Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PT3: JENIS FAKTA

Warga tua merupakan golongan yang banyak berjasa kepada kita. Huraikan
usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu warga tua.
_______________________________________________________

Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mereka


tidak harus dilupakan atau diabaikan. Sebelum ini, mereka telah menabur
jasa demi kebahagiaan semua. Terdapat sebilangan warga tua yang tidak
bernasib baik. Mereka ini bukan sahaja uzur, nyanyuk, malahan mengalami
pelbagai masalah kesihatan kerana usia yang telah lanjut.

Kita tidak mahu warga tua yang banyak berjasa ini menjadi seperti
warga tua di negara-negara Barat. Di negara-negara tersebut, warga tua
itu tidak dipedulikan oleh anak mereka sendiri dan ditempatkan di rumah
orang-orang tua. Mereka kesunyian, kurang perhatian, dan kehilangan kasih
sayang. Lebih malang lagi apabila mereka hidup melarat, merempat, dan
tidak dipedulikan oleh sesiapa lagi. Anak-anak beranggapan bahawa
menjaga warga tua adalah seperti mendukung biawak hidup.

Di negara kita, pelbagai usaha dapat dilakukan untuk membela nasib


warga tua. Pihak kerajaan mahupun pihak swasta mesti membina lebih
banyak rumah untuk warga tua ini. Di rumah ini, mereka menikmati
kemudahan tempat tinggal, makanan, dan rawatan kesihatan yang lebih
baik. Dengan ini, nasib mereka akan terbela. Mereka tidaklah hidup dalam
keadaan melarat, sunyi, dan merempat.

Selain itu, pihak terbabit hendaklah menyediakan tempat khas


dalam pengangkutan awam seperti bas dan kereta api untuk warga tua ini.
Dengan ini, mereka tidak perlu berhimpit-himpit atau berdiri sepanjang
perjalanan. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang
dilancarkan oleh kerajaan. Di samping itu, tangga khas atau laluan khas
hendaklah disediakan bagi kemudahan golongan ini. Semua kemudahan ini
membuktikan keprihatinan kita terhadap warga tua.

Di samping itu, kerajaan, agensinya, pihak swasta, stesen radio, dan


stesen televisyen perlu memperbanyak kempen untuk menyedarkan
generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Sehubungan
dengan itu, sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa boleh diraikan untuk
menimbulkan kesedaran terhadap nasib warga tua ini. Sambutan ini
diharapkan dapat mencetuskan rasa simpati, rasa kasih sayang, dan
hormat yang mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap warga tua.
Masyarakat tidak harus melupakan warga tua yang telah berjasa
kepada negara, amnya dan kepada masyarakat, khususnya. Generasi muda,
hendaklah sentiasa sedar bahawa kemerdekaan, keselesaan hidup, dan
kemewahan hari ini ialah hasil perjuangan dan pengorbanan warga tua.

Anda mungkin juga menyukai