Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN KAJIAN SEJARAH

TEMA : SUKAN

1.0 TAJUK :

Zakir Bin Zakaria : Sumbangan dalam Sukan Taekwondo di Felda Ulu Tebrau , Ulu

Tiram Dari Tahun 1990 Hingga 2000 .

2.0 PENGENALAN :

Pada zaman yang serba moden ini , pengetahuan masyarakat tentang Sukan Taekwondo

begitu meningkat dan ada yang beranggapan bahawa sukan ini mampu membawa seseorang

individu pergi lebih jauh . Bagi individu yang meminati sukan taekwondo ini , mereka akan

dibenarkan untuk memasuki kelab – kelab taekwondo yang

diwujudkan di kawasan penempatan mereka . Dari situlah mereka dapat mengembangkan

bakat mereka dalam sukan taekwondo yang mana mereka akan mendapat pengiktirafan dari

seluruh Negara . Sebenarnya , Sukan taekwondo ialah sejenis sukan yang diturunkan

daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya dan sebagai contoh yang saya akan

ambil dalam kajian saya ini ialah tentang sukan taekwondo . Taekwondo merupakan seni

bela diri yang berasal dari Korea hasil kombinasi dari beberapa seni bela diri tradisional

negeri ginseng tersebut , antara lain taekyon dan karate Shotokan . Terdapat dua aliran besar

dalam Taekwondo yang masing-masing dinaungi oleh dua organisasi dunia , iaitu World

Taekwondo Federation ( WTF ) dan International Taekwondo Federation ( ITF ) .


3.0 OBJEKTIF :

3.1 Mengenal pasti latar belakang tokoh dalam sukan Taekwondo .

3.2 Mengenal pasti sumbangan tokoh dalam sukan Taekwondo .

3.3 Mengenal pasti nama asal dan falsafah yang terdapat dalam sukan Taekwondo .

3.4 Mengenal pasti perkembangan dan perubahan yang dilakukan oleh tokoh .

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN :

4.1 Kajian ini ingin mengetahui tentang persoalan latar belakang tokoh dalam sukan

Taekwondo dan

bagimana tokoh menyalurkan sumbangannya terhadap sukan Taekwondo pada masa

ini .

4.2 Kajian ini juga untuk mengetahui nama asal dan falsafah yang terdapat dalam sukan

Taekwondo serta perkembangan dan perubahan yang dilakukan oleh tokoh

5.0 SKOP KAJIAN :

Tugasan yang diberikan untuk menjalankan tentang sukan Taekwondo ini adalah selama

tiga bulan , iaitu bermula pada bulan Januari hingga bulan Mac . Oleh itu , ruang lingkup

kajian saya ini hanya bermula dari tahun 1990 hingga 2000 bagi mengetahui sumbangan

tokoh sukan ini . Isu yang ingin dikaji adalah berkaitan sukan Taekwondo , latar belakang

dan sumbangan , nama asal dan falsafah serta perkembangan dan perubahan yang sedia ada

dalam sukan Taekwondo .


6.0 KAJIAN TERDAHULU :

Berdasarkan daripada maklumat dan kajian pada masa ini , hasil daripada penyelidikan

yang saya sorotkan , tidak ada kajian yang sama dengan kajian yang saya lakukan . Saya

merupakan pengkaji rintis terhadap sukan Taekwondo yang kian mengular di seluruh

Negara . Oleh itu , kajian saya ini adalah ingin mengkaji , menerangkan dan

memperjelaskan aspek lain tentang sukan Taekwondo berdasarkan pengalaman diri sendiri ,

rujukan dan kajian yang saya jalankan .

.0 KAEDAH KAJIAN :

7.1 Kaedah Temubual :

saya akan menemubual ketua pengajar , senior dan orang-orang yang mempunyai

kaitan sukan Taekwondo .

7.2 Kaedah Perpustakaan :

Saya akan membuat penyelidikan bahan dalam buku-buku , jurnal-jurnal , majalah-

majalah , akhbar-akhbar , internet atau website ,bulletin gambar dan bahan-bahan yang

berkaitan dengan sukan Taekwondo .

7.3 Kaedah Persampelan :

Saya akan meneliti pandangan-pandangan yang diterima daripada beberapa responden

Berkaitan sukan Taekwondo .

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI :

8.1 Pengenalan

Latar belakang secara umum berkaitan sukan Taekwondo di Malaysia


8.2 Isi

8.2.1 Membincangkan latar belakang tokoh dalam sukan Taekwondo .

8.2.2 Membincangkan tentang sumbangan tokoh dalam sukan Taekwondo .

8.2.3 Menerangkan tentang nama asal dan falsafah yang terdapat dalam sukan

Taekwondo

8.2.4 Menjelaskan tentang perkembangan dan perubahan yang dilakukan oleh tokoh .

8.3 Kesimpulan

Secara keseluruhan tentang sukan Taekwondo

9.0 PENUTUP :

Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan pendedahan yang berguna kepada

masyarakat setempat khasnya di negeri Johor berkaitan tentang latar belakang , sumbangan

tokoh , nama asal , falsafah , perkembangan dan perubahan serta lain-lain berkaitan sukan

Taekwondo khususnya di Kampung Felda Ulu Tebrau , Ulu Tiram , Johor .

10.0 BIBLIOGRAFI :

10.1 Sumber lisan dari temu bual

10.2 Sumber perpustakaan daripada bahan rujukan

10.3 Sumber internet

Anda mungkin juga menyukai