Anda di halaman 1dari 2

21.

Penyakit-penyakit berbahaya terus menyerang penduduk di Malaysia walaupun berlaku


perkembangan teknologi pesat dalam bidang perubatan. Huraikan punca-punca yang
menyebabkan keadaan ini terus yang berlaku dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Penyakit-penyakit berbahaya terus menyerang penduduk di Malaysia walaupun berlaku


perkembangan teknologi pesat dalam bidang perubatan. Terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan keadaan ini terus berlaku dalam kalangan penduduk di Malaysia .

Antara punca penyakit berbahaya menyerang penduduk Malaysia adalah disebabkan tidak
menjaga kebersihan kawasan persekitaran . Situasi ini berlaku disebabkan sikap
membiarkan sahaja air bertakung di merata tempat , membiarkan longkang tersumbat dan
membuang sampah merata tempat . Hal ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran
penyakit seperti demam denggi , taun dan sebagainya .

Selain itu punca penyakit berbahaya menyerang penduduk Malaysia adalah apabila terdapat kedai
makan yang tidak bersih. Hal ini disebabkan kedai tersebut mempunyai persekitaran yang kotor dan
tidak dijamin tahap kebersihannya. Hal ini menyebabkan makanan yang dihidangkan akan tercemar
lalu mengancam kesihatan pelanggan yang makan makanan tersebut . Jelaslah bahawa kedai yang
kotor boleh menjadi penyebab berlakunya penyakit kencing tikus akibat pembiakan haiwan
penyebar penyakit iaitu tikus.

Seterusnya , punca penyakit berbahaya menyerang penduduk Malaysia adalah disebabkan wujud
penempatan setinggan . Penduduk yang tinggal di situ berisiko kerana mereka tidak mendapat
imunisasi terhadap penyakit . Apabila mereka sakit , mereka berisiko mendapat simptom yang teruk
dan mudah menjangkiti orang lain di sekitar dan akan terus merebak ke merata tempat . Jelaslah
bahawa penempatan setinggan menyebabkan wujud penyebaran penyakit berbahaya .

Di samping itu , punca penyakit berbahaya menyerang penduduk Malaysia adalah kurang kesedaran
terhadap risiko penyakit-penyakit berbahaya. Hal ini dikata demikian kerana, masyarakat sering tidak
mengendahkan tentang hebahan dan juga maklumat tentang penyakit penyakit berbahaya. Sebagai
contoh, perkara ini sering berlaku kepada golongan warga emas dan juga masyarakat pedalaman
yang sukar untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Akibatnya, penyakit-penyakit berbahaya ini
terus menjadi satu masalah besar dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Akhir sekali , punca penyakit berbahaya menyerang penduduk Malaysia adalah kurang beriadah .
Aktiviti seperti berjoging dan juga bersenam jarang dilakukan yang mana akan menyebabkan badan
menjadi lesu dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti serangan jantung,
darah tinggi dan juga kencing manis. Apabila masyarakat sering melakukan aktiviti yang
mengeluarkan peluh maka badan akan sentiasa segar dan juga pengaliran darah dalam badan akan
mengalir dengan lancar.
Kesimpulanya , kita perlu bekerjasama mencegah penyakit berbahaya dengan pelbagai cara .
Peribahasa mengatakan mencegah itu lebih baik daripada merawat . Oleh hal yang demikian
tanggungjawab bersama perlu diambil oleh semua pihak bagi mengekalkan kesejahteraan negara .

Anda mungkin juga menyukai