Anda di halaman 1dari 2

Jata anak Ligong,

Ketua Panitia Bahasa Melayu,

SMK Ulu Balingian,

96101 Selangau,

_____________________________________________________________________________________

Tn. Zamani bin Salam,

Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka,

96000 Sibu, Sarawak. 15 Jun 2023

Tuan,

Jemputan Ceramah Tentang Teknik Menulis Artikel Untuk Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka kepada
Pelajar-Pelajar SMK Ulu Balingian, Selangau

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Ulu Balingian, Selangau
bercadang untuk menjemput seorang pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyampaikan
ceramah berkaitan teknik menulis artikel untuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada pelajar-
pelajar menengah atas sekolah kami.

3. Ceramah ini mempunyai matlamat seperti berikut:

(i) Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan teknik menulis artikel yang berkualiti

dan

(ii) Memberi semangat, kemahiran dan menghasilkan pelajar yang mahir serta bijak

dalam penulisan artikel

4. Berikut merupakan butiran tentang ceramah tersebut:

Tarikh: 04 hingga 08 September 2023

Hari: Isnin hingga Jumaat

Tempoh: 5 Hari

Bilangan peserta: 40 orang

5. Antara manfaat yang diperolehi melalui program ini adalah:

(i) Meningkatkan motivasi dan kepentingan penulisan artikel dalam kalangan pelajar.

(ii) Memberi pendedahan bidang kerjaya kepada pelajar terhadap penulisan artikel di

Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Saya selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Ulu Balingian berbesar hati sekiranya pihak tuan
dapat memberi kebenaran kepada pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberi ceramah
penulisan artikel untuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada pelajar sekolah kami.

7 Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan.


Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Jata

(JATA ANAK LIGONG)

Ketua Panitia Bahasa Melayu

SMK Ulu Balingian

Selangau

(250 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai