Anda di halaman 1dari 1

Langkah2 menghargai warga tua

Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Mereka pernah menaburkan jasa dan budi yang tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat . Tanpa mereka,keluarga dan masyarakat yang ada pada hari ini tidak akan wujud dan kita kemungkinan hidup dalam keadaan yang tidak aman.Oleh yang demikian, kita haruslah menyayangi warga emas . Antara cara untuk memghargai warga tua yang banyak berjasa kepada negara ialah meraikan hari kelahiran mereka setiap tahun. Kita dapat menggembirakan mereka dengan cara ini kerana mereka berasa diri disayangi dan dihargai oleh orang lain.Oleh demikian ,mereka dapat menghindari dirinya daripada kemurungan dan kesedihan yang boleh mengakibatkan mereka mempunyai pemikiran untuk membunuh diri ataupun menghidap penyakit nanar.Contohnya, terdapat orang tua yang mengalami kemurungan dan menghidap penyakit sakit jiwa. Selain itu,kita harus menghargai mereka terutamanya, sempena Hari Ibu dan Hari Bapa.Keluarga dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa dengan member hadiah kepada warga tua.Hal ini bukan sahaja boleh menyebabkan mereka dihormati ,malah ia juga boleh meningkat keprihatin masyarakat.Sebagai contoh, Di samping itu ,kita juga boleh mengadakan program ibu atau bapa angkat.Program ini boleh dijalankan melalui aktiviti persatuan di sekolah seperti kadet remaja ,persatuan bulan sabit merah dan lain-lain.Melalui aktiviti seperti itu,pelajar dapat menerapkan nilai kasih sayang dan menghormati orang-orang tua di samping membantu warga emas dalam aktiviti seharian mereka.Contohnya, mereka dapat menjaga nenek atau datuk mereka dengan cara yang betul . Seterusnya ,kerajaan harus menganjurkan aktiviti- aktiviti sempena sambutan perayaan pelbagai kaum dam perayaan kebangsaan .

Anda mungkin juga menyukai