Anda di halaman 1dari 9

CONTOH KARANGAN

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negeri.
Antara makanan tradisional yang popular di Malaysia ialah dodol, baulu, dan lemang. Makanan
ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam, malah ke luar negara.
Anatara usaha efektif adalah dengan memudahkan proses pinjaman modal kepada pengusahapengusaha kecil makanan tradisional agar mereka mampu membesarkan saiz perusahaan mereka.
Syarat-syarat pinjaman haruslah dilonggarkan agar lebih banyak pengusaha kecil layak
menerima pinjaman. Kesukaran mendapatkan pinjaman menyebabkan perniagaan tidak dapat
dikembangkan.
Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek pemasaran. Bantuan dalam
memasarkan produk mereka amat penting dalam meningkatkan penjualan. Mereka patut diberi
ruang untuk memasarkan produk mereka sama seperti para pengusaha makanan yang sudah
terkenal agar mereka juga akan mengecapi keuntungannya.
Pendek kata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam memajukan industri makanan
tradisional. Kemajuan dalam perusahan makanan tradisional akan membawa keuntungan kepada
ekonomi negara. Sehubungan itu, sikap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan perlu ada
dalam diri semua pengusaha makanan tradisional agar kejayaan yang diimpikan menjadi realiti.

Tuesday, 28 February 2012


tentang usaha - usaha memajukan perusahaan makanan tradisional
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis maknan tradisional yang berasal dari
pelbagai negeri. Antara makanan tradisional yang popular di Malaysia ialah dodol,
baulu dan lemang makanan ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai
usaha perlu dilakukan bgai mengkomersialkan makanan tersebut bukan sahaja
didalam, malah ke luar negara.

Antara usaha efektif adlah dengan memudahkan proses pinjaman modal


kepada pengusaha-pengusaha kecil makanan tradisional agar mereka mampu
membesarkan saiz pengusahaan mereka. Syarat -syarat pinjaman haruslah
dilonggarkan agar lebih banyak pengusaha kecil layak menerima pinjaman.
Kesukaran mendapatkan pinjaman menyebabkan perniagaan tidk dapat
dikembangkan.

Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek


pemasaran.Bantuan dalam memasarkan produk mereka amat penting dalam
meningkatkan penjualan.Mereka patut diberi ruang untuk memasarkan produk
mereka sama seperti megusahakan maknan yang sudah terkenal agar mereka
mengecapi keuntungannya.

Pendek kata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam memajukan
industri makanan tradisional. Kemajuan dalam perusahaan makanan tradisional kan
membawa keuntungan kepda ekonomi negara .Sehubungan dengan itu,sikap di
man ada kemahuan,di situ ada jalan perlu ada dalam diri semua
pengusahamakanan tradisional agar kejayaan yang diimpikan menjadi realiti....

USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

Oleh: Daniel Lim

Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang


penting bagi sesebuah negara.Hal ini demikian kerana industri ini
menyumbangkan hasil dan pulangan yang banyak kepada sesebuah negara
dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancongan ke Malaysia dari Januari
hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.Pelancongan Asia Barat
menunjukkan peningkatanpada tahun 2006 berbanding tahun 2005.Jumlah
pelancong yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun

tersebut meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam
tempoh yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau
yang lembap kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu
dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.

Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak


swasta perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan
Malaysia ke mata dunia. Kerajaan hendaklah menggiatkan promosi untuk
merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi
tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan
boleh dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam.
Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi
kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di
Arab Saudi.

Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui


penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan
maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai
destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat
pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.
Hal ini demikian juga mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke
seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara lain.

Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak


kerajaan membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar
industri pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain
di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan
diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong sebagai
analoginya, tindakan yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia
memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel
tersebut.
Bagi membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan
ialah pertambahan ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan
pelancongan domestik yang kukuh telah menyumbang kepada peningkatan
kadar penginapan hotel purata daripada 59.2 peratus pada tahun 2000
kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata, sekiranya langkah yang
konkrit, sistematik dan pragramatik dijalankan secara berterusan sudah tentu
kedatangan pelancongan ke Malaysia bagaikan di mana ada gula di situ
ada semut.

Georgetown

Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah


dan peranan ibu bapadalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Memang diakui bahawa peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam

pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi guru di rumah haruslah mengasuh
anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari rebungnyatidak harus kita
tepikan kerana api takala kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan.
Hal ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti
vandalisme yang menjatuhkan imej negara kita semasa pelancong dari luar
negara datang ke negara kita. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah
berperanan dalam menggalakkan pelancongan di Malaysia. Oleh itu, subjek
yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan Sejarah harus banyak
di perkenalkan oleh guru Sejarah.

Langkawi

Kelab pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar


untuk melancong. Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti
seperti lawatan sambil belajar dan pertandingan membuat folio tentang
tempat pelancongan untuk mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang
tempat tersebut pelancongan tersebut.

Kota Kinabalu

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang


adat resam dan keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti Sabah
dan Sarawak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk
membawa anak melancong supaya mereka tidak menjadi katak di bawah
tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara
keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan
ibu bapa dan sekolah penting dalam menggalakkan pelancongan di Malaysia.

Kota Kinabalu

Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan,
kita sebagai masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang
negara. Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk
pelancongan diperolah semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan.
Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh
rakyat dan kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan diri sendiri

serta negara. Di samping itu, melancong dalam negara dapat menambahkan


pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi tempat-tempat yang
belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan pengetahuan dan mengenali
secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di
tanah air kita.
Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi
masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti
melancong dalam negara, kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang,
yang perlu ada di tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri,
kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negeri. Kita
harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khzanah
bertaraf dunia yang masih belum dilawati.

Langkayan Island Dive Resort - Sabah

Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiatkan


untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita.
Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak sangat penting bagi memajukan
industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi
pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding bahu bagi
meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak bekerjasama, sudah tentulah
matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan tercapai. Oleh itu,
kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat direalisasikan

sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan kerana


pepatah mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

Anda mungkin juga menyukai