Anda di halaman 1dari 22

Kerja Kursus Pengajian

Am
(Alam Sekitar)

Nama: Tong Hian Man


Kelas: Biologi
Tema: Alam Sekitar

Objektif:

Memupuk kesedaran tentang kepentingan alam sekitar

Memberikan cara-cara untuk mengatasi masalah alam


sekitar

Sumber:

Internet: http://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkahmengatasi-pencemaran-alam-sekitar.html
: http://sarjana.tripod.com/cemar1.html
Surat Khabar: Berita Harian Muka Surat 23 Jan 6, 2015
: Utusan Malaysia 1 Mac 2016
Buku: Why must we conserve the nature? <World
Pollution> pg 45 The world is posed under a huge threat
as humanity is slowly depleting the nature
: Pollution <How to preserve the nature?> pg76 The best
way to maintain the nature is to be optimistic

Majalah: Majalah Sains Mac 2014


: Dewan Pustaka Mei 2015

Tajuk: Budaya hidup tentukan nasib alam sekitar


KRITIKAN ekologi dalam sastera turut memberi tumpuan kepada
akar umbi permasalahan alam sekitar, yang turut menuntut pengamatan
serta pembabitan seni dan kemanusiaan. Beberapa karya sastera dan seni
telah menjadikan isu alam sekitar sebagai temanya. Ekokritisisme muncul
akibat kesedaran pelbagai pihak terhadap nasib alam sekitar di tangan
manusia. Alam sekitar bukan sahaja musnah di negara miskin dan sedang
membangun. Alam sekitar juga binasa di sesetengah negara maju dan
negara perindustrian. Sastera ingin turut prihatin. Pencemaran dan
kemusnahan alam sekitar bukan saja isu yang selalu menjadi laungan
environmentalis, kementerian yang terbabit dan pertubuhan badan bukan
kerajaan (NGO) tertentu. Semakin banyak pihak menyedari isu alam
sekitar, semakin besar peluang alam sekitar untuk dipulihara dan
dilestarikan semula. Tiada lagi 'Pesta Banjir'
Ada tanggapan bahawa banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu,
turut berpunca daripada pembalakan tidak terkawal yang meluas. Akibat
penggondolan bukit dan hutan, bumi hilang kudrat untuk menyerap air
secara alami. Hujan lebat musim tengkujuh telah menghanyutkan segala
balak yang belum sempat dipindahkan, dahan, ranting serta sampah
sarap ke sungai. Sungai bertukar menjadi ular akuatik yang menolak
segala bebannya melanggar serta memusnahkan jambatan, rumah,
sekolah dan sebagainya. Tidak kedengaran lagi adanya 'Pesta Banjir' pada
tahun ini. Seperti api, kalau kecil menjadi kawan; kalau besar menjadi
lawan. Kalau air naik separas lutut, kedatangannya mungkin tidak
merisaukan. Tetapi jika sudah mencapai bumbung rumah, seperti tahun
ini, ia malapetaka mengundang kemusnahan dan maut. Banjir yang
melanda negeri Pantai Timur Semenanjung, Perak dan beberapa negeri
lain adalah yang terburuk dalam tempoh dua dekad kebelakangan.
Malapetaka ini menguji banyak pihak. Ia menguji mangsa yang
mengalami kemusnahan harta benda, juga psikologi mereka. Ia menguji
pihak berkuasa bagaimana program bantuan dan aset rasmi dapat
digunakan secara meluas dan berkesan. Malapetaka ini juga menguji
peranan NGO serta rakyat keseluruhannya dalam upaya membantu
mangsa banjir, melalui sumbangan wang, pakaian, makanan, derma
darah dan sebagainya. Keprihatinan rakyat Malaysia sekali lagi
memperlihatkan wajah sebenarnya. Fenomena alam kadang-kadang
menjadi antagonis dalam tragedi banjir. Umpamanya laut pasang besar
yang menghalang banjir menyurut ke samudera. Realitinya kawasan
tanah rendah di negara kita memang adalah hamparan tanah subur untuk

pertanian dan menjadi tempat tinggal bagi petani, pekebun dan nelayan.
Kawal pembalakan Banjir besar baru-baru ini harus menyedarkan kita
semua untuk mengambil langkah, sekurang-kurangnya bagi
meminimumkan akibatnya ke atas kerosakan harta benda, prasarana,
kawasan pertanian dan sebagainya. Langkah ini termasuklah mengawal
pembalakan dan pembukaan kawasan baharu, pendalaman sungai dan
saliran, reka bentuk baharu binaan rumah dan bangunan, membina
tembok penghalang banjir, serta menanam kesedaran umum tentang
pembuangan dan pelupusan sampah.
Kata William Howarth, seorang daripada pelopor teori
ekokritisisme, ekologi menjelaskan atau menerangkan hubungan antara
alam dengan budaya. Ertinya budaya sesuatu masyarakat turut
menentukan nasib alam sekitar mereka. Jika budaya pertanian mereka
berpendekatan sederhana, mengolah tanah secara yang sepatutnya,
maka alam sekitar masih dalam keadaan sihat. Sebaliknya, jika budaya
pertanian menjadi agresif dan gelojoh (kita boleh mengambil contoh
pemerkosaan bukit-bukau Cameron Highlands baru-baru ini), maka alam
sekitar menjadi sakit. Jika budaya pertanian berkembang kepada
perindustrian, maka daratan, sungai, laut, flora, fauna dan udara turut
terdedah pencemaran. Sebab itulah 'akar umbi permasalahan alam
sekitar amat penting,' ujar seorang lagi tokoh ekokritrisisme Neil
Evernden. Puncanya harus dikenal pasti, dan cara penyelesaian tuntas
mesti dilaksanakan secara berkesan. Ada realiti tersembunyi yang lebih
dahsyat daripada kemusnahan alam fizikal yang dapat dilihat dengan
mata.

Tajuk: Perlis fatwakan pencemaran alam sekitar haram


KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa
perbuatan mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan
fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuhan adalah
haram. Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata
perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-20 dan 21/2016 jawatankuasa
tersebut pada 18 dan 19 Februari lalu. "Perbuatan mencemarkan alam
sekitar yang mengganggu ekosistem alam secara langsung sehingga
merosakkan kehidupan alam semesta adalah bercanggah dengan
tuntutan agama Islam.
"Islam adalah agama yang menyeru umatnya agar memelihara
kemaslahatan kehidupan manusia dan alam semesta serta tidak
melakukan perkara-perkara yang memudaratkan," katanya dalam sidang
media khas di Jabatan Mufti Negeri di sini, hari ini. Mohd Asri berkata
sebarang maslahah muktabar yang besar seperti ada keutamaan lebih
penting dan bermanfaat, apabila memudaratkan manusia dan alam jika
tidak dilakukan, maka perbuatan itu diharuskan. Misalnya pembakaran
hutan secara besar-besaran pasti memudaratkan kesihatan manusia
sehingga mengganggu rutin harian tetapi jika tidak dibakar, ia boleh
mendatangkan kesan buruk seperti mengeluarkan gas atau racun yang
berbahaya, maka hutan itu boleh dibakar, katanya.
Selain itu, Mohd Asri menggesa umat Islam agar tidak terikat dengan
fahaman yang mementingkan perbuatan soleh dalam mengamalkan
ajaran Islam tetapi melihatnya dalam konteks yang lebih luas. "Ramai
faham dan sedar tidak solat, puasa atau menutup aurat adalah berdosa,
tetapi masih memandang ringan tentang penjagaan dan pemeliharaan
perkara lain seperti menjaga alam sekitar yang diseru oleh Islam,"
katanya.

Mohd Asri berkata, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan bahawa


penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersil adalah
dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.
"Menjual bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh
menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan
duniawi," katanya. Beliau menyarankan produk yang dipromosikan atas
nama agama juga harus ditegah untuk mencegah penyelewengan selain
tiada jaminan keberkesanan produk terbabit.
"Penjualan susu, kismis pintar dan minuman yang dibacakan dengan ayatayat al-Quran yang didakwa boleh menjadikan seseorang itu pintar atau
baik akhlak menjadi trend perniagaan selain mengeksploitasi agama.
"Islam menyeru umatnya menuntut ilmu, berusaha dan beramal soleh
untuk memperoleh kejayaan, bukan dengan minum susu kita boleh jadi
cerdik dan pandai tanpa perlu belajar dan usaha," katanya.

Tajuk: Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia.
Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam
jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan
pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan
serius.
Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh
kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat
raya.
Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang
berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.
Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana
terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos
perbelanjaan hospital.

Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan
pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi
oleh Tuhan.
Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah
dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang


berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat
signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada
hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?
Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian
kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan
pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara
terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini
turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik
daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat
lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah
kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti
masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor
akibat kekurangan protein.

Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan


sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak
diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan.
Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja
nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga
dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air.
Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang
digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan
asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat
menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali
gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar
semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui


kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat
menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga
kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat
menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar.

Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya


sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya
dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak
mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri,
pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

1. Pencemaran Laut
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti
carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah
terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan
menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan
usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan
Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling
tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah
kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah
merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut
Semenanjung Malaysia )
Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar
materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar .
Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor .
Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar
dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk
memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah
disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari

sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang


Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur,
1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara


berpantai di rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia,
Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam
kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama .
Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk
mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan keduadua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak
pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin
terhadapnya .
Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negaranegara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif
terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak
Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia
telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan
minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk
membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16
juta dollar .
Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah
menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu
rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan
Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar .
Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan sertamerta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di
perairan Malaysia .
Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura
turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini .
Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu
pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore
(PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah
bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) .
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat
Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai
kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerjakerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .
Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan
khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response
Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima
syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas,
Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang

lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan
Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik
termasuk Jepun dan Australia .
Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang
harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke
kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan
angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang
digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :
I.

Cara mengepung dan mengumpul tumpahan

II.

Menggunakan dispersent dan bahan kimia

III.

Pembersihan pantai

IV.

Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam
mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :
I.

Lokasi tumpahan

II.

Kuantiti tumpahan

III.

Jenis tumpahan

IV.

Keadaan laut

V.

Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang


bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara
berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan
peringkat wilayah .
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang
berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah
tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga
dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan
daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat
wilayah ini ialah :
I.

Rancangan Kontigen Lombok - Makasar

II.

Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits


of Singapore

III.

Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam

IV.

ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan


minyak. Antara objektifnya ialah :

I.

Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang


diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.

II.

Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari


segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian
tumpahan minyak.

III.

Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara


mengawal aliran minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan


dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat
Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka
untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh
itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau
Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama
menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19.
Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di
Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada
tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi
perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan
seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran
tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :
I.

Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih


mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera
diambil.

II.

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat


yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi
kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.

III.

Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negaranegara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus
ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan
penyelesaiannya.

IV.

semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau


tol.

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan


diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi
memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit
dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan
PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah

bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan


dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.
2. Pencemaran Udara
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah
banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan
masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem
penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf
antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke
era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh
dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah
dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan
dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan
ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya,
setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan
keburukan.
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan
faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan
setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca
daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan
kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah
hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan
menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan
terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32%
Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan
beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah
peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan
udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori,
motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding
dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland
menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api,
menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan
penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali
ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran.
Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang
sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian
di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Langkah Penyelesaian

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama


diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya,

satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk
mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksidaoksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters)
dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua
hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98%
unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan
Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin
tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan
oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin
atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita
menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas
kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan
penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat
umum, terutamanya penghuni kota.
Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif
yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang
telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi
kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh
mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan
Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15%
apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada
tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli
sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang
boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan
enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan
sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik
permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep
pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan
kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak
menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga
elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin
bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya
bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar.
Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai
pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan
kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin
terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam


kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat
penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan
menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu
kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan
dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu
memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan
dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga
boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini
kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu
memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu
bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara
yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada
tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu
perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita
seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi
perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun
berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi
kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi
merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat
Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya.
Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan
bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping
mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem
pengangkutan.
3 . Pencemaran Darat
Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam
semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber
laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses
pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .
Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta
perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari
perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar
tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .
Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan
didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu
sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika,
rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta
setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang

melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya


telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India,
Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan
sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman
padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negaranegara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM
750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi
akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan
jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air
Nizamzagar, India dan lain-lain .
Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti
tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands
dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa
didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam
sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara
meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam
pengurusan alam sekitar .

Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh


semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang
ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan
hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya
menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi
tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan
diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan
undang-undang .
Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa
Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan
kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini
termasuklah :
1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari
tahun ke setahun .
2. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi
pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .
3. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan
meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk
hutan lainnya .
4. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri


yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan
pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang
peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak
semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu,
terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada
kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak
adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke
arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber
hutan dan pembalakan di negara ini .

Tajuk: LESTARI Budayakan Pengurusan Alam


Sekitar
PERSIDANGAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan
pembangunan lestari diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai
pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya
dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi
keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang
memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia
sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung
keperluan asas manusia. Dua tahun berikutnya, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) mewujudkanInstitut Alam Sekitar dan Pembangunan atau
dikenali Lestari, dan diberi mandat untuk meningkatkan keupayaan institusi
kebangsaan dan serantau bagi menangani isu berkaitan pembangunan lestari
melalui penyelidikan dan latihan. Selepas sekian lama dibangunkan, pada 1
Oktober 2009 , Lestari menyambut ulang tahun ke-15. Marilah kita ikuti
perkembangan dan pencapaiannya untuk pengetahuan, iktibar dan penghayatan

awam. Pada awal penubuhannya, Lestari banyak memberi tumpuan kepada


penyelidikan bersifat pelbagai disiplin dalam empat bidang tujahan iaitu
kelestarian dalam konteks ekosistem bandar, ekosistem persisiran, kepelbagaian
biologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar.

Bagaimanapun, pencapaian paling menyerlah ialah apabila Lestari


bersama rakan strategiknya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Selangor berjaya menghasilkan dokumen polisi dan implementasi
Agenda 21 Selangor. Cadangan ini diterima pakai kerajaan Selangor
untuk melaksanakan agenda pembangunan lestari peringkat negeri,
menjadikan Selangor negeri pertama di Malaysia menyahut tuntutan
global melaksanakan pembangunan secara lestari. Salah satu komponen
penting Agenda 21 Selangor ialah keperluan mewujudkan dasar
perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Pembangunan yang
pesat di Selangor, diikuti permintaan untuk membangun di kawasan
berbukit dan tadahan air memerlukan dasar yang kukuh untuk mengawal
pembangunan di kawasan sensitif. Hari ini, dasar perancangan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar bukan saja digunakan di Selangor, malah diguna
pakaiJabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia sebagai dasar
pembangunan lestari kebangsaan, khususnya untuk merancang
pembangunan di kawasan bukit. Kajian oleh penyelidik Lestari
mengenaiStatus Alam Sekitar dan Keupayaan Tampungan Pulau
Sipadan pula, membuka lembaran baru kepada Lestari. Penyelidikan bagi
pihak Bahagian Keselamatan Negara meletakkan Lestari berada pada
kedudukan kritikal sebagai penasihat saintifik antara Kerajaan Pusat
dan kerajaan Negeri Sabah untuk menentukan hala tuju pembangunan
Sipadan. Sipadan penting untuk Kerajaan Pusat dalam konteks
keselamatan negara kerana isu tuntutan bersama Malaysia-Indonesia dan
kedudukannya paling selatan di Sabah. Bagi kerajaan negeri Sabah pula,
Sipadan adalah permata untuk pelancongan selam skuba yang boleh
menjana ekonomi tempatan. Pada masa sama, pulau paling sensitif
daripada perspektif alam sekitar sedang menuju kemusnahan. Input
akademik berjaya membawa kesepakatan antara Kerajaan Pusat dan
negeri untuk melaksanakan perancangan pembangunan Sipadan secara
lestari. Pembabitan Lestari dengan beberapa agensi Kerajaan Pusat,
khususnya beberapa jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar membolehkan hasil penyelidikan disalurkan terus kepada
pembuat dan pelaksana dasar. Projek Sekolah dan Bandar Lestari bersama
Jabatan Alam Sekitar membolehkan idea kelestarian diserapkan dalam
pelbagai program dan aktiviti sekolah dan bandar terpilih secara

