkan kualiti air adalah negeri Terengganu.
Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang boleh menarik perhatian para
pelancong untuk melancong di sana. Antaranya adalah Pantai Batu Buruk, Tasik
Kenyir, Pulau Redang, Tasik Puteri Bukit Besi dan banyak lagi. Kita dapat lihat
negeri Terengganu mempunyai banyak tempat pelancongan yang berasaskan
sumber air dan ianya membawa kesan positif terhadap peningkatan ekonomi di
negara kita terutama dalam sektor pelancongan. Dari aspek pertanian pula,
pencemaran air akan menjejaskan sektor pertanian serta mempengaruhi ekonomi
negara. Hal ini dapat dilihat hasil pertanian kini didapati semakin merosot dan
kualitinya juga semakin berkurang. Kegiatan pertanian merupakan salah satu
pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan kepada para petani. Namun begitu,
disebalik kesuburan hasil pertanian ini juga terdapat juga pencemaran air yang
berlaku. Penggunaan racun sintetik bagi sesetengah tanaman menyebabkan
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air. Kawasan penanaman
yang berdekatan dengan sungai akan terjejas sekiranya pencemaran air berlaku dan
menyebabkan kualiti tanaman terjejas dan tidak subur. Hal ini akan memberi kesan
sampingan terhadap punca pendapatan para petani sekiranya hasil tanaman
mereka tidak dapat tumbuh dengan subur.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi bagi


menampung kos rawatan air. Hal ini kerana apabila air sudah tercemar, kandungan
oksigen di dalam air akan menurun akibat terdedah kepada pencemaran di sekitar.
Selain itu, pencemaran ini akan merancuni banyak hidupan akuatik sekaligus
menyebabkan berlakunya kepupusan hidupan di lautan. Selain itu, sektor
pelancongan juga akan terkesan apabila kualiti air di sesuatu destinasi pelancongan
semakin merosot. Tasik dan Wetland Putrajaya merupakan destinasi menarik untuk
pelancong melancong di kawasan tersebut. Untuk pengetahuan semua, walaupun
sudah memasuki tahun ke - 7 Tasik dan Wetland Putrajaya ini masih lagi berdepan
dengan cabaran yang hebat dalam mengekalkan kualiti air yang bersih. Sebelum ini,
Tasik dan Wetland menduduki tempat yang pertama dalam memiliki kualiti air yang
sangat bersih sehingga boleh diminum terus, namun saban tahun kualiti air di
kawasan ini semakin menurun kerana sifat rakus manusia yang suka membuang
sampah – sarap sekaligus menjejaskan keindahan tasik ini. Itu sahaja yang dapat
saya ketengahkan setakat ini. Terima kasih.

MODERATOR AMALINA: Terima kasih saudara panel kedua kita atas informasi
yang cukup bernas sebentar tadi. Benar sekali apa yag diperkatakan oleh saudara
Badrul bahawa pencemaran air merupakan krisis yang hangat berlaku di Malaysia.
Pada tahun 2020, 25 sungai di Malaysia dikategorikan sebagai ‘mati’ yang
melibatkan 16 sungai di Johor, Selangor (5), Pulau Pinang (3) dan Melaka (1).
Kesemua sungai ini berada pada Kelas 4 dan 5 yang dikategorikan sebagai sungai
yang mengalami pencemaran air yang teruk. Baiklah, kita teruskan perbincangan
forum ini dengan persoalan yang terakhir. Saya ajukan permasalahan ini kepada
saudara Panel 2, adakah terdapat kesan sampingan lain yang boleh saudara
Shanjyviy kupaskan apabila berlakunya krisis alam sekitar seperti pencemaran
air? Silakan saudara Shanjyviy.

PANEL 1 SHANJYVIY: Terima kasih saudari moderator yang sangat petah dalam
berkata – kata. Tentang kesan sampingan lain apabila berlakunya pencemaran air,
saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di
televisyen atau internet. Apa yang diulaskan oleh saudari moderator mengenai
sungai – sungai di Malaysia yang dikategorikan sebagai sungai mati adalah tepat
sekali. Selain daripada kesan terhadap ekonomi negara seperti yang diterangkan
oleh saudara Badrul, kesan sampingan lain yang tercetus adalah dari aspek tahap
kesihatan masyarakat akan terjejas. Impak pencemaran air ini akan menyebabkan
hidupan akuatik terutamanya ikan mengalami masalah seperti berkudis. Penyakit ini
berpunca daripada sissa tercemar yang terdapat dalam badan air. Apabila ikan –
ikan ini ditangkap oleh nelayan dan dijual dipasar, pembeli tidak akan mengetahui
sama ada ikan tersebut masih segar atau tidak. Kesannya, pembeli ikan – ikan
tersebut akan mengalami masalah kesihatan seperti cirit – birit atau muntah. Ia juga
dikenali sebagai jangkitan E-Coli yang disebabkan dari air atau makanan yang
tercemar.

Bukan sahaja tahap kesihatan masyarakat terjejas, malah ia juga dapat


mempengaruhi ekonomi negara di Malaysia. Oleh kerana hampir separuh pekerja
yang menceburi bidang pekerjaan yang melibatkan alam sekitar, pihak kerajaan
memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi bagi menampung kos sara hidup mereka
yang terjejas apabila krisis alam sekitar berlaku. Hal ini kerana pendapatan bagi
para pekerja ini hanya bergantung kepada tahap keseimbangan alam sekitar dan
semula jadi. Apabila krisis alam sekitar berlaku, kemungkinan besar pendapatan
mereka semakin lama akan berkurangan dan ia akan meningkatkan kos sara hidup
masyarakat tersebut. Seterusnya, para pekerja akan mengambil inisiatif dengan
berhenti bekerja kerana pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan tenaga
kerja yang diberikan. Kesannya, kadar pengangguran di negara ini akan terus
meningkat dan akan menjejaskan lagi ekonomi negara dalam menampung kos sara
hidup masyarakat mereka. Kita boleh lihat penubuhan Belanjawan 2020 ditubuhkan
bertujuan untuk membantu para penganggur yang tidak bekerja atau hilang
pekerjaan. Di sini jelas terbukti negara Malaysia memperuntukkan jumlah
perbelanjaan yang sangat besar demi membantu rakyat Malaysia yang menghadapi
masalah dari segi kekangan sumber kewangan. Itu sahaja yang dapat saya utarakan
setakat ini. Sekian, terima kasih.

MODERATOR AMALINA: Demikian tadi penghujahan daripada kedua – dua ahli


panel kita. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua – dua ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing – masing mengenai topik
perbincangan kita pada hari ini. Apa yang dapat saya simpulkan disini adalah krisis
alam sekitar bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ianya
mampu menimbulkan pelbagai impak yang buruk dari segi sosiobudaya, masyarakat
dan negara terhadap seluruh kehidupan manusia di muka bumi ini, tidak kiralah
sama ada haiwan, tumbuhan mahupun manusia. Moga apa yang kita dapat hari ini
tidak sekadar “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Sewajarnya kita sedar akan
bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih
semula keindahan alam sekitar kita. Baiklah nampaknya masa amat menceburui
kita. Saya Nur Ain Amalina Bt Josdi selaku moderator dan mewakili kedua – dua ahli
panel kita pada hari ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi
menyaksikan forum remaja pada pagi ini.

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi,

Ikan kekek tersekat disungai,


Pokok mangga tidak bertuan,
Waktu berpisah telaha pun sampai,
Habislah sudah waktu perkongsian.

Sekian sahaja untuk hari ini, sebarang tutur kata yang kasar atau tersilap bicara
mohon dimaafkan, hendaknya sesungguhnya yang baik datangnya dari maha
pencipta dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahualam, saya akhiri forum remaja kita hari ini dengan lafaz yang mulia
wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikmwarahmatullahibawaraktuh.

Anda mungkin juga menyukai