Anda di halaman 1dari 25

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Latihan industri ini

dijalankan pada setiap semester ketiga bagi pelajar kursus peringkat Sijil dan pada setiap semester keempat bagi pelajar kursus peringkat Diploma. Walaubagaimanapun, pelajar untuk Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Plastik) perlu menjalani latihan industri pada semester terakhir pengajian.

Latihan tersebut akan mengambil masa selama satu semester iaitu lebih kurang 20 minggu. Pelajar akan ditempatkan sama ada di jabatan kerajaan atau swasta. Dalam tempoh masa ini, pelajar akan didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenarnya. Tempat latihan yang sesuai atau yang disukai pelajar bergantung pada faktor-faktor berikut:

i. ii. iii.

Kesediaan firma/jabatan menerima pelajar. Kekosongan tempat latihan. Permintaan dari firma/jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti oleh pelajar.

Sekiranya seseorang pelajar gagal menjalani latihan industri, pelajar itu dikira gagal dan akan dikehendaki mengulang semester.

1.1.2 Objektif latihan industri

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Membina personaliti individu. Memberi pendedahan awal kepada alam pekerjaan. Mengamalkan etika dan perturan kerja yang baik. Menanam semangat berpasukan dan menjalani perhubungan yang baik sesama pekerja. Meningkatkan keyakinan diri. Dapat melihat perbandingan di antara teori dan praktikal. Menghasilkan satu laporan industri yang lengkap apabila telah tamat latihan.

1.1.3

Objektif laporan

Antara objektif membuat laporan industri setelah latihan industri ialah:

i.

Merupakan satu dokumen penting kepada pelajar supaya dapat mendokumentasikan segala aktiviti mereka dengan lebih teratur dan terperinci.

ii.

Dapat membantu pegawai dan pensyarah untuk menilai kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri.

iii. iv. v.

Menyediakan laporan yang lebih teratur supaya memudahkan pelajar menghadiri sesi temuduga dengan pensyarah. Sebagai bahan bukti pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Melatih pelajar untuk membuat laporan teknikal apabila bekerja kelak.

1.1.4

Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Tujuan latihan industri ini diwajibkan kepada semua pelajar politeknik di seluruh Malaysia ialah sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain itu, ianya juga menjadi medan untuk para pelajar mempraktikkan segala ilmu yang telah diperoleh. Bukan itu sahaja, segala sikap yang diperlukan dalam industri dapat dilihat dan dinilai sendiri oleh pelajar seperti sikap menepati masa, amanah, dedikasi dan banyak lagi. Di samping itu, interaksi di antara pelajar dan para pekerja mahir di industri akan memantapkan jati diri pelajar tersebut. Segala apa yang telah pelajar perolehi semasa latihan industri dapat digunakan semula selepas pelajar tamat pengajian dan bersedia untuk ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.2

Latar Belakang Industri Minebea-Matsushita Electronics Motor (MAMM)

1.2.1

Latar belakang Konusuke Matsushita Beliau adalah pengasas kepada syarikat ini. Sebelum syarikat ini berkembang dengan pesat sehingga ke hari ini, terdapat beberapa peringkat yang di lalui oleh pengasasnya. Selepas beliau meninggal dunia, Syarikat Matsushita tetap berkembang dengan pesat adalah hasil usaha beliau yang tidak mengenal erti putus asa dan sedia menghadapi segala cabaran.

Rajah 1.1 : Konusuke Matsushita

Konusuke Matsushita adalah pengasas dan Eksekutif Penasihat Syarikat Matsushita. Beliau meninggal dunia pada 27 April 1989. Pada tahun 1918, Konusuke Matsushita telah mengasas dan menubuhkan Syarikat Matsushita Electric Houseware Manufacturing Work di Osaka dan kemudian dikenali sebagai Matsushita Co.LTD. pada tahun 1935. Selama 76 tahun yang lalu, Konusuke Matsushita adalah pendorong utama kerana sumbangan masa dan tenaganya untuk menjayakan syarikat itu sehingga mendapat pengiktirafan daripada masyarakat di seluruh dunia. Beliau juga mengemukakan misi perniagaannya iaitu

sebuah syarikat memainkan peranan penting terhadap kehendak, kemajuan dan kemakmuran masyarakat.

Rajah 1.2 : Konusuke Matsushita

Beliau bukan hanya seorang usahawan yang berjaya, tetapi juga adalah seorang ahli falsafah. Kesengsaraan akibat Perang Dunia telah menyebabkan dirinya cinta kepada keamanan dan kemakmuran masyarakat. Oleh itu, beliau sering menyumbangkan masa dan tenaganya dalam penerokaan untuk membawa ke arah kemajuan dan kajayaan.

1.2.2

Sejarah penubuhan syarikat Matsushita

Sebelum Penubuhan

Tahun 1894

Peristiwa Konusuke Matsushita, pengasas Syarikat Elektrik Matsushita dilahirkan di Kampung Wasa Wakaya, Selatan Osaka, Jepun.

1904

Konusuke Matsushita meninggalkan bangku sekolah dengan kelulusan Gred 4 dan kemudian menjadi pelatih kepada seorang saudagar di Osaka.

1910

Konusuke Matsushita mempunyai minat yang mendalam dalam bidang elektrik dan dia mengambil keputusan untuk bekerja di Osaka Light Company.

Tahun Membangun

1918

Syarikat Matsushita Houseware Manufacturing Works didirikan untuk menghasilkan sistem pendawaian peralatan elektrik di rumah.

1919

Konusuke Matsushita dan para pekerjanya mengasaskan Haichikai tetapi dibubarkan pada tahun 1946 dan Kesatuan Pekerja dibentuk.

1923

Konusuke Matsushita memulakan perniagaan Cannon-shell Shaped Battery-Oowered Bicycle Lamp.

1927

Square Battery-Powered Hand Lamp dijual di pasaran dengan jenama NATIONAL. Pemanas elektrik mula direka dan Electric Iron mula di pamerkan.

1928

Nama Syarikat Matsushita Elektrik ditukar kepada Matsushita Electric Works. Basic Business Principal and Employee atau Prinsip Perusahaan Matsushita dan syarat untuk pekerja (Employee Creed) telah diperkenalkan dan dilancarkan.

Tahun Kecemerlangan

1932

Bahagian perdagangan dibentuk dalam syarikat dan pada tahun 1935 dikenali sebagai Co.Ltd.

1932

Syarikat Divisional telah diperkenalkan.

Ibu pejabat telah

dibina di Kadoma. Five Objective diperkenalkan kepada para pekerja untuk diamalkan dan ia dapat membantu pekerja menjadi seorang yang berbudi pekerti mulia dan dihormati.

Tahun Peperangan

1939

Syarikat Matsushita Dry Battery didirikan di Shanghai (Syarikat Matsushita luar negara yang pertama).

1945 1946

Syarikat terus menghasilkan produk pengguna (consumer). Institut Penyelidikan dan Pembangunan (Research and

Development) ditubuhkan.

Tahun Pembinaan Semula

1951

Konusuke Matsushita mengadakan lawatan yang pertama ke Amerika Syarikat dan Eropah.

1952

Perjanjian kerjasama dalam aspek teknikal dengan syarikat Philip Belanda telah ditandatangani.

1953

Pusat makmal penyelidikan ditubuhkan di New York.

Tahun Perkembangan Perniagaan

1956

Konusuke Matsushita meneruskan usahanya mengembangkan perniagaan. Beliau telah menghasilkan Pelan 5 Tahun untuk melihat perkembangan syarikatnya. Lima tahun kemudian, jualan syarikatnya telah mencapai 1000 juta Yen dan hampir sama dengan matlamat yang dirancangkan di dalam pelan tersebut.

1959

Matsushita Electric Corporation ditubuhkan di Amerika.

1960

Konusuke Matsushita menjadi Pengerusi dan Masaharu Matsushita menggantikan beliau sebagai Pengerusi.

1961

Majalah

Time

keluaran

Amerika

Syarikat

telah

memperkenalkan Konusuke Matsushita kepada masyarakat dunia. Sebuah syarikat pengeluaran didirikan di Thailand. 1962 Konusuke Matsushita telah memberi syarahan tentang falsafah pengurusan di Conference CIOS International Management di New York.

Tahun Pemulihan dan Kemajuan

1964

Konfren (conference) Atami telah diadakan, selepas Matsushita mengadakan sistem pengedaran yang baru.

1965

Kerja lima (5) hari seminggu diperkenalkan buat kali pertama di Jepun.

1968 1970 1971

Ulang tahun syarikat yang ke-70 dirayakan. Pavilion Matsushita Expo ke-70 telah diadakan. Konusuke Matsushita telah menjadi Eksekutif Penasihat.

Tahun Pengukuhan Perniagaan

1976

Masaharu Matsushita menjadi Pengerusi dan Tashihiko Yamashita dilantik sebagai Presiden.

1979 1980

Konusuke Matsushita melawat negara China dan Malaysia. Institut Kerajaan dan Pengurusan Matsushita telah ditubuhkan bagi melicinkan lagi sistem perdagangan Syarikat Matsushita.

1981

Ulangtahun Mei Chi ke-50 telah dirayakan dan serentak dengan itu satu pameran yang bertemakan Teknologi Semasa Matsushita telah diadakan di Amerika Syarikat

1982

Karya

Matsushita

yang

menerbitkan

Thought

On

Man

diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. 1983 Konusuke Matsushita menerbitkan karya dalam bahasa Sepanyol yang bertajuk El Secreta de mi Exeto-Caulidades necesrias de ungerenre.

Tahun Pembangunan Kejuruteraan

1986

Tashihiko Yamashita meletakkan jawatannya sebagai Presiden dan menjadi Eksektif Penasihat. Presiden Syarikat. Akio Tanii dilantik sebagai

1987

Konusuke Matsushita diberi anugerah tertinggi dinegara Jepun (First Class Order of The Rising Sun).

1988 1989

Syarikat MEEI telah bergabung dengan MET. Konusuke Matsushita telah meninggal dunia dan beliau dianugerahkan dengan gelaran Third Grade Senior of Court Rank.

1990 1991 1992

Perolehan daripada MCA inc. Penetapan perancangan MEEI Business Global Partnership. Akio Tanii meletakkan jawatan sebagai Presiden untuk menjadi Penasihat dan Yoichi Monishita dilantik sebagai Presiden kepada Creativity & Daring.

1994 1995

Pengeluaran 100 juta produk. Ulangtahun R&D Centre. ke-5, mengeluarkan 200 juta produk,

dianugerahkan ISO 9002 oleh SIRIM dan memperkenalkan

1997

Memperkenalkan tawaran projek Marukin yang tertumpu kepada design untuk motor baru pasaran, memberi tawaran kelas teknikal untuk Pegawai Am di Polimas, membina asrama MAEM, dilawati oleh Mr Miyao iaitu Pengurus Pertama Motor Company, memperkenalkan MINAS motor (IMD).

1998 2000 2004

Dianugerahkan ISO 14001 oleh SIRIM di bulan April. Dianugerahkan QS 14001 oleh SIRIM. MAEM diambil alih oleh MINEBEA MATSUSHITA Company (MAMM) pada 1 April 2004.

2005

Projek untuk mendapatkan penganugerahan ISO/TS 16949. Jadual 1.1 : Kronologi MAMM

1.2.3

Penukaran nama MAEM kepada MAMM

Matsushita Electronic Motor (MAEM) merupakan anak syarikat kepada Matsushita Industrial CO. LTD, Japan. dan mula beroperasi pada November 1990. jenis motor tersebut. Ia dibina atas tapak MAEM menghasilkan seluas 99,691 meter persegi di kawasan Perindustrian Sungai Petani motor-motor elektronik untuk pelbagai kegunaan bergantung kepada Antara motor yang dihasilkan ialah brushless MAEM motor untuk peralatan video, stepping motor untuk peralatan pejabat dan power motor untuk kamera, CD Rom dan peralatan pejabat.

beroperasi berlandaskan sistem keselamatan dan piawaian kualiti barangan yang dihasilkan iaitu ISO 9002, MAEM diiktiraf sebagai pemegang sijil ISO 9002 pada bulan JULAI 1995 iaitu hanya 5 tahun syarikat mula beroperasi.

Perkembangan MAEM diteruskan apabila MAEM Plant 2 didirikan pada bulan Julai 2001. Kilang ini telah dibina dengan jumlah

10

pelaburan wang sebanyak RM 470 milion dalam kawasan seluas 99,691 meter persegi. Produk yang dihasilkan di MAEM Plant 2 ialah motor untuk penghawa dingin, mesin pembasuh dan pembersih vakum.

Seterusnya, pada bulan April 2004 nama Matsushita Electronic Motor (M) SDN. BHD. (MAEM) bertukar kepada Minebea-Matsushita Motor (M) SDN. BHD. (MAMM) apabila ia bergabung dengan syarikat Minebea.

Penggabungan dua syarikat besar ini membuktikan yang MAMM telah berjaya berkembang dan mampu mengorak langkah untuk lebih maju pada masa akan datang. Lebih kurang 80% pekerja di MAMM terdiri daripada tenaga pengeluaran dan selebihnya adalah tenaga penyokong pengeluaran seperti kerani, pengurus dan juruteknik. MAMM kini menyerlah sebagai salah satu syarikat pengeluaran motor yang utama di Malaysia.

1.3

Pengenalan MAMM

Minebea Matsushita Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. (MAMM) adalah sebuah syarikat yang memasuki ke era baru dengan penyatuan dua pakar dunia dalam teknologi motor dan pengeluaran motor iaitu Minebea dan Matsushita. Kemunculan MAMM pada 1 April 2004 adalah dibawa oleh yang terdahulu, Matsushita Electronic Motor (M) Sdn. Bhd. yang mempunyai sejarah atau asas yang kukuh serta pengalaman yang tinggi dalam teknologi pembuatan Micro DC Motor. Ia telah pun membabitkan dirinya lebih daripada satu dekat dalam teknologi pembuatan motor.

Motor

pengeluaran

MAMM

mencipta

kualiti

yang

tinggi

dalam

perlaksanaannya juga dalam aplikasinya dalam automotif yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan di serata dunia. Dengan penganugerahan

11

sijil ISO QS 9000 semenjak 28 April 2000 dan ISO 9001 semenjak 6 Julai 1995, kualiti dalam barangan keluaran MAMM masih kekal sampai ke hari ini.

Merujuk balik kepada asas MAMM yang menitikberatkan penggunaan tenaga yang cekap membolehkan ia bersaing di pasaran dunia lebih lama. MAMM juga pernah dianugerahi sijil ISO 14001 (Environment Management System) semenjak 3 April 1998. yang bermutu tinggi. Dengan teknologi bahan di abad 21, MAMM dapat

mencapai kepuasan pelanggan yang terbaik menerusi barangan pengeluaran

1.3.1

Maklumat koporat

Minebea Electronics Motor ( M ) Sdn. Bhd. Lot 12, Jalan PKNK Utama, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Ketua Pengarah : Mr. Kenji Omi Pengarah Eksekutif : Mr. Fumitoshi Murakami Pengarah : Mr. Takashi Okusa Mr. Yoshihisa Kaihuma Mr. Tatsuyoshi Oka

Penubuhan : 30 Januari 1990 (Matsushita Electronics Motor (M) Sdn. Bhd.) 1 April 2004 (Minebea-Matsushita Motor (M) Sdn. Bhd.) 28 Oktober 2005 (Minebea Electronics Motor (M) Sdn. Bhd.)

12

Kos Binaan : RM 215 Million

Luas Tanah : 99,691 m

Luas Bangunan : 32,277 m

Bilangan Pekerja : 2,778 ( 10 staf Jepun )

Lelaki : 17.9 %

Perempuan : 82.1 %

Purata Umur : 24 Tahun

13

MEMBERS OF THE BOARD MR. MR. MR. MR. MR. OMI MURAKAMI OKUSA KAINUMA OKA

MANAGING DIRECTOR MR. OMI COMPANY SECRETARY PROD. ENGINEERING DIRECTOR : MR. OMI

SECRETARY

ADMINISTRATION 1 DIRECTOR : MR. OKUSA

PARTS MANUFACTURING DIRECTOR : MR. OMI

ADMINISTRATION 2 DIRECTOR : MR. OKUSA

RESEARCH & DEVELOPMENT CENTER EXEC. DIRECTOR : MR. MURAKAMI

QUALITY CONTROL DIRECTOR : MR OMI

MOTOR MANUFACTURING DIRECTOR : MR. OMI

Rajah 1.3 : Carta organisasi

14

1.3.2

Konsep pengeluaran MAMM

Di

MAMM,

konsep pengeluarannya

menggunakan

sistem

pengurusan yang menyeluruh. Bahan mentah dari pembekal akan diusahakan dengan sendiri. Bahan mentah akan diproses kepada bahagian komponen, seterusnya diganti dan ditemu peralatan sampailah ke produk yang siap keseluruhan. Quality assurance (QA) produk akan menilai bermula dari bahan mentah hinggalah ke barangan siap yang akan dipasarkan. Proses pengeluaran produk adalah seperti carta aliran berikut :

BAHAN MENTAH

PROSES DALAMAN  BARANGAN SIAP     Winding Parts Processing Assembly Checking PELANGGAN   Press Compression Cutting

Rajah 1.4 : Carta proses aliran produk

15

1.3.3

Barangan keluaran MAMM

Terdapat dua jenis motor yang dikeluarkan oleh MAMM iaitu Stepping Motor dan Power Motor. Secara amnya, motormotor keluaran MAMM dikategorikan kepada jenis QA (office automation) dan AV (audio visual). Namanama model keluaran MAMM adalah seperti SPM, SIR, SIN, PPN, PWN, PJN dan sebagainya.

Secara amnya, motor keluaran MAMM dikategorikan kepada jenis OA(office automation) dan AV (audio visual).

1.

Power Motor dikelaskan kepada 8 jenis model :-

PPN 13 PWN 10 PPN7 PJN PYN PNN MIN MFN

2. Dalam pembentukan motor, ia terbahagi kepada tiga jenis bahagian :

Armature Assy Bracket Assy Frame Ass y

16

POWER MOTOR

Power motor digunakan dalam alat pandang dengar seperti kamera dan lain-lain. Antara kegunaan power motor :y y y y y CD-Rom Traverse CD-Rom Loading CD-Rom Feed CD-Rom Sled CD-Changer y y y y y Car Cassette Loading Car Dat DAT Cassete Loading and ETC . DVD Loading Printer Paper Cut .

LOKASI SYARIKAT MINEBEA ELEKTRONIK MOTOR

Rajah 1.5 : Lokasi kilang

17

1.3.4

Penerangan Berkenaan Organisasi MAMM

Secara keseluruhannya, organisasi di MAMM dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pekerja direct dan pekerja indirect. Pekerja direct adalah pekerja yang terlibat secara langsung dengan proses

pengeluaran motor kilang iaitu operator pengeluaran dan juruteknik, manakala pekerja indirect adalah pekerja yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran motor seperti pekerja yang terlibat dalam jawatan pentadbiran, pengurusan, penjagaan dan kawalan kualiti.

Organisasi MAMM yang diketuai oleh seorang Pengarah Urusan dan dua(2) orang Pengarah yang mengawal petadbiran dan pengeluaran. Urusan. Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan, Setiausaha

serta Pejabat Jualan adalah terletak terus di bawah kawalan Pengarah

Bahagian Pentadbiran berfungsi sebagai pentadbiran kepada kebajikan pekerja serta sistem kewangan syarikat. Dalam bahagian ini, pekerjanya dikategorikan sebagai indirect. Seterusnya adalah bahagian pengeluaran, bahagian ini ditugaskan mengawal atau mengkordinasikan tenaga-tenaga pekerja di bahagian pengeluaran dan mengawal kualiti produk serta hal-hal berkaitan import eksport dan pembelian bahan mentah.