berterusan. Projek berasaskan kepada penyediaan garis panduan untuk


anugerah sekolah dan bandar yang mengamalkan unsur kelestarian ini
telah menjadi pencetus inisiatif kebangsaan untuk kebanyakan sekolah
dan bandar merancang aktiviti ke arah pembangunan lestari. Kejayaan
paling menyerlah pada peringkat kebangsaan dan global ialah apabila
Lestari bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi
(Lada) untuk membangun kepulauan Langkawi sebagai Geopark Global.
Penyelidikan saintifik secara berterusan mengenai sumber warisan
geologi, biologi dan budaya membolehkan aktiviti pelancongan di
Langkawi dibangunkan dengan menggunakan sumber warisan alam.
Pencapaian ini membolehkan Jaringan Geopark Global yang
dipelopori Unesco mengangkat Langkawi sebagai satu-satunya Geopark
Global di Asia Tenggara. Sejak itu, Lestari dilihat sebagai peneraju
pembangunan wilayah berasaskan konsep geopark, dan kini sering dirujuk
dan dijemput untuk membantu beberapa negara di Asia, terutama China,
Jepun dan Korea, membangunkan geopark mereka. Usaha berterusan
menjalin hubungan berasaskan konsep menang-menang, meletakkan
Lestari sebagai rakan kongsi istimewa oleh sejumlah agensi kerajaan di
peringkat negeri dan kebangsaan. Kini Lestari sering diundang untuk
menerajui atau bersama merangka dasar dan pendekatan baru,
khususnya yang berkaitan dengan inisiatif pembangunan lestari. Lestari
terbabit bersama Majlis Keselamatan Negara merangka pelan tindakan
kebangsaan untuk mengurangkan risiko bencana berasaskan Kerangka
Tindakan Hyogo; terbabit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar dalam memperkemas isu berkaitan tadbir urus bahan kimia
berbahaya; pengurusan sumber air secara terintegrasi (IWRM) dan
menyediakan dasar kebangsaan mengenai perubahan iklim.
Bersama Unit Perancangan Ekonomi, penyelidik lestari diberi
penghormatan merangka Penunjuk Pembangunan Lestari (SDI) yang
bakal digunakan untuk memantau pembangunan negara masa depan
secara lestari. Lima belas tahun adalah masa singkat untuk membangun
sebuah institusi penyelidikan mencapai kecemerlangan. Lestari bergerak
pantas dan kini berada pada kedudukan dihormati. Apakah ramuan
kejayaan ini? Sebagai orang dalam, saya melihat gabungan
kepemimpinan, sumber manusia dan strategi pelaksanaan adalah faktor
yang menentukan kejayaannya. Bagaimanapun, strategi menyediakan
sekitaran bekerja sebagai satu pasukan dan penekanan kepada aktiviti
jaringan dan jangkauan menjadi faktor penentu mencapai kejayaan. Alam
sekitar dan pembangunan bukan saja isu global dan ia sangat rapat
dengan pembangunan pada peringkat tempatan. Isu asas, bukan untuk
memilih sama ada alam sekitar atau pembangunan, tetapi ia
membabitkan pemilihan bijak untuk mempertimbangkan kedua-dua
secara bersama daripada perspektif integratif dan syumul. Pilihan ini
bukan untuk kepentingan alam sekitar atau pembangunan, tetapi untuk
memastikan manusia masih ada tempat di bumi ini untuk terus hidup.
Bagaimanapun, saya ingin mengimbas kembali situasi negara menangani

isu alam sekitar dan pembangunan. Melihat kepada beberapa isu


genting seperti pencemaran alam sekitar terutama pencemaran sungai,
degradasi tanah dan hutan, bencana buatan-manusia, sikap
kepenggunaan dan pengurusan sampah-sarap, gejala sosial, kita masih
belum jauh bergerak daripada takuk lama. Sekiranya kesedaran
masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar tinggi dan keprihatinan
mengenai kesejahteraan komuniti meningkat mengapa gagasan
pembangunan lestari masih belum menyerap ke dalam urat dan nadi
seluruh jentera pembangunan negara? Mengapa negara yang proaktif
dalam banyak perkara, dan memegang slogan Malaysia Boleh sukar
menyerahkan jiwa dan raga untuk melaksanakan gagasan pembangunan
lestari? Inilah persoalan yang masih belum dijawab oleh Lestari. Persoalan
yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Malaysia individu,
komuniti, masyarakat, bangsa dan kepemimpinan negara.

Tajuk: Jenis Pencemaran Alam Sekitar


DALAM era globalisasi ini, pencemaran alam sekitar bukanlah isu
yang asing lagi dalam kalangan masyarakat. Pencemaran alam sekitar
bukan sahaja dirasai oleh negara penrindustrian bahkan turut dirasai di
seantero dunia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencemaran
bererti perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan
sampah-sarap dan sebagainya.

Pencemaran alam sekitar dapat diklasifikasikan kepada beberapa


jenis, antaranya termasuklah pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran tanah, pencemaran cahaya dan pencemaran bunyi.

Antara penyumbang kepada pencemaran alam sekitar ialah sikap


sesetengah individu yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Segelintir
individu mencemarkan alam sekitar dengan perbuatan membuang
sampah sesuka hati. Contohnya membuang sampah semasa di jalan raya.
Perbuatan seperti ini menyebabkan timbulnya rasa tidak selesa kepada
pengguna yang lain dan menjejaskan kelestarian alam.

Selain itu, kenderaan bermotor turut menyumbang kepada


pencemaran alam sekitar. Kenderaan bermotor termasuklah motosikal,
kereta, lori dan jentera sudah tentu menggunakan bahan bakar seperti
petrol dan diesel untuk berfungsi. Secara tidak langsung, kenderaan ini
membebaskan gas yang berbahaya ke ruang atmosfera bumi.

Anda mungkin juga menyukai