Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 2.

Tuan pengerusi majlis. Yang Berusaha, Dekan Fakulti Alam Sekitar Universiti Malaysia
Cawangan Sarawak, para pensayarah, ahli jawatankuasa pertubuhan Alam Sekitar
Universiti Malaysia Sarawak dan hadirin sekalian. Syarahan saya pada pagi ini ialah
“Usaha - Usaha Untuk Melestarikan Alam Sekitar Di Negara Ini’’.

Hadiri sekalian,

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan yang mengancam khazanah negara kita
iaitu alam sekitar. Kekayaan flora dan fauna yang dimiliki negara kita seperti kawasan-
kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin diancam pencemaran dek kerana
pembangunan sosioekonomi yang berlangsung bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibat
terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang
mengancam nyawa manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi kelangsungan
tamadun manusia sejagat dan habitat yang kita huni, pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar perlu menjadi agenda utama pada masa ini. Apakah usaha - usaha yang
boleh kita laksanakan untuk menjaga alam sekitar ini?

Hadirin yang budiman,

Usaha yang boleh dilakukan untuk melestarikan alam sekitar adalah


melaksanakan kempen secara konsisten. Pelbagai langkah yang diambil oleh
Kerajaan dalam menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam
sekitar. Pelbagai program-program dan kempen-kempen alam sekitar diadakan
sebagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempromosikan penjagaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Selain daripada program alam sekitar yang diadakan,
poster, brochure, pamphlets mengenai penjagaan alam sekitar juga dicetak
untuk dijadikan bahan bacaan semua lapisan masyarakat.
Usaha – usaha untuk menjaga alam sekitar yang boleh disertai oleh ahli
masyarakat adalah menjaga kebersihan kawasan sekitar. Hal ini demikian
kerana masih terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang
sisa-sisa yang tidak sepatutnya ke dalam sungai atau laut. Pemerkasaan
undang-undang juga mungkin tidak diendahkan atau meninggalkan kesan
kepada mereka. Oleh itu, kita sebagai warganegara yang cinta akan negara
seharusnya menyertai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang berusaha untuk menjaga
membersihkan kawasan yang dicemari terutamanya kawasan sungai dan pantai.

Hadirin sekalian,

Orang ramai perlu menggalakan amalan kitar semula bagi menyelamatkan alam
sekitar. Kitar semula adalah menggunakan semula bahan-bahan terpakai
menjadi bahan lain yang bermanfaat. Bahan-bahan lain seperti plastik, kaca dan
bahan elektronik yang tidak berfungsi boleh disumbangkan kepada pengusaha
kitar semula. Setiap bahan berpotensi untuk diproses semula menjadi barang
yang berguna kepada masyarakat tanpa perlu membazirkan sumber yang
baharu.

Orang awam perlu menjaga kebersihan alam sekitar juga dapat melestarikan
alam sekitar. Kita pernah menyaksikan satu insiden di Sungai Kim Kim, Pasir
Gudang yang dicemari dengan pembuangan bahan kimia sehingga
mengakibatkan masyarakat sekitar khususnya kanak-kanak jatuh sakit. Kejadian
ini seharusnya menjadi iktibar kepada masyarakat umum kerana pencemaran
alam mampu meragut nyawa-nyawa orang yang kita sayangi.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-
kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.
Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dalam kempen alam sekitar ini
juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan
kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.

Selain itu,elakkan pembakaran terbuka. Biasanya pembakaran terbuka ini


dilakukan oleh petani yang memugar hutan untuk tanaman padi bukit ,jagung
dan getah. Ada juga petani yang membakar jerami padi selepas musim
menuai.Sebagai akibatnya berlakulah pencemaran udara dan jerebu.
Pembakaran terbuka mestilah dihalang melalui penguatkuasaan undang-undang
memandangkan proses pembakaran akan meningkatkan karbon dioksida
seterusnya akan menyebabkan kesan rumah hijau.

Hadirin yang budiman,

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil
pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang
semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada
masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan
haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai