Anda di halaman 1dari 2

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan

negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan yang mengancam khazanah negara kita iaitu alam sekitar. Kekayaan flora dan fauna
yang dimiliki negara kita seperti kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin diancam
pencemaran dek kerana pembangunan sosioekonomi yang berlangsung bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibat
terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang mengancam nyawa
manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi kelangsungan tamadun manusia sejagat dan habitat
yang kita huni, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu menjadi agenda utama pada masa
kini. Apakah langkah-langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjaga alam sekitar? Isi 1 Prakarsa
utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap pihak adalah bermula dengan polisi yang
digunakan oleh negara serta mampu menjadi model kepada negara serantau. Sebagai pihak
berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan kemajuan masyarakat tempatan berlaku
dari semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui wajar diperkenalkan
dan diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam pemeliharaan alam sekitar di negara
ini. Sebagai contoh, penggunaan sumber solar sebagai tenaga elektrik di kawasan bandar perlu
diperluaskan supaya penggantungan terhadap penjanaan elektrik daripada sumber arang dan hidro
eleketrik berkurangan. Sebaliknya, sumber air yang digunakan dapat disalirkan ke kawasan-kawasan
yang kurang bekalan air bersih dan juga digunakan untuk pertanian di kawasan luar bandar. Isi 2
Langkah alternatif yang boleh dilakukan dalam membuka mata masyarakat tentang isu ini adalah
dengan melaksanakan kempen secara konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah
yang jitu dalam menjaga kekayaan alam sekitar negara, media massa perlu memainkan peranan
penting untuk menyampaikan mesej kepada setiap golongan masyarakat. Semua pihak perlu
mengkaji dan mengaplikasikan norma masyarakat umum pada masa ini yang menggunakan media
sosial sebagai medium utama dalam komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya kita ingin
mengubah stigma masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, cara yang mudah
hendaklah dekat dan efektif kepada diri mereka. Misalnya, memperbanyakkan rancangan yang
melibatkan selebriti dalam kempen mengitar semula dan sebagainya. Institusi lain yang melibatkan
masyarakat seperti sekolah, universiti dan oraganisasi kerja juga bertanggungjawab menjalankan
kempen kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Intihannya, kempen yang menyeluruh pasti
dapat mencapai sasaran yang kita kehendaki. Isi 3 Selain itu, langkah-langkah untuk menjaga alam
sekitar yang boleh disertai oleh ahli masyarakat adalah melakukan aktiviti sukarelawan
membersihkan kawasan sekitar. Persis kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Hal ini demikian kerana masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang
sisa-sisa yang tidak sepatutnya ke dalam sungai atau laut. Pemerkasaan undang-undang juga
mungkin tidak diendahkan atau meninggalkan kesan kepada mereka. Oleh itu, kita sebagai
warganegara yang cinta akan negara seharusnya menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang
berusaha membersihkan kawasan yang dicemari seperti kawasan sungai dan pantai. Pencemaran
sampah dan sisa lain yang sering berlaku di negara kita perlu diambil serius oleh semua pihak. Jika
insiden ini dibiarkan, hidupan akuatik dan juga sumber air kita akan terancam dan menyebabkan kita
kekurangan sumber tersebut. Sebagai contoh, di Jepun pernah berlaku satu wabak yang
menyebabkan setiap penduduk di kampung yang menggunakan sungai tercemar sebagai sumber air
harian mati dan lahir dengan kecacatan yang kekal. Maka, kita seharusnya mengambil sejarah ini
sebagai iktibar bagi menjamin kelangsungan hidup untuk masa hadapan. Isi 4 Pada peringkat individu
pula, amalan kitar semula adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan alam sekitar. Kitar semula
adalah menggunakan semula bahan-bahan terpakai menjadi bahan lain yang bermanfaat. Misalnya,
takungan air hujan boleh digunakan sebagai air siraman pokok atau tumbuhan yang kita tanam di
halaman rumah. Bahan-bahan lain seperti plastik, kaca dan bahan elektronik yang tidak berfungsi
boleh disumbangkan kepada pengusaha kitar semula. Setiap bahan berpotensi untuk diproses
semula menjadi barang yang berguna kepada masyarakat tanpa perlu membazirkan sumber yang
baharu. Mutakhir ini, syarikat-syarikat pakaian seperti kasut dan beg mula menggunakan bahan
terpakai sebagai bahan asas dalam produk baharu mereka. Dengan kesedaran entiti-entiti besar
dalam mementingkan pemeliharaan alam sekitar mampu menjadi medium kepada sebahagian
masyarakat untuk sedar akan manfaatnya. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat
menyelamatkan alam sekitar, ia juga dapat membantu kita menjadi pengguna yang berhemah dan
tidak menggunakan wang yang banyak dalam mendepani cabaran ekonomi yang telah meningkatkan
kos sara hidup.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-alam-sekitar.html

Anda mungkin juga menyukai