Power Motor di bawah kuasa Audio Visual. berfungsi sebagai pengeluar motor syarikat. pengeluaran komponen-komponen yang akan pengeluaran motor dinamakan Part Production.

Seksyen ini

Bahagian pengawal digunakan dalam

18

Jabatan yang ditugaskan untuk mengawal serta menjamin kualiti motor-motor yang dikeluarkan adalah Jabatan Kawalan Kualiti. Jabatan ini bertanggungjawab penuh dalam mengawal kesemua jenis produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat dan juga semua peralatan pengukuran serta peralatan yang bersangkutan dalam proses-proses pengeluaran.

1.3.5

Struktur pembuatan MAMM Struktur pembuatan di MAMM diterajui oleh Pengarah Pembuatan. Dibawah Pengarah Pembuatan terbahagi pula pada beberapa buah bahagian iaitu:-

1)

Production Purchasing merangkumi :Purchasing Control Material Control

2)

Quality Control merangkumi :Quality Control Quality Assurance

3)

Part Production merangkumi :Press Shop 1 Press Shop 2 Production Control Tooling (R&D)

19

1.3.6

Polisi kualiti

Polisi kualiti MAMM adalah untuk kepuasan pelanggan. Untuk mencapai matlamat kepuasan pelanggan, kita mesti:

Menepati keperluan pelanggan.

Menepati keperluan pelanggan adalah penting bagi memantapkan lagi pengukuhan Syarikat Matsushita. Tanpa pelanggan, Matsushita tidak akan berkembang. Oleh itu barangan yang dijual kepada pelanggan mestilah menepati seperti apa yang di perlukan.

Menghasilkan barangan berkualiti tinggi.

Setiap barangan yang dihasilkan oleh syarikat mestilah berkualiti tinggi seperti apa yang telah ditentukan oleh jabatan kualiti. Ini penting kerana barangan yang berkualiti tinggi akan memberi kepuasan dan keyakinan kepada pelanggan.

Membina kesedaran kualiti.

Kesedaran adalah penting apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan barangan. Kesedaran kualiti mestilah disemai pada jiwa pekerja supaya lebih berhati-hati dan penelitian yang sepenuhnya perlulah diberikan supaya barangan yang dihasilkan menepati kualiti yang dikehendaki oleh pelanggan.

Mematuhi kaedah dan piawaian kualiti.

Didalam menghasilkan sesuatu barangan, kualiti yang ditetapkan mestilah diikuti bagi menghasilkan barangan seperti apa yang dikehendaki oleh pelanggan dan jabatan kualiti. Kualiti sesuatu barangan telah ditetapkan oleh syarikat atau ISO 9002. Ini adalah penting kerana bagi mengelakkan barangan yang dihasilkan dari di

20

reject oleh pelanggan kerana tidak menepati kualiti seperti apa yang di kehendaki.

1.3.7

Keperluan pengeluaran

1. Process Control Chart (PCC)

PCC bertujuan untuk menerangkan aliran proses untuk sesuatu jenis keluaran. Pengawalan mutu yang terdapat di dalam arahan operasi mestilah sama dengan PCC. Setiap bahagian pengeluaran akan mendapat satu salinan PCC sebelum mengeluarkan sesuatu jenis keluaran.

2. Arahan Operasi (Operation Instruction)

Bertujuan untuk menunjukkan cara kerja bagi sesuatu proses sama ada dengan menggunakan mesin atau orang perseorangan. Ini adalah perkara pertama yang perlu difahamkan oleh setiap pekerja sebelum memulakan sesuatu operasi

3. Check Sheet

Data-data mengenai keadaan mesin mestilah dicatatkan di dalam check sheet. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan mesin berada dalam keadaan baik .

21

4.

Master

Master bertujuan untuk memastikan mesin mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

5.

