Anda di halaman 1dari 5

Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang

ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Pra


pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud
sjak 5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan
sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justerunya seni
Silambam bolehlah dianggap sebagai seni mempertahankan
diri yang tertua di dunia.
Seni Silambam merupakan satu seni di dalam 64 jenis seni
yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai
harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun
demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifif pada
zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan
memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan
kepentingan zaman. Latihan-latihan dan teknik-teknik
memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami
kejituan.
Semasa perkembangan agama buddha, seni mempertahankan
diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami
Buddha khususnya, Bodhidharma telah mempertahankan
seni ini di kota Sang han, Negeri Wei di utara China.
Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada
awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan penting bagi kekuatan
fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni
pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di
antara 1000 hingga1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini

adalah hasil usaha raja-raja Tamil daripada India yang


merantau ke rantau ini.
Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India
ke Malaya iaitu Malaysia , oleh penjajah Inggeris. Pekerjapekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya.
Namun demikian, guru-guru yang telah mengajar seni ini
dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang
dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di
Kuala Selangor, Kapar dan Kelang.
Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya
dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi
undang-undang di bawah penjajahan barat. Justerunya seni
Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan
tempat-tempat yang tidak dilalui orang.

http://www.geocities.ws/internationalsilambam/sejarah.htm

SILAMBAM
Tidak ramai masyarakat yang menyedari seni bela diri silambab ini. Silambam
merupakan seni mempertahankan diri masyarakat India dan menjadi tradisi bagi
mereka. Silambam merupakan seni bela diri Dravidian iaitu tradisi berasaskan
petempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji 5000 tahun yang
lampau di mana penduduk menggunakan tongkat buluh untuk mempertahankan diri
mereka dari serangan haiwan buas. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68
meter(lima setengah kaki) manakala saiz tongkat berkait dengan pengguna
silambam. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai SENDIKUCHI boleh
dibawa secara tersembunyi. Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan
beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan terutamanya bentuk ular
dan helang. Silambam ,Kuthu varisa ,teknik kosong secara harafiah bererti urutan

tumbukan,maduyu(tanduk rusa)dan shela atau cheela. Selepas seni ini itersebar ke


dunia melayu"SILAMBAM" merujuk kepada seni bersenjatakan kayu dan tongkat.
Beberapa seni bela melayu seperti silat juga dipercayai telah menyarap masuk ke
dalam silambam.
Selepas tu,Silambam telah digunakan oleh tentera untuk berlawan dengan pihak musuh
sejak dari zaman Dinasti Chola Silam,Dinasti Chera dan raja-raja Pandya dari Selatan India
semasa tempoh Sangam.(Tempoh Sangam?fmacam filem Sangam
plak..hahahahhaa).Lepas tu,Teknik ni digunakan secara meluas olej Maravar pada tentera

Travancore.Maravar ni adalah salah seorang dari Raja pada Dinasti Travancore la..Lepas
tu,pada tahun 1760 - 1799 tentera Raja Veerapandiya kattanbomman telah gunakan teknik
ni untuk berlawan dengan askar British.

Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik
memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan tongkat. Gerak
kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu varisai (versi tangan kosong). Terdapat
enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan
kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri dari
serangan beberapa musuh bersenjata.Penekanannya pada tongkat membezakan Silambam dari
Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran
memberi penekanan pada tangan kosong atau kayu ringkas atau pedang.
Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu (tanduk
rusa), surul atau churul (pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val payattu atau val
veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan dua jari) kesemuanya
berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni bela
Sejarah
Silambam dinaungi oleh Dinasti Chola silam, Dinasti Chera dan Raja-raja Pandya dari India Selatan
semasa tempoh Sangam. Ia digunakan secara meluas oleh Maravar pada dari tentera Travancore.
Rujukan kepada "Silappadikkaram" dalam kesusteraan Sangam bahasa Tamil bertarikh semenjak abad
ke-2 merujuk kepada penjualan tongkat Silamabam, pedang, mutiara, dan perisai kepada pedagang
asing. Pusat perdagangan silam di bandar Madurai terkenal keseluruh dunia dan dikatakan dilawati oleh
Rom, Yunani Kuno dan Mesir Kuno antara yang mempunyai perdagangan laut tetap dengan raja Tamil
silam. Tongkat silambam merupakan salah satu senjata seni bela diri, yang mendapat permintaan tinggi
dari pelawat.
Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, "Silambam" merujuk kepada seni tersebut termasuk
senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti Silat didakwa menyerap silambam.
Maravar pada salah seorang dari Raja Travancore menggunakan "Silambam" dalam pertempuran
perperangan mereka terhadap musuh. Tentera Raja Veerapandiya Kattabomman (17601799)
kebanyakannya bergantung kepada kemahiran mereka menggunakan Silambam dalam perperangan
mereka terhadap Tentera British.

Anda mungkin juga menyukai