Anda di halaman 1dari 1

Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan inisiatif bercita-cita tinggi dan meluas yang bertujuan menangani perkara yang

menjadi keprihatinan rakyat di samping menyokong transformasi Malaysia untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi, selaras dengan Wawasan 2020 dan sejajar dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. GTP bertumpu kepada:

Perdana Menteri telah mengenal pasti 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) setelah meniliti permintaan rakyat kepada kerajaan selama beberapa bulan dan isu-isu yang paling penting telah dipilih dalam merangka NKRA. Senarai terperinci mengenai projek dan inisiatif bagi setiap NKRA dirangka untuk memastikan keberhasilan pantaspantas yang berimpak tinggi berjaya dicapai demi kepentingan rakyat. NKRA ialah tanggungjawab kementerian yang berkaitan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) diwujudkan bagi memantau pencapaian setiap kementerian. Setiap NKRA dan sasarannya dipaparkan untuk tatapan umum dengan penerbitan Pelan Hala Tuju GTP menjadikan segala usaha telus. Selepas setahun pelaksanaanya, kebanyakan NKRA berjaya mencapai lebih dari 90% sasaran yang ditetapkan dan laporan prestasinya boleh dilihat melalui Laporan Tahunan GTP 2010. Ketelusan ini merupakan testimoni bagi hala tuju Malaysia dalam menyuntik lebih akauntabiliti dan pertumbuhan dalam dasarnya. GTP akan dilaksanakan sehingga 2012 bagi memastikan wujudnya asas yang kukuh bagi transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang progresif dan harmoni.
Apakah Program Transformasi Kerajaan (GTP)? Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Makmal GTP 2.0 yang merangkumi 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dilaksanakan pada 23 April - 31 Mei 2012 yang lalu untuk merangka strategi baru, program dan inisiatif-inisiatif untuk menangani perkara utama yang menjadi kebimbangan rakyat pada masa yang sama menyokong transformasi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Tujuh NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah: 1. MENGURANGKAN JENAYAH 2. MEMBANTERAS RASUAH 3. MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR 4. MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN 5. MEMPERTINGKATKAN INFRASTUKTUR 6. MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM 7. MENANGANI KOS SARA HIDUP

Anda mungkin juga menyukai