Anda di halaman 1dari 18

CONTOH PROPOSAL KERJA KURSUS SEJARAH 2020

TEMA : SEJARAH TOKOH

TAJUK

HAJI MOHD AZMI B KASSIM: TOKOH GURU DAERAH SIK, KEDAH (1962 – 1995)

PENGENALAN

Tokoh merupakan orang yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang tertentu

yang boleh dijadikan idola kepada generasi masa kini dan akan datang. Antara bidang yang

melahirkan ramai tokoh ternama adalah bidang pendidikan yang kebanyakannya terdiri

daripada para guru. Guru banyak menyumbangkan tenaga dan intelektualan dalam

memajukan pendidikan di negara kita. Di antara tokoh pendidikan yang banyak menyumbang

jasa adalah Tuan Haji Azmi b Kassim. Beliau merupakan tokoh guru yang disegani oleh

masyarakat pendidik terutama di daerah Sik, Kedah yang wajar dijadikan contoh dan teladan

dalam dunia pendidikan. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pengorbanan tokoh

guru dalam bidang pendidikan sebagai catatan bagi generasi masa depan dalam tempoh masa

dari tahun 1962 hingga tahun 1995.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang jelas tujuan penghasilan esei ilmiah ini. Tujuan

utama adalah untuk menjelaskan latar belakang Tuan Haji Azmi b Kassim dengan lebih

mendalam. Kajian secara mendalam ini wajar dilakukan agar masyarakat pada hari ini dapat

mengetahui dengan lebih jelas asal usul dan keperibadian dan kehidupan beliau yang belum

dikenali oleh masyarakat luar


Selain itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan peranan yang

dimainkan oleh Tuan Haji Azmi b Kassim dalam bidang pendidikan di daerah Sik, Kedah

tahun 1980 hingga tahun 1995. Pengkajian aspek ini perlu dalam menyatakan peranan Tuan

Haji Azmi b Kassim bukan hanya setakat sebagai pendidik namun juga dalam bidang lain

yang berkaitan dengan keperibadian beliau.

Malah kajian ini juga dilaksanakan bagi menghuraikan usaha – usaha yang telah

dilakukan oleh Tuan Haji Azmi b Kassim dalam memajukan bidang pendidikan di Kedah

amnya dan daerah Sik khasnya. Aspek yang dikaji ini adalah wajar bagi memaparkan segala

usaha yang dilakukan tokoh ini dalam membantu masyarakat setempat dan sewajarnya diberi

pengiktirafan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah untuk mengenalpasti bagaimanakah latar belakang

Tuan Haji Azmi b Kassim sehingga beliau terlibat dan berjaya dalam bidang pendidikan.

Kajian ini juga berfokus tentang apakah peranan yang dimainkan oleh Tuan Haji Azmi b

Kassim dalam mengembangkan pembangunan pendidikan di Kedah terutamanya di daerah

Sik, tempat beliau menabur bakti dalam bidang tersebut. Selain itu juga, kajian ini berhasrat

untuk meneliti apakah usaha – usaha yang telah dilakukan oleh Tun Haji Azmi b Kassim

untuk memajukan bidang pendidikan di daerah yang dikaji.

SKOP KAJIAN

Terdapat 3 aspek yang menjadi tumpuan skop kajian. Dari segi isu kajian, ia

melibatkan latar belakang tokoh yang dikaji, peranan dan usaha – usaha beliau dalam

pembangunan pendidikan di daerah Sik. Isu ini menjadi tumpuan memandangkan Tuan Hj
Azmi b Kassim antara tokoh pendidikan yang tersohor di Kedah terutamanya daerah Sik

dengan jasa dan sumbangan beliau.

Aspek yang lain pula adalah dari segi ruang kawasan atau tempat. Kajian ini hanya

berfokus di daerah Sik, sebuah daerah yang terpencil di negeri Kedah. Ia terletak kira – kira

70km dari Alor Setar, ibu negeri Kedah. Di daerah inilah tokoh yang menjadi kajian

dilahirkan dan dibesarkan. Malah di tempat inilah juga beliau menabur bakti sebagai pendidik

yang berjaya.

Manakala dari segi tempoh kajian, kajian ini bermula dari tahun 1962 hingga ke

tahun 1995. Tempoh kajian ini dipilih kerana tahun 1962 adalah tahun kelahiran Tuan Haji

Azmi b Kassim. Dalam tenpoh masa tersebut pula adalah perkembangan yang berlaku ke atas

tokoh dari zaman persekolahan, alam pekerjaan sehingga tokoh bersara dalam dunia

pendidikan pada tahun 1995.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam penulisan iliniah terdapat banyak kajian yang membicarkan tentang tokoh

dalam pelbagai bidang. Namun pengkaji mendapati tiada sebarang penulisan ilmiah yang

membicarakan tentang yang dikaji iaitu Tuan Haji Azmi b Kassim. Oleh itu terdapat beberapa

buah buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam penulisan ilmiah tokoh.

Menurut Rabiah Sidin dalam buku beliau yang berjudul “ Tokoh Pendidikan

Melayu” (2007) di bawah penerbitan _______________. Penulisan ini menceritakan tentang

pengalaman, peranan dan sumbangan tokoh – tokoh yang banyak menyumbang jasa dalam

dunia pendidikan. Antaranya adalah Tan Sri Rashdan Haji Baba, Tan Sri Halinah Haji

Muhammad dan Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid. Buku ini sesuai dijadikan panduan
kerana Tuan Haji Azmi b Kassim juga telah memainkan peranan dan memberi sumbangan

yang besar kepada masyarakat di daerah Sik dalam bidang pendidikan.

Dalam buku yang bertajuk “ Prof Diraja Ungku Aziz, Tokoh Ekonomi Berjiwa

Masyarakat” (2006) karya Rabiah Sidin, di bawah penerbitan _______________. Penulis

telah mengulas mengenai Prof Ungku Aziz yang merupakan seorang tokoh ekonomi

tempatan. Malah, beliau juga adalah seorang yang disegani dalam kalangan masyarakat

kerana keperibadiannya yang menjadi contoh kepada masyarakat. Oleh itu, hasil pembacaan

ini telah menarik minat pengkaji untuk merintis kajian terhadap ketokohan Tuan Haji Azmi b

Kassim dan sumbangan dalam bidang pendidikan.

Selain itu, Syed Ismail b Syed Mustapa dalam bukunya yang berjudul “ Guru dan

Cabaran Semasa” di bawah penerbitan _______________ telah menerangkan tentang

peranan seorang guru dan dugaan yang dilalui semasa menjadi warga pendidik. Buku ini

merumuskan isu – isu yang terdapat terkandung di dalamnya menjadi garis panduan kepada

guru di negara untuk terus menjadikan anak didik mereka sebagai murid yang cemerlang

dalam pelbagai aspek. Berteraskan pembacaan ini, pengkaji mendapati bahawa ianya berkai

rapat dan menyentuh isu yang telah Tuan Haji Azmi b Kassim lakukan semasa berkhidmat

sebagai guru di daerah Sik.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan dua kaedah untuk mendapat

dan melengkapkan esei ilmiah. Pertama, pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan

kepustakaan. Kaedah ini dijalankan di Perpustakaan SMK Sik dan Perpustakaan Awam

daerah Sik serta Pejabat Pendidikan daerah Sik. Antara bahan rujukan yang digunakan bagi

kaedah ini adalah majalah sekolah, jurnal dan laporan tahunan pendidikan.
Selain itu, pengkaji juga mendapat maklumat melalui kaedah temubual. Pengkaji akan

menemubual kaum keluarga dan sahabat handai Tuan Haji Azmi b Kassim terutama rakan

sekerja beliau. Antara yang ditemubual adalah kakak beliau, Puan Hajjah Azizah binti

Kassim (86 tahun), abang beliau, Encik Maarof bin Kassim (70 tahun), anak sulungnya,

Encik Sufrizal bin Mohd Azmi (40 tahun) dan Encik Zakaria bin Dollah yang merupakan

teman rapat dan rakan sekerja Tuan Haji Azmi b Kassim.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan ilmiah ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu pengenalan, isi dan

kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan konsep tokoh dan

ketokohan seseorang dalam sesuatu bidang. Seterusnya pengkaji akan meneruskan dengan

ketokohan seseorang dalam bidang pendidikan yang banyak menyumbang jasa kepada anak

bangsa, iaitu Tuan Haji Azmi b Kassim. Di sini juga pengkaji akan menyatakan tujuan kajian

ini dilakukan.

Manakala dari segi isi, pengkaji akan menjelaskan latar belakang dan sejarah

pendidikan tokoh berkenaan. Pengkaji juga akan membincangkan peranan Tuan Haji Azmi b

Kassim dalam pendidikan di samping usaha – usaha yang dilakukan oleh beliau dalam bidang

tersebut di daerah Sik, Kedah.

Pada bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat rumusan hasil kajian

berkenaan.

PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan kajian ini, pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik

perjalanan hidup seorang warga pendidik iaitu Tuan Haji Azmi b kassim supaya dapat

dijadikan bahan bacaan dan rujukan pada masa yang akan datang. Malah diharapkan juga
agar generasi pada masa kini dan akan datang dapat menjadikan beliau sebagai contoh

untuk menjadi seorang pendidik ya g berjaya.

BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

Ibnu Mohamed Zain. 2009. 50 Tokoh Abad ke-20. Kuala Lumpur: Medium Publication.

Rabiah Sidin. 2007. Tokoh Pendidikan Melayu. Shah Alam: Ampang Press Sdn Bhd.

Siti Ezalaila bt Mustafa. 2009. 20 Tokoh Pendidik. Kuala Lumpur: Medium Publication.

SUMBER LISAN
Hajjah Azizah bt Kassim (2020, Januari 29).Temu bual . Kampung Pinang, Sik
Zakaria b Dollah ( 2020, Januari 10). Temu bual. Kampung Pinang, Sik
TEMA : SEJARAH PENDIDIKAN

TAJUK

SEKOLAH PONDOK LUBUK TAPAH, PASIR MAS : PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN SEKOLAH PONDOK DI PASIR MAS, KELANTAN (1930 – 2000).

PENGENALAN

Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada permulaan abad ke

20M. Namun ada pula yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19M lagi. Sistem ini

dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal

dari Acheh, Indonesia. Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-

mula mewujudkan sistem pondok dan Pondok Lubuk Tapah merupakan pusat pengajian

pondok yang terkenal di Kelantan. Ia terletak di Mukim Lemal, Pasir Mas, Kelantan dan

diasaskan oleh murid Tok Kenali, Tuan Guru Hj. Ab. Rahman bin Hj. Che Wan pada awal

tahun 1931. Oleh itu, pengkaji akan memberi tumpuan kepada perkembangan pendidikan

sekolah Pondok Lubuk Tapah bagi penduduk setempat dan juga kepada pelajar-pelajar yang

datang menuntut di dari seluruh negeri di Malaysia dan dari negara-negara jiran.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang dapat dilaksanakan dalam menjayakan kajian ini.

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejarah kemunculan Sekolah Pondok,

Lubuk Tapah, Kelantan. Ia dijalankan memandangkan institusi pengajian pondok ini antara

yang terawal ditubuhkan di Kelantan malah di negara.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan di Sekolah Pondok Lubuk Tapah dari tahun 1930 hingga

tahun 2000.
Malah kajian ini juga berobjektifkan mengenalpasti kejayaan yang telah diperolehi

oleh Sekolah Pondok Lubuk Tapah, Kelantan dari tahun 1930 hingga tahun 2000 dalam

bidang akademik.

PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat tiga permasalahan kajian yang ingin dilakukan oleh pengkaji. Antara

permasalahan yang ingin dikaji adalah bagaimanakah sejarah kemunculan Sekolah Pondok

Lubuk Tapah, Kelantan. Sejarah penubuhan ini penting dikaji memandangkan sekolah ini

adalah antara sekolah pelopor dalam pengajian pondok di negeri Kelantan.

Antara permasalahan kajian lain adalah apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang dipraktikkan oleh institusi sekolah pondok ini dari tahun 1930 hingga tahun 2000.

Permasalahan ini dijalankan bagi meninjau bagaimana kaedah yang dilaksanakan dapat

membantu pembelajaran murid yang seterusnya membawa kejayaan dalam bidang akademik

pengajian pondok. Selain itu, kajian ini dijalankan juga untuk mengupas apakah kejayaan

yang telah dicapai oleh Sekolah Pondok Lubuk Tapah dari tahun 1930 hingga tahun 2000

dalam bidang akademik.

SKOP KAJIAN

Pada amnya terdapat tiga aspek yang terangkum dalam aspek skop kajian. Aspek yang

pertama adalah tempat kajian. Kajian ini akan berfokus di Mukim Lemal yang terletak di

Pasi Mas, Kelantan. Ini kerana institusi pondok ini terletak di kawasan mukim berkenan sejak

dari awal penubuhannya sehingga kini.

Dari aspek isu yang dikaji, terdapat tiga isu yang difokuskan. Ia adalah sejarah

kemunculan atau penubuhan Sekolah Pondol Lubuk Tapah, perkembangan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan dan kejayaan yang dicapai sekolah pondok
berkenaan dari tahun 1930 sehinggalah tahun 2000. Isu ini menjadi tumpuan pengkaji

memandangkan aspek ini belum dikaji secara terperinci oleh mana – mana ilmuan.

Manakala aspek yang terakhir adalah tempah kajian tersebut. Bagi kajian ini, pengkaji

mengambil tempoh masa dari tahun 1930 hingga tahun 2000. Tempoh ini dipilih

memandangkan tahun 1930 adalah penubuhan sekolah pondok ini. Tempoh selama 70 tahun

dikaji bagi meninjau dengan lebih mendalam lagi sejarah perkembangan sekolah pondok ini

sama ada dari segi perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kejayaan yang

telah dicapai.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Bagi membantu penulisan esei ilmiah ini, pengkaji telah membuat bacaan bagi tujuan

sorotan kajian lepas. Berdasarkan kertas persidangan yang bertajuk Institusi Pondok dalam

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia (3.6.2015) hasil nukilan Masyhurah Mohamad Rowi

dan rakannya, (nyatakan dapat dari mana) ia (gantikan dengan Kajian) menjelaskan tentang

perkembangan isntitusi pengajian pondok yang terdapat di Malaysia dan antaranya ada

dinyatakan institusi sekolah pondok yang dikaji. Kajian ini juga membicarakan tentang

perkembangan kurikulum dan sumbangan institusi pengajian pondok kepada pembangunan

negara. Hasil pembacaan ini memberi idea kepada pengkaji untuk menjalankan pengkajian

tentang kemunculan Sekolah Pondok Lubok Tapah dan sumbangannya kepada negeri

Kelantan khususnya.

Kajian yang dilakukan oleh Murihah Abdullah yang bertajuk Pendidikan Tahfiz di

Malaysia: Satu Sorotan Sejarah telah membincangkan tentang perkembangan pendidikan

tahfiz di Tanah Melayu sehingga kini. (Tahun penerbitan dan Penerbit) Ia Kajian tersebut

membicarakan bagaimana perkembangan agama Islam telah membawa kepada kemunculan

institusi pendidikan agama seperti tahfiz di negara. Kajian ini menarik minat pengkaji untuk
menjalankan kajian ke atas Sekolah Pondok Lubok Tapah yang merupakan salah sebuah

institusi pendidikan agama yang tersohor

Selain itu, hasil pembacaan pengkaji melalui karya Shohana Hussin yang bertajuk Toko

dan Institusi Pendidikan Islam di Pulau Pinang, (Tahun penerbitan dan Penerbit) menjelaskan

tentang perkembangan institusi pendidikan Islam dan tokoh – tokoh yang terlibat dalam

pengajian berkenaan di Pulau Pinang. Perkembangan pendidikan ini yang pada awalnya

bermula daripada rumah imam dan berkembang sehingga mewujudkan pondok dan akhirnya

sekolah agama. Bagi negeri Pulau Pinang pula, pendidikan agama bermula dengan

kewujudan perkampungan Melayu di Batu Uban. Seterusnya membawa kepada penubuhan

institusi agama yang lain. Hasil pembacaan ini merangsang pengkaji untuk membuat kajian

tentang Sekolah Pondok Lubok Tapah yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pasir Mas.

KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah. Bagi kaedah yang

pertama, pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan. Antara bahan yang digunakan

melalui kaedah ini adalah buku, jurnal, akhbar, majalah sekolah dan laporan tahunan

pendidikan sama ada di peringkat daerah dan negeri. Bahan tersebut diperolehi dari

perpustakaan sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pusat pengajian tersebut.

Selain itu, pengkaji juga memperolehi sumber melalui kaedah temubual. Antara

pihak yang ditemubual pengkaji adalah pihak guru dan pentadbir pusat pengajian, bekas guru

dan murid pusat pengajian berkenaan dan pegawai pendidikan di pejabat pendidikan daerah

berkenaan. Beberapa soalan akan dikemukakan kepada pihak yang ditemubual bagi

mendapatkan fakta berkenaan perkara yang dikaji.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan esei ini merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, bahagian isi

dan bahagian kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan


perkembangan pendidikan pengajian pondok di negeri Kelantan. Di sini pengkaji mengaitkan

kepentingan pengajian pondok ini memandangkan ia merupakan sistem pendidikan yang

tertua di Malaysia khususnya di negeri Cik Wan Kembang. Seterusnya pengkaji akan

memperkenalkan tajuk kajian ilmiah iaitu sebuah institusi pengajian pondok yang tertua di

negeri Kelantan, Sekolah Pondok Lubuk Tapah yang terletak di Pasir Mas. Di sini pengkaji

menyatakan tujuan kajian ini dijalankan beserta dengan sumber rujukan yang digunakan.

Bagi bahagian isi pula, pengkaji akan membicarakan sejarah kemunculan Sekolah

Pondok Lubuk Tapah dari tahun 1930 hinggalah tahun 2000. Ia menjelaskan bagaimana

permulaan kepada penubuhan sekolah pondok berkenaan sehinggalah perkembangannya pada

tahun 2000. Seterusnya pengkaji juga akan menghuraikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan oleh guru di sekolah tersebut. Aspek ini patut dibincangkan

bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan.

Dalam bahagian ini juga, pengkaji akan membincangkan kejayaan – kejayaan yang telah

diperolehi Sekolah Pondok Lubuk Tapah dari tahun 1930 hingga ke tahun 2000. Ia perlu

dibicarakan agar kejayaan yang diperolehi oleh sekolah tersebut dapat didokumentasi dan

menjadi kebanggaan masyarakat sekelian.

Manakala bagi bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan merumus secara

keseluruhan hasil kajian pengkaji dengan berpandukan kepada hasil bahan kajian.

PENUTUP

Penulisan esei ilmiah yang berfokus kepada institusi pendidikan terutamanya institusi

pendidikan sekolah pondok perlulah diperbanyakkan agar masyarakat seterusnya dapat

mengenali sejarah dan kejayaan institusi berkenaan dalam memperjuangkan sistem


pendidikan agama. Oleh itu, pengkaji mengharapkan agar dengan penghasilan esei ilmiah ini

nama dan sejarah sekolah agama ini masih kekal diingati generasi masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

Abdul Jalil Hassan. 1973. Falsafah & Pengertian Islam. K. Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Rashid Ahmad. 1966. Kedudukan Pondok Dalam Masyarakat Di Kelantan.


Universiti Malaya: Tesis B.A Universiti Malaya.

Abdullah Ishak.1955. Pendidikan Islam & Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

Muhammad Uthman El-Muhammady.1973. “Peranan Intelektual (Ulama) Islam di


Malaysia Dalam Pembentukan Kebudayaan”. Majalah Dewan Bahasa

SUMBER LISAN

Dr. Ustaz Hj. Lukman bin Hj Abdullah (2020, Januari 20). Temubual (cucu kepada pengasas
Sekolah Pondok Lubuk Tapah)
TEMA : SEJARAH KUMPULAN ETNIK/KLAN/SUKU KAUM

TAJUK : SUKU KAUM IBAN : PERKEMBANGAN SEJARAH SUKU KAUM IBAN DI

KAMPUNG MUNGGU, SIMUNJAN (1970 – 1990)

PENGENALAN

Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku kaum. Kepelbagaian

suku kaum ini menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik. Ini kerana walaupun ianya

terdiri daripada penduduknya yang berbilang kaum, namun masyarakatnya hidup dalam aman

dan harmoni. Antara suku kaum yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Sarawak adalah

kaum Iban. Masyarakat Iban di Sarawak pada awalnya berasal dari Indonesia. Mereka telah

berhijrah secara berselerak ke seluruh bahagian di negeri tersebut. Antara bahagian yang

menjadi tumpuan kaum Iban adalah Simunjan yang terletak 80 km dari Bandaraya Kuching.

Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada perkembangan kaum Iban di Kampung Munggu

yang terletak di Simunjan.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam pengkajian esei ilmiah ini, terdapat tiga objektif utama yang ingin dikaji oleh

pengkaji. Bagi objektif yang pertama, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti asal usul

kaum Iban di Kampung Munggu, Simunjan. Ini bagi membolehkan pemahaman tentang

latar belakang asal usul kaum Iban di Kampung Munggu, Simunjan dengan lebih jelas dan

tepat lagi.

Seterusnya, penulisan esei ilmiah ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perubahan

– perubahan dari segi sosial yang berlaku ke atas kaum Iban di Kampung Munggu,

Simunjan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Perubahan ini dikaji dari aspek agama,
pendidikan dan gaya hidup. Aspek ini disentuh memandang perkembangan yang berlaku ke

atas penduduk kaum Iban dari segi sosial banyak mengalami perubahan.

Selain itu, tujuan kajian dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor – faktor yang

membawa kepada perubahan penduduk kaum Iban dari Kampung Munggu, Simunjan dari

tahun 1970 hingga tahun 1990. Aspek ini perlu dikaji memandangkan berlaku perkembangan

yang dinamik ke atas penduduk kaum Iban di kampung tersebut dalam tempoh tersebut.

PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat 3 permasalahan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji dalam penulisan esei

ilmiah ini. Permasalahan yang utama adalah untuk mengenalpasti bagaimanakah asal – usul

penduduk kaum Iban di Kampung Munggu, Simunjan. Aspek ini sesuai dikaji bagi

membolehkan masyarakat dapat mengetahui asal usul masyarakat kaum Iban di kampung

kajian.

Kajian ini juga turut menjelaskan apakah perubahan yang berlaku ke atas kaum Iban

di Kampung Munggu, Simunjan dari aspek sosial. Tiga aspek sosial yang dikaji adalah

agama, pendidikan dan gaya hidup. Ini dilakukan memandangkan berlaku banyak

perkembangan sosial yang berlaku ke atas kaum berkenaan dalam tempoh kajian berkenaan.

Malah permasalahan kajian ini juga cuba untuk mengupas apakah faktor – faktor

yang membawa kepada perubahan sosial kaum Iban di Kampung Munggu dalam tempah

yang dikaji. Dengan pengkajian ini membolehkan masyarakat mendalami perkembangan

yang berlaku ke atas masyarakat berkenaan.

SKOP KAJIAN

Terdapat beberapa aspek yang perlu ditinjau agar skop kajian ini lebih teliti dan

teratur. Dari segi tempat kajian, pengkaji memilih Kampung Munggu yang terletak di

bahagian Simunjan. Kampung ini terletak 80 km dari Bandaraya Kuching. Ia merupakan


sebuah perkampungan kaum Iban. Namun terdapat juga perkampungan kaum Melayu di

persekitarannya. Oleh itu kajian ini sesuai dijalankan bagi meninjau perkembangan kaum

Iban di kawasan tersebut.

Dari aspek tempoh masa pula, ia melibatkan jangka masa dari tahun 1970 hingga ke

tahun 1990. Jangka masa 20 tahun ini diambil bagi membolehkan pengkaji mendapat banyak

bahan sumber dan meninjau perkembangan masyarakat berkenaan dengan lebih jelas lagi.

Manakala dari segi aspek yang dikaji, terdapat tiga aspek yang ingin dikaji pengkaji.

Aspek yang dikaji ialah asal usul kaum Iban di Kampung Munggu, Simunjan. Dalam aspek

ini juga pengkaji lebih menumpukan aspek sosial iaitu perkembangan sosial dari segi agama,

pendidikan dan gaya hidup kaum berkenaan dan seterusnya faktor – faktor yang membawa

kepada perubahan sosial kaum Iban di kampung berkenaan. Tiga aspek ini menjadi pilihan

pengkaji memandangkan berlaku perkembangan yang dinamik dalam kaum Iban yang

mengubah kehidupan mereka dari awal hingga kini.

SOROTAN KAJIAN LEPAS (perlu 3 bahan) disini hanya ada satu sahaja.

Terdapat banyak penulisan ilmiah sejarah yang membicarakan sejarah kaum etnik

yang terdapat di Malaysia. Malah Sarawak yang terdiri daripada variasiti kaum juga tidak

terkecuali. Antara kajian yang menjadi bacaan pengkaji adalah penulisan blog oleh Ruai

Maraz yang bertajuk Sejarah Asal Usul Iban (12 May 2013). (alamat blog) Dalam penulisan

beliau menjelaskan tentang asal usul dan perkembangan masyarakat kaum Iban di Sarawak.

Ia merupakan kaum etnik yang terbesar di Sarawak. Kebanyakan kaum ini menetap di

kawasan tebingan sungai seperti Sungai Saribas dan Sungai Skrang. Antara aspek yang

menjadi perbincangan adalah tradisi, sistem tulisan dan kegiatan ekonomi yang dijalankan

kaum berkenaan dalam kehidupan seharian. Penghasilan artikel ini menarik minat pengkaji
untuk menghasilkan kajian ilmiah berkenaan masyarakat Iban di Kampung Munggu dari segi

perkembangan sosialnya.

KAEDAH KAJIAN

Bagi menghasilkan esei ilmiah ini, pengkaji menggunakan dua kaedah bagi

mendapatkan sumber. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan. Bagi

kaedah ini, pengkaji akan mendapat sumber primer dan sumber sekunder dari perpustakaan

negeri, Yayasan Tun Jugah dan muzium negeri. Bahan sumber yang boleh diperolehi adalah

seperti Laporan Tahunan, jurnal dan surat rasmi.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah temubual. bagi kaedah ini, pengkaji

akan menemubual beberapa tokoh yang mempunyai maklumat tentang bahan yang dikaji.

Antara mereka adalah ketua kaum di Kampung Munggu sendiri, iaitu En Gilbert ak Gon yang

berbangsa Iban sendiri. Malah pengkaji akan menemubual pegawai yang terlibat dalam

pengurusan Yayasan Tun Jugah dan orang tua di kampung berkenaan. Beberapa soalan akan

ditanya bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk penulisan esei.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Bagi bahagian pembahagian struktur esei, pengkaji membahagikan esei kepada tiga

bahagian. Pada bahagian pertama iaitu pengenalan, pengkaji menjelaskan secara umum

berkenaaan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak. Seterusnya pengkaji akan

membicarakan kaum yang akan dikaji iaitu kaum Iban yang mendiami kawasan

perkampungan Munggu yang terletak di Simunjan. Pengkaji juga menjelaskan objektif dan

kaedah kajian ini dijalankan.

Manakala pada bahagian isi pula, pengkaji menterjemahkan hasil dapatan kajian

melalui kaedah penyelidikan perpustakaan dan temubual. pada bahagian ini pengkaji akan
menjelaskan asal- usul kaum Iban di Kampung Munggu, Simunjan. Seterusnya, pengkaji

juga akan menjelaskan perkembangan sosial yang berlaku ke atas kaum Iban di kawasan

berkenaan. Aspek sosial yang dikaji adalah agama, pendidikan dan gaya hidup. Pada

bahagian terakhir isi juga, pengkaji menjelaskan tentang faktor – faktor yang membawa

perubahan kepada aspek sosial kaum Iban di kampung berkenaan dari tahun 1970 hingga

1990.

Pada bahagian terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji membuat rumusan hasil

dapatan kajian penulisan esei.

PENUTUP

Penulisan esei ilmiah yang membicarakan tentang perkembangan kaum di Sarawak

khususnya perlulah diperbanyakkan lagi agar masyarakat luar dapat mengenali sejarah kaum

berkenaan. Oleh itu, pengkaji mengharapkan agar dengan penghasilan esei ilmiah sejarah

kaum Iban di Kampung Munggu yang terletak di Simunjan dapat menambahkan lagi

penulisan esei yang bersifat sejarah kaum.

BIBLIOGRAFI

SUMBER SEKUNDER

Blog Ruai Marez: 2013. Seajarah Asal Usul Iban (x IKUT CHICAGO)

SUMBER LISAN

Pn Mary ak Danny (2020. Januari 19) Temubual. Kampung Munggu, Simunjan

*** KAEDAH KAJIAN

Boleh jadi tiga kaedah apabila ada sumber lisan. Kerana pengkaji akan turun ke Kawasan

lapangan bagi temubual dan juga buat kajian.

Anda mungkin juga menyukai