Anda di halaman 1dari 31

PERTANIAN

TRADISIONAL

NORANIZA YUSOFF
PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN, UUM
COLGIS, UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK, KEDAH
DARUL AMAN, MALAYSIA

Projek Penyelidikan Geran Pembiayaan Sendiri (Self-fund)

Kod S/O: 666089


Pertanian Tradisional

Pertanian tradisional adalah dianggap mesra alam dalam menghadapi perubahan iklim yang

merangkumi amalan penggunaan baja, ramalan cuaca tempatan dan penanaman pelbagai jenis ubi

untuk menguruskan risiko. Faktor amalan pertanian tradisional adalah kos, mesra alam dan akses

yang mudah kepada maklumat cuaca yang diperlukan, kualiti pati dalam ubi dan pengurusan risiko.

Walau bagaimanapun, pada masa kini pertanian tradisional adalah sedikit diamalkan (Ofuoku dan

Albert, 2014). Kaedah pertanian tradisional tidak memerlukan penggunaan bahan kimia atau racun

perosak dan keinginan untuk cara hidup tradisional menyebabkan sesetengah penduduk memilih

organik. Organik dianggap sebagai berkembang dalam satu cara semula jadi dan kebanyakan

pengeluaran organik menggunakan beberapa teknik pertanian industri dan di samping itu

bergantung kepada tenaga kerja serta amalan pertanian tradisional (Bradshaw, 2014).

Kajian terbaru oleh Kansanga, Andersen, Kpienbaareh, Mason-Renton, Atuoye, Antabe dan

Luginaah (2019) menunjukkan bahawa kekaburan semakin meningkat berkenaan mekanisma yang

dapat mempengaruhi pertanian tradisional di kalangan petani pekebun kecil dalam aspek saiz

ladang. Di samping itu, corak tanaman telah beralih daripada tanaman pokok tradisional seperti

sorgum kepada tanaman yang berorientasikan pasaran seperti jagung, beras dan kacang tanah.

2
Brush (2005) menjelaskan bahawa dengan maklumat yang lebih baik berkenaan pengurusan benih

petani dalam sistem perladangan tradisional pengkaji dapat mengkaji berkenaan kultivar tanaman

sebagai metapopulasi atau jaringan populasi tumbuhan yang dihubungkan melalui aliran benih

dalam kalangan petani dan masyarakat. Pertumbuhan hiperbolik pengeluaran pertanian bergantung

kepada sains formal, walau bagaimanapun berdasarkan asas yang dibangunkan oleh petani

tradisional. Walau bagaimanapun pertanian tradisional tidak melibatkan penyelidikan yang

menghubungkan domain yang berbeza seperti jenis tanaman, tanih dan penyakit tanaman serta

tidak menunjukkan cara domain dihubungkan merentasi daerah.

Pemeliharaan in situ ilmu pengetahuan pertanian tradisional dapat dilihat sebagai perkara yang

biasa walau bagaimanapun pertanian tradisional tidak memastikan persediaan maklumat, stok atau

pemahaman tempatan tanaman dan ekologi tanaman (Brush, 2005). Kajian lebih awal berkenaan

pertanian tradisional oleh Mijindadi dan Norman (1984) menjelaskan individu menerima bahawa

petani beroperasi dalam sistem pertanian tradisional adalah sangat cekap, menentukan sumber dan

teknologi dalam aktiviti pertanian. Pertanian tradisional berlaku peningkatan output yang

disebabkan oleh penggunaan sumber yang lebih cekap yang dilakukan oleh petani. Amalan

pertanian tradisional dapat menghasilkan dividen yang sederhana. Dalam kajian lain oleh Collado,

Fossatti dan Saez (2019) menemui bahawa dalam pertanian konvensional, makanan adalah

3
dihasilkan menggunakan teknik tradisional dengan darjah kecil teknologi dan maklumat berkenaan

tingkah laku persekitaran yang terhasil dalam sistem pengeluaran dengan hasil yang terbatas dan

cabaran dalam tanaman seperti tanaman mati, suhu berlebihan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun Hammel dan Arnold (2012) menunjukkan bahawa sistem pertanian

tradisional telah hilang, bersama dengan pertalian kepelbagaian dan ilmu pengetahuan. Sistem

pertanian tradisional dapat memberikan pelajaran untuk pembangunan sistem pertanian mampan.

Padang rumput adalah sistem pertanian tradisional di Eropah Tengah yang kini mengalami

penurunan mendadak. Salah satu contoh sistem pertanian tradisional yang mengalami penurunan

mendadak adalah Streuobst di German. Sistem pertanian tradisional kurang digunakan di negara

seperti Sepanyol, Perancis dan England. Penurunan populasi pertanian mengakibatkan penurunan

permintaan ke atas penggunaan sara hidup tradisional padang rumput.

Dalam satu kajian oleh Abate, van Huis dan Ampoto (2000) menemui bahawa pertanian Afrika

sebahagian besarnya adalah tradisional dicirikan oleh sebilangan besar kebun kecil dalam satu

hektar setiap isirumah. Pengeluaran tanaman berlaku dalam keadaan agroekologi yang sangat

berubah-ubah dengan curahan hujan tahunan antara 250 milimeter hingga 750 milimeter di barat

laut Sahel dan di timur serta selatan kawasan separa gersang, hingga 1500 milimeter hingga 4000

4
milimeter di zon hutan di Barat Tengah. Petani seringkali memilih jenis tanaman yang disesuaikan

dengan baik dan stabil serta sistem tanaman dalam dua atau lebih tanaman adalah ditanam di ladang

yang sama pada masa yang sama. Sistem tradisional yang pelbagai ini meningkatkan jumlah

perosak dan amalan pengurusan perosak dalam pertanian tradisional adalah proses terbina dalam

keseluruhan sistem pengeluaran tanaman berbanding dengan aktiviti berasingan yang ditentukan

dengan jelas.

