Anda di halaman 1dari 5

Hai ! Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers sekalian! Ape khabar?

Harap semuanya sihat2


belaka yer. Pejam celik pejam celik ticer Alia dah masuk semester 8 dah sebagai guru pelatih di IPG
Teknik Bandar Enstek. Haaa, nak dipendekkan cerita ticer Alia ditugaskan untuk menyelesaikan
tugasan bagi subjek SCE 3143 iaitu Sains, Teknologi dan Masyarakat. Subjek ini diajar oleh dua
orang pensyarah yang sangat komited dan berdedikasi serta tinggi ilmu pengetahuannya tau! Puan
Nordiana
dan
Encik
Fazali..
Kenalkan
pensyarah
kesayangan
kami....jeng3....
Ticer Alia telah memilih isu pencemaran alam sekitar sebagai tema bagi tugasan ini. Ticer Alia telah
berganding bersama dua orang ahli kumpulan yang lain iaitu Nurul Adnin Nadhirah Binti Abdul Malik
dan Nur Shafiah Binti Mohd Shafie. Kenalkan ahli kumpulan kami yang lain....

Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh sebab-sebab
tertentu seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lainlain. Pencemaran ini, akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di
samping ketidakseimbangan bumi di masa depan. Kita dapat lihat pembuangan sisa
pepejal di merata-rata tempat. Apa yang lebih menyedihkan, sungai-sungai di
negara
kita
turut
tercemar!

Apabila sungai tercemar, hidupan air di dalam sungai akan turut terjejas, Seperti yang kita sedia
maklum, sungai dan laut merupakan sumber protein dan makanan yang penting untuk manusia
sejagat. Jika hidupan air ini mati akibat pencemaran, sudah pasti kita manusia akan terjejas teruk!

Cuba kita perhatikan sistem persaliran di sebelah kanan. Begitu banyak sampah
sarap yang termendap didalamnya. Sudah tentu mengundang pencemaran udara
dan
persekitaran.

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap
sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine
( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat
diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam
sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam
sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan
tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi

perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan


lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai
spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting
untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira
ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya
akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan.
Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi
generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini.
Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang
semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini
disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkahlangkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal
pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara
penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
Menyedari kepentingan mendidik tentang kepentingan alam sekitar, kami telah
melaksanakan program Kitar Semula semasa menjalani program Internship di
Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya. Apabila kami meneliti dan memerhati kawasan
persekitaran sekolah, tahap kebersihan persekitaran sekolah ini berada pada tahap
yang kurang memuaskan. Jadi, kami telah bersepakat bahawa kesedaran dalam diri
setiap orang murid perlu diterapkan memandangkan melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Matlamat utama kami ialah kami ingin memupuk semangat
memelihara dan cintakan alam sekitar dari peringkat akar umbi lagi.
Kami memilih Program Kitar Semula bagi menangani isu yang telah kami kenalpasti
memandangkan program ini boleh mendidik murid-murid membuang sampah
secara bijaksana. Seperti yang kita sedia maklum, dianggarkan melebihi satu ribu
tan sampah yang dipungut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23
Disember 2007. Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara
Malaysia. Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya?
Oleh itu, kami merasakan amalan kitar semula perlu dicakna bersama-sama.

Melalui amalan kitar semula, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.


Barangan seperti kaca, surat khabar lama, tin dan plastik dapat diguna pakai
semula selepas melalui proses tertentu. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan
amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak
negatif kepada kualiti udara yang kita sedut setiap hari.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat melindungi hutan di negara kita. Proses kitar
semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu dapat menyelamatkan pokok
daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian. Di
samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan
daripada hasil jualan barangan kitar semula. Melalui amalan kitar semula juga,
kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan. Sisa-sisa domesti yang dipungut
setiap hari akan dibawa ke tapak pelupusan sampah membabitkan penggunaan
berekar-ekar tanah. Jelaslah di sini, usaha bersama dalam menjayakan kitar
semula akan dapat megurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
Tuntasnya, kami menyahut saranan pihak kerajaan iaitu dengan menggalakan
amalan kitar semula yang membawa kebaikan kepada semua pihak. Amalan ini
tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah, iaitu dari rumah kita
sendiri dan juga sekolah. Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai