Anda di halaman 1dari 3

940/4 2020

HURAIAN TEMA KERJA KURSUS SEJARAH 940/4


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2020

OBJEKTIF UMUM KURSUS SEJARAH 940/4


1. Pelajar mampu memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir sumber
sebagai bukti sejarah
2. Pelajar dapat mengembangkan kemahiran insaniah
3. Pelajar boleh menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional
4. Pelajar mampu menghayati kepentingan peristiwa , tokoh, isu dan perubahan sosial dalam
masyarakat

PENGENALAN
Bidang kajian sejarah mencakupi ruang lingkup yang sangat luas seiring dengan pertumbuhan,
perkembangan dan perubahan manusia, masyarakat dan negara. Bidang-bidang utama yang sering
menjadi asas penelitian pengkaji sejarah merangkumi politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Pembahagian tersebut merupakan penyusunan bagi memudahkan pengkaji melakukan pengkhususan
serta batasan dalam kajiannya. Skop penelitian tersebut sebenarnya boleh diperluaskan lagi kepada
sub-sub bidang ataupun kategori pecahan yang lebih kecil selaras dengan keperluan, kepentingan dan
keterbatasan kemampuan seseorang pengkaji. Disebabkan keluasan bidang kehidupan dan kegiatan
manusia itu, mendorong ahli sejarah membahagikannya kepada aspek-aspek atau tema tertentu
supaya penelitian yang tersusun,mendalam, khusus dan terarah dapat dilakukan. Bagi tujuan Kerja
Kursus Sejarah 940/4 tahun 2020 skop masa kajian yang boleh dipilih oleh calon untuk
menyempurnakan kajian ialah antara tahun 500 hingga tahun 2015.Tema-tema kajian yang ditetapkan
adalah :

1. Sejarah Tokoh
2. Sejarah Pendidikan.
3. Sejarah Keselamatan / Ketenteraan
4. Sejarah Kumpulan Etnik/Kaum/Klan/Suku Kaum

Pemilihan tema disandarkan kepada kemudahan mengakses dan memperolehi sumber bagi
setiap calon di seluruh negara. Penawaran pelbagai tema mewujudkan pemilihan lebih terbuka dalam
kalangan calon untuk melengkapkan kajian mereka. Tema-tema yang dipilih juga merupakan skop
penelitian yang berkonsepkan mesra calon. Tema-tema tersebut merupakan skop kajian yang berada
dalam persekitaran kehidupan calon di samping akses yang lebih mudah dan ekonomik terhadap
sumber. Contohnya, calon luar bandar yang jauh daripada arkib dan perpustakaan negeri, boleh
memanfaatkan tema sejarah tokoh atau sejarah ekonomi berdasarkan data dan maklumat lokal.
Penyelidikan juga menjadi lebih mudah kerana mereka boleh menggunakan kaedah sejarah lisan atau
menggunakan sumber primer tempatan bagi mengumpul maklumat untuk menulis esei yang diperlukan.
Di samping itu, pilihan tema penawaran kerja kursus dipelbagaikan bagi memberikan keadilan
dan peluang yang sama kepada setiap calon walau di manapun mereka berada. Memandangkan
kriteria pentaksiran ke atas esei calon adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama, maka setiap

1
940/4 2020

calon juga mestilah diberikan kemudahan menjalankan penyelidikan dan akses yang sama bagi
memperolehi sumber bahan yang mereka perlukan.

TEMA 1 : SEJARAH TOKOH

Kajian sejarah tokoh bertumpu kepada riwayat hidup seseorang individu yang mempunyai kedudukan
yang signifikans /penting sama ada dalam komuniti/ masyarakatnya, daerah, negeri, nasional atau di
peringkat antarabangsa. Kepentingan seseorang individu itu diteliti dari sudut peranan dan
sumbangannya dalam sesuatu bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kebudayaan,
agama, keselamatan, intelektual, dan juga dalam bidang kehidupan selainnya. Seseorang individu yang
memainkan peranannya dalam setiap bidang itu boleh dinilai dari segi sumbangannya dalam bentuk
pemikiran, tindakan, program atau telah melakukan sesuatu yang membawa kepada berlakunya
perubahan atau pembaharuan ke atas bidang yang diceburinya. Dalam sejarah tentang seseorang
tokoh, penelitian ke atas individu berkenaan mestilah dilihat dalam konteks pencapaian tersebut di atas.
Misalnya, kajian sejarah ke atas tokoh intelektual/pemikiran. Sejarah tokoh boleh meneliti idea-idea
yang dicetus tokoh-tokoh yang articulate dan berpengaruh seperti novelis, saintis, filosof, negarawan,
intelektual dan lain-lain. Idea, sumbangan dan peranan mereka tentang kemajuan, agama, moral,
politik, keadilan, ideologi dan sebagainya boleh menjadi sebahgian dari cakupan penelitian.

TEMA 2 : SEJARAH PENDIDIKAN

Pendidikan adalah suatu proses bagaimana sesebuah masyarakat memindahkan ( transmitting) budaya,
pengetahuan, kemahiran, nilai dan lain-lain dari satu individu/kelompok kepada yang lain. Pendidikan
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan tekanan atau tumpuan kepada
aspek-aspek tertentu yang dikira bernilai untuk dipelihara, dikembang dan diperturunkan. Bagaimana
proses ini berlaku dan berkembangkan sesuai dengan peredaran masa. Proses pendidikan yang
berkembang dalam sesebuah masyarakat sentiasa rnengalami evolusi dan perubahan. Di kebanyakan
negara, pendidikan tradisionalnya masih berterusan, meskipun pendidikan moden berasaskan model
Barat telah diperkenalkan. Sementara itu, proses pendidikan dalam sesebuah masyarakat berlangsung
menerusi dua cara. Iaitu menerusi pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan formal berlaku
menerusi atau ditempat yang khusus samada dikendalikan oleh kerajaan atau swasta seperti di
sekolah, kolej, atau institusi pendidikan tinggi. Ia berlaku menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran
secara berstruktur, sistematik dan tersusun. Dalam pendidikan formal, matlamat dan objektif,
organisasi, kandungan dan kaedah penyampaiannya (P&P) yang jelas dan tegas. Ini berbeza dengan
satu lagi bentuk pendidikan iaitu, pendidikan tak formal. Pendidikan bentuk ini berlangsung dalam
kebanyakan masyarakat sebelum munculnya pendidikan formal. Akibat perubahan dan kemajuan yang
dicapai sesebuah masyarakat, mereka beralih kepada pendidikan formal, tetapi ini tidak bermakna
pendidikan tak formal pupus. Yang demikian, di luar daripada bentuk formal itu, proses memindahkan
pengetahuan, nilai dan kemahiran masih berlaku dalam kebanyakan masyarakat. Pendidikan sebagai
satu fenomena sejarah adalah subjek yang luas cakupannya. Kita boleh meneliti pebagai aspeknya
seperti matlamat dan objektif, organisasi, kandungan sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan
pembelajaran atau sistem pendidikan, institusi, teori dan falsafah, pengalaman keguruan dan
sebagainya.

2
940/4 2020

TEMA 3 : SEJARAH KETENTERAAN

Manusia adalah makhluk politik yang sentiasa berusaha hidup secara teratur dan demi keselamatan
bersama. Sejak awal kemunculannya, manusia berusaha hidup bebas dari berbagai bentuk ancaman,
khususnya yang akan menggugat kelangsungan hidup mereka. Demi mencapai matlamat tersebut,
manusia berusaha menerusi pelbagai cara bagi mewujudkan keselamatan itu. Salah satu cara
mencapai tujuan itu ialah dengan menubuhkan pasukan keselamatan - dalam bentuk tentera, sistem,
institusi, strategi dan alat persenjataan yang boleh digunakan apabila keadaan memerlukan. Dengan
adanya unsur tersebut, setiap negara memiliki keupayaan untuk menghalang atau melawan pihak lain
daripada menggugat, mengancarn atau menakluki rnereka. Disebabkan peri pentingnya aspek ini
kepada kelangsungan hidup manusia, sejak seratus tahun lalu kita menyaksikan satu perubahan besar
dalam sejarah manusia dari segi ketenteraan, iaitu perubahan besar dari segi bagaimana peperangan
dikendalikan, alat senjata yang digunakan dan juga kesan perang ke atas kehidupan manusia.
Peperangan dan konflik yang berlaku serta cara manusia menghadapinya sepanjang sejarah itu
menjadi salah satu tumpuan utama dalam sejarah ketenteraan. Penelitian tentang ketenteraan dari segi
sejarahya mencakupi bidang yang luas. Aspek-aspek yang sering diteliti adalah seperti hal-ehwal
ketenteraan, cara perang dikendalikan (operasi) - logistik, taktik, strategi, kepimpinan) dan senjata yang
digunakan. Tumpuan juga diberikan kepada (kehidupan ketenteraan) seperti institusi-institusi
ketenteraan, adat-istiadat, artifak ketenteraan - misalnya senjata, alat teknikal, kubu, berek, kapal
tentera, kenderaan pesawat tentera, seragam tentera, unit, briged. Juga kepada sejarah perang dan
peperangan ( meliputi kendalian perang, penyusunan dan kaedah perang - strategi, operasi dan
taktikal). Malahan penelitian juga boleh dijuruskan kepada aspek administratif dan teknikal ketenteraan
seperti doktrin, struktur organisasi, pelatihan dan perkernbangan persenjataan. Kajian ketenteraan juga
boleh dijuruskan kepada penelitian ke atas aspek peperangan dan dampaknya kepada masyarakat /
negara sama ada dampak perang yang berskala besar (Perang Dunia 1 dan 2), berskala kecil seperti
peperangan melawan penjajah dan menghadapi pemberontakan / pemisahan.

TEMA 4 : SEJARAH KUMPULAN ETNIK/ KAUM/ KLAN/ SUKU KAUM

Sejarah kaum merupakan sub bidang bagi sejarah sosial. Kebanyakan negara di dunia pada hari ini
didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Di Malaysia misalnya, komposisi penduduknya sangat
kompleks. Secara umumnya, masyarakat yang kompleks itu dibahagikan mengikut kategori secara
umum iaitu kaum. Di dalam kategori kaum itu pula terdapatnya entiti sosial lebih kecil – etnik dan suku.
Pembahagian dalam kategori kaum itu mewujudkan kumpulan penduduk Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan, dan lain-lain. Pembahagian dibuat berdasarkan kepada perbezaan asal-usul, agama,
budaya, bahasa, cara hidup dan sebagainya. Di dalam kategori kaum itu pula terdapat entiti lebih kecil.
Dalam kategori kaum Melayu misalnya, terdapat etnik/suku yang berbeza-beza pula. Demikian juga
dalam kaum Cina dan India. Setiap kaum dan entiti kecil yang ada di dalamnya itu memiliki identiti,
budaya, cara hidup dan sejarah asal usul masing-masing. Justeru keistimewaan dan keunikan kaum
atau etnik itulah yang boleh menjadi asas penelitian kepada pengkaji untuk melengkapkan kajian
mereka.

KPK 2020

Anda mungkin juga menyukai