Anda di halaman 1dari 4

Soalan : 1

Laporan tentang Punca Peningkatan Masalah Obesiti Dalam Kalangan Pelajar dan
Cadangan Untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan
Menurut kamus Dewan, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan
yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan
pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan
mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya
membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat
perasaan malu dan rendah diri. Memandangkan masalah obesiti dalam kalangan
pelajar menjadi semakin serius, saya sebagai pegawai Kementerian Kesihatan
Malaysia diminta untuk menjalankan satu kajian tentang punca tersebut dan
cadangan untuk mengatasinya.
2.0 Jawatankuasa
Pengerusi: Azora bin Johar
Naib Pengerusi: Roland Ajang anak Bakar
Setiausaha: Asnina binti Bakar
Bendahari: Qaissara Qinna binti Johar
Ahli jawatankuasa: Anita anak Rabu
Rexy bin Putet
Abull Latif bin Salleh

3.0 Punca Peningkatan Obesiti Dalam Kalangan Pelajar


3.1 Amalan Pemakanan Yang Tidak Seimbang
Masalah obesiti berlaku akibat cara hidup yang tidak sihat seperti tidak
menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi
dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara
memasak secara menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada
pengumpulan lemak dalam badan.

3.2 Sikap Malas Dan Tidak Suka Bersenam Dalam Kalangan Pelajar
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga
menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu
memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang
pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.
akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk.

3.3 Pengambilan Makanan Segera


Selain itu, kekerapan pelajar mengambil makanan segera akan
menyumbang kepada masalah obesiti. Faktor harga yang murah dan akses yang
mudah bagi mendapatkan makanan segera menjadi punca pelajar suka membeli
makanan segera berbanding memasak makanan yang lebih berkhasiat.
Lambakan snek-snek makanan ringan yang tidak berkhasiat juga menjadi punca
kepada masalah obesiti ini di mana konsumer utama terdiri daripada pelajar -
pelajar yang lebih gemar kepada makanan segera. Hal ini perlu diberi perhatian
oleh pihak Kementerian Kesihatan supaya dapat mencari jalan mengurangkan
masalah obesiti disamping meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keburukan
makanan segera

3.4 Kurang Produktif


Pelajar yang penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif. Hal ini
demikian kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk
bergerak, secara langsung pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan
lalu membawa kepada paras pembelajaran yang tidak memuaskan. Di
samping itu, perbelanjaan pelajar meningkat kerana seseorang penghidap
obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan
cenderung untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan .
4.0 Cadangan Untuk Mengatasi

4.1 Mengamalkan Pemakanan Seimbang


Antara pendekatan yang diambil oleh pelajar adalah dengan mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pelajar hendaklah mengambil makanan
mengikut jadual piramid makanan yang telah disusun keperluan
pengambilan karbohidrat, protein, lemak dan zat-zat pemakanan dalam
pilihan menu makanan seharian pelajar. Selain itu, pelajar juga disarankan
untuk makan mengikut waktu secara teratur iaitu sarapan pagi, makan
tengahari dan makan malam.

4.2 Memberikan Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma


Sebagai pelajar berminda kelas pertama, kaedah yang boleh dilaksanakan
bagi membendung masalah obesiti dalam kalangan pelajar adalah dengan
melakukan pemeriksaan kesihatan. Budaya berjumpa dengan pengamal
perubatan pada waktu kita sakit sahaja perlu diubah. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana kebanyakan penyakit boleh dirawat jika dikesan pada
peringkat awal sebelum ia menjadi kritikal. Oleh itu, golongan pelajar seharusnya
melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma di klinik kesihatan yang
berdekatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
5.0 Kesimpulan

Terdapat beberapa punca yang telah dibincangkan menjadi pencetus masalah


obesiti di kalangan pelajar. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak.
Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang
berkhasiat. Pihak sekolah juga haruslah melakukan aktiviti bersenam pada setiap
minggu supaya tubuh badan mereka sihat dan dapat melahirkan pelajar yang badan
cergas, minda cerdas.

Laporan disediakan oleh, 10 Mac 2023

Asnina
____________________
(ASNINA BINTI BAKAR)
Pegawai Penguatkuasa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Daerah Selangau
( 622 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai