Anda di halaman 1dari 4

TAJUK TUGASAN : ISU KENAIKAN HARGA MAKANAN TERNAKAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Turun naik harga makanan adalah norma pasaran. Rata-rata hakikat ini


diterima oleh rakyat jelata. Malahan pasaran perlukan harga turun dan naik untuk
membolehkan masalah lebihan atau kurangan produk di atasi. Iaitu bila berlaku
lambakan, hanya melalui harga yang rendah, stok yang berlebih boleh dijual, dan
sebaliknya. Ini adalah fungsi asas harga. Tetapi, apabila kenaikan harga adalah
melebihi daripada paras “normal”, atau harga meningkat “berlebihan”, gejala ini
sukar diterima terutama oleh pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
Kegelisahan mereka ini sebenarnya berasas. Ini kerana sejak kebelakangan ini, harga
makanan menampilkan peningkatan yang di tanggap sebagai lebih daripada biasa
atau “berlebihan”. Salah satu penyebab kepada peningkatan harga makanan adalah
kerana berlakunya kenaikan harga makanan ternakan di Malaysia.

Kenapa harga makanan ternakan meningkat?

Mengapakah harga makanan ternakan di negara kita meningkat?. Pertama,


pada bulan Mac 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
mengesahkan bahawa berlakunya kenaikan makanan ternakan sehingga empat
hingga lima peratus. Hal ini berlaku disebabkan kerana makanan ternakan
dipengaruhi oleh kenaikan harga komoditi bahan mentah utama makanan ternakan
yang diimport sepenuhnya. Contohnya, jagung telah meningkat sebanyak 15.2
peratus kepada RM 1,100 satu tan pada November 2020 berbanding RM955 satu tan
pada April tahun lalu. Harga bahan mentah makanan ternakan ditentukan oleh harga
pasaran komoditi dunia.

Kedua, negara Malaysia masih bergantung kepada pengimportan bahan


mentah utama makanan ternakan seperti jagung bijian dari Argentina dan Brazil.
Ketiga, pengeluaran jagung bijian tempatan masih belum mencapai keperluan
komersial pengilang dari segi kuantiti dan kualiti serta ketiga, tiada lagi bahan metah
gantian yang bersesuaian bagi bahan mentah utama yang digunakan dalam makanan
ternakan terutamanya untuk makanan unggas seperti ayam pedaging dan penelur.
Keadaan seperti inilah yang telah menyebabkan kenaikan harga makanan ternakan
di Malaysia.

Kesan kepada industri penternakan

1
Sama ada penternak komersial atau penternak skala kecil-sederhana,
kenaikan harga makanan ternakan pastinya memberi kesan yang besar kepada
operasi mereka. Kekurangan modal tunai dan aktiviti jualan yang perlahan mungkin
akan menyebabkan banyak penternak-penternak kecil terpaksa gulung tikar.Untuk
penternak skala komersial yang mempunyai aliran tunai yang tinggi (ditambah
mampu membuat pinjaman besar daripada bank), mereka masih boleh bertahan.
Tetapi kenaikan kos pada makanan ternakan tadi pastinya akan disalurkan kepada
pengguna dengan menaikkan harga jualan produk. Kesannya, negara akan
menyaksikan kenaikan mendadak pada harga produk-produk makanan termasuklah
harga ayam mentah, telur, daging segar dan produk-produk yang berkaitan.

Penternak kecil terpaksa tutup kandang dan reban. Usahawan-usahawan


baru akan menjauhi sektor penternakan kerana dilihat sebagai perniagaan yang tidak
menguntungkan. Syarikat besar yang memonopoli akan menaikkan harga jualan
produk untuk mengekalkan margin yang diperlukan.

Kesan kepada pengguna dan masyarakat

Kenaikan harga makanan ternakan sudah semestinya turut memberikan kesan


kepada pengguna atau masyarakat sebagai pembeli. Hal ini kerana dengan
meningkatnya kos operasi penternak yang hampir 70% bergantung kepada makanan
ternakan untuk beroperasi, pastinya akan disalurkan kepada pengguna dengan
menaikkan harga jualan produk.

Kesannya, negara akan menyaksikan kenaikan mendadak pada harga produk-


produk makanan termasuklah harga ayam mentah, telur, daging segar dan produk-
produk yang berkaitan. Harga makanan di restoran-restoran juga tidak akan
terkecuali, akan turut meningkat tinggi dan perlu ditanggung oleh pengguna.

Akibat kenaikan harga bahan mentah juga, sedikit sebanyak akan


memberikan kesan kepada kesihatan masyarakat kerana bagi keluarga yang
berpendapatan rendah makanan yang bernutrisi tinggi seperti ayam dan daging
pastinya akan menjadi pilihan terakhir disebabkan ketidakmampuan untuk membeli
dan akhirnya memilih untuk membeli makanan yang jauh lebih rendah harganya
seperti makanan tin dan makanan segera.

Contoh beberapa jenis makanan ternakan dan gambar

Terdapat beberapa jenis makanan ternakan yang dijual di pasaran. Antaranya adalah
seperti dalam gambar di bawah :

2
Gambar 1 : Dedak ayam halus Gambar 2 : Dedak ayam kasar

Gambar 3 : Makanan penggemuk lembu Gambar 4 : Pelet kulit kacang soya untuk
lembu

Gambar 6 : Jagung hancur


Gambar 5 : Makanan/dedak kambing

3
Gambar 6 : Makanan arnab
Gambar 7 : Biji gandum ayam

Kesimpulan

Kesimpulannya, makanan ternakan sangat mempengaruhi rantaian kenaikan


harga makanan di Malaysia.Naiknya harga makanan ternakan maka meningkatlah
kos pengoperasian dan penjagaan ternakan seterusnya akan menyebabkan naiknya
harga produk ternakan yang dijual. Keadaan ini sekaligus memberikan kesan yang
kurang memberangsangkan kepada industry penternakan dan juga kepada pengguna
atau masyarakat.

Rujukan

Unit komunikasi korporat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (2021)


Laporan Liputan Media Harian . Dicapai daripada
https://www.mafi.gov.my/documents/20182/296615/04-min.pdf/f616260f-5865-
42bf-b829-d799b24e01f1.

Mohd. Anas Asmawi (2020). SURAT | Kenaikan harga dedak akhirnya akan rugikan
pengguna. Dicapai daripada https://www.malaysiakini.com/letters/549124.

Prof Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad (2021). Kenaikan harga makanan:
Mengapa dan apa seterusnya. Dicapai daripada
https://www.upm.edu.my/berita/kenaikan_harga_makanan_mengapa_dan_apa_set
erusnya-24964.

Anda mungkin juga menyukai