Anda di halaman 1dari 7

Punca-Punca Menyebabkan Masalah Obesiti dalam

Kalangan Remaja
- October 04, 2018

                Salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada


Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah
Persendirian Chong Hwa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada tuan pengerusi kerana sudi menjemput saya untuk
menyampaikan taklimat yang bertajuk “Punca-punca yang
menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan remaja Malaysia”.

Hadirin yang dimuliakan,

                Pada dewasa ini, kita dapati bahawa kebanyakan golongan


muda khususnya golongan remaja mengalami masalah obesiti.
Menurut tahap Indeks Jisim Badan (BMI), obesiti terjadi apabila BMI
27.4 ke atas. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kesihatan dan
Morbaliti Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, kira-kira 5.6 juta
orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah
obesiti. Antara faktor berlakunya kegemukan dalam kalangan
remaja ialah amalan pemakanan yang tidak sihat seperti tidak
menjaga pemakanan seharian atau tidak mengikut piramid
makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja
memang gemar makan makanan yang berkarbohidrat tinggi, lemak
yang berlebihan, dan berminyak. Secara tidak langsung, situasi ini
banyak memberikan impak negatif. Kita dapati masyarakat pasca
merdeka menggemar makanan segera dan minuman berkarbonat
seperti sosej, burger, nuget, minuman Pepsi, Coca-cola dan
sebagainya. Mereka kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan
serta minum air putih. Sebenarnya, makanan segera mengandungi
kalori dan lemak yang tinggi. Minuman bergas juga mengandungi
kandungan gula yang tinggi. Makanan segera yang sedap dan
minuman yang menyegarkan serta nikmat ini memang digemari
oleh golongan remaja kini. Namun, mereka tindak bahawa
pengambilan makanan ini secara berlebihan akan menyebabkan
berat badan individu cepat bertambah tanpa disedari. Menurut
kajian pensyaah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti
Malaysia, sebanyak 70 peratus remaja gemar makanan ringan.
Sudah terang lagi bersuluh, seseorang remaja yang tidak
mengamalkan pemakanan yang sihat menyebabkan obesiti.

                Selain itu, lingkungan atau persekitaran individu itu sendiri


juga merupakan salah satu punca obesiti dalam kalangan remaja.
Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah ibu bapa menganggap
bahawa obesiti bukanlah satu masalah yang besar kepada anak-
anak terutama kepada yang masih kecil. Bagi mereka, kanak-kanak
yang berbadan montel dan berisi telah disukai ramai. Kanak-kanak
ini kelihatan lebih menarik dan comel. Dengan ini, sesiapa yang
melihatnya pasti berasa bangga jika mempunyai bayi atau anak-
anak yang masih kecil itu berbadan montel. Malah, sesetengah ibu
bapa atau masyarakat berpendapat obesiti dianggap sebagai simbol
kebahagiaan, keindahan, atau kemakmuran terutama kepada bayi
atau anak-anak yang masih kecil itu. Namun, mereka terlupa
bahawa jika kanak-kanak ini dibiarkan tanpa memberikan perhatian
kepada pertambahan berat badannya akan menyebabkan mereka
mengalami obesiti apabila semakin dewasa atau remaja kelak.
Senario ini akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa atau
remaja sendiri untuk mengurangkan berat badan kerana sudah
terlambat, bak kata peribahasa nasi sudah menjadi bubur. Menurut
kajian yang dijalankan ileh doktor pakar pemakanan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia, sebanyak 40 peratus remaja yang
menghadapi obesiti sejak kanak-kanak. Siapakah yang harus
dipersalahakan? Tepuk dada tanyalah selera. Jelaslah bahawa
masalah obesiti berlaku kerana lingkungan, persepsi dan
persekitaran individu itu sendiri.
Hadirin yang dihormati,

                Di samping itu, sikap malas melakukan aktiviti fizikal dalam


kalangan remaja. Pada era globalisasi ini, golongan dewasa dan
golongan ibu bapa sering sibuk dalam pekerjaan dan tekunan untuk
mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga masing-masing.
Sudah terang lagi bersuluh, golongan dewasa memang sibuk dalam
pekerjaan mereka setiap hari. Persoalannya, apakan alasan para
remaja tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fizikal?
Remaja kini bukanlah sibuk tetapi malas untuk melakukan aktiviti
fizikal. Mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang
memerlukan pengerakan anggota badan. Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja kini taasub dengan kemudahan teknologi seperti
telefon pintar, komputer dan televisyen. Contohnya, terdapat
sesetengah remaja tidak boleh berenggang dengan telefon pintar,
mereka telah ketagih dengan penggunaan telefon bimbit serta sosial
media. Golongan remaja juga lebih suka bermain permainan
komputer atau menonton televisyen daripada melakukan aktiviti
sukan. Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton
televisyen daripada melakukan aktiviti sukan. Mereka yang bermain
permainan komputer dan menonton televisyen dalam tempoh masa
yang panjang hanya akan bergerak mata ataupun jari mereka. Badan
mereka langsung tidak bergerak dan masalah obesiti akan mudah
dihidap oleh mereka. Pendek kata, golongan remaja yang tidak
melakukan aktiviti fizikal atau bersenam mudah untuk menghidap
obesiti.

                Memang tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan


pembukaan restoran makanan segera juga telah menyumbang
kepada peningkatan masalah obesiti dalam masyarakat negara kita,
terutamanya golongan remaja. Kini sesetengah ibu bapa terlalu
sibuk dalam pekerjaan dan tidak mempunyai masa untuk memasak
bagi keluarga. Oleh itu, pengenalan makanan segera telah
memudahkan golongan tersebut. Alasannya, mereka tidak perlu
bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja.
Mereka hanya perlu membeli duit dan dengan segeranya, mereka
pun dapat menjamu makanan yang sedap. Perkhidmatan pandu lalu
dalam beberapa restoran makanan segera juga telah menjimatkan
masa para pelanggan. Oleh itu, ibu bapa yang sibuk bekerja sering
akan membeli makanan segera dan menghidangkannya sebagai
makan malam kepada ahli keluarganya, termasuklah anak-anak
mereka. Makanan segera juga mengandungi kandungan garam, gula,
lemak dan karbohidrat yang tinggi. Semua kandungan ini
merupakan faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dalam individu
yang memakannya dengan quantiti yang banyak. Rasa makanan
segera yang sedap juga akan menyebabkan para pengguna ketagih
kepada rasanya dan sering akan menyebabkan pemakanan
makanan segera tanpa had, terutamanya kalangan remaja. Contoh
restoran makan segera yang dikenali oleh masyarakat ialah KFC,
McDonalds dan Pizza Hut. Restoran-restoran ini membekalkan
pilihan pelbagai varieti makanan segera yang digemari ramai.
Justifikasinya, obesiti berlaku kerana banyaknya restoran makanan
segera yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Pada hadirin yang dihormati,

                Akhir sekali, faktor genetik atau keturunan juga akan


mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Menurut kajian pakar
genetik terdapat bahawa sifat dan perwatakan mempunyai
kemungkinan yang tinggi untuk diturunkan kepada keturunan dari
generasi sebelumnya. Kegemukan juga merupakan salah satu
genetik yang akan diturunkan dari generasi sebelumnya kepada
generasi yang berikutnya. Misalnya, menurut statistiks, 40 hingga
50 peratus anak-anak daripada keturunan ibu atau bapa obesiti
berpeluang menjadi gemuk.  Samlus juga berkata bahawa peratusan
itu akan meningkat menjadi 70 hingga 80 peratus jika kedua-duanya
mengalami masalah obesiti. Natijahnya, jika keluarga ataupun
keturunan menghidap obesiti, jadi ahli keluarga yang lain mudah
mendapat obesiti.