Peningkatan tekanan populasi dan permintaan yang meningkat dalam pengeluaran tanaman yang

semakin meningkat di Afrika memerlukan pengembangan pertanian dengan penurunan perkaitan

dalam keseluruhan biodiversiti. Peningkatan dalam pergerakan bahan tanaman seterusnya

memudahkan kemunculan perosak asing secara tidak sengaja. Pada masa kini, kira-kira dua belas

perosak yang baru dan asal dikenal pasti sebagai satu kekangan utama pengeluaran pertanian dan

daya pengeluaran di Afrika. Walaupun kerugian hasil adalah antara 0 peratus hingga 100 peratus

telah diperhatikan di lapangan, kepentingan ekonomi majoriti perosak di dalam keadaan

pengeluaran petani adalah tidak dapat difahami dengan baik. Kekangan ekonomi dan sosial

mengekalkan penggunaan racun perosak di Afrika paling rendah di antara kawasan di dunia (Abate

et al., 2000).

5
Sebilangan besar racun perosak digunakan terutamanya terhadap perosak tanaman komersial

seperti kapas, sayuran, kopi dan koko serta terhadap wabak perosak migrasi seperti belalang.

Sebilangan besar petani Afrika masih bergantung kepada pendekatan pengurusan perosak pribumi

untuk menguruskan masalah perosak, walau bagaimanapun beberapa program pengembangan

kerajaan menggalakkan penggunaan racun perosak. Aktiviti penyelidikan pengurusan racun

perosak terkini dijalankan oleh program penyelidikan pertanian antarabangsa dan kebangsaan di

Afrikan yang memfokuskan kawalan biologi klasik dan pembiakan tanaman kuat utama. Dengan

pengecualian kawalan biologi klasik tanaman ubi kayu, keputusan penyelidikan masih kurang

diaplikasikan (Abate et al., 2000).

Oleh kerana petani Afrika menghadapi keadaan yang berbeza-beza, tidak memerlukan arahan atau

kepelbagaian yang ideal tetapi sebilangan pilihan dan gen untuk dipilih. Ilmu pengetahuan

pengurusan perosak asal adalah khusus di lokasi (site-specific) dan perlu kepada asas untuk

membangunkan teknik pengurusan perosak bersepadu (integrated pest management/IPM). Petani

seringkali kurang maklumat biologi dan ekologi yang penting untuk membangunkan pengurusan

perosak yang lebih baik melalui eksperimen. Penyelidikan formal perlu lebih instrumental dalam

menyediakan input penting untuk memudahkan pembangunan teknologi penyertaan seperti yang

telah dijalankan oleh Farmer Field Schools yang merupakan pendekatan yang pada masa kini

6
muncul di bahagian berbeza di Afrika (Abate et al., 2000). Kajian terkini oleh Smith (2019a)

menemui bahawa haiwan peliharaan Afrika adalah berasal dari Timur. Sekitar 8000 tahun yang

lalu, lembu, biri-biri dan kambing berasal dari selatan ke Sahara.

Kajian terkini oleh Ayaz, Ammad-Uddin, Sharif, Mansour dan Aggoune (2019) menemui bahawa

melalui mengaplikasikan teknologi penginderaan dan Internet-of-Things (IoT) dalam amalan

pertanian akan mengubah kaedah pertanian tradisional. IoT dalam amalan pertanian pintar dapat

membantu memperbaiki penyelesaian dalam beberapa masalah pertanian tradisional seperti

kemarau, hasil tuaian, kesesuaian tanah, pengairan dan kawalan perosak. Tanaman secara

tradisional hanya dapat ditanam dalam keadaan yang sesuai atau di bahagian tertentu di dunia.

Semasa abad ke 20 di kebanyakan kawasan, petani kekal menggunakan kaedah pertanian

tradisional dan di samping itu cuba memenuhi permintaan makanan melalui penggunaan baja dan

racun perosak yang lebih banyak.

Pongnumkul, Chaovalit dan Surasvadi (2015) menemui bahawa aplikasi perkhidmatan

pengembangan membantu pengembangan pertanian tradisional apabila pekerja ladang

mengunjungi ladang. Powell (2016) menjelaskan bahawa kaedah pertanian teres dan permakultur

tradisional boleh memberikan faedah kepada manusia tanpa membawa kesan negatif ke atas alam

7
sekitar sepertimana dalam kaedah pertanian moden. Garg dan Balodi (2014) menjelaskan bahawa

pertanian tradisional akan diteruskan kerana banyak tanaman tidak sesuai dengan pertanian

dalaman (indoor farming). Sandor dan Homburg (2017) menjelaskan bahawa pengalaman dan

pengetahuan berkenaan strategi pertanian serta pengurusan tanih di kawasan tanah gersang dalam

kalangan masyarakat tradisional diakui sebagai sumber penting untuk masa depan pertanian.

Pandangan lanjut berkenaan pengurusan pertanian tradisional dan perubahan tanih akan diperolehi

dengan penyelidikan berterusan dan alat analisis baru.

Pemerhatian prestasi pertanian selepas peristiwa iklim yang melampau dalam dua dekad sebelum

ini menunjukkan daya tahan terhadap bencana iklim adalah berkait rapat dengan aras tinggi

biodiversiti di ladang, ciri khas dalam sistem perladangan tradisional. Berdasarkan bukti tersebut,

pelbagai pakar telah mencadangkan bahawa menyelamatkan sistem pengurusan tradisional

digabungkan dengan penggunaan strategi pengurusan berasaskan agroekologi yang dapat

menunjukkan kaedah yang sesuai untuk meningkatkan daya pengeluaran, kemampanan dan

ketahanan pengeluaran pertanian berasaskan petani di bawah keadaan iklim yang diramalkan. Tiga

strategi penting agroekologi tradisional iaitu biodiversifikasi, pengurusan tanih dan penuaian air

boleh dilaksanakan dalam reka bentuk dan pengurusan agroekosistem membenarkan petani untuk

8
menggunapakai satu strategi yang meningkatkan ketahanan dan menyediakan faedah ekonomi

(Altieri dan Nicholls, 2017).