Limit Sample

Limit sample ialah contoh keluaran yang di gunakan untuk membuat perbandingan bagi jenis-jenis keluaran yang rosak

6.

Rekod Latihan Kerja (WTR).

Setiap latihan yang dijalankan kepada setiap pekerja mestilah direkodkan. Ini bertujuan untuk membuat penilaian keatas setiap pekerja terhadap pencapaiannya

7.

Pembekal

Bagi MAMM, ia tidak mempunyai pembekal untuk barangan yang tidak diproseskan sendiri sebab kilang ini juga memproses barangan untuk kilang ini sendiri .

8.

Matlamat

Setiap bahagian pengeluaran mempunyai matlamat tersendiri untuk setiap jam, harian, mingguan, bulanan dan tahunan yang ditentukan

22

berdasarkan kepada jadual pengeluaran. Setiap mesin juga mempunyai matlamat yang dibuat berdasarkan kepada standard masa operasi.

1.3.8 Matlamat asas MAMM

Untuk sesebuah organisasi menjayakan sesuatu matlamat yang penting, ianya mestilah mempunyai objektif yang jelas dan ahlinya pula hendaklah berusaha bersama ke arah menjayakan objektif tersebut.

Apakah yang diperlukan bagi sesebuah kumpulan individu untuk menjayakan sesuatu secara bersama?

Pertama, ia mestilah mempunyai objektif yang terang, mudah dan jelas. Objektif mestilah tinggi, berfaedah, mencabar, menarik dan berwawasan. Ia mestilah dapat merangsangkan ahli kumpulan untuk menjayakanya. Ianya tidak mencukupi dengan objektifnya sahaja. Amatlah penting bagi semua ahli untuk memberi sumbangan yang sepenuhnya. Hanya dengan kerjasama ini dapat menjayakan objektif ini.

Tujuh Prinsip.

1.

Sumbangan kepada masyarakat.

Kita akan sentiasa mengendalikan diri mengikut matlamat asas pengurusan dengan jujur demi memenuhi tanggungjawab kita sebagai pengusaha kepada masyarakat dimana kita beroperasi.

23

2.

Keadilan dan kejujuran

Kita akan berlaku adil dan jujur didalam semua urusniaga dan perlakuan peribadi. Tanpa kejujuran, kita tidak akan dihormati oleh orang lain atau dapat menjaga maruah diri kita, walaubagaimanapun tingginya kebolehan dan pengetahuan yang kita miliki.

3.

Kerjasama dan semangat kumpulan

Kita akan menyatukan semua kebolehan yang ada pada kita untuk mencapai matlamat bersama. Tanpa kerjasama dan semangat kumpulan, kita hanya menjadi sebuah syarikat pada namanya sahaja. Walaubagaimanapun, tingginya bakat dan kebolehan yang kita ada sebagai individu.

4.

Usaha gigih untuk kemajuan

Kita

akan

sentiasa

berusaha

meningkatkan

kebolehan

untuk

menyumbang kepada masyarakat menerusi kegiatan perusahaan. Hanya melalui usaha gigih ini sahajalah, maka dapat kita memenuhi matlamat asas pengurusan dan mencapai keamanan dan kemakmuran yang abadi.

24

5.

Sopan santun dan rendah diri

Kita akan sentiasa bersopan santun dan merendah diri, menghormati hak dan kehendak orang lain demi mengeratkan perhubungan sosial yang sihat dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat kita .

6.

Penyesuaian diri

Kita akan sentiasa menyesuaikan pemikiran dan perlakuan kita bagi memenuhi kehendak keadaan sekeliling yang sentiasa berubah, mengambil kira untuk bertindak dengan harmoni bersama alam semulajadi bagi menjamin kemajuan dan kejayaan dalam segala usaha kita .

7.

Kesyukuran

Kita akan bertindak dengan rasa kesyukuran atas segala kurniaan yang telah kita terima, yakin bahawa setiap ini akan menjadi sumber kebahagiaan dan kepuasan yang tidak terhingga, membolehkan kita mengatasi segala rintangan yang dihadapi.

25

Anda mungkin juga menyukai