Anda di halaman 1dari 7

Skema Jawapan Bahasa Melayu

PERCUBAAN SEMESTER 1
JPN KELANTAN 2022

Skema jawapan Bahagian A

1. C 11. D
2. C 12. C
3. D 13. A
4. B 14. D
5. B 15. D
6. C 16. B
7. D 17. C
8. D 18. D
9. C 19. A
10. A 20. B

Skema jawapan Bahagian B

21. maksud peribahasa:


(a) …melakukan pekerjaan yang sulit dan rumit harus dilakukan dengan berhati-hati
dan cermat / bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah /
menyelesaikan sesuatu sengketa dengan seadil-adilnya sehingga kedua-dua pihak
berpuas hati…( 2m )

(b) ….bersifat sombong / berpura-pura / bersifat munafik / hipokrit ( 2m )

22. ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah:


…terdiri daripada berbilang kaum ( 1m )
…penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ( 1m)
…bersikap toleransi dan saling menghormati antara pelbagai kaum ( 1m )
…mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan, dan pakaian
( 1m)
…setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal ( 1m )
…agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara manakala agama lain bebas
diamalkan ( 1m )

23. Esei pendek yang panjangnya tidak melebihi 150 patah perkataan.

Idea utama:
Perbalahan antara kaum dan kucar-kacir akan berlaku
Huraian isi:
Isi 1 Hal ini berlaku kerana ada kaum yang berasa dipinggirkan, wujud rasa
tidak puas hati, rasa terancam dan sebagainya.
Contoh dan huraian contoh:
Rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 kerana ada kaum yang
berasa maruah bangsanya dihina.
Idea utama:
Ekonomi negara dan pendapatan seseorang terjejas
Huraian isi:
Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan yang tidak aman akan
menjejaskan urusan perniagaan.
Isi 2 Contoh dan huraian contoh:
Pelabur takut untuk melabur, gedung perniagaan dan kilang ditutup.
Selain itu, pelancong takut untuk datang ke negara kita kerana bimbang
keselamatan dan nyawa mereka akan terancam.

Idea utama :
Imej negara akan tercalar.
Huraian isi:
Pergaduhan dan rusuhan kaum yang berlaku akan menyebabkan
Isi 3 negara kita
dianggap tidak selamat untuk dilawati atau dijadikan tempat untuk
melabur. Pemimpin dan pihak kerajaan kita akan dilabelkan zalim dan
tidak cekap mentadbir.
Contoh dan huraian contoh :
Negara Dunia Ketiga dan sesetengah negara Arab tidak aman kerana
berlaku perang saudara dan pemberontakan.

Idea utama :
Kestabilan politik musnah menyebabkan camputangan asing.
Huraian isi:
Isi 4 Ada rakyat yang akan berpaling tadah dan bekerjasama dengan musuh.
Contoh dan huraian contoh:
Kaum yang tidak berpuas hati akan melakukan sabotaj ekonomi dan
menjual rahsia kerajaan atau dokumen sulit kerajaan. Hal ini menyebabkan
negara mudah ditawan.

Idea utama:
Aktiviti harian rakyat negara ini akan terganggu.
Huraian isi:
Isi 5 Mereka bimbang akan ancaman keselamatan nyawa, harta, dan
maruah diri.
Contoh dan huraian contoh:
Sekolah ditutup dan perintah berkurung dikenakan kerana guru dan
murid takut akan keselamatan dan nyawa mereka terancam.

Pilih mana-mana 3 isi ( 3 isi x 3 m = 15 markah )


SKEMA BAHAGIAN C PERCUBAAN SEM 1 2021

25 Pada masa ini terdapat pelajar kita yang telah menamatkan pengajian di luar negara dan
berhasrat untuk bekerja di sana. Berikan pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh
mereka apabila bekerja di luar negara dan cadangkan cara untuk menggalakkan mereka
kembali bekerja di tanah air.

Pendahuluan

 Ramai bekas pelajar Malaysia yang belajar di luar negara mengambil keputusan untuk
terus bekerja di sana setelah tamat pengajian.
 pakar dari negara kita juga bekerja di luar negara dalam bidang kepakaran tertentu.
 Terdapat beberapa kebaikan mereka berbuat demikian.
 Namun begitu, kepulangan mereka amatlah diharapkan bagi mengatasi masalah
kekurangan tenaga pakar.
 Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk tujuan tersebut.

Isi – Kebaikan

 Individu yang bekerja di luar negara pada umumnya memperoleh pendapatan yang
lumayan
 Imej negara akan meningkat jika mereka berjaya dalam kerjaya mereka.
 Mereka dapat menimba pengalaman bekerja di luar negara yang lazimnya lebih maju
daripada negara kita.