                Nampaknya masa amat mencemburui saya untuk saya


meneruskan ucapan ini. Saya terpaksa menghentikan ucapan ini
sampai di sini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin
menegaskan di sini bahawa penyakit berbahaya akan ditimbulkan
daripada masalah obesiti. Oleh itu, semua pelajar haruslah
mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak menghadapi masalah
obesiti. Sesungguhnya, golongan remaja merupakan pewaris masa
depan negara. Negara akan cemerlang dan gemilang jika ditadbir
oleh masyarakat yang cergas memiliki minda yang cerdas,
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020.
Saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan serungkap pantun:

                Makanan perlu bernutrisi,


                Makanlah makanan dengan berwaspada.
                Elakkanlah masalah obesiti,
                Badan sihat hidup sejahtera.

Sekian, terima kasih.


Contoh Karangan

Usaha-Usaha Pencegahan Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja Pendahuluan Kementerian


Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa lebih 30 peratus dalam kalangan remaja hari ini
menghidapi masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Perkara ini seharusnya memberi kebimbangan
kepada masyarakat umum terutamanya ibu dan bapa kerana golongan ini terdedah kepada risiko
menghidapi masalah kesihatan, penyakit kronik yang lain. Antaranya adalah penyakit diabetes, tekanan
darah tinggi dan serangan angin ahmar atau jantung. Justeru, setiap di antara kita perlu mempunyai
kesedaran dan sentiasa berwaspada supaya tidak tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah
obesiti. Masyarakat kita masih mempunyai stigma bahawa kegemukan atau masalah berat badan
bersangkut-paut dengan genetik dan sebagainya. Namun, kita tidak boleh berdiam diri dan tidak
melakukan apa-apa tindakan yang mengancam nyawa diri dan juga orang yang kita sayangi. Sebelum
nasi menjadi bubur, wajar untuk kita bincangkan usaha-usaha pencegahan masalah obesiti dalam
kalangan remaja.

Isi 1 Prakarsa utama dalam mencegah masalah obesiti dalam kalangan remaja adalah memastikan
mereka mengamalkan pemakanan yang seimbang. Golongan remaja perlu mendapat bimbingan
daripada ibu dan bapa atau guru di sekolah tentang cara pemakanan yang betul dan tidak mudah
terpengaruh dengan iklan yang dipromosikan di media. Pemakanan yang seimbang boleh dirujuk kepada
piramid makanan di mana jumlah nutrisi yang terkandung dalam hidangan adalah penting dalam
menentukan ianya pada kadar yang cukup atau berlebihan. Ringkasnya, pengambilan makanan yang
berlemak dan tidak berkhasiat tinggi seperti makanan segera serta air berkarbonat hendaklah dielakkan.
Tidak dinafikan bahawa makanan segera seperti mee segera dan sosej merupakan kegemaran
masyarakat kita namun kita hendaklah mengubah perkara tersebut demi kesihatan yang lebih
bermanfaat. Ibarat peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. Tegasnya, dengan mengamalkan pemakanan secara seimbang, remaja dapat mengelak
daripda masalah obesiti dan penyakit jantung.

Isi 2 Meninjau dari aspek lain, golongan remaja seharusnya melakukan aktiviti bersenam atau bersukan
dengan lebih kerap. Hal ini demikian kerana generasi muda hari ini lebih gemar meluangkan masa lapang
melayari Internet dan menonton hiburan di media-media elektronik. Situasi ini harus dibendung kerana
kita sebenarnya mempunyai infrastruktur yang lengkap dalam gelanggang atau taman rekreasi bagi
membolehkan masyarakat awam bersenam atau bersukan. Golongan remaja seharusnya mengambil
kesempatan yang ada ini dengan mengisi masa lapang untuk malukan aktiviti riadah seperti bermain
badminton atau futsal di gelanggang yang telah disediakan. Apabila menjelang dewasa, masa untuk
bersukan atau beriadah sudah semakin terhad kerana kesibukan dalam hal-hal kerjaya masing-masing.
Aktiviti-aktiviti fizikal ini akan membantu kita untuk membakar kalori atau lemak yang berlebihan serta
merembes sisa-sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan kita. Malahan penyertaan dalam aktiviti
bersenam dan bersukan memberi pelbagai manfaat lain yang bagus untuk kedua-dua kesihatan fizikal
dan mental serta rohani individu yang mengamalkannya.

Isi 3 Pada masa yang sama, masalah obesiti kanak-kanak dan dalam kalangan remaja boleh diatasi
dengan cara mengehadkan masa penggunaan gajet seharian mereka. Tindakan ini merupakan peranan
ibu dan bapa di rumah dalam mengawasi perilaku anak-anak terhadap penggunaan gajet seperti telefon
dan komputer. Sekiranya masa penggunaan gajet mereka terlalu lama iaitu lebih daripada tiga hingga
lima jam sehari, ia bukan sahaja akan mengancam kesihatan diri mereka tetapi memberikan kesan
kepada kesihatan mata mereka. Terdapat sebahagian golongan muda yang terlalu obses dengan
permainan video atau penggunaan gajet sehinggakan mereka tidak aktif dan lemah secara fizikal. Lebih-
lebih lagi yang gemar memakan makanan ringan di mana kandungan gula dan lemaknya merupakan
faktor utama masalah obesiti serta kerosakan gigi. Jika ibu dan bapa mampu memberi had waktu
penggunaan gajet kepada anak-anak, mereka pasti dapat meluangkan masa yang ada dengan perkara
berfaedah yang lain serta mendatangkan kesihatan diri mengelakkan obesiti. Mungkin sukar untuk
mereka mengamalkannya pada permulaan tetapi ia adalah cara untuk memastikan diri mereka bebas
daripada ancaman penyakit.

Isi 4 Sebagai pelajar berminda kelas pertama, kaedah yang boleh dilaksanakan bagi membendung
masalah obesiti dalam kalangan remaja adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Budaya
berjumpa dengan pengamal perubatan pada waktu kita sakit sahaja perlu diubah. Hal ini kerana
kebanyakan penyakit boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi kritikal. Maka,
golongan remaja seharusnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan yang
berdekatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Dengan berjumpa doktor atau pegawai kesihatan,
mereka dapat memeriksa tahap kesihatan diri kita serta mencadangkan gaya hidup yang sesuai untuk
kita amalkan kerana hanya jauhari mengenal manikam. Tambahan pula, perkhidmatan kesihatan awam
di negara kita adalah sangat berpatutan dan mudah untuk dikunjungi. Kesempatan ini seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat terutamanya golongan remaja. Izharnya,
bimbingan dan panduan daripada orang yang pakar dalam bidang yang kita tidak tahu adalah mustahak
supaya kita terhindar daripada perkara yang tidak kita inginkan. Penutup Kesimpulan daripada
perbincangan di atas adalah pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mencegah masalah obesiti dalam
kalangan remaja. Masalah ini seharusnya diberi perhatian kerana golongan remaja merupakan nusa
yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara. Justeru itu, setiap pihak terutamanya ibu, bapa dan
rakan-rakan sebaya perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan remaja yang
menghidapi masalah obesiti diberi rawatan yang terbaik. Pihak kerajaan perlu mencari punca obesiti dan
mekanisme terbaik dalam memastikan setiap daripada rakyatnya mempunyai kesedaran berkaitan
kesihatan dan seterusnya melahirkan generasi yang imun terhadap segala penyakit yang mampu
dicegah. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan kegawatan ekonomi masa
kini, kita tidak seharusnya dibebankan dengan beban kewangan dalam rawatan kesihatan serta ubat-
ubatan yang berpunca daripada diri kita sendiri. Semoga kesedaran yang holistik dalam masyarakat
konvensional akan timbul dan kesihatan umum menjadi agenda utama di negara kita dan juga seantero
dunia.

Related : untuk mengatasi, menurunkan berat badan, untuk mengurangkan berat badannya, kanak
kanak, hidup yang sihat, cara untuk mengatasi, meningkatkan tahap, menjadi obes, amalan gaya hidup
yang sihat, berlebihan berat badan

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html

Anda mungkin juga menyukai