Otto dan Burns III (1981) menjelaskan bahawa kurang perhatian diberikan kepada pertanian

tradisional sebagai asas sara hidup masyarakat agrarian. Chentoufi, Sahri, Arbaoui, Belqadi,

Birouk, Routmet & Muller (2014) menjalankan kajian tinjauan antara muka di antara kawasan

dataran yang wujud pertanian moden yang menjadi semakin penting dan kawasan Rif Mountains

yang wujud pertanian tradisional serta keadaan pinggiran yang berlaku.

Kajian berkenaan pertanian tradisional oleh Mantikayan dan Abas (2015) mendokumentasikan

perladangan beras tradisional berkaitan dengan upacara dan amalan di Magindanawn, Filipina

Selatan secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti upacara dan amalan perladangan petani

Magindanawn; menganalisis secara deskriptif rasional amalan upacara dalam perladangan; dan

untuk menentukan faktor yang menjadikan upacara berterusan dalam zaman perladangan moden.

Pertanian secara tradisional adalah sumber pendapatan utama petani Magindanawn. Petani lebih

memilih untuk terlibat dalam sistem pertanian peralihan (shifting cultivation) berbanding dengan

penggunaan bajak. Kitaran tanaman tidak wujud dalam pengetahuan petani, oleh itu, tanaman

9
dipindahkan dari satu ladang ke satu ladang lain. Sebelum menjalankan pemindahan tanaman,

petani akan melakukan upacara sebelum membersihkan ladang beras baru.

Petani Magindanawn mematuhi amalan pertanian tradisional dan merangka upacara berdasarkan

alasan; pertama, petani berorientasikan tradisi. Kedua, petani mengikuti prinsip pertanian ortodok;

ketiga, upacara menjadi adat atau kebiasaan amalan petani Magindanawn. Keempat, petani

kekurangan ilmu pengetahuan berkenaan teknologi baru dalam perladangan beras dan petani

percaya bahawa menggunakan baja tiruan tanpa mengetahui prosedur penggunaan baja yang betul

mungkin akan memusnahkan tanaman. Petani Magindanawn secara ekonomi adalah tidak stabil.

Sebilangan besar petani patuh kepada upacara dalam perladangan dan amalan perladangan

tradisional yang lain kerana tidak mampu dan tidak dapat kekal untuk membeli baja tiruan dan

bahan kimia serta racun perosak lain kerana harga yang terlalu tinggi. Oleh itu, petani

Magindanawn lebih memilih kesuburan tanih secara semula jadi dan ini adalah bermakna organik

(Mantikayan dan Abas, 2015).

Kajian lebih awal oleh Olasantan (1992) menemui bahawa sebilangan besar peningkatan dalam

pengeluaran sayur-sayuran berasal dari pertanian tradisional, dan petani skala kecil yang

menggunapakai mana-mana teknologi saling tanam yang tidak termasuk sayur-sayuran di Nigeria.

10
Walau bagaimanapun, perhatian perlu diberikan kepada tanaman tersebut dalam kajian penanaman

campuran berbanding dengan tanaman ladang. Sayur-sayuran mempunyai nilai pemakanan yang

baik, dan berpotensi besar sebagai tanaman menjana pendapatan dan sebagai makanan tambahan

untuk diet yang terdiri daripada karbohidrat. Merealisasikan potensi tersebut adalah penting

mendapatkan maklumat yang mencukupi berkenaan sistem pengeluaran masa kini dan juga

memperbaiki kultivar dan pengurusan tanaman yang lebih baik.

Altieri (2004) menunjukkan bahawa petani tradisional telah mengembangkan sistem pertanian

yang pelbagai dan telah diaplikasikan sistem pertanian secara tempatan, menguruskan dengan

amalan bijak yang sering menghasilkan keselamatan makanan masyarakat dan pemeliharaan

biodiversiti. Strategi meminimumkan risiko menstabilkan hasil, mempromosikan kepelbagaian

diet, dan memaksimumkan pulangan menggunakan tahap teknologi rendah dan sumber daya yang

terhad. Mikrokosmos warisan pertanian masih meliputi kawasan seluas 10 juta hektar di seluruh

dunia, menyediakan perkhidmatan budaya dan ekologi kepada penduduk luar bandar dan manusia

secara amnya.

Perkhidmatan tersebut merangkumi pemeliharaan pengetahuan perladangan tradisional, tanaman

tempatan dan pelbagai haiwan serta bentuk asal organisasi sosiobudaya. Kajian ke atas aspek

11
tersebut dalam meningkatkan ilmu pengetahuan ahli ekologi berkenaan dinamik sistem yang

kompleks khususnya hubungkait antara biodiversiti dan fungsi ekosistem serta prinsip-prinsip

praktikal untuk reka bentuk agroekosistem yang lebih mampan sesuai kepada petani kecil. Reka

bentuk agroekosistem baru telah dimodelkan pada sistem perladangan pertanian yang berjaya

(Altieri, 2004). Vaarst (2010) menjelaskan bahawa sistem pertanian tradisional bergantung kepada

sistem tebang dan bakar (slash-and-burn) yang tidak dipertikaikan. Smith et al. (2019b)

menunjukkan bahawa terdapat beberapa usaha untuk mengenal pasti scenario menang-menang

apabila sistem pertanian konvensional mengoptimumkan daya pengeluaran tinggi dan

kebolehubahan rendah dari pelbagai metrik kemampanan.

Kajian eksperimen di lapangan oleh Fanigliulo, Biocca dan Pochi (2017) menunjukkan penanaman

tanih tradisional untuk penanaman bijirin musim sejuk adalah berdasarkan pembukaan kedalaman

sederhana diikuti dengan pengerasan permukaan tanah. Pengkaji menjalankan kajian untuk menilai

permintaan tenaga dari lapan alat yang digunakan untuk mengusahakan penanaman dan

penyemaian. Data untuk alat yang berbeza digabungkan untuk mewakili lapan kaedah penanaman

iaitu empat tradisional dan empat pemeliharaan untuk menyemai bijirin musim sejuk. Oleh itu,

tujuan kajian tersebut adalah untuk membandingkan setiap kaedah penanaman iaitu kaedah

tradisional dan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai keperluan tenaga yang berkaitan.

12
Penyebaran kaedah penanaman pemeliharaan dapat menyumbang kepada mengurangkan

keperluan tenaga dalam aktiviti pertanian dan menjaga produktiviti pada tahap yang memuaskan.