Isi – Langkah

 Mereka wajar ditawarkan gaji yang lebih lumayan berdasarkan kepakaran masing-
masing
 Kerajaan menyediakan kemudahan yang mencukupi dalam skim perkhidmatan
mereka jika mereka pulang.
 Pihak yang diberikan tanggungjawab perlu mengesan dan menyedarkan mereka
bahawa tenaga dan kepakaran mereka amat diperlukan oleh negara.
 Mereka juga boleh diberikan peluang untuk berkhidmat dalam negara beberapa tahun
dan jika mereka ingin kembali bekerja di luar negara semula atas sebab-sebab
tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran.

Kesimpulan
 Seseorang itu perlu diberikan peluang bekerja di luar negara untuk mencari
pengalaman yang berfaedah.
 Walau bagaimanapun, berkhidmat untuk kepentingan negara sendiri juga adalah perlu
terutama bagi mereka yang menuntut di luar negara atas biaya kerajaan, maka mereka
wajar kembali ke tanah air sebagai tanda mengenang budi

26 Kebelakangan ini lambakan produk tiruan di negara kita membimbangkan semua pihak.
Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesannya kepada negara kita.

Pendahuluan
 Produk tiruan dalam pasaran semakin banyak dijual pada hari ini.
 Barangan berjenama sering ditiru dan produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan
 Produk itu terdiri daripada pelbagai barangan pengguna seperti pakaian, alat ganti kenderaan,
makanan, ubat-ubatan, aksesori lelaki dan wanita, dan sebagainya.
 Terdapat banyak faktor barangan tiruan ini terus dijual di negara ini.
 Penjualan produk tiruan meninggalkan kesan yang buruk kepada orang ramai dan kepada
negara.

Isi : Punca produk tiruan banyak dijual di negara ini .


IS 1 : Sikap buruk orang ramai terhadap barangan berjenama.
 Ingin bergaya walaupun tidak berkemampuan
 Mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama menaikkan prestij mereka
 Mementingkan kuantiti daripada kualiti sesuatu barangan
 Orang ramai jahil tentang produk asli iaitu mereka tidak dapat membezakan barangan tulen
dengan barangan palsu.

IS 2 : Penguatkuasaan undang-undang yang longgar

 Hukuman yang ringan, tidak menakutkan penjual produk tiruan dan pembeli /orang ramai
 Kakitangan tidak mencukupi (JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), KPDNHEP, PDRM,
dan lain-lain).
 Sesetengah kakitangan penguatkuasaan di sempadan atau di pintu masuk negara ini
mengambil rasuah
 Sesetengan pegawai penguatkuasaan bertugas sambil lewa dan bertindak berdasarkan laporan

IS 3 : Sikap sesetengah peniaga yang tamak.


 Ingin mengaut keuntungan yang banyak
 Meletakkan label palsu pada produk tiruan.
 Mencampur-aduk barangan tulen bersama dengan barangan asli
 Membuat iklan palsu dan promosi tidak benar

IS 4 : Keadaan geografi negara kita yang luas dan bersempadan dengan negara-negara lain
 Negara kita boleh dimasuki melalui jalan darat, jalan udara, dan jalan air.
 Sistem pengangkutan pada masa ini semakin canggih dan pantas
 Wujud banyak jalan tikus
 Rondaan adalah sukar dan kurang dijalankan
IS 5 : Barangan tiruan murah dan mudah diperoleh
 Harga yang ditawarkan adalah separuh daripada harga barangan tulen
 Boleh dibeli melalui perniagaan dalam talian
 Banyak pilihan dan banyak dijual di pasar-pasar malam
 Banyak diklankan dalam media sosial dan banyak tawaran menarik

IS 6 : Kesedaran orang ramai yang rendah terhadap ilmu kepenggunaan dan harta intelek
 Menganggap bahawa membeli dan menjual barangan tiruan bukanlah satu kesalahan yang
besar
 Menganggap hak cipta sesuatu produk tidak penting
 Mementingkan kuantiti daripada kualiti

Kesan kepada masyarakat dan negara.


IS 7 : Menjejaskan kesihatan / mengancam keselamatan rakyat
 Produk makanan tiruan boleh menyebabkan penyakit kronik (tinggi kandungan gula, garam,
bahan pewarna, pengawet, dan lain-lain)
 Produk tiruan seperti ubat-ubat boleh menyebabkan organ manusia rosak dan kematian
 Alat ganti tiruan terutamanya alat ganti kenderaan boleh menyebabkan kemalangan dan
kecederaan

IS 8 : Merugikan pengguna / orang ramai


 Pengguna tidak mendapat jaminan sesuatu produk dari segi kualaiti
 Pengguna tidak boleh membuat tuntutan apabila berlaku kerosakan
 Pengguna akan menanggung sendiri kos pembaikian

IS 9 : Peniaga barangan tulen akan mengalami kerugian


 Barangan tulen tiada sambutan
 Peniaga menanggung kos yang tinggi seperti pengiklanan, penyimpanan, penghantaran, dan
sebagainya
 Menanggung kerugian yang besar akhirnya kedai terpaksa ditutup

IS 10 : Mencemarkan imej negara


 Kerajaan dianggap lemah kerana gagal membendung produk tiruan
 Pegawai penguat kuasa dituduh mengamalkan rasuah
 Pelabur asing enggan melabur di negara ini kerana takut mengalami kerugian
 Negara dianggap lubuk barangan tiruan
 Barangan buatan Malaysia yang asli terpalit sama dan akan dianggap tidak berkualiti

IS 11 : Menjejaskan pendapatan negara


 Kutipan cukai jualan barangan asli akan berkurangan
 Penyeludupan meningkat menyebabkan barangan asli tidak mendapat sambutan
 Pihak kerajaan menanggung kos operasi penguatkuasaan undang-undang

Penutup
 Kemasukan produk tiruan disebabkan oleh beberapa faktor, namun penguatkuasaan yang
longgar dianggap sebagai punca utama.
 Sebenarnya, penggunaan produk tiruan boleh mengancam nyawa orang ramai dan
menjejaskan reputasi negara.
 Langkah pengawalannya perlu dilakukan dengan segera.
 Semua pihak perlu berkerjasama untuk menyelesaikan kemelut ini.

27 Gejala buli dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin meningkat dan hal ini dikatakan
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan
tersebut?

Pendahuluan
 Aktiviti buli yang dilakukan oleh golongan pelajar kerap dilaporkan melalui media massa
 Antara aktiviti buli yang dilakukan oleh golongan pelajar seperti buli fizikal contohnya
memukul, menendang, menampar, dan sebagainya, manakala buli mental seperti memanggil
seseorang dengan gelaran buruk, lucah, memulau, dan sebagainya.
 Sesetengah kegiatan negatif ini dilakukan secara berkumpulan.
 Gejala ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
 Namun begitu, terdapat punca-punca lain yang menyebabkan golongan remaja terlibat dalam
aktiviti buli.

IS 1 : Pengaruh rakan sebaya


 Mengikut rakan supaya diterima di dalam sesuatu kumpulan
 Dipaksa sebagai syarat untuk menjadi ahli kumpulan samseng
 Mulanya untuk mencuba kemudian aktiviti buli menimbulkan keseronokan

IS 2 : Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak


 Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan anak-anak menjadi liar
 Ibu tidak memberikan didikan agama
 Ibu bapa yang berpisah

IS 3 : Pengaruh media massa


 Mempromosi banyak cerita yang berunsurkan keganasan dan samseng jalanan
 Menjadi ikutan golongan remaja
 Menganggap aktiviti buli sebagai amalan biasa pelajar pada masa hari ini.

IS 4 : Persekitaran tempat tinggal remaja yang tidak kondusif


 Rumah yang kecil menyebabkan mereka berasa tidak selesa berada di rumah
 Kawasan setinggan yang banyak amalan negatif ; mempengaruhi pergaulan anak-anak
 Persekitaran mereka yang penuh dengan aktiviti negatif seperti pergaduhan, pelacuran,
perjudian, dadah dan lain-lain lagi

IS 5 : Kelemahan pihak sekolah dalam mengawal gejala buli


 Peraturan sekolah yang longgar
 Guru-guru terikat dengan pelbagai peraturan
 Guru-guru takut sekiranya harta benda dan nyawa mereka diancam jika mereka mengambil
tindakan
 Murid-murid takut untuk melaporkan kegiatan buli kerana mereka takut akan dipulau dan
dipukul

Kesimpulan
 Gejala buli dalam kalangan pelajar semakin berleluasa dan hal ini perlu dibendung.
 Jika pelajar disabitkan dengan kesalahan membuli pelajar yang lain, masa depan mereka
akan musnah.
 Sesetengah aktiviti buli boleh menyebabkan kecederaan kekal atau nyawa pelajar itu
melayang.
 Pelajar perlu bijak memilih rakan kerana rakan yang baik akan membimbing mereka ke arah
hidup yang lebih baik, begitulah sebaliknya.
 Ibu bapa dan anggota masyarakat perlulah mendidik dan membimbing anak-anak remaja
supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai