Anda di halaman 1dari 23

SULIT* SKEMA SET A

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu, Kelantan.

940/3 STPM 2018


SEJARAH
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
KERTAS 3
(Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
Skema ini terdiri daripada 23 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2018

STPM 2018 - 940/3 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

1
SEJARAH PENGGAL 1 DAN 3

940/1 DAN 940/3

60 - 80 = A
55 - 59 = A-
50 - 54 = B+
45 - 49 = B
40 - 44 = B-
35 - 39 = C+
30 - 34 = C
25 - 29 = C-
20 - 24 = D+
16 - 19 = D
10 - 15 = F
00 - 09 = F

2
RUBRIK PENSKORAN KERTAS SEJARAH 940
DIMENSI DAN 18 - 20 14 – 17 10 – 13 6–9 0-5
KRITERIA AMAT CEMERLANG CEMERLANG BAIK LEMAH AMAT LEMAH
PENGETAHUAN DAN 8 6-7 4-5 2-3 1-2
KEFAHAMAN
 Fakta Penguasaan subjek Penguasaan subjek Menguasai subjek Hanya mengetahui Tiada pengetahuan
 Huraian soalan luas dan soalan agak luas soalan, tetapi subjek soalan subjek soalan.
 Contoh mendalam. tetapi kurang keluasan dan secara kabur
 Bukti/sokon mendalam. kedalamannya Gagal menyediakan
gan/pendap Menyediakan terbatas. Maklumat utama maklumat utama
at maklumat utama, Menyediakan bukti sokongan dan bukti
bukti sokongan dan maklumat utama, Maklumat utama, sangat terhad dan sokongan. Hanya
pendetailan bukti sokongan dan bukti sokongan dan tidak mendasar, membuat
memadai, majority pendetailan agak pendetailan ada yang kurang kenyataan umum,
tepat, relevan dan memadai, terbatas, hanya tepat, kurang banyak tidak tepat,
membantu majoritinya tepat, sebahagiannya relevan, dan tidak tidak relevan dan
menjawab soalan relevan dan tepat, relevan, membantu calon gagal menyediakan
secara mendalam. membantu menyumbang menjawab soalan maklumat yang
menjawab soalan kepada kedalaman secara memuaskan. diperlukan bagi
Kesilapan fakta secara mendalam. jawapan. menjawab soalan.
amat minimum, Kesilapan agak
sama sekali tidak Kesilapan fakta Kesilapan fakta ketara, sehingga Kesalahan amat
mencacatkan minimum, tidak kurang ketara, banyak kecacatan ketara, dan
ketepatan jawapan. mecacatkan tetapi agak dari segi ketepatan mencacatkan
ketepatan mencacatkan jawapan ketepatan
keseluruhan ketepatan jawapan. keseluruhan
jawapan jawapan

TAAKULAN 6 5 3-4 2-3 0-2

 Membuat Membina hujah Membina hujahan Pembinaan hujahan Hujahan teras tidak Tiada hujahan
ulasan secara logikal teras merujuk teras merujuk jelas dan hanya teras, kenyataan
melebihi merujuk kepada kehendak secara longgar merujuk secara kabur dan tidak
biasa sepenuhnya kepada soalan. kepada kehendak longgar kepada jelas.
(analitik) kehendak soalan. soalan. soalan.
 Memenuhi Kupasan Tidak merujuk
tugasan Idea yang menggunakan Kupasan idea yang Kupasan idea hanya kepada kehendak
soalan dikembangkan beberapa contoh, dikembangkan berdasarkan sedikit soalan.
(penegasan) sebagai respon fakta dan berdasarkan bukti bukti menyebabkan
 Kesimpulan terhadap soalan, pendetailan yang terbatas, tapi hujahan kurang Kupasan idea yang
setiap isi kupasan isu menyumbang hujahan agak koheren dikembangkan
 Bukti yang disandarkan kepada taakulan koheren tidak didasarkan
relevan/kait kepada banyak yang mantap Sebahagian kecil Ada eviden yang bukti.
an contoh, fakta, eviden kurang releven tetapi
 Nilai/ detail, releven. Ediden dalam relevan kebanyakannya Tiada eviden yang
pengajaran hujahan lemah relevan dalam
Penaakulan mantap kebanyakannya hujahan
relevan
Hujah amat releven
dan logic

3
KOMUNIKASI 6 5 3-4 2-3 0-2

 Mempunyai Susunan idea amat Susunan idea Susunan idea Susunan idea Sususnan idea tidak
binaan esei logikal, analitikal, logical, agak secara deskriptif, kurang logical, logical, tidak
lengkap teratur dan sesuai analitikal dan kurang logical, sangat deskriptif tersusun lari dari
(Pendahuluan, isi kehendak soalan. tersusun sesuai tetapi tersusun dan dan tidak tersusun kehendak soalan.
dan penutup) Penyampaian idea kehendak soalan. tidak lari dari tetapi tidak lari
 Gaya bahasa dan amat jelas dan licin Penyampaian idea kehendak soalan. dengan kehendak Idea disampaikan
wacana menerusi ayat dan jelas dan licin, soalan. menyimpang,
tatabahasa tatabahasa yang tetapi ada Penyampaian idea dipenuhi kesilapan
sesuai kemas. kesilapan ayat dan kurang jelas dan Penyampaian idea ayat dan
 Ayat teratur tatabahasa yang melompat, kabur, ada tatabahasa.
 Pendekatan Idea-idea utama minimum. kesilapan ayat dan pengulangan dan
mudah difahami dalam perenggan tatabahasa agak kesilapan ayat dan Perenggan tiada
 Fokus kepada terangkai secara Idea utama dalam ketara. tatabahasa ketara. idea utama hanya
perbincangan bertalian perenggan kenyataan umum
 Penyampaian membentuk idea terangkai secara Idea utama dalam Idea utama dalam yang tidak
idea dan isi keseluruhan yang bertalian perenggan perenggan banyak terangkai dan
olahan difahami padu. membentuk idea bertalian, tetapi yang tidak bertalian binaan idea
keseluruhan yang sebahagiannya dan kurang keseluruhan tidak
Wacana terfokus kemas. kurang berkaitan membantu teratur.
menunjukkan membentuk idea pembentukan idea
kefahaman Wacana terfokus keseluruhan yang keseluruhan secara Wacana tidak
mendalam menunjukkan agak teratur. lancar. terfokus menu
terhadap kefahaman jukkan ketiadaan
pengetahuan dan terhadap Wacana kurang Wacana tidak kefahaman
kehendak soalan. pengetahuan dan terfokus banyak terfokus terhadap
kehendak soalan. menunjukkan menunjukkan pengetahuan dan
Mensintesis idea kefahaman tidak kefahaman rendah kehendak soalan.
keseluruhan secara Sintesis idea sepenuhnya terhadap
jitu sehingga keseluruhan agak terhadap pengetahuan dan Sintesis idea
rumusan dan jitu sehingga pengetahuan dan kehendak soalan. keseluruhan sangat
kesimpulan amat rumusan dan kehendak soalan. longgar sehingga
padu kesimpulan agak Sintesis idea rumusan dan
padu. Sintesis idea keseluruhan kesimpulan tidak
keseluruhan kurang longgar sehingga relevan.
jitu menyebabkan rumusan dan
rumusan dan kesimpulan tidak
kesimpulan longgar jelas,

4
SOALAN 1

Jelaskan perubahan yang berlaku dalam peranan pembesar Negeri-negeri Melayu sebelum
dan selepas campur tangan British.

A. PENGENALAN

1. Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai
yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem
pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan
yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang,
Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri
Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.
2. Pembesar merupaka orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan. Mereka adalah
orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang,
cop mohor dan daerah pegangan.
3. Golongan ini mempunyai peranan yang penting dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Walau
bagaimanapun peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu mula berubah selepas kedatangan
British.

B. ISI-ISI

Peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

1. Peranan dari aspek Politik

a) Pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap sebagai orang kanan raja atau
sultan.Pembesar seperti bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja atau sultan
dalam melaksanakan pemerintahannya.Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor telah melantik
Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri. Pembesar juga bertugas
untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah
dan sivil. Pembesar peringkat daerah dan kampung juga bertanggungjawab menjadi hakim dan
menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali hukuman mati.
b) Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota,
menentukan bakal permaisuri dan menentukan lokasi istana. Di Negeri Sembilan, empat orang
Undang dari Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol berhak melantik sesiapa sahaja daripada
kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar.
c) Malahan, terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung dalam
penggubalan undang-undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu Bendahari pula
berperanan penting dalam hal ehwal istana terutama dalam adat-istiadat diraja. Penghulu
Bendahari juga akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.
d) Biasanya, pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing. Sebagai
contohnya, Ngah Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan
pemakanannya di Daerah Larut, Perak. Tanggungjawab mereka sangat besar terhadap daerah
jajahannya. Mereka akan memastikan keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk
dalam daerah jajahannya. Mereka juga akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua
perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan
disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya. Pembesar
daerah dan kampung juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal peperangan,
ketenteraan dan pertahanan.Mereka menyedia dan membekalkan tenaga tentera untuk
mempertahankan negara dan memperluaskan wilayah. Pembesar daerah memperoleh hak
memerintah sesebuah kawasan melalui surat tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan Besar.
Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai ‘kawasan pegangan’ yang merupakan

5
anugerah daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau menjadi
pentadbir daerah atau jajahan.
e) Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik. Mereka merupakan golongan yang
memonopoli segala kuasa politik dlm kerajaan sehingga mempunyai kuasa utk melantik raja.
Misalnya, empat orang Undang di Negeri Sembilan Undang Jelebu, Undang Rembau, Undang
Johol dan Undang Sungai Ujong akan melantik Yang Dipertuan Besar.
f) Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan mereka mempunyai
cap mohor sendiri dlm melaksanakan tugas. Mereka mempunyai hubungan erat dgn rakyat.
Oleh demikian, pembesar ibarat ‘Jambatan’ yang menghubungkan rakyat dgn pemerintah.
Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes jenayah di daerah
mereka. Namun,hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.

2. Peranan dari aspek Sosial

a) Golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat. Titah perintah raja juga akan
disampaikan kepada rakyat melalui pembesar. Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan
pembesar yang paling rapat dengan rakyat jelata. Selain menjaga kebajikan rakyat, pembesar juga
akan memastikan mereka taat setia kepada sultan. Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk
menjadi buruh secara percuma bagi membina istana, membuka tanah dan membina kapal. Golongan
pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja dengan bersedia memberi
khidmat kepada raja apabila diperlukan. Istiadat ini akan dilakukan di balairung seri apabila
menghadap dan menyembah sultan.
b) Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan seluruh masyarakat di
kawasannya taat sultan.
c) Pembesar menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak buah di
daerah jagaanya.
d) Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh untuk membina istana baharu, kapal untuk
sultan, panggung atau pentas serta perhiasan istana untuk sesuatu perayaan. Pembesar
melaksanakan tugas tersebut melalui sistem kerah di kawasannya.

3. Peranan dari aspek Ekonomi

a) Para pembesar seperti syahbandar pula bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan
dalam negeri berjalan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul. Mereka juga
memastikan kebajikan dan keselamatan golongan pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan.
Malahan penggunaan mata wang dalam urusan perdaganagn akan dipantau oleh pembesar.
Laksamana pula akan bertanggungjawab menjaga perairan daripada pencerobohan lanun dan
keselamatan para pedagang di perairan.
b) Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka menguasai hasil
perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan
sistem kerah. Mereka memperoleh sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah
mereka. Didapati bahawa ada dalam kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan berwibawa di
daerah masing-masing berbanding dengan sultan.
c) Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka memastikan urusan
perdagangan dalam negeri berjalan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul.
Misalnya, Jemaah Menteri Perbendaharaan di Kelantan mengendalikan harta benda dan hasil
mahsul negeri. Pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi dengan izin sultan. Namun,
mereka tidak terlibat secara langsung kerana mereka hanya mengeluarkan modal. Urusan
perdagangan dijalankan oleh wakil-wakil yang dilantik.
d) Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Mereka diberi surat tauliah oleh
sultan untuk memungut cukai. Pembesar Daerah dan kampung juga akan memastikan semua rakyat
dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai bagi pihak sultan. Contohnya, di negeri Perak,
pembesar mengenakan cukai terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen

6
bagisetiap pikul kulit haiwan dan $4.00 untuk setiap bahara bijih timah. Setiap tahun pembesar akan
menghantar ‘Orang Kalur’ untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi satu
keluarga sebaga tanda kekuasaan bendahara. Lazimnya, sebahagian daripada hasil pungutan
cukai akan digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambang
kesetiaan.
e) Para pembesar juga menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil
eksport yang lain.Mereka menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh hasil-hasil
tersebut. Terdapat juga pembesar yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Walaupun
begitu mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin
sultan. Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya atau ‘orang kiwi’.

Peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu selepas campur tangan British

1. Perubahan peranan pembesar di Negeri-negeri Melayu selepas campurtangan British

a) Selepas campur tangan British, kedudukan dan kewibawaan pembesar sedikit demi sedikit
dikurangkan. Seorang pegawai British yang dikenali sebagai residen ditempatkan di negeri-negeri
seperti Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
b) Di bawah Sistem Residen (1874-1896), peranan dan kedudukan pembesar-pembesar jauh berbeza
daripada peranan mereka sebelum campur tangan British. Semasa Sistem Residen, Majlis Negeri
dibentuk di Negeri-negeri Melayu mulai tahun 1877. Majlis ini dianggotai oleh Sultan sebagai
Presiden Majlis, residen sebagai penasihat dan pembesar-pembesar sebagai ahli rasmi. Residen
telah menggantikan peranan pembesar-pembesar sebagai penasihat Sultan.
c) Sultan menjalankan pentadbiran mengikut nasihat residen dalam semua hal berkenaan pentadbiran
kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang Melayu. Tugas-tugas lain pembesar seperti
mengawal keamanan, keadilan dan keselamatan telah diambil alih oleh pegawai-pegawai British
yang berada di bawah tanggungjawab residen.
d) Perjalanan undang-undang dan penggunaan kekerasan adalah tanggungjawab pasukan polis, pihak
polis sendiri harus menuntut perintah yang dikeluarkan oleh pegawai pentadbiran yang tertinggi
iaitu residen atau pihak lain yang kedudukannya diterapkan oleh undang-undang. Dengan ini
pembesar tradisi tidak dibenarkan memegang kuasa seperti dahulu. Fungsi politik pembesar-
pembesar diambil alih oleh pentadbiran baru iaitu Sistem Residen. Tugas pentadbiran di peringkat
jajahan diberi kepada pegawai-pegawai British yang dikenali dengan nama Pemungut Hasil dan
Majistret. Beliau menggantikan Bendahara sebagai Ketua Hakim dan Penghulu Bendahari sebagai
pemungut cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas rakyat
jelata.
e) Tanpa kerjasama pembesar-pembesar Negeri-negeri Melayu, mungkin British tidak dapat mengawal
orang Melayu. Ini kerana kehidupan orang Melayu amat bergantung pada pembesar tradisi. Oleh
yang demikian, pembesar-pembesar yang sanggup bekerjasama dengan British dilantik sebagai
pegawai pentadbiran British untuk menjaga kawasan yang lebih kecil sebagai satu cara
memudahkan tugas pegawai British. Mereka diberi gaji bulanan yang tetap.
f) Pembesar daerah tidak dibenarkan menyimpan hamba atau orang berhutang. Oleh yang demikian,
pembesar daerah tidak lagi mempunyai pengikut yang ramai seperti sebelum 1874. Sistem kerah
juga dihapuskan melalui campur tangan British. Pembesar daerah tidak boleh menggunakan buruh-
buruh kerah untuk urusan peribadinya. Sistem kerah kini dihadkan untuk tugas kerajaan sahaja.
g) Pegawai Daerah British telah mengambil alih kebanyakan daripada tugas pentadbiran tempatan
yang dijalankan oleh pembesar daerah. Kini kawalan ke atas penghulu dijalankan oleh Pegawai
Daerah British walaupun jawatan penghulu masih dikekalkan.

2. Perubahan peranan penghulu selepas campur tangan British.

a) British mengekalkan institusi penghulu kerana sedar pengaruh penghulu dalam pentadbiran
kerajaan terutamanya dalam melaksanakan perubahan untuk kemajuan.

7
b) Penghulu menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan dengan kaum tani. Penghulu menjadi agen atau wakil
kerajaan di kampung mereka. Kerajaan tempatan tradisional di bawah penghulu tidak lagi dikawal
oleh pembesar daerah tetapi dikawal oleh Pegawai Daerah British. Ini bermakna penghulu
digunakan oleh British untuk berhubung dengan penduduk kampung yang terdiri daripada kaum
tani. Sebelum kedatangan British, penghulu menerima surat daripada sultan yang mengesahkan
kuasa kepada anak buahnya di kampung. Ini bermakna penghulu boleh bertindak terhadap undang-
undang, adat-istiadat, dan agama di kampung jagaannya. Setelah campur tangan British, penghulu
menjadi seorang pegawai yang dibayar gaji, diberi pencen, dan biasanya berpendidikan.
c) Sebelum campur tangan British, pendapatan penghulu datang daripada beberapa sumber.
Contohnya, anak buah penghulu membantu dengan penanaman padi atau mereka membayar
sebahagian hasil mereka kepada penghulu. Penghulu juga mendapat hasil daripada cukai
perdagangan.
d) Antara tugas penting penghulu ialah :
i. Melaksanakan segala undang-undang kerajaan di kawasan jagaannya.
ii. Mengutip cukai bagi pihak kerajaan dengan kebenaran menyimpan 10% cukai untuk
kegunaan sendiri.
iii. Menjaga keamanan dan menyelesaikan segala pertikaian antara anak buahnya.
iv. Memberikan tanah kepada pemohon.
v. Menghakimi kes-kes jenayah yang kurang penting dan menjatuhkan hukuman.

e) Selepas campur tangan British, pencalonan, pelantikan, pemecatan, penetapan kuasa, tugas, dan
tanggungjawab penghulu dilakukan oleh residen dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan bukan oleh
pembesar daerah.
f) Kedudukan institusi penghulu mengalami perubahan yang nyata selepas campur tangan British.
Penghulu menjadi kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dan hak serta tanggungjawabnya tertakluk
di bawah undang-undang negeri.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya, fungsi pembesar-pembesar tradisi telah berubah. Mereka kini hanya


merupakan ejen pemerintah British dengan menggunakan pengaruh mereka untuk menjamin
kejayaan pentadbiran British yang baru. Mereka mempunyai tanggungjawab tetapi tidak
mempunyai kuasa seperti mana dimiliki pada zaman tradisi. Dengan cara ini, pentadbiran
British dapat mengelakkan unsur-unsur konflik yang terdapat dalam sistem politik Melayu
tradisional.
2. Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’ Maharaja
Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun
hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber
rujukan utama para pengikut dan masyarakat.

8
SOALAN 2

Bincangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya
(PKM) antara tahun 1948 hingga 1960.

A. PENDAHULUAN

1. Pada tahun 1948 Parti Komunis Malaya (PKM) telah bertindak semakin ganas dan
mengambil keputusan untuk melancarkan pemberontakan bersenjata kerana gagal
mengambil alih kuasa secara perlembagaan.
2. Kemuncak kepada keganasan PKM, ialah pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak. Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah
Melayu telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 19 Jun 1948.
3. Sehubungan dengan perisytiharan darurat beberapa langkah telah diambil untuk
membanteras masalah komunis, iaitu pengisytiharan undang-undang darurat, perang
psikologi, rancangan Briggs dan sebagainya.

B. ISI-ISI

1. Perisytiharan Undang-undang Darurat

a) Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan ialah mengisytiharkan Undang-undang


Darurat pada7 Julai 1948. Tujuan Undang-undang Darurat diperkenalkan adalah untuk
mengawal keselamatan Tanah Melayu. Melalui Undang-undang Darurat kerajaan telah
mengharamkan parti-parti politik atau pertubuhan berhaluan kiri untuk menghalang mereka
daripada terlibat dalam kegiatan komunis. Pemimpin-pemimpin politik berhaluan kiri
diberkas dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Antara
parti-parti politik yang dibubarkan ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) dan
beberapa badan lain seperti Angkatan Pemuda Insaf ( API ) dan Angkatan Wanita Sedar
(AWAS).

b) Melalui Undang-undang Darurat kerajaan boleh menangkap tanpa bicara sesiapa sahaja
yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan juga boleh membuang negeri
sesiapa yang dianggap menganggu atau mengugat keamanan negara. Bagi orang Cina dan
India mereka yang terlibat dengan kegiatan komunis akan dihantar pulang ke China atau
India. Pada akhir tahun 1948 seramai 5100 telah ditahan di bawah Undang-undang
Penahanan. Tempat penahanan yang terbesar ialah di Taiping dan Batu Gajah, Perak.

c) Melalui Undang-undang Darurat, setiap penduduk di Tanah Melayu yang berumur 12 tahun
ke atas mesti mendaftar diri dan wajib memiliki kad pengenalan yang harus dibawa
bersama-sama. Langkah ini diambil bertujuan untuk memudahkan pasukan keselamatan
mengenal pasti setiap penduduk dan membezakan mereka dengan komunis dan setiap
langkah mereka dapat diawasi. Melalui kad pengenalan pihak kerajaan dapat mengesan
orang yang memberi bantuan kepada komunis. Kad pengenalan juga digunakan untuk
mendapatkan bekalan makanan dan tapak rumah di kawasan Kampung Baru.

d) Melalui penguatkuasaan Undang-undang Darurat, kerajaan juga memperkenalkan beberapa


peruntukan khas yang membolehkan seseorang ditahan tanpa had masa dan tanpa bicara.
Undang.-undang Darurat memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memenjarakan
seseorang sehingga sepuluh tahun, jika memiliki dokumen subversif atau membantu
kegiatan komunis, menembak sesiapa sahaja jika berada di kawasan hitam, memindahkan
sesiapa saja yang didapati bersubahat dengan komunis dan mengadakan sekatan makanan di

9
tempat-tempat tertentu serta menangkap sesiapa sahaja tanpa waran bagi melemahkan
kesatuan-kesatuan sekerja yang didapati menyokong komunis.

2. Langkah Ketenteraan

a) Melalui Undang-undang Darurat juga kerajaan telah memperkuatkan bidang ketenteraan.


Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah bertindak menambahkan pasukan tentera.
Pasukan Polis Persekutuan telah diperbesarkan dan terdiri daripada 70,000 orang. Rejimen
Askar Melayu telah ditambah menjadi 7 Batalion. Pasukan Pengawal Kampung ditambah
menjadi 250,000 orang. Tentera kerajaan juga dibantu oleh tentera-tentera dari negara-
negara Komanwel seperti Australia, New Zealand, Fiji dan Afrika Timur. Hasil daripada
penambahan kekuatan tentera ini pihak kerajaan dapat melancarkan serangan lebih agresif
dan dapat mematahkan gerakan komunis di hutan.

b) Di samping itu, kerajaan juga menyediakan pasukan-pasukan polis bantuan diadakan khas
untuk mengawal kawasan-kawasan lombong bijih timah dan ladang getah yang sering
menjadi sasaran gerila-gerila komunis. Perintah berkurung dikuatkuasakan di kawasan-
kawasan di mana kegiatan komunis semakin aktif. Perintah berkurung ini memudahkan
pasukan keselamatan mengenal dan mengesan pengganas-pengganas komunis. Kerajaan
British juga mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di merata-rata tempat di bawah kawalan
pasukan keselamatan untuk memastikan supaya komunis tidak mendapat bekalan senjata
dan makanan.

c) Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah memperkenalkan 'kawasan hitam’ dan 'kawasan
putih'. Kawasan yang komunis bergiat aktif akan diisytiharkan sebagai kawasan hitam.
Kawasan ini akan dikawal rapi dan pasukan tentera akan ditambah. Kawasan-kawasan yang
mana komunis dikalahkan dan kegiatan komunis berkurangan telah diisytiharkan sebagai
'kawasan putih'. Kawasan putih yang pertama diisytiharkan ialah Melaka.

d) Kerajaan British memperkenalkan perkhidmatan negara yang mewajibkan belia mendapat


latihan ketenteraan dan berkhidmat dalam tentera jika perlu. Perintah berkurung juga
dikuatkuasakan di kawasan-kawasan yang kegiatan komunis masih aktif. Perintah berkurung
ini memudahkan pasukan keselamatan mengenal dan mengesan pengganas-pengganas
komunis.

3. Rancangan Briggs

a) Pada tahun 1950, Leftenan Jeneral Sir Harold Briggs dilantik menjadi Pengarah Gerakan di
Tanah Melayu. Tugas utamanya ialah menamatkan keganasan komunis dan menamatkan
darurat dan melaksanakan koordinasi antara pihak perkhidmatan awam dengan pasukan
keselamatan . Bagi mengatasi masalah komunis Briggs telah mengumpulkan para
setinggan,yang bertaburan di pinggir-pinggir hutan ke petempatan berkelompok yang
dikenali sebagai Kampung-kampung Baru. Tujuan utama Kampung-kampung Baru
diperkenalkan ialah memutuskan hubungan komunis dengan masyarakat setinggan yang
menjadi tali barut.

b) Kebanyakan setinggan yang dipindahkan ke Kampung-kampung Baru, ialah orang Cina.


Hubungan mereka dengan komunis diputuskan sama sekali kerana Kampung-kampung Baru
dipagar kawat dan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan supaya kawalan lebih terjamin.
Rancangan Briggs membawa serampang dua mata iaitu masyarakat ‘Min Yuen’ terlindung
daripada ancaman dan ugutan pengganas komunis dan pihak kerajaan dapat melemahkan
kegiatan komunis kerana mereka akan kekurangan maklumat, senjata, bekalan makanan dan
ubat-ubatan. Rancangan ini juga dikenali sebagai 'Gerakan Kelaparan'.

10
c) Melalui Rancangan Briggs pembinaan Kampung-kampung Baru telah mula dilaksanakan di
Johor dan sehingga akhir tahun 1952 sebanyak 480 buah Kampung Baru di seluruh Tanah
Melayu telah wujud. Hampir separuh daripada Kampung Baru terletak di Perak dan Johor.
Kebanyakan Kampung Baru disediakan kemudahan asas seperti sekolah, klinik, pasar,
bekalan air dan elektrik, balai polis, rumah ibadat dan kemudahan-kemudahan lain.
Rancangan Briggs telah berjaya menjamin perlindungan nyawa harta benda rakyat dan
menyekat komunis daripada terus mengganas dan menakut-nakutkan penduduk dan dapat
menghalang penyusupan fahaman komunis.

d) Selain Rancangan Kampung-kampung Baru, Briggs juga tetah membentuk Jawatankuasa


Kerja Perang di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Jawatankuasa Kerja Perang
terdiri daripada Lef. Jeneral Briggs, Ketua Setiausaha, Pesuruhjaya Polis dan komender-
komender angkatan tentera darat dan udara Tanah Melayu. Jawatankuasa Kerja Perang ini
bekerjasama dengan pegawai-pegawai tadbir, tentera dan polis. Pengerusi jawatan kuasa ini
di peringkat negeri ialah Menteri Besar dan di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah.
Penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang telah mewujudkan
koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam perancangan gerakan menentang
komunis.

4. Perang Saraf

a) Selain itu juga, Sir Malcolm Mac Donald iaitu Pesuruhjaya Tinggi British telah membentuk
sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada awal tahun 1949. Jawatankuasa ini
berusaha mengikis perasaan perkauman. Ini terbukti berjaya apabila berlakunya gabungan
antara UMNO dan MCA dalam Perikatan 1952. Dengan gabungan ini perselisihan faham
antara kaum Melayu dan Cina dapat diatasi. Kedua-dua kaum ini telah bekerjasama
membasmi kegiatan komunis.

b) Sir Gerald Templer telah melancarkan pelbagai ‘perang psikologi’ untuk menarik hati dan
fikiran rakyat bagi membenteras kegiatan komunis. Pada tahun l952, beliau telah meminda
peraturan-peraturan kewarganegaraan. Syarat-syarat mendapat kewarganegaraan
dilonggarkan supaya lebih ramai orang bukan Melayu terutama kaum Cina menjadi warga
negara Tanah Melayu. Langkah ini diambil bertujuan supaya orang-orang Cina tidak
menyokong dan memihak kepada komunis.

c) Langkah seterusnya ialah menggalakkan penubuhan parti-parti politik bukan Melayu


ditubuhkan. Penubuhan MCA oleh Tan Cheng Lock dan beberapa pemimpin Cina lain telah
menyatukan orang Cina dan mengalihkan perhatian orang Cina daripada PKM kepada
Tanah Melayu. Parti politik yang berorientasikan Tanah Melayu seperti MCA dapat
mengalihkan pandangan masyarakat Cina yang sebelum ini tertumpu kepada kegiatan
politik di negara China.

d) Kerajaan British juga mengambil langkah supaya Tanah Melayu berkerajaan sendiri.
Sebagai langkah pertama pilihan raya Majlis Perbandaran telah diadakan. Tujuannya adalah
untuk mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam kalangan rakyat. Pilihan raya pertama
diadakan bagi Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihan raya ini
UMNO dan MCA membentuk Perikatan.

e) Di samping itu, hadiah wang tunai yang lumayan juga ditawarkan kepada orang ramai yang
memberikan maklumat yang membolehkan kerajaan menangkap pengganas komunis mulai
April 1955. Ganjaran yang ditawarkan berbeza mengikut jawatan dalam PKM. Jawatan
Setiausaha Agung ( Chin Peng ) RM250,000, Ahli Biro Politik RM 200,000, Ahli

11
Jawatankuasa RM 150,000, Ahli Jawatan kuasa Negeri dan Daerah RM 120,000 dan
anggota biasa RM 2,500 - RM 2000. Kerajaan juga menawarkan pengampunan beramai-
ramai kepada ahli komunis bagi memulakan penghidupan baru jika mereka menyerahkan
diri secara sukarela. Tawaran ini dilakukan dengan menggugurkan risalah dari udara ke
dalam hutan. Akibat langkah-langkah ini ancaman komunis semakin berkurangan.

5. Rundingan Baling

a) Rundingan Baling diadakan pada 28 dan29 Disember 1955. Kerajaan diwakili oleh Tunku
Abdul Rahman , David Marshall dan Tan Cheng Lock. Manakala, pihak komunis diwakili
oleh Chin Peng, Chen Tian dan Rashid Maidin. Dalam rundingan ini pihak kerajaan telah
menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan anggota komunis yang
menyerah diri akan dilayan sebagai rakyat biasa.
b) Pihak komunis pula menuntut agar kerajaan mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik
yang sah dan boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kerajaan enggan mengiktraf
PKM dan ini menjadi faktor kepada kegagalan rundingan Baling kerana PKM tidak mahu
menerima tawaran kerajaan selagi kerajaan enggan memenuhi tuntutan mereka.

C. KESIMPULAN

1. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi membanteras ancaman komunis. Usaha-
usaha yang dijalankan oleh kerajaan telah berjaya menyekat ideologi komunis daripada
disebarkan di Tanah Melayu.

2. Walaupun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan berjaya menyekat pengaruh komunis
ia telah banyak mengorbankan nyawa, wang dan masa. Setelah komunis dapat ditewaskan
kerajaan British telah menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri dan
seterusnya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu tanpa perlu berjuang secara
kekerasan.

12
SOALAN 3

Dasar luar negara pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 hingga
1970 lebih bercorak pro-Barat. Bincangkan.

A.PENGENALAN

1. Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin
hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-
Barat. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
2. Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta pro-Barat menjadi faktor yang
mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Latar belakang dan peribadi Tunku Abdul
Rahman turut menentukan arah tujuan dasar luar negara dalam tempoh tersebut. Namun terdapat
juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

B. ISI

1. Politik dan keselamatan negara

a. Dasar luar negara pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat banyak
dipengaruhi oleh faktor keselamatan. Tahun 1957-1963 dianggap sebagai tahap penting dalam
dasar luar negara kerana Tanah Melayu baru sahaja mencapai kemerdekaan. Sebarang serangan
dari luar tidak mampu dihadapi secara bersendirian. Berdasarkan alasan ini Tanah Melayu
memilih dasar pergantungan dengan Britain dan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat. Tanah
Melayu menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain yang dikenali sebagai Perjanjian
Pertahanan Anglo Malaya (AMDA). Melalui perjanjian ini Britain memberi jaminan akan
memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh musuh.

b. Ancaman komunis di dalam negara dan rantau Asia Tenggara terutamanya perkembangan di
Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yang serius terhadap perkembangan
tersebut. Di dalam negara pula kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan komunis
melancarkan perang gerila setelah perjuangan melalui cara berperlembagaan tidak berjaya.

c. Tanah Melayu memberi sokongan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung
pengaruh komunis di Vietnam Utara dan menyokong Rejim anti komunis di Vetnam Selatan.

2. Kepentingan ekonomi

a. Selain soal politik dan keselamatan negara , dasar luar pro-Barat ini didorong oleh kepentingan
ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas telah
menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Tanah Melayu
menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British. Selepas
mencapai kemerdekaan ekonomi Tanah Melayu masih bergantung kepada komoditi utama iaitu
getah dan bijih timah. Syarikat-syarikat dari Britain masih menguasai kedua-dua perusahaan
ini,. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun diberi kemerdekaan dari segi politik, negara masih
lagi bergantung dalam bidang ekonomi khususnya untuk membeli bahan mentah dan mencari
pasaran.

b. Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama.
Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan
Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin
kepentingan ekonomi negara.
13
3. Latar belakang keperibadian Tunku Abdul Rahman

a. Dasar pro-Barat Tanah Melayu juga didorong oleh keperibadian Tunku Abdul Rahman. Tunku
dibesarkan dalam suasana kebaratan dan mendapat pendidikan Barat menyebabkan beliau lebih
selesa berpegang kuat kepada demokrasi Barat dan bersikap pro-Barat. Tunku juga mempunyai
sikap anti komunis yang kuat kerana ancaman komunis dalam negara.
b. Lantaran itulah Tanah Melayu pada ketika itu tidak menjalin hubungan diplomatik dengan
negara komunis seperti Russia dan China. Tunku percaya bahawa warisan sistem demokrasi
Barat lebih sesuai dengan budaya masyarakat di Tanah Melayu berbanding dengan sistem
komunis.

4. Faktor sejarah

a. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China,
Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan
Indonesia
b. Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britain, Australia dan New Zealand. Pada ketika itu tentera British dan Komenwel
banyak membantu.

5. Faktor geografi

a. Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan
hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.

b. Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering
menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-
masing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan negara Malaysia.

6. Faktor demografi

a. Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-
negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu
menceroboh dan menindas penduduk Palestin.
b. Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan.

C. KESIMPULAN

1. Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul
Rahman memperlihatkan pendirian pro-Barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar
luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
2. Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin
hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran.

14
SOALAN 4

Huraikan hierarki dan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

A. PENGENALAN

1. Pembesar merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan
kepadanya sebelum kedatangan kuasa Barat.
2. Dari segi kedudukan, golongan pembesar berada di kedudukan kedua selepas maharaja
dalam hierarki pemerintahan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas
pemerintahan kerana maharaja tidak berupaya untuk menanggung segala urusan pentadbiran
secara sendirian.
3. Pembesar di Vietnam mempunyai hierarki tersendiri dan peranan pembesar dapat dilihat
pada peringkat pusat, daerah atau wilayah dan kampung sebelum kedatangan
Perancis. Hierarki Pembesar di Vietnam Sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki
yang tersendiri. Hierarki bermaksud susun lapis atau pembahagian kepada beberapa
peringkat atau bahagian serta bidang tugas tertentu.
4. Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam lebih teratur dan
mendapat taraf istimewa dalam pemerintahan dan pentadbiran. Sistem pembesar di
Vietnam dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat daerah dan
peringkat kampung.
5. Pembesar pusat dikenali sebagai Mandarin yang merupakan golongan intelektual yang telah
lulus peperiksaan awam. Mereka akan mengetuai Quan atau kementeriaan. Hierarki
pembesar di Vietnam sebelum kedatangan Perancis dapat mewujudkan sistem pentadbiran
yang teratur dan sistematik seperti mana yang diamalkan zaman pemerintahan Maharaja Gia
Long.

B. ISI-ISI

1. Pembesar peringkat pusat

a) Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long juga golongan Mandarin merupakan pembesar di
peringkat pusat yang membentuk birokrasi dan membantu maharaja dalam sistem
pentadbiran. Mereka adalah golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam dan
berkemahiran dalam bahasa, falsafah dan klasik Confucius. Bertanggungjawab
melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan jawatannya dikekalkan. Jika
gagal melaksanakan tugas, raja mempunyai kuasa untuk meluncutkan jawatannya dan
digantikan dengan pembesar yang lain.
b) Oleh itu, golongan Mandarin akan mengetuai enam kementerian utama seperti perkhidmatan
awam, kerja raya, kewangan, upacara, kehakiman dan peperangan. Quan yang penting ialah
Quan Perkhidmatan Awam yang bertaraf tinggi.
c) Quan juga menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi
atau Noi-Coc yang dipengerusikan oleh Maharaja serta enam orang Menteri Kanan. Majlis
ini berfungsi memberi pandangan kepada maharaja dalam semua hal berkaitan pemerintahan
dan pentadbiran.

15
d) Kebergantungan maharaja kepada pembesar atau golongan Mandarin dipantau dengan
penubuhan Badan Penapis atau Do Sat Vien. Badan ini menyediakan pegawai-pegawai yang
tinggal di ibu negeri untuk melawat wilayah, memerhati kelakuan pegawai tauliah tetap dan
mengenalpasti pegawai yang melanggar arahan maharaja dan bertindak mengeluarkan
memorandum kepada istana akibat kelakuan pegawai terbabit.

2. Pembesar peringkat daerah atau wilayah

a) Pembesar pada peringkat kedua ialah pembesar daerah. Mereka mentadbir daerah tertentu
dan mempunyai kuasa di daerahnya. Bagaimanapun kuasa pembesar daerah adalah terhad
mengikut peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka
bertanggungjawab sepenuhnya kepada maharaja di pusat dan mempunyai kebergantungan
yang tinggi kepada sokongan maharaja. Hal ini kerana kedudukan mereka akan terjejas jika
hilang sokongan maharaja.
b) Pembesar peringkat ini juga mempunyai tanggungjawab besar kepada pengikutnya.
Keperluan pengikut membantu pembesar daerah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh
maharaja. Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan serta
kejayaan mengekploitasi sumber ekonomi. Perlantikan mereka adalah bergantung kepada
pemilihan raja yang memerintah.
c) Antara tugas pembesar ialah mengutip cukai, mengurus soal kehakiman.,merekrut dan
melatih anggota tentera dan menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat serta
bertanggungjawab dalam soal keselamatan.

3. Pembesar peringkat kampung

a) Pembesar yang paling bawah adalah pembesar peringkat kampung, komun atau xuan.
Pembesar peringkat ini terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman.
Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran kampung dan berperanan dalam bidang
kehakiman sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.
b) Antara tugas pembesar komun ialah menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan
perselisihan yang wujud secara rundingan atau tolak ansur dan mengutip cukai. Pembesar
peringkat kampung juga menjalankan tugas seperti menyelia projek awam, membahagikan
tanah dan air untuk pertanian, membahagikan tanah kepada petani dan menentukan individu
yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem sosial di China
dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar. Golongn pembesar di Vietnam menjalankan
tugas dan mentadbir negara bagi pihak maharaja.
2. Bagaimanapun kehadiran kuasa Perancis telah mengubah kedudukan dan peranan pembesar
di negara Vietnam.

16
SOALAN 5 :

Bincangkan peranan Raja Thibaw di Myanmar antara tahun 1878 hingga 1885.

A: PENGENALAN

1. Raja Thibaw memerintah dari tahun 1878 hingga 1885 merupakan raja terakhir Dinasti
Konbaung dalam sejarah Myanmar. Pemerintahan baginda berakhir apabila Myanmar
dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma III pada 29 November 1885.

2. Baginda ialah anak Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Sejak kecil, baginda mendalami
ilmu ajaran Agama Buddha. Baginda lulus peperiksaan Pahtamabyan, satu peperiksaan
Agama Buddha yang sangat tinggi.

3. Raja Thibaw seorang yang lemah dan kurang agresif serta dipengaruhi oleh permaisuri
Supayalat dalam pentadbirannya.

4. Raja Thibaw dianggap penyebab kepada kejatuhan kerajaan Myanmar kepada British dan
berakhirnya pemertintahan beraja di Myanmar.

5. Antara peranan Raja Thibaw di Myanmar dapat dilihat melalui dasar dalam negeri,
hubungan dengan Perancis dan hubungan dengan British.

B. ISI-ISI

1 . Dasar dalam negeri

a) Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permasuri Supayalat dan Taingda Mingyi (hamba
kesayangan Permaisuri Supayalat) sehingga Hluttaw, sebuah badan yang berpengaruh dalam
sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja dasar Raja
Thibaw dan permaisurinya.

b) Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas berbanding
dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat dan kuasa
asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak berpuas
hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Myanmar Hulu.

c) Pada zaman pemerintahan Raja Thibaw, pembendaharaan Myanmar Hulu mengalami


masalah kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja
Thibaw meningkatkan cukai terhadap rakyat.

d) Dari segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw daripada
empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu daerah iaitu, Khayaing dibentuk

17
mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah untuk memusatkan
pentadbiran di istana Myanmar Hulu. Myanmar Hulu dibahagikan kepada sepuluh daerah di
bawah Menteri Daerah.

e) Raja Thibaw memperkenalkan jawatan Myo-Ok mengikut sistem pentadbiran yang


diamalkan oleh British di Myanmar Hilir.

f) Raja Thibaw tunduk kepada permintaan isterinya yang memaksa baginda melakukan
pembunuhan beramai-ramai terhadap 80 orang ahli keluarganya atas alasan mereka akan
membangkitkan rampasan kuasa. Malah isterinya juga memberi Taingda Mingyi
memegang jawatan penting dalam kerajaan Myanmar.

g) Dasar-dasar dalam negeri Thibaw sangat lemah dan boleh menggugat kedaulatan Myanmar.

2. Hubungan dengan Perancis

a) Kemaraan kuasa British di Myanmar telah mencetuskan gerakan mempertahankan kemaraan


dan perjuangan menentang British.

b) Dalam Perang British-Myanmar I dan Perang British-Myanmar II, wilayah Myanmar dapat
dikuasai oleh British.

c) Berikutan itu, sebelum tercetusnya Perang British-Myanmar III, Raja Thibaw telah
mengisytiharkan kepada rakyat bahawa baginda akan menghalau British bersama angkatan
tenteranya.

d) Dalam usaha baginda untuk menyekat kemaraan British, baginda berusaha mendapatkan
bantuan Perancis untuk menentang British. Baginda mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan kuasa Perancis untuk menangani ancaman dan kemaraan British.

e) Baginda memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan
Tongking.

f) Sehubungan dengan itu, pada tahun 1883, Raja Thibaw bertindak dengan menghantar
wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari
1885. Sebenarnya, Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.

g) British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah menemui
dengan wakil Perancis, Jules Ferry dan menyatakan British akan menggunakan kekerasan ke
atas Myanmar sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam perkara senjata ini.

18
h) Perancis melalui wakilnya, Fredric Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya
mengeratkan hubungan dengan dengan British. Namun begitu, Raja Thibaw tetap tegas
dengan pendiriannya tidak mahu menerima semula Residen British.

i) Raja Thibaw berpendapat bahawa baginda boleh menangani kekuasaan British dengan
bantuan Perancis. Oleh itu, baginda telah memberi banyak keistimewaan kepada Perancis.

j) Konsul Perancis telah dilantik untuk membina sebuah pejabat konsul di Mandalay. Selain
itu, syarikat Perancis juga dibenarkan membuka bank, membina landasan kereta api serta
mengendalikan beberapa perkhidmatan seperti pos, kapal-kapal di Sungai Irrwady dan
mengambil alih monopoli diraja.

k) Hubungan Myanmar dengan Perancis merupakan laluan bagi British untuk bertindak dan
seterusnya menguasai Myanmar.

3. Hubungan dengan British

a) Tindakan Raja Thibaw yang menjalinkan kerjasama dengan Perancis menyebabkan


hubungan antara Raja Thibaw dengan British menjadi semakin renggang.

b) Raja Thibaw juga mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma Timber Trading


Coporation mengeluarkan kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan selain menjalankan
operasi di luar kawasan yang telah ditetapkan. Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah
kepada Pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja Myanmar
seperti yang ditetapkan.

c) Syarikat milik British ini dibicarakan dan didapati bersalah sehingga didenda sebanyak 23
juta Rupee dan hak pembalakan mereka dirampas.

d) Tindakan ini mendapat bantahan daripada British dan pihak British mendesak Raja Thibaw
mengadakan rundingan tetapi tidak dilayan oleh baginda.

e) Desakan British seterusnya ialah memberi arahan kepada Raja Thibaw mencari orang
tengah bagi menyelesaikan isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan mahu dasar luar
Burma ditentukan oleh pihak British.

f) Semasa menunggu jawapan lebih kurang sebulan, pihak British menghantar 10 ribu orang
tentera sebagai amaran kepada Raja Thibaw.

g) Raja Thibaw bersetuju membatalkan denda sekiranya ada rayuan, menerima wakil British
dan dasar luar ditentukan oleh Myanmar, semua kuasa Barat akan diberikan hak

19
perdagangan yang sama dan Raja Thibaw mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan
kuasa-kuasa Barat lain.

h) British tidak berpuas hati dan menyerang Myanmar pada bulan November 1885. Angkatan
tentera British berjaya menguasai Hulu Myanmar yang dikenali sebagai Perang British-
Myanmar III. Kejayaan ini menyebabkan Myanmar menjadi tanah jajahan British
sepenuhnya.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya Raja Thibaw gagal memainkan peranan untuk mengekalkan kedaulatan


negaranya.

2. Raja Thibaw juga menghadapi masalah dalam negeri. Permaisurinya Supalayat terbukti
seorang yang kejam dan Raja Thibaw terpaksa tunduk kepadanya. Beliau juga terpaksa
menghadapi beberapa penentangan untuk menggulingkannya.

3. Tidak dinafikan bahawa Raja Thibaw berusaha mempertahankan kedaulatan Burma Hulu.
Demi menebus maruah negara, beliau menjalin hubungan dengan Perancis. Namun, beliau
gagal memelihara kedaulatan Burma Hulu sehingga berakhirnya Dinasti Konbaung.

4. Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan baginda mangkat di sana pada
tahun 1916.

20
SOALAN 6

Bincangkan sistem pemerintahan ketenteraan yang diamalkan di Thailand selepas Revolusi


Thai 1932 hingga 1945.

A. PENGENALAN.

1. Negara Thailand sememangnya dikenali sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan


Monarki Mutlak yang mana pentadbirannya tertumpu kepada Raja yang menentukan
perjalanan pemerintahan keseluruhannya. Pewaris kepada kerajaan monarki Thailand iaitu
Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok pula telah merombak dan melakukan beberapa
perubahan besar yang telah mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak sehingga
membawa kepada Revolusi 1932.
2. Tercetusnya revolusi 1932 di Thailand menandakan berakhirnya sistem raja berkuasa mutlak
dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja
berpelembagaan tetapi perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa
kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan politik di Thailand
3. Era pemerintahan tentera dikatakan telah membangunkan negara Thailand dari pelbagai
aspek. Tentera dikatakan sebagai agen permodenan (modernizing elements) yang
bertanggungjawab dalam pembangunan negara Thailand khususnya dalam sektor politik,
ekonomi dan sosial.

B. ISI-ISI

1. Kebangkitan golongan tentera semasa pemerintahan Pya Manopakorn 1932-1933.

a) Selepas Revolusi Thai, Pya Manopakorn dilantik menjadi Perdana Menteri pertama bagi
Thailand manakala Pridi Panomyong sebagai Menteri Kewangan.
b) Perselisihan berlaku antara kabinet Pya Manopokorn dengan Pridi Phanomyong yang
akhirnya Pridi dituduh sebagai prokomunis dan dipaksa meletak jawatan dan lari keluar
negara dalam buangan dan ini memberikan kuasa diktator kepada Pya Manopokorn serta
bertindak secara agresif dan mengenakan beberapa sekatan seperti;
i. Dewan Perundangan ditangguhkan.
ii. Pembentukan parti politik dilarang.
iii. Akta Komunis 1933 diluluskan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan hukuman
penjara 10 tahun terhadap ahli komunis.
iv. Surat khabar ditapis dan beberapa akhbar yang mengecam beliau ditutup.
v. Perbincangan rancangan ekonomi Pridi dilarang sama sekali.
c) Kerajaan diktator Pya Manopokorn menunjukkan kegagalan pelaksanaan sistem demokrasi
berparlimen di Thailand yang telah memusnahkan kebebasan akhbar dan larangan
penubuhan parti politik yang menunjukkan tidak demokratik.

21
2. Pentadbiran Pya Bahol 1933-1938.

a) Rampasan kuasa oleh golongan tentera di bawah pimpinan Pya Bahol membawa kepada
penangkapan Pya Manopokorn dan Pya Bahol menjadi Perdana Menteri dan Pridi
Phanomyong dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
b) Pada November 1933, Pya Bahol menganjurkan pilihan raya yang pertama di Thailand bagi
mengesahkan dan memperkukuhkan kerajaannya. Terdapat 74 kerusi dalam Dewan
Perundangan yang akan dipertandingkan dan calon-calon yang dilantik terdiri daripada
golongan professional seperti peguam, pesara dan pegawai tentera.
c) Kerajaan Pya Bahol yang menang dalam pilihan raya 1933 dibantu oleh Pridi Phanomyong
sebagai Menteri Dalam Negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan telah
membuat beberapa dasar;
i. Kerajaan wilayah dan tempatan disusun semula.
ii. Kebebasan akhbar masih disekat.
iii. Pembentukan parti-parti politik dilarang.

d) Selepas Pya Bahol meletak jawatan, Phibun Songkhram menjadi Perdana Menteri pada 1938
di mana Pridi Phanomyong sebagai Menteri Kewangan dan Khuang Apaiwong sebagai
Menteri Perhubungan yang meletakkan Thailand terjerumus dalam pentadbiran ketenteraan
yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi.

4. Pemerintahan diktator ketenteran di bawah Phibun Songkhram 1938-1945.

a) Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun
1938 hingga 1944 dan kemudiannya menjadi diktator ketenteraan. Jeneral Phibun
Songkhram mendominasi politik Thailand dalam era meletusnya Revolusi Thai, era 1938
semasa menjadi Perdana Menteri ketiga,era Pendudukan Jepun dan dalam satu rampasan
kuasa pada November 1947, beliau telah kembali semula sebagai Perdana Menteri Thailand.
b) Phibun Songkhram dilihat sebagai pemimpin yang dapat menangani ketidakstabilan politik
dan kebangkitan komunis di negara-negara jiran. Beliau telah melaksanakan pembaharuan
dari segi politik, sosial dan ekonomi khasnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri
Thailand yang ketiga.
c) Kerajaan Phibun Songkhram memperlihatkan nasionalisme yang melampau berdasarkan
dasar-dasar beliau iaitu;
i. Menentang penguasaan asing ke atas ekonomi Thailand.
ii. Menjalankan dasar anti-Cina dan anti-komunis.
iii. Mengutamakan penglibatan masyarakat tempatan dalam perdagangan.
iv. Menukar nama Siam kepada Thailand yang bermakna tanah bebas.
d) Pemerintahan Pibun Songkhram lebih bersifat kuku besi dan telah menjadi seorang diktator
ketenteraan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada;
i. Mendirikan organisasi pemuda separa tentera berdasarkan model fasis.
ii. Kempen tentang hubungan rakyat dengan tentera dan kepentingan tentera untuk
bangsa.
iii. Angkatan laut sebahagian penting dalam pemerintahan.
iv. Dasar negara diluluskan oleh Dewan Perundangan tanpa penentangan.
e) Pemerintahan Phibun Songkhram tidak mengutamakan proses demokrasi berparlimen,
malah beliau lebih melaksanakan dasar untuk mengukuhkan pemerintahan kediktatoran
yang disokong oleh pasukan tentera yang amat kuat dan setia.

22
A. KESIMPULAN

1. Jika dilihat secara keseluruhan, tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan tentera
adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan sistem beraja Thailand. Walau
bagaimanapun, sistem pemerintahan beraja harus dipuji kerana berjaya mengekalkan
kedaulatan dan kemerdekaan Thailand.
2. Kerajaan tentera telah cuba membawa masuk demokrasi dalam pentadbiran dan juga
melakukan pembaharuan demi pembaharuan ke atas Thailand. Sepanjang tahun 1932
sehingga 1945, sebenarnya keadaan politik Thailand tidak stabil sehingga berlakunya
15 kali rampasan kuasa, 14 kali pilihanraya dan 13 perlembagaan.Walau bagaimanapun,
tentera sememangnya merupakan elemen permodenan yang bertanggungjawab
membawa pembaharuan dan pembangunan Thailand .

23

Anda mungkin juga menyukai