Penerapan yang betul bagi setiap kaedah penanaman bergantung kepada ciri-ciri tanih yang

menentukan pilihan alat yang paling sesuai, oleh itu, menghasilkan kesan penjimatan tenaga dan

tenaga buruh. Kajian tersebut dijalankan di Itali Tengah di tanah padat menunjukkan tiga kaedah

iaitu no-tillage method (NT), minimum tillage (MT) dan the second (RT2) yang membenarkan

untuk mencapai penjimatan tenaga yang besar. Pemerhatian jangka sederhana dan panjang

diperlukan untuk mencapai maklumat yang komprehensif mengenai kesan aplikasi yang lama

dalam kaedah pemeliharaan di tanih padat. Masalah yang berpotensi berkaitan dengan penanaman

bijirin seperti pengurusan rumpai yang sukar dan pengurangan penyusupan air dalam dapat

dielakkan dengan menggantikan kaedah pemuliharaan yang berbeza selama bertahun-tahun

(Fanigliulo et al. 2017).

Dalam hipotesis jangka masa tiga tahun, penggunaan kaedah RT2 semasa tahun pertama

membenarkan satu bahagian dalam kultivar gabungan untuk mengganggu lapisan bawah

permukaan yang dipadatkan dan menggabungkan sisa tanaman serta biomas ke dalam tanih. Dalam

tahun kedua, kaedah tanap penanaman boleh digunakan meningkatkan penjimatan tenaga.

Akhirnya, tahun ketiga penanaman minimum (MT) akan menyumbang untuk menanam biomas

13
dan sisa yang berlebihan selepas kaedah tanpa penanaman dan mengurangkan penggunaan

biokimia. Berdasarkan kepada keperluan dan ciri-ciri setiap ladang, pilihan kaedah penanaman

yang sesuai mempunyai potensi untuk mengurangkan tahap campur tangan ke atas tanih dan

akibatknya ke atas kos (Fanigliulo et al. 2017).

Dalam kajian lain oleh Xu dan Jeffry (1997) bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

berkenaan kesan perubahan teknikal ke atas kecekapan pertanian tradisional dan pertanian moden

di dalam konteks pengeluaran beras di China iaitu untuk menyediakan satu ujian berdasarkan

hipotesis Schultz lemah tetapi cekap. Kecekapan teknikal dan ekonomi dipertimbangkan di dalam

konteks perubahan teknikal iaitu pengaplikasian beras hibrid. Objektif sekunder adalah untuk

memeriksa perhubungan antara kecekapan dalam pengeluaran beras dan ciri-ciri sosioekonomi

pengeluar supaya menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menganalisis kesan yang

telah direka bentuk untuk memperbaiki daya pengeluaran teknologi pertanian yang baru.

Perbezaan yang ketara juga wujud dalam kalangan tiga kawasan dari segi penggunaan input relatif

dalam pengeluaran beras. Penggunaan modal adalah tinggi di kawasan selatan iaitu 29 peratus lebih

besar dari di bahagian utara (bahagian utara lebih rendah jumlah modal) manakala penggunaan

buruh setiap asas per hektar adalah lebih rendah di selatan iaitu 17 peratus lebih rendah berbanding

14
di bahagian utara (lebih besar di bahagian utara). Perbezaan dalam ciri-ciri pertanian antara tiga

kawasan pengeluaran beras di Daerah Jiangsu, kawasan utara didefinisikan sebagai kawasan

pertanian tradisional manakala kawasan tengah dan selatan adalah dikelaskan sebagai kawasan

lebih moden (Xu dan Jeffry, 1997).

Tahap kebolehubahan dalam kecekapan juga lebih besar untuk pengeluaran hybrid rice (HR)

berbanding dengan pengeluaran conventional rice (CR) seperti yang diukur melalui sisihan piawai.

Bukti ini menyediakan sokongan dalam konteks pertanian Negara China kepada teori berkenaan

kecekapan dan kemajuan teknikal dalam pertanian tradisional serta menyokong hipotesis lemah

tetapi cekap iaitu petani secara alokasi cekap dengan kepelbagaian tradisional. Keputusan analisis

menunjukkan bahawa kemampuan penjelasan tiga pemboleh ubah termasuk dalam analisis adalah

terbatas iaitu nilai R2 adalah pada umumnya kurang daripada 0.5 dan tidak semua regresi atau

parameter yang dianggar adalah signifikan (Xu dan Jeffry, 1997).

Pendidikan menjadi faktor signifikan untuk kecekapan teknikal walau bagaimanapun tidak

signifikan untuk kecekapan peruntukan. Hubungan positif muncul antara saiz tanah dan ekonomi

serta kecekapan peruntukan dalam kawasan pertanian moden iaitu di selatan manakala

bertentangan dengan kawasan pertanian tradisional iaitu di utara. Ini menunjukkan bahawa saiz

15
ladang kecil kemungkinan boleh menimbulkan kekangan untuk perubahan teknikal dalam kawasan

pertanian moden walau bagaimanapun tidak menimbulkan kekangan dalam kawasan pengeluaran

pertanian tradisional. Analisis serupa dilakukan ke atas pengeluaran CR walau bagaimanapun tidak

terdapat hubungan yang signifikan (Xu dan Jeffry, 1997).

Stanek-Tarkowska, Czyz, Dexter dan Slawinski (2018) menjalankan kajian berkenaan pertanian

tradisional bertujuan untuk mengukur sifat tanih, biodiversiti mikrob dan hasil penanaman di

bawah dua sistem penanaman digunakan untuk pengeluaran gandum musim sejuk dalam

monokultur. Kajian telah dijalankan pada tempoh masa 2013 hingga 2016 melalui eksperimen

lapangan jangka panjang ke atas tanah kelodak di Krasne Research Station berdekatan dengan

Rzeszow, Poland. Penanaman tradisional melibatkan penyongsangan tanih manakala

mengurangkan penanaman adalah sistem bukan penyongsangan. Sifat tanih adalah seperti kimia

iaitu karbon organik tanih, pH, kewujudan P, K, dan Mg; fizikal iaitu kepadatan pukal tanih,

kandungan air, dan kestabilan dalam air; serta biologi iaitu kepelbagaian diatom (alga) apabila

mengukur sampel yang dikutip sepanjang musim penanaman dan penuaian. Kandungan karbon

organik tanih, kandungan air dan kepadatan pukal air dalam lapisan 0-5 cm dan 5-10 cm lebih besar

dalam pengurangan penanaman berbanding penanaman tradisional.

16
Di bawah pengurangan penanaman jumlah tanah liat yang mudah tersebar dikurangkan sehingga

meningkatkan kestabilan tanih dalam air. Tanih di bawah pengurangan penanaman mempunyai

kepelbagaian lebih besar dalam diatom atau alga (139 taxa) berbanding di bawah penanaman

tradisional (102 taxa). Hasil gandum adalah secara positif berhubungan dengan curahan hujan,

kandungan air tanih dan karbon organik tanih serta secara negatif berhubungan dengan tanah liat

yang mudah tersebar (Stanek-Tarkowska et al. 2018).

Pertanian Konvensional

Pertanian konvensional memastikan aktiviti lebih mampan dan secara ekologi dengan

menggunakan beberapa teknologi perladangan organik tradisional. Sistem konvensional tidak

mempunyai tanih yang lebih terdedah berbanding organik berasaskan haiwan atau sistem organik

berasaskan kekacang. Walau bagaimanapun, pertanian konvensional tidak mempunyai tanaman

penutup pada musim bukan menanam. Kitaran tanaman dalam pertanian konvensional kurang

kompleks berbanding dengan tanaman organik berasaskan haiwan. Tanaman konvensional

menghasilkan tanaman bijirin tunai setiap tahun. Kira-kira 5.2 juta kilokalori (kkal) ternaga per

hektar dilaburkan dalam pengeluaran jagung dalam sistem konvensional. Baja komersial untuk

17
sistem konvensional dihasilkan menggunakan tenaga fosil, manakala nutrien nitrogen untuk sistem

organik diperolehi dari kekacang dan lain-lain sumber. Sistem pengeluaran jagung konvensional

bergantung secara intensif kepada tenaga bahan bakar (Pimentel, Hepperly, Hanson, Douds dan

Seidel, 2005a).

Hasil pertanian konvensional adalah lebih tinggi berbanding pertanian organik dan kos tahunan per

hektar untuk pengeluaran tunai lebih rendah dalam sistem pertanian konvensional berbanding

pertanian organik. Walau bagaimanapun, pulangan bersih untuk pertanian konvensional dalam

kitaran tanaman adalah lebih berubah (berisiko) berbanding dengan pertanian organik. Jagung

ditanam 60 peratus masa kitaran tanaman dalam pertanian konvensional, walau bagaimanapun 33

peratus masa kitaran tanaman dalam pertanian organik. Dalam eksperimen Iowa, hasil jagung

adalah lebih tinggi dalam pertanian konvensional berbanding pertanian organik. Pertanian

konvensional menggunakan kaedah kawalan rumpai mekanikal, biologi dan kimia (Pimentel et al.

2005a).

Pimentel, Hepperly, Hanson, Seidel dan Douds (2005b) menjelaskan sistem konvensional

menghasilkan tanaman bijirin tunai setiap tahun, walau bagaimanapun tidak menggunakan baja

sintetik komersial dan sebaliknya bergantung kepada tanaman baja hijau yang membetulkan

18
nitrogen seperti semanggi merah sebagai sumber utama nitrogen. Baja komersial untuk sistem

konvensional dihasilkan menggunakan tenaga fosil, manakala nutrien nitrogen untuk sistem

organik diperolehi dari kekacang dan najis ternakan. Keperluan intensif tenaga bahan bakar fosil

sistem jagung konvensional untuk pengeluaran nitrogen meningkatkan input tenaga keseluruhan

dalam sistem konvensional berbanding dengan sistem pengeluaran organik. Kepekatan lindi

(leachate) pada kebiasaannya paling tinggi pada bulan Jun dan Julai sebaik sahaja penggunaan baja

dalam sistem konvensional atau membajak najis haiwan dan kekacang tanaman penutup. Kitaran

Rodale Institute Farming Systems Trial menunjukkan sistem konvensional menerima baja nitrogen

mineral untuk tanaman jagung dan gandum.

Barbieri, Pellerin dan Nesme (2017) mengkaji berkenaan perladangan konvensional dan objektif

kajian adalah untuk menganggarkan takat kitaran berbeza antara perladangan organik dan

konvensional. Kitaran konvensional mempunyai kepelbagaian yang rendah, terutama di kawasan

global seperti di negara-negara tropika dan subtropika. Bender (2001) menunjukkan bahawa caj

konvensional dikenakan, Wayne County kekal antara daedah tertinggi di Daerah Ohio dalam

pendapatan perladangan per hektar bersih, walau bagaimanapun Holmes County menurun kepada

hampir persentil 50th.

19
Makanan konvensional mempunyai kelebihan harga dan secara keseluruhannya ladang yang

diuruskan secara konvensional mempunyai hasil yang lebih tinggi sepanjang tahun (Emery, 2006).

Pezzulo (2016) menjalankan kajian berkenaan perladangan tradisional yang bertujuan untuk

mengkaji cara perladangan sara hidup tradisional sebenarnya berlaku dan persekitaran sosial yang

dibentuk oleh amalan tersebut. Sebahagian daripada aspek yang menjadikan model pertanian

tradisional Ladakhi menjadi mampan adalah kemampuan pertanian tersebut melakukan kerja

dengan cara yang memuaskan. Cabaran perladangan tradisional adalah kompleks dan saling

berkaitan. Pada masa kini jumlah haiwan adalah sedikit dan baja akan berkurang mewujudkan

pergantungan kepada baja kimia yang disubsidi oleh pemerintah.

Oleh itu, kesan domino atau reaksi rantaian terhadap pergantungan kepada input pemerintah dan

industri berlaku dalam sebuah kampung dan perubahan menjadi perlahan dalam tempoh lima puluh

tahun lalu. Prospek pertanian tradisional sangat sukar dan banyak cabaran. Harapan pertanian

tradisional adalah lebih banyak pendidikan mengenai kepentingan pertanian kepada budaya

Ladakhi (Pezzulo, 2016). Kajian terdahulu oleh Wynen (1992) melibatkan seorang petani

konvensional yang ditemubual dalam tahun 1985 hingga 1986 dan tahun 1986 hingga 1987

menunjukkan bahawa pulangan persendirian daripada pertanian konvensional dan pertanian

organik diandaikan sama. Penurunan penggunaan mesin dan peralatan per hektar yang ditanam

20
adalah tinggi di ladang konvensional. Di ladang konvensional, racun rumpai dapat digunakan yang

boleh menyebabkan perbelanjaan modal lebih tinggi.

Faktor berkaitan dengan penanaman dan penuaian yang tepat pada masa dalam kawasan yang lebih

luas di ladang konvensional menjelaskan bahagian penting kos penyusutan yang besar di ladang

konvensional. Kitaran perladangan konvensional dipilih berdasarkan pada asas perbualan dengan

petani dalam peralihan dan dengan Jabatan Pertanian iaitu bermula dengan kacang dan berakhir

dengan padang rumput. Lebih realistik untuk mengambil purata dua tahun dalam model sebagai

petunjuk arah aliran perbezaan antara tahap peralihan dan perladangan konvensional. Peningkatan

harga produk konvensional meluaskan jurang antara pertanian peralihan dan pertanian

konvensional (Wynen, 1992).

Mathew, Feng, Githinji, Ankumah dan Balkcom (2012) menjalankan kajian berkenaan kesan

jangka panjang amalan konvensional dan tanpa penanaman ke atas struktur komuniti mikrob,

aktiviti enzim dan sifat fizikokimia terpilih ditentukan dalam sistem jagung berterusan pada tanih

lumpur Decatur. Rawatan tanpa penanaman jangka panjang menghasilkan kandungan karbon dan

nitrogen tanih yang lebih tinggi, biomas mikrob yang sesuai dan aktiviti fosfatase pada kedalaman

0-5 cm daripada rawatan penanaman konvensional. Kajian tersebut menyiasat kesan amalan

21
konvensional dan tanpa penanaman kepada komuniti mikrob tanih dalam sistem pengeluaran

jagung berterusan dengan menentukan struktur komuniti mikrob menggunakan analisis PLFA dan

ARISA serta aktiviti mikrob seperti ditunjukkan oleh fosfatase tanih. Hipotesis pusat adalah

penggunaan jangka panjang dalam amalan tanpa penanaman akan menyebabkan pertukaran dalam

struktur komuniti mikrob tanih berbanding dengan amalan penanaman konvensional.

Organik tanih C, jumlah N dan nisbah C/N adalah secara signifikan lebih tinggi dalam rawatan

tanpa penanaman berbanding rawatan tanaman konvensional pada kedalaman 0-5 cm tetapi tidak

kepada kedalaman yang lebih rendah. Kesan kedalaman adalah ditinjau hanya dalam rawatan tanpa

penanaman. Kepadatan yang besar dalam tanih permukaan bagi rawatan tanpa penanaman dan

rawatan penanaman konvensional adalah rendah berbanding dengan tanih bawah permukaan

(subpermukaan) walaupun tidak ada perbezaan signifikan yang telah ditinjau antara rawatan

penanaman. Nilai pH tanih tidak berbeza berdasarkan rawatan penanaman atau kedalaman tanih

(Mathew et al. 2012).

Kajian komprehensif Toliver (2010) berkenaan prestasi hasil tanpa penanaman berbanding dengan

hasil penanaman konvensional dan pulangan bersih adalah kurang. Kajian tersebut menilai faktor

berpotensi yang mempengaruhi perbezaan dalam hasil penanaman konvensional dan tanpa

22
penanaman dan pulangan bersih seperti yang diterangkan oleh faktor seperti masa, tanaman,

curahan hujan, tekstur tanih dan kawasan geografi. Data dikumpulkan daripada 442 eksperimen

penanaman berpasangan dalam penanaman jagung, kacang soya, kapas, oat, gandum, dan sorgum.

Data dinilai menggunakan satu model campuran dan model logit untuk menilai perbezaan dalam

hasil purata dan risiko penurunan dengan tanpa penanaman berbanding dengan penanaman.

Sorgum dan gandum didapati mempunyai hasil lebih tinggi dalam tanpa penanaman berbanding

dengan penanaman.

Tanpa penanaman juga ditemui sangat baik prestasi berbanding dalam penanaman konvensional di

selatan Amerika Syarikat yang berbeza dengan utara Amerika Syarikat. Tanih yang licin juga

ditemui mengurangkan hasil tanpa penanaman. Beberapa faktor ditemui mengurangkan peluang

dalam risiko penurunan tanpa penanaman seperti sorgum, tanih berpasir, kawasan Northern

Crescent, Northern Great Plains, Prairie Gateway dan Southern Seaboard. Dua faktor yang

meningkatkan peluang dalam pengurangan hasil tanpa penanaman adalah peningkatan hujan dan

panjang tempoh penggunaan tanpa penanaman (Toliver, 2010).

Keputusan kajian menunjukkan tanpa penanaman lebih menguntungkan daripada penanaman

konvensional di kawasan Mississippi Portal, walau bagaimanapun kurang menguntungkan di

23
kawasan Prairie Gateway. Hasil bersih lebih rendah bagi tanpa penanaman gandum dan kacang

soya apabila dikeluarkan dalam kawasan tanih lumpur. Kapas yang ditanam di kawasan berpasir

mempunyai pulangan bersih lebih tinggi bagi tanpa penanaman walau bagaimanapun berkurang

hasil pulangan apabila hujan bertambah. Model logit menunjukkan faktor tertentu mengurangkan

kebarangkalian hasil pulangan lebih rendah bagi tanpa penanaman. Terdapat penurunan risiko

dalam penanaman gandum dalam tanpa penanaman (kitaran tanaman) serta risiko menurun di

kawasan Southern Seaboard dan apabila tanpa penanaman dijalankan di kawasan tanih lumpur.

Terdapat faktor yang telah meningkatkan kebarangkalian hasil pulangan lebih rendah; bertambah

hujan, Northern Great Plains, Prairie Gateway dan kawasan lembangan serta lingkungan (Toliver,

2010).

Kesimpulan

Di seluruh dunia mempunyai pelbagai jenis pertanian seperti pertanian tradisional, pertanian

konvensional, pertanian organik dan lain-lain. Pertanian tradisional tidak banyak memerlukan kos

dan keuntungan lebih baik berbanding pertanian jenis lain seperti pertanian organik. Terdapat

banyak pandangan berkenaan pertanian tradisional dari segi kemampanan termasuk kesan ke atas

24
alam sekitar. Walau bagaimanapun, pertanian tradisional dilihat sebagai pertanian yang kurang

mendatangkan kesan negatif ke atas alam sekitar. Pertanian tradisional dianggap mesra alam seperti

menghadapi perubahan iklim yang merangkumi amalan penggunaan baja, ramalan cuaca tempatan

dan penanaman pelbagai untuk menguruskan risiko. Kaedah pertanian tradisional tidak

memerlukan penggunaan teknologi tinggi seperti penggunaan bahan kimia atau racun perosak.

Pertanian tradisional berlaku peningkatan output di kawasan tertentu di bahagian dunia yang

disebabkan oleh penggunaan sumber yang lebih cekap yang dilakukan oleh petani. Makanan dapat

dihasilkan menggunakan teknik tradisional dengan darjah kecil teknologi dan maklumat berkenaan

tingkah laku persekitaran yang terhasil dalam sistem pengeluaran dengan hasil yang terbatas dan

beberapa cabaran dalam tanaman seperti tanaman mati, suhu berlebihan dan lain-lain. Walau

bagaimanapun kurang perhatian diberikan kepada pertanian tradisional sebagai asas sara hidup

masyarakat agrarian. Cabaran perladangan tradisional adalah kompleks dan saling berkaitan

sebagai contohnya cabaran yang berlaku pada masa kini iaitu jumlah haiwan adalah sedikit dan

baja akan berkurang mewujudkan pergantungan kepada baja kimia yang disubsidi oleh pemerintah

bagi beberapa Negara Dunia Ketiga.

25
Rujukan

Abate, T., van Huis, A. dan Ampoto, J. K. O. (2000). Pest management strategies in traditional agriculture:
an African perspective. Annual Review Of Entomology, 45: 631-659.

Altieri, M. A. dan Nicholls, C. I. (2017). The adaptation and mitigation potential of traditional agriculture
in a changing climate. Climate Change, 140(1:4): 33-45.

Altieri, M. A. (2004). Linking ecologists and traditional farmers in the search for sustainable agriculture.
Frontiers In Ecology And The Environment. 2(1): 35-42. Dalam Food And Agriculture Organization Of
the United Nations. Family farming knowledge platform. Atas talian pada 16 Mei 2020, dari
http://www.fao.org/family-farming/detail/en/c/386165/

Ayaz, M., Ammad-Uddin, M., Sharif, Z., Mansour, A. dan Aggoune, E. M. (2019). Internet-of-Things
(IoT)-based smart agriculture: toward making the fields talk. IEEE Access, 7: 129551-129583. DOI:
10.1109/ACCESS.2019.2932609

Barbieri, P., Pellerin, S. dan Nesme, T. (2017). Comparing crop rotations between organic and conventional
farming. Scientific Reports, 7(13761). DOI: https://doi.org/10.1038/s41598-017-14271-6

Bender, M. (2001). An economic comparison of traditional and conventional agricultural systems at a


county level. American Journal Of Alternative Agriculture, 16(1): 2-15. DOI:
10.1017/S0889189300008808

Bradshaw, J. (2014). Understanding organics at the grassroots level: an analysis of Ecuadorian and
Canadian perceptions. Earth Common Journal, 4(1): 1-2. Atas talian pada 13 Mei 2020, dari

26
http://www.inquiriesjournal.com/articles/951/understanding-organics-at-the-grassroots-level-an-analysis-
of-ecuadorian-and-canadian-perceptions

Brush, S. B. (2005). Protecting traditional agricultural knowledge. Washington University Journal Of Law
& Policy, 17 Biodiversity, Biotechnology, and the Legal Protection Of Traditional Knowledge: 59-109.
Atas talian pada 13 Mei 2020, dari
https://openscholarship.wustl.edu/law_journal_law_policy/vol17/iss1/5

Chentoufi, L., Sahri, A., Arbaoui, M., Belqadi, L., Birouk, A., Routmet, P. & Muller, M. (2014). Achoring
durum wheat diversity in the reality of traditional agricultural systems: varieties, seed management, and
farmers’ perception in two Moroccan regions. Journal Of Etnobiology And Ethnomedicine, 10(58). DOI:
https://doi.org/10.1186/1746-4269-10-58

 Collado, E., Fossatti, A. dan Saez, Y. (2019). Smart farming: a potential solution towards a modern and
sustainable agriculture in Panama. AIMS Agriculture And Food, 4(2): 266-284. DOI:
10.3934/agrfood.2019.2.266

Emery, E. H. (2006). Effects of organic versus conventional farming methods on physical and chemical
soil quality indicators. Masters Of Sicence Thesis. Ohio State University. Atas talian pada 16 Mei 2020,
dari https://etd.ohiolink.edu/!etd.send_file?accession=osu1392140957&disposition=inline

Garg, A. dan Balodi, R. (2014). Recent trends in agriculture: vertical farming and organic farming.
Advances In Plants & Agriculture Research, 1(4): 142-144. DOI: 10.15406/apar.2014.01.00023

27
 Hammel, K. dan Arnold, T. (2012). Understanding the loss of traditional agricultural systems: a case study
of orchard meadows in Germany. Journal of Agriculture, Food Systems, and Community Development,
2(4): 119-146. DOI: http://dx.doi.org/10.5304/jafscd.2012.024.011

 Kansanga, M., Andersen, P., Kpienbaareh, D., Mason-Renton, S., Atuoye, K., Sano, Y. Antabe, R. dan
Luginaah, I. (2019). Traditional agriculture in transition: examining the impacts of agricultural
modernization on smallholder farming in Ghana under the new Green Revolution. International Journal
Of Sustainable Development & World Ecology, 26 (1): 11-24. DOI:
https://doi.org/10.1080/13504509.2018.1491429

Mantikayan, S. M. dan Abas, E. L. (2015). Traditional rice farming ritual practices of the Magindanawn in
Southern Philippines. American Journal Of Agriculture And Forestry, 3(6-1): 15-18. DOI:
10.11648/j.ajaf.s.2015030601.14

Mathew, R. P., Feng, Y., Githinji, L., Ankumah, R. dan Balkcom, K. S. (2012). Impact of no-tillage and
conventional tillage systems on soil microbial communities. Hindawi Applied And Environmental Soil
Science, 2012(548620): 1-10. DOI: doi:10.1155/2012/548620

Mijindadi, N. B. dan Norman, D. W. (1984). Efficiency differentials in the traditional agriculture of


Northern Nigeria, Agricultural Systems, 14(4): 213-228. DOI: https://doi.org/10.1016/0308-
521X(84)90059-3

Ofuoku, A. U. dan Albert, C. O. (2014). Conservation of traditional agricultural knowledge in Delta State,
Nigeria. Social Change, 44(3): 401-411. DOI: https://doi.org/10.1177/0049085714536802

28
Olasantan, F. O. (1992). Vegetable production in traditional farming systems in Nigeria. Outlook On
Agriculture, 21(2): 117-127. DOI: https://doi.org/10.1177/003072709202100207

Otto, J. S. dan Burns III, A. M. (1981). Traditional agricultural practices in the Arkansas Highlands. The
Journal Of American Folklore, 94(372: Apr-Jun): 166-187. DOI: 10.2307/540123

Pezzulo, I. (2016). Song of the dzopa: a case study of traditional farming, food and community in Ladakh.
Independent Study Project (ISP) Collection. Atas talian pada 16 Mei 2020, dari
https://digitalcollections.sit.edu/isp_collection/2405;
https://digitalcollections.sit.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=3425&context=isp_collection

Pimentel, D., Hepperly, P., Hanson, J., Douds, D. dan Seidel, R. (2005a). Environmental, energetic, and
economic comparisons of organic and conventional farming. BioScience, 55(7): 573-582. DOI:
https://doi.org/10.1641/0006-3568(2005)055[0573:EEAECO]2.0.CO;2

Pimentel, D., Hepperly, P., Hanson, J., Seidel, R. dan Douds, D. (2005b). Organic and conventional
farming systems: environmental and economic issues. Report 05-1 (July, 2005). Atas talian pada 16 Mei
2020, dari https://pdfs.semanticscholar.org/77e6/4ed4321a35834fced6c96af7055f29a53bde.pdf

Pongnumkul, S., Chaovalit, P. dan Surasvadi, N. (2015). Applications of smartphone-based sensors in


agriculture: a systematic review of research. Hindawi: Journal Of Sensors, 2015. DOI:
10.1155/2015/195308

Powell, M. (2016). Terraced agriculture: a step in the right direction? The Solutions Journal, 6(6:
Agriculture & Food): 74-77. Atas talian pada 15 Mei 2020, dari
https://www.thesolutionsjournal.com/article/terraced-agriculture-a-step-in-the-right-direction/

29
Sandor, J. A. dan Homburg, J. A. (2017). Anthropogenic soil change in ancient and traditional agricultural
fields in arid to semiarid regions of the Americas. Journal Of Ethnobiology, 37(2): 196-217. DOI:
10.2993/0278-0771-37.2.196

Smith, A. B. (2019a). Ancient and traditional agriculture, pastoralism, and agricultural societies in Sub-
Saharan Africa. Oxford Research Encyclopedia OF Environmental Science. DOI:
10.1093/acrefore/9780199389414.013.179. Atas talian pada 15 Mei 2020, dari
https://oxfordre.com/environmentalscience/view/10.1093/acrefore/9780199389414.001.0001/acrefore-
9780199389414-e-179

Smith, O. M., Cohen, A. L., Rieser, C. J., Davis, A. G., Taylor, J. M., Adesanya, A. W., Jones, M. S.,
Meier, A. R., Reganold, J. P., Orpet, R. J., Northfield, T. D. dan Crowder, D. W. (2019b). Organic farming
provides reliable environmental benefits but increases variability in crop yields: a global meta-analysis.
Frontiers In Sustainable Food Systems, 3 (September 2019): 82. DOI:
https://doi.org/10.3389/fsufs.2019.00082

Stanek-Tarkowska, J., Czyż, E. A., Dexter, A. R., Sławiński, C. (2018). Effects of reduced and traditional
tillage on soil properties and diversity of diatoms under winter wheat. International. Agrophysics, 32(3),
403-409. DOI: https://doi.org/10.1515/intag-2017-0016

Toliver, D. K. (2010). Effects of no-tillage on crop yields and net returns across the United States. Master
Of Science Thesis. The University Of Tennessee, Knoxville. Atas talian pada 17 Mei 2020, dari
https://trace.tennessee.edu/utk_gradthes/754; https://trace.tennessee.edu/cgi/viewcontent.cgi?referer=&
httpsredir=1&article=1808&context=utk_gradthes

30
Vaarst, M. (2010). Organic farming as a development strategy: who are interested and who are not? Journal
Of Sustainable Development, 3(1): 38-50. Atas talian pada 16 Mei 2020, dari
https://orgprints.org/16791/1/16791.pdf

Wynen (1992). Conversion from conventional to organic agriculture. 36th Annual Conference Of The
Australian Agricultural Economics Society. Atas talian pada 16 Mei 2020, dari
ageconsearch.umn.edu/record/147353/files/1992-11-01-03.pdf

Xu, X. dan Jeffrey, S. R. (2017). Efficiency and technical progress in traditional and modern agriculture:

ecidence from rice production in China. Agricultural Economics, 18 (1998): 157-165.

31

Anda mungkin juga menyukai